Tengkolok Getam Budu Ada Keunikan Tersendiri


 Tengkolok khas Kelantan dikenali sebagai Getam Budu mempunyai keistimewaan tersendiri dan menjadi hiasan kepala sering dikenakan lelaki pada majlis adat istiadat di Istana negeri Kelantan
 

Selain menjadi tanjak rasmi Sultan Kelantan, ia juga menjadi hiasan kepala kepada semua kerabat diraja, pembesar negeri atau pegawai tadbir negeri, kini Getam Budu mula menjadi perhatian rakyat khususnya di negeri Che Siti Wan Kembang.
 

Perbezaan Getam Budu dengan tengkolok yang lain adalah pada lipatan berbentuk bunga di hadapan tengkolok, selain mempunyai ikatan simpul pada bahagian belakang.
 

Perbezaan Getam Budu dengan tengkolok yang lain adalah pada lipatan berbentuk bunga di hadapan tengkolok, selain mempunyai ikatan simpul pada bahagian belakang.
 

Menariknya, pembuatan Getam Budu hanya menggunakan sehelai kain songket tanpa perlu dipotong atau digunting, kemudian memerlukan kemahiran teknik lipatan (solekan) bagi membentuk satu tengkolok dengan hiasan bunga di hadapan.
 

Untuk menghasilkan tengkolok, biasanya menggunakan kain songket bidang 31 atau bidang 36, bergantung kepada saiz kepala atau bentuk bunga yang mahu dihasilkan.
 

Bunga pada Getam Budu dilihat sama pada mata kasar tetapi, jika diperhatikan bentuk berbeza kerana tukang solek menggunakan teknik lipatan berlainan.
 

Kain songket perlu dilipat menjadi segi tiga sebelum membentuk 'tapak' iaitu lilitan kepala sebagaimana pembuatan songkok. Seterusnya, lilitan dijahit tangan dengan kemas, selain tukang solek memastikan kesan jahitan terlindung.
 

Teknik jahitan tangan berperanan penting termasuk pemilihan warna benang sesuai dengan warna songket agar tiada 'cacat cela' pada Getam Budu yang dihasilkan.
 

Mengikut sejarah, Getam Budu diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Ismail Sultan Muhammad IV yang memerintah Kelantan pada 1920 hingga 1944.
 

Dipakai sebagai hiasan kepala rasmi dalam majlis istiadat di Istana Kelantan bersama-sama pakaian baju kebangsaan (sepasang) songket hitam bermotifkan mata kukuran dan bersamping hitam corak melintang bermotifkan bunga padi
 

Perkataan 'getam' bermaksud penutup dan bersesuaian dengan solekan getam budu kerana dihasilkan untuk menutupi seluruh kepala, manakala 'budu' ialah makanan tradisional melambangkan Kelantan.
 

Gambar - Lipatan Bunga Getam Budu oleh Wan Noorazlee Wan Daud
Kredit Johan Ariff


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2024/01/fcd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

Gua Sireh Punyai Keunikan Dan Kepelbagaian Batu Semulajadi

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 306 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti NATURE BASED TRAVELERS FAM TRIP selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpelua...
Replika Tengkolok Di Mana Mana

Replika Tengkolok Di Mana Mana

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 241 hits
Kita ni suka ambil gambar walau dimana sahaja berada Handphone tu sentiasa ditangan supaya senang nak merakam apa yang menarik perhatian semasa dalam perjalanan kemana mana Salah satunya replika tengkolok yang ada dimana mana ni Sebelum ni ...
Bukan Tengkolok Je Ini 7 Pakaian Istiadat Diraja Ramai Tak Tahu No 5 Tu Paling Mahal

Bukan Tengkolok Je Ini 7 Pakaian Istiadat Diraja Ramai Tak Tahu No 5 Tu Paling Mahal

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 265 hits
Pakaian istiadat diraja merangkumi pakaian yang dipakai oleh golongan diraja semasa menghadiri majlis istiadat formal seperti Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong Majlis Perkahwinan Diraja dan sebagainya Apabila menyebut pakaian istiad...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Nintendo Switch 2 Malaysia Harga Rasmi Spesifikasi Tarikh Pelancaran 2025

Doa Hari Arafah

10 Doa Mustajab Untuk Anak Senjata Terhebat Ibu Ayah Di Hari Arafah

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekarang Ramai Orang Kejar Nak Jadi Content Creator Perlu Ke Sambung Belajar

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Lelaki 50 50 Choi

Kelebihan Dan Faedah Kereta Elektrik Berbanding Kereta Konvensional

Lirik Lagu Bulan Bawa Aku Pulang Maudy Ayunda

Selebriti Terkenal Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual Rakan Baik Sissy Imann