Tengku Ampuan Pahang Berkenan Menyempurnakan Program Milomalaysia Breakfast Day 2025 Di Kuantan




KUANTAN: Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini berkenan menyempurnakan MILO Malaysia Breakfast Day 2025 yang disertai lebih 12,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 di sini.
Baginda menzahirkan ucapan tahniah dan menyokong peranan berterusan MILO dalam membentuk kehidupan harian dan kenangan manis rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.
"MILO sudah bertapak di Malaysia selama 75 tahun dan saya sendiri menikmatinya sejak kecil dan sehingga hari ini masih minum secawan MILO setiap pagi. Saya berharap usaha anda di sekolah akan diteruskan terutama dengan kehadiran lori MILO, kerana itulah yang paling diingati kita semua mengenai MILO.
"Semasa zaman persekolahan dahulu, kami sentiasa menantikan hari sukan dan lori MILO, kami sanggup beratur untuk mendapatkannya. Minumlah MILO, ia baik untuk anda. Saya minum MILO tanpa susu dan gula," titah baginda menurut kenyataan yang diedarkan oleh Nestlé (Malaysia) Berhad.
Menerusi kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Juan Aranols berkata sokongan dan keprihatinan Tengku Ampuan Pahang begitu bermakna buat syarikat berkenaan yang meraikan 75 tahun MILO membekalkan khasiat pemakanan sejak turun-temurun kepada rakyat Malaysia dan perjalanan 112 tahun Nestlé di Malaysia.
"Keberangkatan Tengku Ampuan Pahang menyerikan acara dan mendorong kami meneruskan komitmen menggalakkan gaya hidup lebih sihat serta membina masyarakat yang lebih kuat bertenaga bersama-sama," katanya.
Pelbagai acara menarik turut dianjurkan termasuk MILO Breakfast Run, senaman zumba dan MILO Goodness Truck yang interaktif selain acara lompat tali, timbang bola sepak serta perlumbaan lari dalam guni.
Penampilan khas sahabat MILO, pelakon Nadhir Nasar dan Erysha Emyra, sebagai tetamu istimewa telah memeriahkan lagi acara apabila mereka turut sama menyertai larian selain beramah mesra dengan peminat sekali gus dapat menggalakkan anak muda untuk mengamalkan kehidupan aktif serta sihat.
Sementara itu, peserta Atiqah Ameran, 33, berkata acara sedemikian dapat mengeratkan hubungan keluarga serta komuniti, justeru beliau hadir bersama anak dan ahli keluarganya yang lain.
"Seronok tengok suasananya di media sosial, jadi kami sekeluarga ambil peluang rasai sendiri. Anak-anak suka minum MILO setiap pagi sebelum ke sekolah, jadi mereka sangat teruja nak sertai," katanya yang menetap di Taman Cenderawasih di sini.
Bagi Nor Shahila Ramli, 37, dan Mohd Dzul Haimi, 39, mereka mengambil peluang menyertai program ini bersama tiga anak kerana berpandangan ia platform terbaik untuk merapatkan hubungan keluarga.
"Ini kali ketiga kami sertai sebab memang seronok, dapat bawa keluarga dan luang masa bersama. Sarapan pagi sangat penting untuk kesihatan dan anak-anak memang suka MILO, setiap pagi mesti ada MILO waktu sarapan," katanya yang turut menyertai acara larian bersama keluarga.
Susulan kejayaan program itu di Putrajaya, Johor, Pulau Pinang dan kini Kuantan, yang menyaksikan penyertaan hampir 60,000 orang, MILO Malaysia Breakfast Day 2025 akan diteruskan pada suku tahun akan datang di Kedah dan Terengganu. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/tengku-ampuan-pahang-berkenan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan Rm2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan Rm2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 119 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sekurang kurang RM2 juta bagi melaksanakan program Pahang Lead 2025 dengan modul yang lebih segar dan berkesan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata program kepimpinanan itu suda...
Totiq 4 Program Tadabbur Al Quran Yang Mengubah Hidup Kelas Al Quran Dewasa Paling Berkesan 2025

Totiq 4 Program Tadabbur Al Quran Yang Mengubah Hidup Kelas Al Quran Dewasa Paling Berkesan 2025

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 96 hits
Saya dah lama baca al Quran tapi saya tak pernah benar benar faham apa yang Allah nak sampaikan Sampailah saya sertai TOTIQ Begitulah luahan seorang peserta program TOTIQ lepas Dan sebenarnya itulah suara hati ramai daripada kita hari ini K...
Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang

Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 127 hits
Assalammualaikum semua Anda sedang mencari perkhidmatan kereta sewa yang profesional mudah dan boleh dipercayai di Kuantan Pahang SMA Car Rental adalah pilihan yang tepat SMA Car Rental beroperasi di bawah syarikat induknya SMA Travel Tours...
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Hadir Ke Rumah Terbuka Dr Akmal Saleh Di Merlimau

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Hadir Ke Rumah Terbuka Dr Akmal Saleh Di Merlimau

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 121 hits
JASIN Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan mencemarkan duli menghadiri majlis rumah terbuka Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Merlimau di sini malam tadi Keberangkatan baginda di Dataran Orang Kam...
Keputusan Sri Pahang Tarik Diri Liga Super Belum Muktamad Hanya Selepas Berbincang Dengan Tengku Muda Pahang

Keputusan Sri Pahang Tarik Diri Liga Super Belum Muktamad Hanya Selepas Berbincang Dengan Tengku Muda Pahang

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 105 hits
KUANTAN Keputusan sama ada skuad Sri Pahang menarik diri atau kekal dalam saingan Liga Super pada musim 2025 2026 belum dimuktamadkan kata Pengerusi kelab bola sepak itu Datuk Seri Raja Shaharudin Shah Raja Jalil Shah Beliau berkata pihakny...
Tengku Zulpuri Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Khas Lantik Pakar Tangani Isu Ceroboh Tanah Haram

Tengku Zulpuri Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Khas Lantik Pakar Tangani Isu Ceroboh Tanah Haram

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 38 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang dicadang mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian tuntas berhubung isu pencerobohan tanah haram di negeri ini Ahli Dewan Undangan Negeri Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata penceroboha...
Program G Dragon Good Day Tamat Dengan Rating Rendah Media Korea Salahkan Kim Soohyun

Program G Dragon Good Day Tamat Dengan Rating Rendah Media Korea Salahkan Kim Soohyun

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 131 hits
Rancangan hiburan yang diketuai G Dragon iaitu Good Day nampaknya kurang menerima sambutan Artikel Berkaitan Selepas 8 episod bersiaran program Good Day telah pun menemui penamat Namun ia berakhir dengan rating kurang memuaskan iaitu hanya ...
Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia

Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 99 hits
JERANTUT Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung yang pertama di Malaysia FLOODCOM yang dibangunkan hasil kerjasama antara Agensi Nuklear Malays...
Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Masak Kicap Ikan Mackerel

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pasu Kosong

The Role Of Qr Codes In Interactive Digital Signage Turning Passive Viewers Into Active Participants

Dsa Pesawat Pengangkut Tentera Mesir Tiba Tiba Terbang Ke Pakistan Dari China Apa Muatan Dibawanya

Nahas Trak Pru Pemandu Lori Batu Kerikil Ada Pelbagai Rekod Jenayah Lampau Kebanyakannya Berkaitan Dadah

Beri Cincin Amp Janji Kahwin Wanita Rugi Hampir Rm1 Juta Selepas Jadi Mangsa Love Scam Lelaki Yaman

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu