Tenang Je Dia Beranak Smooth Je Throwback Bersalinkan Anak Kedua Adira Salahudi Dipuji Tenang
Sempena kelahiran pertama anak keduanya, Influencer, Adira Salahudi memuat naik satu video throwback kelahiran puteri kesayangannya itu menerusi Instagram.
Momen penuh indah itu turut ditemani suaminya, Ammar Azizan yang sentiasa kuat memberikan sokongan kepada Adira sepanjang detik kelahiran itu.
Perkongsian video kelahiran itu turut menarik perhatian wargamaya. Malah infleuncer cantik manis ini dipuji kerana begitu tenang dan bersahaja ketika berdepan detik mencemaskan itu.
Tanpa suara atau jeritan kecil ketika menolak bayinya keluar, Adira dipuji begitu tenang. Tambah bersemangat saat disokong kuat suaminya yang sentiasa dekat di sisi.
Dalam pada itu, menerusi entri yang sama juga, Adira turut berkongsi momen ketika mengandungkan Alva Velisa Dimar yang amat berbeza ketika kehamilan anak pertamanya.
Dek kerana terlalu aktif, pada usia kandungannya ke 34 minggu, si comel Alva hampir dilahirkan ke dunia bila mana bukaan serviks ketika itu sudah pun 3cm.
“Selamat Hari Lahir puteri mama papa @alvadimar. Membesar dengan baik ya sayang, jadi anak yang baik, solehah, menyenangkan & disayangi ramai.
“Baby mamadira tengah tak sihat, nak bawa celebrate birthday dia tapi terpaksa postpone dulu, bagi keadaan & kesihatan baby okay nanti mama papa bawa jalan jalan ok sayang.
“Masa mama pregnant Alva, mama active sangat, alahan & muntah memang kurang, mama active busy dengan kerja sangat sampai awak nak keluar awal sayang, 34 weeks bukaan mama dah 3cm,” tulisnya berkongsi.
Cukup-cukup 38 minggu
Berkat doa dan pujukan, si comel Alva akhirnya dilahirkan pada minggu ke 38 kandungan.
“Mama takut & tak ready. Menangis nangis takut jadi apa apa dekat awak sayang. Mama doa banyak banyak minta Allah hold dulu, jangan bagi mama beranak lagi.
“Hari hari mama usap perut mama pujuk Alva tunggu sampai Alva matang. Cukup 38 weeks. Alhamdulillah, Alva hadir dalam hidup mama, papa & abang Arsel.
“Awalnya mama ingat abang akan jealous dengan Alva. Tapi abang Arsel sayang sangat dekat awak. 24/7 sebut nama awak. Terima kasih hadir dalam hidup mama. I loveyou so much baby,” tulisnya berkongsi.
View this post on Instagram
A post shared by 𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇𝐔𝐃𝐈 (@adirasalahudi)
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Tenang Je Dia Beranak, Smooth Je” Throwback Bersalinkan Anak Kedua, Adira Salahudi Dipuji Tenang! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tenang-je-dia-beranak-smooth-je-throwback-bersalinkan-anak-kedua-adira-salahudi-dipuji-tenang/