Tenang Di Penghujung Usia 30 An





Tenang di penghujung usia 30 an

Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting

Asyik melenting sahaja

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun

Pang!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu

Kesihatan
Keluarga
Sahabat
Kerjaya
Ibubapa
Adik-beradik
Ipar duai
Kebendaan

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅

You have to face it

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. Masa inilah ada yang hilang kerjaya
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. Masa inilah kenderaan rosak
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat

Menguji keimanan
Menguji kesabaran
Melatih diri dengan reda dan ikhlas
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. Mengajar diri menjadi lebih beriman

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
.          - ALLAH SAYANG-
DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW

Hati lebih sabar
Hati lebih tenang
Hati lebih ikhlas
Hati lebih tawaduk

Hidup lebih bahagia
Hidup lebih sempurna
Hidup lebih nampak arah tujunya
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh

Semua urusan diniatkan ibadah
Sudah mula ke rumah Allah
Sudah mula perbaiki diri
Sudah mula perbaiki solat
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌

Take a second to think about how blessed you are

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian

Baik, kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you

Please share it to save more people out there
Kita pun copy paste juga 😊PM siapa penulis untuk saya kreditkan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2020/06/tenang-di-penghujung-usia-30-an.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ayu Seperti Dulu Wajah Terkini Arni Nazira Dalam Usia 41 Tahun Tetap Tak Jemu Dipandang

Masih Ayu Seperti Dulu Wajah Terkini Arni Nazira Dalam Usia 41 Tahun Tetap Tak Jemu Dipandang

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 1012 hits
Memiliki raut wajah yang lembut dan ayu memberi kelebihan buat penyanyi pop serta pelakon popular era 90an Arni Nazira Sedar tak sedar sudah 11 tahun Arni Nazira menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedu...
Anak Beyonce Blue Ivy Tercalon Anugerah Bet Pada Usia 8 Tahun

Anak Beyonce Blue Ivy Tercalon Anugerah Bet Pada Usia 8 Tahun

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 461 hits
Kanak kanak ini juga pernah menerima anugerah untuk penulisan lagu di Anugerah Soul Train pada tahun 2019 Foto Twitter Anak Beyonce Blue Ivy tercalon Anugerah BET SIAPA menyangka pada usia lapan tahun anak kepada bintang R B Beyonce Knowles...
Sempat Acu Sabit Di Leher Tebusan Perompak Maybank Usia 19 Tahun Mati Ditembak

Sempat Acu Sabit Di Leher Tebusan Perompak Maybank Usia 19 Tahun Mati Ditembak

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 969 hits
Hari ini suasana di Maybank Air Tawar 5 Kota Tinggi bertukar cemas selepas berlaku kejadian rompakan dengan senjata melibatkan tebusan seorang wanita Menurut saksi Nurul Izzati Kamali 23 pada waktu itu kawasan deretan kedai tenang dan tidak...
Aidilfitri 2020 Akan Menjadi Kenangan Sepanjang Usia

Aidilfitri 2020 Akan Menjadi Kenangan Sepanjang Usia

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 396 hits
Raya dah lama berlalu kenangannya tetap ada dan terpahat dalam ingatan Mana mungkin dapat dilupakan Aidilfitri 2020 banyak nostalgia bagi kita semua Covid 19 dan PKP banyak mengubah cara hidup kita Pergerakan terbatas tiada bazar Ramadan ti...
Mengandung Lewat Usia Lain Cabaranya Dr Halina Akui Banyak Perubahan Berlaku Berbanding Kehamilan Dahulu

Mengandung Lewat Usia Lain Cabaranya Dr Halina Akui Banyak Perubahan Berlaku Berbanding Kehamilan Dahulu

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 281 hits
Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru mengumumkan semalam bahawa isterinya Dr Halina hamil 13 minggu Bukan hanya Dr Sheikh Muszaphar sahaja yang gembira malah seluruh rakyat Malaysia tumpang gembira apabila kehamilan ke empat Dr Halina juga kemba...
Kelompok Usia 31 45 Tahun Diminta Hati Hati Covid 19 Saat New Normal

Kelompok Usia 31 45 Tahun Diminta Hati Hati Covid 19 Saat New Normal

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 308 hits
Sebab itu semua orang dalam berkegiatan dia imbau agar menggunakan masker Terutama usia yang rentan terpapar covid 19
Tips Kumpul Duit Untuk Kahwin Di Usia Muda

Tips Kumpul Duit Untuk Kahwin Di Usia Muda

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 477 hits
Semua nak kahwin mudakan Mana yang dah kahwin tu jangan mimpi nak tambah cawangan pula sama sama kita jaga cawangan sedia ada ok hehe sabar sabar jangan gelojoh ya Tips Kumpul Duit Untuk Kahwin Di Usia MudaCredit Pic 1 Jangan terjebak denga...
Tahniah Farah Nabilah Suami Kongsi Berita Gembira Dah Berbadan Dua Usia Kandungan Sudah 19 Minggu

Tahniah Farah Nabilah Suami Kongsi Berita Gembira Dah Berbadan Dua Usia Kandungan Sudah 19 Minggu

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 457 hits
Tiada yang lebih menggembirakan buat pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan selain berita tentang kehamilan pertama isteri atau lebih tepat lagi bunting pelamin Tahniah diucapkan kepada pelakon Farah Nabilah yang baru berkongsi berita...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor