Keputusan Sri Pahang Tarik Diri Liga Super Belum Muktamad Hanya Selepas Berbincang Dengan Tengku Muda Pahang


 


KUANTAN: Keputusan sama ada skuad Sri Pahang menarik diri atau kekal dalam saingan Liga Super pada musim 2025-2026 belum dimuktamadkan, kata Pengerusi kelab bola sepak itu Datuk Seri Raja Shaharudin Shah Raja Jalil Shah.
Beliau berkata pihaknya akan membuat keputusan tersebut selepas berakhirnya saingan Liga Super dan final Piala Malaysia musim ini.
Beliau berkata ini kerana pihaknya sedang membuat kajian menyeluruh tentang prestasi kelab itu musim ini sebelum satu perbincangan dilakukan dengan semua pihak terlibat.
"Keputusan muktamad hanya boleh dilakukan selepas ada perbincangan antara pemilik Sri Pahang, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, pihak pengurusan kelab dan penganjur.
"Buat masa ini fokus utama kita ialah persiapan pasukan Sri Pahang bagi aksi terakhir Liga Super bertemu Pulau Pinang dan Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT)," katanya kepada pemberita semasa menghadiri sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Sri Pahang FC di sini malam tadi.
Selain Sri Pahang, keputusan sama turut melibatkan dua pasukan kelab berkenaan dalam saingan Piala Belia dan Piala Presiden musim 2025-2026.
"Keputusan penarikan diri sebelum ini dibuat ketika masalah tunggakan gaji pemain Liga Super masih berlaku, tetapi kini ia sudah diselesaikan. Selagi masalah itu tidak selesai, kita tidak dapat memberikan komitmen untuk dua pasukan berkenaan," katanya.
Beliau berkata fokus utama Sri Pahang buat masa ini ialah melakukan persiapan terbaik dan tampil dengan aksi cemerlang bagi mengakhiri saingan Liga Super dan Piala Malaysia.
"Kita menang pada dua perlawanan terakhir dan saya berharap momentum itu dapat dikekalkan selain mengharapkan para penyokong turun beramai-ramai ke stadium memberi sokongan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang Datuk Mohamed Suffian Awang berharap penyokong tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendapatkan tiket final Piala Malaysia yang akan berlangsung 26 April ini.
"Berbaki kurang dua minggu lagi sebelum perlawanan, masih terdapat tiket tidak terjual. Tetapi kita faham orang ramai masih dalam suasana menyambut hari raya...atas semangat 'This is Pantai Timur' saya memohon mereka untuk terus menyokong aksi ini," katanya.
Difahamkan setakat ini, sebanyak 8,633 daripada 33,600 tiket yang diperuntukkan kepada Sri Pahang sudah terjual berbanding JDT yang mencatat jualan 19,134 tiket. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/keputusan-sri-pahang-tarik-diri-liga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liga Super Skuad Sri Pahang Fc Kenduri Gol Apabila Membelasah Kedah Darul Aman Fc 6 0 Malam Tadi

Liga Super Skuad Sri Pahang Fc Kenduri Gol Apabila Membelasah Kedah Darul Aman Fc 6 0 Malam Tadi

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 127 hits
KUALA LUMPUR Skuad Sri Pahang FC berpesta gol apabila membelasah Kedah Darul Aman FC 6 0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam tadi Pesta gol Sri Pahang bermula pada minit ke 37 menerusi tendangan deras Sergio...
Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 176 hits
KUANTAN Saya tidak sanggup melihat Sri Pahang FC tidak beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan tegas legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail Dia yang pernah menggalas jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Paha...
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Hadir Ke Rumah Terbuka Dr Akmal Saleh Di Merlimau

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Hadir Ke Rumah Terbuka Dr Akmal Saleh Di Merlimau

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 110 hits
JASIN Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan mencemarkan duli menghadiri majlis rumah terbuka Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Merlimau di sini malam tadi Keberangkatan baginda di Dataran Orang Kam...
Liyana Jasmay Rasa Diri Low Selepas Ikut Trend Tanpa Selidik Padam Video Joget Beri Duit Raya

Liyana Jasmay Rasa Diri Low Selepas Ikut Trend Tanpa Selidik Padam Video Joget Beri Duit Raya

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 122 hits
Pelakon dan pengarah Liyana Jasmay bertindak memadam video dirinya menari sambil memberi duit raya yang dimuat naik dalam akaun media sosialnya baru baru ini Liyana akui khilaf apabila menyertai trend tarian dikenali sebagai Penguin Dance t...
Tengku Zulpuri Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Khas Lantik Pakar Tangani Isu Ceroboh Tanah Haram

Tengku Zulpuri Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Khas Lantik Pakar Tangani Isu Ceroboh Tanah Haram

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 36 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang dicadang mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian tuntas berhubung isu pencerobohan tanah haram di negeri ini Ahli Dewan Undangan Negeri Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata penceroboha...
Dap Pahang Tawar Diri Sebagai Orang Tengah Bagi Menyelesaikan Kemelut Isu Kebun Durian Haram Raub

Dap Pahang Tawar Diri Sebagai Orang Tengah Bagi Menyelesaikan Kemelut Isu Kebun Durian Haram Raub

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 102 hits
SHAH ALAM DAP Pahang menawarkan diri sebagai pengantara bagi menyelesaikan kemelut kebun durian yang diusahakan secara haram di negeri itu khususnya di Raub dan Bentong Dalam satu kenyataan DAP Pahang berkata pihaknya menjunjung titah Sulta...
Tidak Wajar Menyerang Menter Besar Pahang Hanya Kerana Mendakwa Tindakan Mp Raub Bersifat Peribadi

Tidak Wajar Menyerang Menter Besar Pahang Hanya Kerana Mendakwa Tindakan Mp Raub Bersifat Peribadi

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 31 hits
KUANTAN Tidak perlu salahkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kononnya menyokong DAP bila mengatakan tindakan Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui yang menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan k...
Bomba Berjaya Selamatkan Warga Emas Hidap Strok Terperangkap Banjir Di Sri Muda

Bomba Berjaya Selamatkan Warga Emas Hidap Strok Terperangkap Banjir Di Sri Muda

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 112 hits
Bomba berjaya selamatkan warga emas hidap strok terperangkap banjir di Sri Muda Seorang warga emas yang terlantar akibat serangan strok berjaya diselamatkan daripada terperangkap dalam rumahnya yang dilanda banjir kilat di Taman Iswara Sri ...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekalan Nasi Lemak Air Tangan En Suami

Permata Ametis Si Batu Kecubung

Kaabah Alami Kerosakan

Urutan Surat Dan Ayat Terakhir Yang Diturunkan Kepada Rasulullah

Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex