Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Menyanjung Pencapaian Pemenang Olimpik Kulinari



MOSTA, MPOC, NONOSUGAR MERAIKAN KEMENANGAN PARA PEMENANG OLIMPIK KULINARI 2024 MALAYSIA
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Menyanjung Pencapaian Cemerlang Para Pemenang
Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dengan kerjasama Nonosugar Health Tech Sdn Bhd (Nonosugar Health Tech), pengeluar makanan kesihatan dan pemakanan, mengadakan majlis makan malam sempena meraikan kemenangan Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik Kulinari 2024 di Stuttgart, Jerman.



Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis makan malam yang disediakan oleh Zuan Yuan Chinese Restaurant, One World Hotel, bagi meraikan para pemenang sempena pencapaian mereka. MOSTA, MPOC dan Nonosugar Health Tech juga mengumumkan sokongan mereka kepada Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia untuk menyertai Piala Dunia Kulinari 2026 yang akan datang.
Pasukan Kulinari Malaysia yang diwakili oleh 18 orang chef Malaysia menyaksikan mereka bertanding di bawah bendera Persatuan Ahli Kulinari Profesional Malaysia dan memenangi pingat perak dalam kategori Restaurant of Nations dan Chef’s Table. Hidangan mereka yang memenangi anugerah menampilkan minyak masak berasaskan minyak sawit Nonosugar Health Tech Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90.
Chef Bob Adnin, Presiden Persatuan Kulinari Profesional (Malaysia) berkata penggunaan minyak masak berasaskan minyak sawit Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 memberi kelebihan kepada aroma dan rasa masakan yang disediakan.
“Komposisi unik 90 peratus Palm Olein dan 10 peratus Extra Virgin Olive Oil ini meningkatkan rasa dan aroma dalam masakan. Memasak menggunakan minyak ini menjadikan makanan lebih aromatik, menghasilkan rasa savori dan semula jadi yang anda tidak boleh dapat daripada mana-mana minyak lain,” kata Adnin.
Menurut Presiden Persatuan Ahli Sains & Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA) Tan Sri Datuk Dr Augustine Ong, yang membangunkan P90 berdasarkan penyelidikan saintifik intensif tentang minyak sawit selama 50 tahun berkata bahawa Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 mempunyai banyak manfaat sebagai minyak masak. Ia kurang menggemukkan, tidak menyebabkan keradangan disebabkan kandungan Omega 6 yang rendah, bebas daripada lemak trans, kandungan Tocotrienol yang tinggi dan tahan panas. Oleh itu, Tan Sri Ong P90 sesuai untuk pelbagai jenis kaedah memasak, termasuk membuat salad, manakala Tan Sri Ong Red P90 adalah sangat sesuai untuk menyediakan sos merah, termasuk kari, sos berasaskan tomato, tomyam dan banyak lagi.
“Olein Sawit, yang mempunyai manfaat yang sama dengan Minyak Zaitun Extra Virgin secara perbandingan adalah lebih berkesan daripada segi kos dengan pelbagai manfaat hebat, termasuk kandungan Vitamin E yang tinggi. Ia membantu meningkatkan kolesterol HDL yang bermanfaat, mempunyai kesan anti pembekuan, mengandungi lemak monotidaktepu dan politaktepu, tidak mengandungi lemak trans, tahan terhadap pengoksidaan dan juga lebih stabil dalam suhu tinggi. Penambahan Extra Virgin Oil menambah manfaat kerana ia merupakan sumber yang kaya dengan antioksidan dan lemak tak tepu tunggal,” tambah Ong.
Jeff Kong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Nonosugar Health Tech, mengucapkan tahniah kepada para chef berbakat dari pasukan Kulinari Malaysia. Beliau menyatakan bahawa bersaing di peringkat antarabangsa merupakan perjalanan yang mencabar buat mereka, di mana para chef ini perlu bekerja keras selain memiliki daya kreativiti yang tinggi.
“Sebagai syarikat tempatan yang giat berusaha untuk mempromosikan minyak sawit tempatan, kami sangat teruja kerana minyak masak Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 ditampilkan di peringkat antarabangsa, membantu tukang masak dalam menghasilkan hidangan lebih sihat yang mengagumkan para hakim. Peluang menyaksikan bakat luar biasa pasukan mendapat pengiktirafan di pentas global merupakan sesuatu yang amat membanggakan,” tambah Jeff.

Sukan Olimpik Kulinari ialah pertandingan yang diadakan setiap empat tahun sekali di mana para chef terkemuka dunia berkumpul untuk menunjukkan penguasaan dalam seni masakan masing-masing. Sukan Olimpik Kulinari 2024, yang diadakan di Stuttgart Jerman menyaksikan penyertaan pasukan masakan profesional dari 55 buah negara di seluruh dunia.
Pasukan Kebangsaan Malaysia telah ditaja dan disokong oleh MPOC, MOSTA, Nonosugar Health Tech dan beberapa penderma swasta lain.

TENTANG MAJLIS MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOC)
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berusaha untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju global dalam minyak sawit mampan yang diperakui. MPOC mengutamakan promosi minyak sawit Malaysia sebagai pilihan yang sihat, mampan dan beretika untuk pengguna di seluruh dunia, dengan melibatkan diri secara aktif dengan pihak berkepentingan, sambil menambah baik akses pasaran dan penerimaan pensijilan MSPO.
MPOC mempunyai rangkaian pejabat serantau di China (Shanghai), India (Mumbai), Timur Tengah (Istanbul), Eropah (Brussels dan Moscow) dan Afrika (Kaherah dan Johannesburg).
Melalui ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan pejabat-pejabat serantau, MPOC memainkan peranan penting dalam memudahkan pengembangan perdagangan industri minyak sawit Malaysia dengan sentiasa mengenal pasti dan memanfaatkan trend dan peluang pasaran terkini.
TENTANG PERSATUAN AHLI SAINS DAN TEKNOLOGI MINYAK MALAYSIA (MOSTA)
Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia ataupun dikenali sebagai MOSTA ialah persatuan yang dianggotai oleh para saintis, ahli teknologi dan profesional lain yang terlibat dalam sains minyak dan lemak, teknologi dan perdagangan. Dirasmikan pada 7 September 1989, MOSTA bertujuan untuk mempromosikan dan memajukan sains, teknologi dan ekonomi minyak dan lemak.
TENTANG NONOSUGAR HEALTH TECH SDN BHD
Malaysia tidak pernah dikenali sebagai negara paling sihat, malah kedudukan kita jah di belakang. Kita mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia dengan lebih 64% daripada populasi kita adalah sama ada obes atau memiliki berat badan berlebihan. Punca utama kematian rakyat Malaysia pada tahun 2017 dan 2018 ialah penyakit jantung iskemik, atau dalam istilah awam, 'masalah jantung'. Kementerian Kesihatan kita telah melaporkan bahawa seramai 1.7 juta orang rakyat Malaysia mempunyai ketiga-tiga faktor risiko diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi.
Mengetahui semua ini telah mendorong kami untuk memulakan misi untuk memupuk gaya hidup yang lebih sihat dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Maka Nonosugar ditubuhkan! Daripada perkongsian petua diet dan pemakanan, produk kesihatan yang dipilih dengan penuh minat kepada program kesihatan yang diperibadikan; matlamat kami di Nonosugar adalah untuk memastikan anda menjadi versi terbaik diri anda. Keutamaan kami sentiasa ANDA!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2025/03/tengku-ampuan-pahang-tunku-azizah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubur Lambuk Air Tangan Tengku Ampuan Pahang Istimewa Untuk Penghuni Penjara Penor

Bubur Lambuk Air Tangan Tengku Ampuan Pahang Istimewa Untuk Penghuni Penjara Penor

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 140 hits
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dibantu Tengku Puteri Raja Puteri Ilisha Ameera Al Sultan Abdullah memasak bubur lambuk Pahang khas di Penjara Penor PETALING JAYA Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berken...
Pengunjung Padang Mbk1 Terharu Tengku Ampuan Pahang Sedia Dan Agihkan Bubur Lambuk Kepada Rakyat

Pengunjung Padang Mbk1 Terharu Tengku Ampuan Pahang Sedia Dan Agihkan Bubur Lambuk Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 130 hits
KUANTAN Tengku Ampuan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengagihkan kira kira 2 500 pek bubur lambuk kepada rakyat yang berkunjung di Padang MPK 1 di sini hari ini Baginda berangkat tiba pada pukul 2 20 petang dan be...
Tengku Ampuan Pahang Campaikan Sumbangan Zakat Kepada 33 Pelajar Asnaf Uiam Kampus Kuantan

Tengku Ampuan Pahang Campaikan Sumbangan Zakat Kepada 33 Pelajar Asnaf Uiam Kampus Kuantan

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 133 hits
KUANTAN Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Dewan Utama UIAM Kampus Kuantan di sini Bagin...
Tengku Mahkota Johor Dedahkan Pasukan Sri Pahang Fc Dan Kedah Fc Mungkin Tidak Beraksi Musim Depan

Tengku Mahkota Johor Dedahkan Pasukan Sri Pahang Fc Dan Kedah Fc Mungkin Tidak Beraksi Musim Depan

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 154 hits
PASUKAN Sri Pahang dan Kedah Darul Aman FC berkemungkinan besar tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan Perkara itu didedahkan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dalam satu sesi soal jawab bersama penyokong Joho...
Istana Pahang Nafi Kewujudan Akaun Tiktok Gunakan Nama Tengku Afzan Tawar Bantuan Ramadan

Istana Pahang Nafi Kewujudan Akaun Tiktok Gunakan Nama Tengku Afzan Tawar Bantuan Ramadan

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 114 hits
KUANTAN Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah yang menawarkan Bantuan Ramadan kepada orang ramai Kesultanan Pahang menerusi ha...
Skuad Terengganu Fc Belasah Sri Pahang Fc 5 1 Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Malam Tadi

Skuad Terengganu Fc Belasah Sri Pahang Fc 5 1 Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Malam Tadi

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 117 hits
KUANTAN Finalis Piala Malaysia 2025 Sri Pahang FC dimalukan oleh Terengganu FC apabila dibelasah 5 1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi Hanya tiga minit diperlukan untuk Akhyar Rashid menewaskan penjaga gol Sri Pahang Zarif I...
Call By Pahang Sultan Stops Pas From Exploiting Addendum Issue Says Pm

Call By Pahang Sultan Stops Pas From Exploiting Addendum Issue Says Pm

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 138 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said the Islamic party would no longer have anything to harp on over the royal addendum issue SHAH ALAM The call by Pahang ruler Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah for the public to refrain from discussing a r...
Fandi Sifatkan Kekalahan 5 1 Kepada Terengganu Fc Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang Fc

Fandi Sifatkan Kekalahan 5 1 Kepada Terengganu Fc Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang Fc

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 102 hits
TEMERLOH Pengendali Sri Pahang FC Fandi Ahmad mengakui beraksi 10 pemain selepas ketinggalan 2 0 menyukarkan skuad itu untuk menyekat Terengganu FC yang menewaskan mereka 5 1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam...
Sultan Pahang Bertitah Perpaduan Adalah Kunci Paling Utama Kepada Keamanan Dan Kemakmuran Sejagat

Sultan Pahang Bertitah Perpaduan Adalah Kunci Paling Utama Kepada Keamanan Dan Kemakmuran Sejagat

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 116 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat Baginda bertitah sehubungan itu rakyat diminta supaya tidak membiarkan perbezaan faham...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan