Tempoh Pelantikan Maimunah Sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur Dipendekkan


Tempoh Pelantikan Maimunah Sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur Dipendekkan
PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) — Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif akan menamatkan perkhidmatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 14 Nov ini dan memulakan tugas sebagai Penasihat Hartanah Petronas pada 17 Nov.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata keputusan itu bagi membolehkan Maimunah menyumbang kepakaran di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu, yang bakal menerajui pembangunan mercu tanda baharu di Kuala Lumpur.
Petronas dalam kenyataan berasingan turut memaklumkan mengenai pelantikan tersebut.
Shamsul Azri berkata tempoh pelantikan Maimunah dipendekkan selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menetapkan tempoh baharu iaitu dari 15 Ogos 2024 hingga 14 Nov 2025.
“Keputusan tersebut mengambil kira keperluan perkhidmatan serta kepakaran luas Datuk Seri Maimunah dalam perancangan bandar berteraskan pembangunan lestari, selaras dengan pengalaman antarabangsa beliau ketika mengetuai UN-Habitat sebagai Pengerusi Eksekutif.
“Kerajaan yakin penempatan baharu ini akan membolehkan beliau terus menyumbang kepimpinan strategik kepada negara melalui projek berkepentingan nasional,” katanya. Shamsul Azri berkata sepanjang mengetuai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Maimunah mencatatkan pelbagai pencapaian signifikan, termasuk memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan DBKL berasaskan integriti serta pengurusan organisasi yang cekap dan berkesan.
Hasil kepimpinan transformasi itu, DBKL berjaya keluar daripada kedudukan defisit apabila mencatat lebihan semasa RM27.6 juta pada 2024, berbanding defisit RM75.3 juta pada 2023 dan RM283 juta pada 2022.
Prestasi ini, menurutnya, menggambarkan kejayaan pelaksanaan langkah penambahbaikan kewangan dan pengurusan perbelanjaan secara berhemat, cekap dan strategik.
“Selain itu, Datuk Seri Maimunah turut berjaya meletakkan DBKL di pentas antarabangsa melalui pelbagai inisiatif pengantarabangsaan Kuala Lumpur, termasuk kerjasama strategik dengan UNICEF melalui Program Cash Plus dan Child-Friendly City Initiatives. “Beliau juga memainkan peranan penting dalam penganjuran Forum Perbandaran Mampan ASEAN, Forum Datuk Bandar dan Gabenor ASEAN serta Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar Ibu Kota ASEAN sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025,” katanya.
Shamsul Azri berkata usaha Maimunah dalam memperkasakan agenda bandar hijau dan mampan turut terserlah menerusi pelaksanaan komitmen menjadikan Kuala Lumpur bandar karbon sifar, berdaya huni serta berdaya tahan iklim.
Antara inisiatif yang diterajuinya ialah Inisiatif Sifar Sisa, Lingkaran Hijau dan Program Daya Tahan Iklim Bandar (UCRP), yang kesemuanya mencerminkan pendekatan menyeluruh dalam membangunkan bandar masa hadapan.
Kepimpinan Maimunah turut diiktiraf dengan pelbagai anugerah berprestij di peringkat domestik dan antarabangsa, antaranya Anugerah Kepimpinan Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi Malaysia (PCRA) 2024, Anugerah Nona Superwoman 2024 serta Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik (Bandar raya) 2025 sempena Anugerah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau juga menerima pengiktirafan ‘Women of the Decade’ daripada Women Economic Forum selain dinobatkan sebagai penerima Leadership Award 2025 daripada Fira de Barcelona di World Smart City Expo 2025. Shamsul Azri berkata kerajaan percaya bahawa pengalaman dan keunggulan kepimpinan Maimunah akan membolehkan beliau memastikan projek mercu tanda Kuala Lumpur yang bakal diterajui di bawah GLC berkenaan dapat direalisasikan dengan sempurna dan selaras dengan aspirasi MADANI bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Kerajaan atas jasa, bakti dan legasi kepimpinan yang membanggakan sepanjang tempoh Maimunah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Sumber: BERNAMA
The post Tempoh Pelantikan Maimunah Sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur Dipendekkan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/13/tempoh-pelantikan-maimunah-sebagai-datuk-bandar-kuala-lumpur-dipendekkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
500 Hari Bergelar Datuk Bandar Kl Maimunah Berpuas Hati Dengan Pencapaian

500 Hari Bergelar Datuk Bandar Kl Maimunah Berpuas Hati Dengan Pencapaian

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 155 hits
Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif mengakui berpuas hati dengan pencapaian dan komitmen yang diberikan sepanjang 500 hari menyandang jawatan itu sejak 15 Ogos tahun lalu Datuk Bandar KL tegaskan program dirancan...
Asean Perkukuh Kerjasama Tangani Cabaran Media Sosial Kuala Lumpur Sedia Jadi Hos Sidang Kemuncak Ke 47

Asean Perkukuh Kerjasama Tangani Cabaran Media Sosial Kuala Lumpur Sedia Jadi Hos Sidang Kemuncak Ke 47

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR 19 Okt Negara negara ASEAN bakal memperkukuh usaha bersama dalam menangani cabaran keselamatan dalam talian melalui penyelarasan dasar dan tindakan serantau sejurus selepas Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang berlangsung dari 26 h...
Debate Sparks Over Rise Of Arabic Food Outlets In Central Kuala Lumpur Truth Or Hearsay

Debate Sparks Over Rise Of Arabic Food Outlets In Central Kuala Lumpur Truth Or Hearsay

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 138 hits
WE Malaysians are spoiled for food This is a fact we cannot deny living in a melting pot of culture and all the accompanying traditional food So it comes as a surprise when a netizen pointed out that the capital of Malaysia is being dominat...
Yikon Genomics Buka Makmal Genetik Canggih Pertama Di Kuala Lumpur

Yikon Genomics Buka Makmal Genetik Canggih Pertama Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 146 hits
Bidang kesihatan reproduktif dan pencegahan di Asia Pasifik melangkah setapak ke hadapan apabila Yikon Genomics peneraju global dalam teknologi genetik berketepatan tinggi membuka makmal pertamanya di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur ...
Grand Mercure Diperkenalkan Di Bukit Bintang Kuala Lumpur Malaysia

Grand Mercure Diperkenalkan Di Bukit Bintang Kuala Lumpur Malaysia

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 206 hits
Grand Mercure Hotels Resorts tempat sentuhan moden bertemu tradisi yang berkekalan dengan bangganya mengumumkan pembukaan Grand Mercure Kuala Lumpur Bukit Bintang menandakan penampilan sulung jenama ini di Malaysia Terletak di lokasi yang s...
Celebrate A Grand Festive Season At Grand Millennium Kuala Lumpur

Celebrate A Grand Festive Season At Grand Millennium Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 210 hits
Hello Everyone Make this holiday season truly unforgettable with a spectacular Christmas and New Year celebrations at the Grand Millennium Kuala Lumpur Experience a grand celebration featuring an exquisite spread of festive delicacies thoug...
Siti Nurhaliza Kj Berpotensi Menang Jika Bertanding Untuk Jawatan Datuk Bandar Kl

Siti Nurhaliza Kj Berpotensi Menang Jika Bertanding Untuk Jawatan Datuk Bandar Kl

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 180 hits
Malaysiakini nbsp Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menegaskan betapa tempoh khidmat Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu lebih terjamin dan ini terletak pada pilihan raya tempatan dengan diberi mandat selama lima tahun Pemimpin DAP itu berkata d...
Datuk Bandar Check In Hotel Lebih 10 Kali Bersama Suami Orang

Datuk Bandar Check In Hotel Lebih 10 Kali Bersama Suami Orang

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 199 hits
KOSMOOgawa memberikan penjelasan dalam sidang akhbar di Maebashi Jepun ANNTOKYO Seorang datuk bandar di Jepun menerima kecaman ramai selepas mengaku menginap lebih 10 kali di sebuah hotel cinta dengan rakan sekerjanya yang sudah berkahwin l...
Cuti Santai 2 Hari 1 Malam Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Makan Rehat Lepas Penat

Cuti Santai 2 Hari 1 Malam Di Aloft Kuala Lumpur Sentral Makan Rehat Lepas Penat

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 285 hits
24 Feb 2024 25 Feb 2024 Sabtu Ahad Dah jadi rutin dua minggu sekali kalau Cik Yuyi free dia datang rumah makcik Dulu tiap tiap minggu dia datang tapi makcik tak bagi makcik pun nak rehat juga Makcik masih kerja jadi hujung minggu tu lah mas...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Kuih Tiram


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti