Temui Tun Mahathir Di Platform Yeg Academy Ketahui Jurusan Pilihan Anda


YEG Academy | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan ada semua sebuah program yang menarik iaitu program anjuran Platform pendidikan dan kerjaya atas talian , Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke – 7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak. 
Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita. 
Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini. 
Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.
Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara. 
“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan 
Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia. 
“ Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM
“Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim 
Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing. 
“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah” 
“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagi
Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/ hari ini.
Ikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial Facebook @youreducationguidance, Instagram @yegacademy.official atau YouTube @YEGAcademy . 
The post Temui Tun Mahathir di Platform YEG Academy – Ketahui Jurusan Pilihan Anda appeared first on AMIRNAWAWI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amirnawawi.com/temui-tun-mahathir-di-platform-yeg-academy/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Pilihan Jurusan Selepas Spm Bersama Tun Mahathir Secara Online Di Yeg Academy

Panduan Pilihan Jurusan Selepas Spm Bersama Tun Mahathir Secara Online Di Yeg Academy

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 421 hits
90 GRADUAN KESAL DENGAN JURUSAN DIPILIH KUPASAN EKSKLUSIF BERSAMA TUN MAHATHIR DI PLATFORM YEG ACADEMY Platform pendidikan dan kerjaya atas talian Your Education Guidance Academy berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke 7 Tun Dr Maha...
Kupasan Pilihan Graduan Eksklusif Bersama Tun Mahathir Di Platform Yeg Academy

Kupasan Pilihan Graduan Eksklusif Bersama Tun Mahathir Di Platform Yeg Academy

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Kupasan Pilihan Graduan Eksklusif Bersama Tun Mahathir di Platform YEG Academy pula dengan korang Ya lah kadang bila lepas anak anak kita habis belajar kita kadang tak pasti hala tuju an...
Ikuti Perkongsian Tun Dr Mahathir Di Platform Yeg Academy Tentang Pemilihan Jurusan Dan Kerjaya Yang Tepat

Ikuti Perkongsian Tun Dr Mahathir Di Platform Yeg Academy Tentang Pemilihan Jurusan Dan Kerjaya Yang Tepat

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 316 hits
hai assalammualaikumIkuti Perkongsian Tun Dr Mahathir Di Platform YEG Acdemy Tentang Pemilihan Jurusan Dan Kerjaya Yang Tepat 90 graduan kesal dengan jurusan yang dipilih Hah nampak tak bila tersalah pilih jurusan pendidikan mula menyesal N...
Tun Mahathir Kongsi Tips Pilih Jurusan Yang Betul Sebelum Menyambung Pengajian Di Virtual Bootcamp Anjuran Yeg Academy

Tun Mahathir Kongsi Tips Pilih Jurusan Yang Betul Sebelum Menyambung Pengajian Di Virtual Bootcamp Anjuran Yeg Academy

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum Suka untuk Fiza kongsikan mengenai pengalaman Fiza sendiri dalam memilih jurusan sebelum memasuki IPT terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Malaya Nak kata menyesal tak lah juga sebab ilmu yang Fiza dapat banyak juga memban...
Pelajar Sesal Silap Pilih Jurusan Ikuti Kupasan Ekslusif Tun M Di Platform Yeg Academy

Pelajar Sesal Silap Pilih Jurusan Ikuti Kupasan Ekslusif Tun M Di Platform Yeg Academy

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 349 hits
Pelajar Sesal Silap Pilih Jurusan Ikuti Kupasan Ekslusif Tun M Di Platform YEG Academy Berikutan tinjauan mendapati 90 pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang telah mereka pilih pihak YEG Academy mengambil inis...
Tips Peluang Kerjaya Oleh Tun Mahathir Di Yeg Academy

Tips Peluang Kerjaya Oleh Tun Mahathir Di Yeg Academy

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 439 hits
TIPS PELUANG KERJAYA OLEH TUN MAHATHIR DI YEG ACADEMY Perhatian untuk pelajar lepasan SPM dan juga mereka yang sedang mencari kerja jangan lepaskan peluang untuk mendengar kupasan eksklusif bersama Tun Mahathir berkongsi tips peluang kerjay...
Kupasan Eksklusif Bersama Tun Mahathir Dalam Program Educareer Pasca Covid 19 Bootcamp Anjuran Yeg Academy

Kupasan Eksklusif Bersama Tun Mahathir Dalam Program Educareer Pasca Covid 19 Bootcamp Anjuran Yeg Academy

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 319 hits
YEG Academy Anjur Program Educareer Pasca Covid 19 Bootcamp Bersama Tun Mahathir Kebanyakkan pelajar lepasan SPM seringkali berada dalam dilema untuk memilih jurusan dan bidang yang tepat dalam menentukan masa depan mereka Hasil dari kajian...
Tun Mahathir Dan Barisan Selebriti Terkenal Bakal Boom Yeg Academy

Tun Mahathir Dan Barisan Selebriti Terkenal Bakal Boom Yeg Academy

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 281 hits
Platform pendidikan dan kerjaya atas talian Your Education Guidance Academy berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beli...
Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Yeg Academy Bantu Graduan Tentukan Hala Tuju Pada Masa Hadapan

Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Yeg Academy Bantu Graduan Tentukan Hala Tuju Pada Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 366 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama YEG Academy Bantu Graduan Tentukan Hala Tuju Pada Masa Hadapan Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Platform pendidikan dan kerjaya atas talian Your Education Guidance Academy berbesar hati apabila mantan Per...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Catatan Hujung Minggu

Perlis Darul Kopi Ada 100 Port Untuk Ngopi Di Perlis

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Cita Cita Mahasiswi Ini Bikin Ulama Al Azhar Takjub

Pendapat Pelabur Asing Kerajaan Melayu Kerajaan Korup

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Chonggu Experimental School By Bau Brearley Architects Urbanists In Shanghai China

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah

Macc Proposes Criminal Charges In Case Involving Perlis Mb S Son

No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Singapore S New Pm Takes Office Pledging To Lead In His Own Way