Temui Ajal Ditangan Ibu Bagi Alasan Jatuh Sofa Rupanya Tekup Muka Anak Dengan Bantal


Seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan hingga mati.
Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.
Beri alasan terjatuh sofa
Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.

“Sekitar jam 11.30 pagi doktor hospital itu menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan awal, doktor itu mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal,” katanya tadi.
Meninggal 3 hari selepas dirawat
Wan Kamarul berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya Ahad lalu, selepas kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan.
Sejurus menerima laporan, polis cuba menghubungi kembali ibu mangsa yang juga suspek utama, namun gagal malah wanita itu juga tiada di alamat kediaman diberikan.
“Hasil maklumat risikan, polis menyerbu sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan menahan suspek sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari. Suaminya turut ditahan pada hari sama,” katanya.
Mengaku menekup muka anak dengan bantal
Hasil soal siasat suspek mengaku menekup muka mangsa menggunakan bantal semasa anaknya sedang tidur kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga.
“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.
“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.
“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa,” ujarnya.

Buat siasatan lanjut
Katanya, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat berikutan tiada di lokasi semasa kejadian berlaku.
“Teman lelaki suspek yang juga seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.
“Dia hanya hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap berkenaan untuk bermalam dengan suspek dan semasa kejadian lelaki berkenaan telah beredar,” katanya.
Beliau berkata, suspek dan teman lelakinya direman tujuh hari bermula 16 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
Kredit: Metro
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
The post Temui Ajal Ditangan Ibu! Bagi Alasan Jatuh Sofa, Rupanya Tekup Muka Anak Dengan Bantal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/temui-ajal-ditangan-ibu-bagi-alasan-jatuh-sofa-rupanya-tekup-muka-anak-dengan-bantal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Muda Dituduh Bunuh Bayi Dengan Tekup Bantal Di Muka

Ibu Muda Dituduh Bunuh Bayi Dengan Tekup Bantal Di Muka

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 195 hits
Ibu muda dituduh bunuh bayi dengan tekup bantal di muka Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas dakwaan membunuh anaknya berusia satu tahun enam bulan dengan menekup bantal di muka bayi berkenaan Foto NSTP Aizudd...
Ibu Muda Dituduh Tekup Bantal Di Muka Bayinya Hingga Sebabkan Kematian

Ibu Muda Dituduh Tekup Bantal Di Muka Bayinya Hingga Sebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 172 hits
Ibu muda yang didakwa membunuh anaknya berusia satu tahun enam bulan dengan menekup bantal di muka bayinya di bawa ke Mahkamah Majistret hari ini Tertuduh Umishahirah Khalid 20 mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan namun tiada penga...
Tekup Muka Anak Guna Bantal Hingga Mati Wanita Didakwa Esok

Tekup Muka Anak Guna Bantal Hingga Mati Wanita Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 212 hits
Polis berkata bayi lelaki berusia 18 bulan mengalami pendarahan di kedua dua mata dipercayai didera PETALING JAYA Wanita yang ditahan kerana menekup bayi lelakinya berusia 18 bulan menggunakan bantal dalam kejadian di sebuah kondominium di ...
Ibu Didakwa Tekup Anak Sampai Mati

Ibu Didakwa Tekup Anak Sampai Mati

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 251 hits
Samadi Ahmadam hmetro com myTERTUDUH dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang FOTO Aizuddin SaadSepang Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh anak kandung berusia satu tahun enam bulan dengan meneku...
Kawan Kata Ibu Masak Sedap Cikgu Kagum Anak Murid Tak Lokek Kongsi Bekal Dengan Kawan Rezeki Dikongsi

Kawan Kata Ibu Masak Sedap Cikgu Kagum Anak Murid Tak Lokek Kongsi Bekal Dengan Kawan Rezeki Dikongsi

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 216 hits
Bukan semua dari kita berada dan mampu untuk makan sedap sedap setiap hari Kerana itulah perlu kita didik anak anak kita untuk berbagi rezeki Berkongsi rezeki bersama anak anak yang kurang senang Perkongsian seorang pendidik yang cukup dike...
Kalau Jatuh Macam Mana Lee Siyoung Dikecam Daki Gunung Halla Bersama Anak Kecil

Kalau Jatuh Macam Mana Lee Siyoung Dikecam Daki Gunung Halla Bersama Anak Kecil

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 303 hits
Walaupun entri di media sosial sering mendapat respon positif peminat namun Lee Si young secara tiba tiba dikritik baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pelakon wanita itu telah memuat naik beberapa foto di Instagram miliknya bagi berkong...
Ibu Ini Share Aktiviti Sensori Bawah Setahun Bagus Untuk Iq Anak Cepat Belajar

Ibu Ini Share Aktiviti Sensori Bawah Setahun Bagus Untuk Iq Anak Cepat Belajar

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 180 hits
Perkembangan setiap anak berbeza beza Di usia setahun pertama anak adalah fasa penting untuk anak belajar menggunakan pelbagai derianya Masa ini ibu bapa perlu sentiasa perhatikan perkembangan anak mesti mengikut usia Kebanyakan anak anak d...
Teddy Bear Kotor Punca Anak Tak Sihat Ibu Ni Kongsi Cara Cuci Yang Betul Senang

Teddy Bear Kotor Punca Anak Tak Sihat Ibu Ni Kongsi Cara Cuci Yang Betul Senang

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 246 hits
Anak anak sudah tentu memiliki patung kegemarannya terutama anak perempuan Itulah yang menjadi temannya dan akan dibawa ke mana mana Masalahnya bila sudah dikelek ke sana ke mari itulah yang merungsingkan kerana kita tidak tahu berapa banya...
Cepat Langsing Honey Lee Beri Respon Dakwaan Guna Ibu Tumpang Bagi Lahirkan Anak Sulung

Cepat Langsing Honey Lee Beri Respon Dakwaan Guna Ibu Tumpang Bagi Lahirkan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 243 hits
Sudah pun lebih 8 bulan melahirkan anak sulung tiba tiba ada berita kurang enak menyelubungi Honey Lee ARTIKEL BERKAITAN Bagi mempromosikan filem Phantom pelakon wanita itu telah menjadi tetamu di Cultwo Show di SBS Power FM bersama Seol Gy...
How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Buah Pear Korea

Undercover Dream Club Bicara Chord

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

Easy Beef Tomato And Onion Recipe

Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Kenapa Teruk Sangat Perangai Beginikah Dah Lah Tak Menyempat Nyempat Kelaku Macam Gini Oula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Hospital Loveline

Surat Dari Semesta By Sofia Roses

Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai

Arctic Fish Skin Gear Ancient Ingenuity For Extreme Survival

Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda

Hariz Fayahet Lara Bertahan Chord