Tengku Hassanal Azam Capai Kecemerlangan Seperti Ayahanda



PEKAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang berazam untuk mencapai kecemerlangan seperti mana ayahanda baginda dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri ini.

Tengku Hassanal dalam titahnya mengakui, ayahanda baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahdan dan nenda Sultan Ahmad Shah telah meletakkan penanda aras yang tinggi semasa bergelar Tengku Mahkota Pahang. 


"Saya akui memang tinggi (penanda aras yang diletakkan ayahanda baginda) tetapi saya akan cuba sebaik mungkin. Saya masih muda dan masih belajar malah tidak pernah berhenti belajar untuk memperbaiki diri. 

"Saya akan meneruskan legasi yang telah dimulakan oleh semua Tengku Mahkota Pahang sebelum saya seperti mana yang telah dititahkan Sultan. Ini juga adalah satu tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT untuk saya menjaga rakyat Pahang," titah baginda. 

Tengku Hassanal bertitah demikian selepas berkenan menemui pemberita setelah istiadat pemasyhuran baginda selaku Tengku Mahkota Pahang di Istana Abu Bakar di sini hari ini yang disempurnakan Sultan Abdullah. 

Dalam istiadat yang diadakan di Balairung Seri itu, putera sulung kepada Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar turut dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang.

Ia berikutan ayahanda baginda Sultan Abdullah telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkuatkuasa Khamis ini. 

Istiadat pemasyhuran Tengku Hassanal diadakan serentak dengan pemasyhuran Tunku Azizah sebagai Tengku Ampuan Pahang kelima dalam era Kesultanan Pahang moden. 

Tengku Hassanal yang masih mengikuti latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom bertitah, baginda akan kembali berangkat ke akademi itu pada 1 Februari ini sebelum menamatkan latihan pada akhir tahun ini. 

"Mengenai pelaksanaan tugas sebagai Pemangku Raja Pahang sepanjang saya mengikuti latihan, belum ada keputusan lagi, Jumaah Pemangku Raja belum diisytiharkan dan saya menunggu nasihat ayahanda dalam hal ini," titah baginda. 

Mengenai istiadat pemasyhuran baginda hari ini, Tengku Hassanal menyifatkan istiadat itu sebagai satu peluang untuk memperkenalkan adat resam Melayu Pahang kepada rakyat Malaysia secara amnya dan rakyat negeri Pahang khasnya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/tengku-hassanal-azam-capai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Hassanal Warisi Sifat Keprihatinan Ayahanda Nenda

Tengku Hassanal Warisi Sifat Keprihatinan Ayahanda Nenda

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 901 hits
KUANTAN Ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi begitulah gambaran sifat keprihatinan dan mesra yang diwarisi Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah daripada ayahanda dan nendanya Sultan Ahmad S...
Cikgu Dedah Tengku Hassanal Tak Kekok Bergaul Minat Belajar

Cikgu Dedah Tengku Hassanal Tak Kekok Bergaul Minat Belajar

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 628 hits
Tengku Hassanal hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahanda baginda yang kini menjadi Sultan Pahang
Kekacakan Tengku Hassanal Pula Jadi Tumpuan Kenali Siapa Pewaris Takhta Kesultanan Pahang Ini

Kekacakan Tengku Hassanal Pula Jadi Tumpuan Kenali Siapa Pewaris Takhta Kesultanan Pahang Ini

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1802 hits
Sebelum ini perhatian seluruh negara tertumpu kepada istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah yang berlangsung dalam satu majlis penuh ad...
Tengku Hassanal Di Masyhur Tengku Mahkota Pemangku Raja

Tengku Hassanal Di Masyhur Tengku Mahkota Pemangku Raja

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 1174 hits
PEKAN Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah hari ini dimasyhur sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang Istiadat pelantikan dan pemasyhuran itu berlangsung di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini di hadapan S...
Mb Kerja Seperti Mahathir Kerja Sampai Mati

Mb Kerja Seperti Mahathir Kerja Sampai Mati

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 348 hits
Rutin kerja dari 8 pagi hingga 5 petang dilihat tidak sesuai dengan aspirasi kerajaan semasa kata Osman Sapian
Kayak Seperti Alat Kelamin Wanita

Kayak Seperti Alat Kelamin Wanita

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 298 hits
Seseorang baru boleh diakui dan dikenali jika ia menghasilkan karya canggih unik bermanfaat dan disukai banyak orang Banyak sekali orang kreatif namun kadang kadang pelik juga dengan ciptaan dan idea aneh atau individu sebahagian dari merek...
Aktivitas Fisik Seperti Membersihkan Rumah Bisa Jadi Pengganti Olahraga

Aktivitas Fisik Seperti Membersihkan Rumah Bisa Jadi Pengganti Olahraga

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 266 hits
Sebenarnya hanya pengertiannya saja Olahraga itu bisa disebut aktivitas fisik Orang bekerja pun tergolong aktivitas fisik kata dokter spesialis kedokteran olahraga Rumah Sakit Premier Bintaro Hario Tilarso
Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

Mof Perkenal Sistem Tender Dua Peringkat Langkah Ketat Untuk Transparensi Dan Kualiti

Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia

Ada Pemimpin Pkr Lawan Kem Izzah Disiasat Sprm Rafizi

Tidur Adalah Terapi Segarkan Badan Anda Layan Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia

Anwar Makes Quick U Turn After Sabah Rout Announcing E Invoicing Relief Rm4bil Tax Refunds


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pergi Kenduri Sepupu Kahwin

Maafkan Semua Orang Sebelum Tidur

Doa 8 Disember 2025

Toyota S New Performance Beast Toyota Gr Gt And Its 650 Horsepower V8 Hybrid

Lexus Unveiled The Lfa Electric Concept Vehicle Officially

Ziarah Jenazah Sepupu Di Senawang Makan Di Restoran Megat Kitchen Melewar Kitchen