Tengku Hassanal Warisi Sifat Keprihatinan Ayahanda Nenda



KUANTAN - Ibarat ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, begitulah gambaran sifat keprihatinan dan mesra yang diwarisi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah daripada ayahanda dan nendanya, Sultan Ahmad Shah Almarhum Sultan Abu Bakar.

Diputerakan pada 17 September 1995, baginda sejak dari kecil telah menunjukkan ciri-ciri seorang pewaris takhta yang prihatin apabila sering mendermakan barangan kepada murid lain serta bermurah hati membantu termasuk memberi makanan kepada rakan-rakan yang kurang berkemampuan semasa zaman persekolahannya di Sekolah Rendah St Thomas di sini.

Keperibadian murni itu diakui guru kelasnya, Kabtiah Zakariah, 65, yang menyaksikan putera raja itu tidak kekok bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang lain, semasa berada di Tahun Satu hingga Tahun Empat pada 2002 hingga 2005.

"Sewaktu di sekolah, saya mengajarnya subjek Matematik dan Bahasa Melayu di sekolah, malah saya turut mengajar baginda tuisyen Bahasa Inggeris di rumah saya dengan empat lagi adindanya setiap minggu sehinggalah masing-masing bersekolah di luar negara," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Menceritakan detik awal persekolahan putera sulung Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar, Kabtiah berkata, Tengku Hassanal pada mulanya lebih suka bersendirian, pendiam dan kurang fokus ketika dalam kelas.

"Mungkin sebab baginda seorang anak yang manja*tapi lama-kelamaan Tengku Hassanal sendiri menunjukkan minat untuk belajar dan bergaul dengan rakan-rakan," katanya.

Usaha baginda yang bersungguh-sungguh, kata Kabtiah membolehkan Tengku Hassanal mencatat peningkatan prestasi yang memberangsangkan sehingga baginda berjaya menerima anugerah pencapaian cemerlang akhir tahun.

"Lebih manis lagi, Tunku Azizah sendiri menyampaikan anugerah tersebut kepada Tengku Hassanal selepas berkenan berangkat hadir pada majlis anugerah kecemerlangan sekolah," katanya.

Mengimbas kembali, Kabtiah berkata, walaupun bangga dapat mendidik seorang anak raja, namun di hatinya bimbang jika tidak dapat melakukan tugas sebaik mungkin kerana mengajar murid-murid di Tahun Satu untuk mengenal huruf dan nombor bukanlah satu tugas mudah.

"Keprihatinan serta layanan baik diberikan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah terhadap kami guru di sekolah itu telah banyak melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran anakanda baginda serta semua murid di sekolah itu," katanya.

Seperti ibu bapa lain, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sentiasa memantau dan mengambil berat prestasi pelajaran Tengku Hassanal apatah lagi baginda merupakan putera sulung yang menjadi contoh kepada adindanya yang lain.

"Tunku Azizah terutamanya sering bertanya kepada kami (guru-guru) adakah Tengku Hassanal menunjukkan perkembangan yang baik. Baginda sendiri tegas dalam menegur dan menasihati anakanda baginda agar mengutamakan pelajaran.

"Ketika mula masuk sekolah (Tahun Satu), baginda datang setiap petang bagi menjenguk keadaan Tengku Hassanal. Tengku Ampuan Pahang juga tidak lokek menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada sekolah bagi memastikan anak-anak di sekolah ini dapat menimba ilmu dengan baik," kata Kabtiah, yang bersara pada 2008.

Sebagai seorang bekas guru, Kabtiah amat berharap pewaris takhta ini akan terus menunjukkan sifat-sifat terpuji yang ada padanya selama ini dan meneruskan legasi keluarga diraja Pahang yang selama ini cukup dikenali begitu prihatin dan dekat dengan rakyat.

"Setiap guru sudah pasti mendoakan yang terbaik untuk setiap anak muridnya*lebih-lebih lagi kepada Tengku Hassanal yang bakal menjadi raja pemerintah kepada rakyat negeri Pahang suatu hari nanti," katanya.

Tengku Hassanal hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang, menggantikan ayahanda baginda yang kini menjadi Sultan Pahang keenam menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Anakanda ketiga pasangan diraja Pahang itu dimasyhurkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang pada 18 Jun tahun lepas. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/tengku-hassanal-warisi-sifat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Hassanal Azam Capai Kecemerlangan Seperti Ayahanda

Tengku Hassanal Azam Capai Kecemerlangan Seperti Ayahanda

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 541 hits
PEKAN Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang berazam untuk mencapai kecemerlangan seperti mana ayahanda baginda dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri...
Cikgu Dedah Tengku Hassanal Tak Kekok Bergaul Minat Belajar

Cikgu Dedah Tengku Hassanal Tak Kekok Bergaul Minat Belajar

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 537 hits
Tengku Hassanal hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahanda baginda yang kini menjadi Sultan Pahang
Tengku Hassanal Di Masyhur Tengku Mahkota Pemangku Raja

Tengku Hassanal Di Masyhur Tengku Mahkota Pemangku Raja

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 1071 hits
PEKAN Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah hari ini dimasyhur sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang Istiadat pelantikan dan pemasyhuran itu berlangsung di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini di hadapan S...
Kekacakan Tengku Hassanal Pula Jadi Tumpuan Kenali Siapa Pewaris Takhta Kesultanan Pahang Ini

Kekacakan Tengku Hassanal Pula Jadi Tumpuan Kenali Siapa Pewaris Takhta Kesultanan Pahang Ini

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1623 hits
Sebelum ini perhatian seluruh negara tertumpu kepada istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah yang berlangsung dalam satu majlis penuh ad...
Sultan Abdullah Sinonim Sifat Sopan Dan Bijak Santuni Rakyat

Sultan Abdullah Sinonim Sifat Sopan Dan Bijak Santuni Rakyat

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 375 hits
KUALA LUMPUR Lasak adil dan berjiwa rakyat menggambarkan keperibadian Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah yang dipilih sebagai Yang di Pertuan Agong ke 16 hari ini Sultan Abd...
3 Ciri Orang Yang Terjangkit Sifat Riya

3 Ciri Orang Yang Terjangkit Sifat Riya

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 252 hits
Riya merupakan sifat atau perilaku tercela yang tidak sesuai dengan ajaran Islam Sifat tersebut tentunya harus dihindari sebab selain berdosa sifat riya juga akan merugikan diri sendiri keluarga dan orang lain Riya menurut bahasa artinya me...
Melayu Akan Hebat Jika Kikis Sifat Ini

Melayu Akan Hebat Jika Kikis Sifat Ini

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 280 hits
Ada beberapa sifat yang tertanam dalam diri orang Melayu dan jika mereka ingin berjaya dan menjadi hebat hendaklah kikis sifat sifat ini Malas Orang Melayu begitu popular dengan sikap M atau lebih tepat lagi malas Perdana Menteri Tun Dr Mah...
Awas Sifat Lalai Bisa Menyeretmu Ke Api Neraka

Awas Sifat Lalai Bisa Menyeretmu Ke Api Neraka

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 220 hits
Kata lalai dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia berarti kurang hati hati atau tidak mengindahkan kewajiban pekerjaan dan sebagainya Namun tahukah anda jika Al Quran mempunyai definisinya sendiri soal lalai Di dalam surat Yunus ayat 7 disebutk...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun

Telefilem Detik Waktu