Tengah Seronok Main Masak Masak Datang Seorang Pakcik Ajak Jalan


The Reporter


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

AKU dulu memang susah nak percaya benda-benda macam ni. Pasal bunian berkahwin dengan manusia lah, apa lah. Bagi aku semua ini mengarut dan tak masuk akal. Sampailah aunty keluarga sebelah mak aku mengalami kejadian ini. 
Sukar untuk aku percaya. Selama ini aku lalui liku-liku hidup seperti manusia biasa yang hanya takut akan azab Allah tetapi masih lagi melanggar perintahNya. Ya, hantu raya dan macam-macam lagi aku pernah punya pengalaman dengan mereka tetapi untuk bunian, susah untuk percaya semua ini. 
Aku jenis percaya dengan apa yang aku lihat saja tetapi bila dah aunty aku sendiri cerita, takkan dia nak tipu pula? Plus, mak aku dan aunty-aunty aku yang lain pun turut mengiakan cerita ini. 
Aku ni, bila aunty-aunty datang rumah, aku jenis suka sembang dan gossip. Hehe! So bila diorang datang je mesti ada topik yang nak disembangkan. 
Cerita ini berlaku sewaktu mereka masih di bangku persekolahan. Adik beradik mak aku ada tujuh orang, dua lelaki dan lima perempuan. Mak aku anak perempuan sulung selepas dua orang uncle aku. 
Selepas mak aku, dituruti dengan Che Roby, Che Kin, Che Jaa, Che June (bukan nama sebenar). Jadi kisah ini terjadi kepada aunty aku yang bernama Che Jaa. 
Jadi dalam adik beradik ini sewaktu kecil-kecil dulu diorang macam berpegang kepada konsep Assabiah sikit haha. Mak aku rapat dengan Che Roby. Apa-apa kerja semua diorang plan berdua saja. Yang tiga lagi tu rapat bertiga. Apa-apa nak main mesti diorang bertiga. 

Kejadian berlaku di belakang rumah arwah atok aku je. Rumah atok aku ni sebenarnya kampung tapi konsep dia macam taman perumahan. Belakang rumah atok aku dulu ada satu lot tanah untuk buat rumah tetapi tanah itu terbiar dan jadi macam hutan sikit. Dengan ada pokok nangka lah. 

Di penjuru kawasan lot tanah itu pula ada satu busut anai-anai yang memang besar gila sampai aunty aku boleh main pondok-pondok dekat busut itu. 
Aunty aku cerita, dekat tepi busut itu ada pokok bunga (aku tak ingat nama pokok itu). Senang cerita, memang banyak pokok itu keliling busut itu. 
Aunty-aunty aku ni memang suka main masak-masak dan pondok dekat area busut itu sebab tempat itu strategik katanya. So macam biasa zaman kanak-kanak ni, otak kita berfikir nak main saja. 
Dipendekkan cerita, Che Jaa dan Che June ni pun main la berdua dekat busut itu. Main pondok-pondok. So aunty aku seorang masak dan seorang lagi mencari daun untuk dimasak

Tengah seronok-seronok Che Jaa ni masak-masak, tiba-tiba datang seorang pakcik ini ajak dia jalan. Aku pun tak tahulah apa yang ada di akal dan fikiran aunty aku sampai dia pun boleh terikut dengan pakcik tua itu. 

Aunty aku yang seorang lagi pun datang balik dan tiba-tiba tengok teman sepermainannya tiada. Naik cemaslah! Jadi Che June pun balik rumah dan beritahu atok yang Che Jaa dah hilang. Mak ayah bila dah hilang anak, hanya Allah saja yang tahu perasaan dia. 
Arwah atok aku pun pergilah cari. Diorang cari merata-rata tempat tetapi tak jumpa-jumpa. Keadaan semakin kelam kabut. Kalau jadi dekat aku, mungkin dah pitam waktu tu. Anak hilang kot. 
Usaha mencari tetap diteruskan. Mereka tidak berputus asa untuk mencari. Pencarian mereta dituruti dengan doa agar Allah memudahkan urusan. 

Kejadian ini merupakan kali pertama arwah atok dan nenek aku lalui. Jasad anak entah di mana, hilang tanpa berita, suara tidak lagi kedengaran. Mereka terus lagi mencari. 
Pencarian tidak berhenti, usaha demi usaha diteruskan sampai aunty aku ditemui. 
Cuba teka mereka jumpa aunty aku di mana? 
Keadaan aunty aku seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kelihatan kebingungan dan kehairanan. Sebenarnya aunty aku pun tak tahu apa yang terjadi pada diri dia sendiri. 
Arwah atok jumpa aunty di busut itu, sedangkan mereka cari tetapi tiada sesiapa di situ. Apa yang memelikkan lagi keadaan apabila aunty aku dijumpai dalam keadaan kaki berlumpur. Sedangkan kawasan busut itu tak ada lumpur pun. 

Persoalannya ke mana aunty aku pergi? Sampai ke hari ini mereka tidak tahu dan aunty aku pun tak tahu apa yang terjadi pada diri dia. Mungkin bagi korang kurang seram tetapi bagi aku seram sebab aku sendiri pernah tengok kawasan tempat diorang bermain itu. 
Walaupun kawasan itu dah dibangunkan tapi rasa seram itu masih ada dan aku pun suka bermain pondok-pondok masa kecil dulu. Maksud aku, suka buat-buat pondok then berkhemah di situ. 
Sumber: @AqilRasid

August 20, 2019 at 01:13PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/08/tengah-seronok-main-masak-masak-datang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elok Dah Sedia Nak Main Masak Masak Dia Ajak Kutip Sampah Proaktif Anak Ajak Ayah Kutip Sampah

Elok Dah Sedia Nak Main Masak Masak Dia Ajak Kutip Sampah Proaktif Anak Ajak Ayah Kutip Sampah

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 443 hits
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Jika kita ingin anak anak menjadi individu berguna ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik Anak anak ibarat kain putih ibu bapalah yang mencoraknya Seorang anak tidak boleh memilih ibu bapa tetapi...
Lelaki Umpan Rm592 Dekat Adik Saudara Untuk Ajak Main Tapi Lepas Dapat

Lelaki Umpan Rm592 Dekat Adik Saudara Untuk Ajak Main Tapi Lepas Dapat

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 460 hits
Janji nak bagi 1 000 yuan dekat sepupu sendiri kalau main tapi tak tahu pula nikmat tu berubah menjadi insiden tragis Masa 2 Jun lepas seorang lelaki berumur 25 tahun lakukan begini kepada sepupunya yang berumur 15 tahun Tipu lepas main rup...
Budak Darjah 5 Buat Wanita Terkejut Bagi Surat Ajak Anak Lelaki Main

Budak Darjah 5 Buat Wanita Terkejut Bagi Surat Ajak Anak Lelaki Main

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 971 hits
Masalah sosial dalam kalangan remaja hari dilihat begitu menakutkan Pelbagai isu panas melibatkan anak remaja seawal usia sekolah rendah kerap kali dilaporkan baik di media sosial atau pun media massa merujuk kepada perkara itu seorang peng...
Pengalaman Seorang Pakcik Parking Kereta Di Kota Bharu

Pengalaman Seorang Pakcik Parking Kereta Di Kota Bharu

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 314 hits
Pengalaman parking kereta di bandar Kota Bharu Memang logik dan munasabah kalau ada yang marah dan sakit hati dengan sistem parking Pengalaman sendiri hari ini Pergi ke hosptal hrzp 2 di Kb urusan temujanji org tua dgn doktor pakar slepas t...
Buat Business Ni Sama Macam Main Masak Masak

Buat Business Ni Sama Macam Main Masak Masak

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 298 hits
Saya ni anak ke 2 dr 7 orang adik beradik Jarak dengan kakak jauh kakak duduk asrama maka sayalah kakak kat rumah Adik ramai jadi saya selalu tolong mak kat dapur Teringat masa mula mula belajar masak Resepi cakap halia 1inci maka saya p am...
Demi Cinta Seorang Wanita Sanggup Bunuh Ibu Sendiri

Demi Cinta Seorang Wanita Sanggup Bunuh Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 325 hits
Sumber dari ViralPressSiapa sangka demi cinta kepada kekasihnya seorang wanita sanggup upah pembunuh untuk membunuh ibunya sendiri Kejadian yang berlaku di Thailand seorang wanita bernama Kanchana Srisung bertindak sedemikian kerana ingin m...
Ditendang Korban Hingga Tersungkur Ke Jalan Seorang Begal Di Deliserdang Tewas Dihakimi Massa

Ditendang Korban Hingga Tersungkur Ke Jalan Seorang Begal Di Deliserdang Tewas Dihakimi Massa

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 385 hits
Jasad pelaku begal yang tewas usai diamuk massa Ram warga Jalan Pendidikan Dusun 2 Desa Bandar Setia Kecamatan Percut Sei Tuan Deliserdang sudah dijemput pihak keluarganya Sebelumnya Ram satu dari empat pelaku begal bersenjata tajam tewas u...
Suami Jangan Abaikan Keperluan Me Time Seorang Isteri Sesungguhnya Itulah Paling Dia Perlukan

Suami Jangan Abaikan Keperluan Me Time Seorang Isteri Sesungguhnya Itulah Paling Dia Perlukan

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 398 hits
Sebagai seorang ibu baik yang bekerja mahupun seorang suri rumah amat penting bagi anda untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri Letih menjadi seorang isteri dan ibu itu tidak boleh diungkapkan dengan kata kata apatah lagi jika mempunyai ...
Viral Seorang Anak Tunawisma Meninggal Di Pinggir Jalan Diduga Lelah Dan Kelaparan

Viral Seorang Anak Tunawisma Meninggal Di Pinggir Jalan Diduga Lelah Dan Kelaparan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 253 hits
Viral seorang anak tunawisma meninggal di pinggir jalan diduga lelah dan kelaparan Video bocah pemulung tersebut beredar di sosial media Minggu Salah satu video tersebut diunggah oleh akun twitter Mrmarshall rama yang kemudian viral Dalam v...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai