Tempoh Lima Bulan Nikah Mutaah Yang Ada Macam2 Muhyiddin Azmin Dan Hamzah Boleh Rancang Kekal Kuasa


 
Keputusan PAU semalam yang menyetujui UMNO putus hubungan dengan Bersatu dan akan bergerak sendirian pada PRU15 nanti pada asasnya memang sudah dijangka dan sama sekali tidak mengejutkan.
Sebagaimana itulah kehendak akar umbi UMNO, ditambah dengan penyusunan jurucakap di mana tahun ini ia hanya terdiri daripada Pengerusi UMNO negeri-negeri, sudah tentu momentum serangan terhadap Bersatu tidak mungkin dapat dikendurkan lagi.
Apatah lagi dalam ucapan perasmian pada sebelah pagi semalam, Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO telah memulakan serangan terhadap Bersatu dan menaikkan semangat perwakilan tentang perlunya putus hubungan itu dimuktamadkan.
Begitu pun, meski UMNO setuju memutuskan hubungan dengan Bersatu, tindakan keluar daripada kerajaan PN tidak pula dilakukan secara serta-merta.
Kalau dulu, ketetapan UMNO ialah keberadaannya dalam kerajaan PN hanya sehingga Parlimen dibubarkan, tetapi kini keputusan itu diserahkan kepada Presiden dan MT UMNO memilih masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Zahid Hamidi kemudian berkata, MT UMNO akan menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan PN sebaik saja tempoh darurat tamat iaitu sama ada pada atau sebelum 1 Ogos depan.
Difahami bahawa tindakan ini adalah bertujuan agar PRU15 dapat diadakan selepas itu, bahkan ia juga bersesuaian dengan janji Muhyiddin Yassin sendiri yang berkata, PRU akan diadakan sebaik darurat tamat dan ancaman Covid19 sudah reda.


Bermakna, keputusan PAU semalam hanya merubah sedikit saja berkenaan hubungan nikah mutaah antara parti itu dengan Bersatu dalam kerajaan PN.
Dulunya tempoh nikah mutaah itu sehingga Parlimen dibubarkan yang tidak diketahui bila tarikhnya tapi kini dipendekkan kepada Ogos depan iaitu kira-kira lima bulan daripada sekarang.
Dalam tempoh lima bulan akan datang ini, UMNO dan Bersatu tetap kekal tinggal serumah dan makan semeja bersama seorang lagi madu dalam rumah yang iaitu Pas.
Selepas putus hubungan nanti, belum dapat dipastikan sama ada Pas akan memilih UMNO atau Bersatu untuk meneruskan fasa kehidupan berpolitik seterusnya.
Secara umumnya, keputusan UMNO yang tidak berani keluar serta merta daripada kerajaan, sebaliknya memberi tempoh lima bulan lagi untuk berbuat demikian, dengan sendirinya meletakkan parti itu terus dipertikaikan ramai.
Rata-rata mempersenda dan mempertikai ketetapan tersebut di mana jika Bersatu dan kerajaan PN sudah habis dikecam, ditempelak dan dicaci-maki dalam PAU semalam sehingga seolah-olah tiada satu pun yang baik mengenainya, kenapa UMNO tidak keluar segera dan masih sanggup bertahan lima bulan lagi tinggal bersama?
Apa lagi yang UMNO mahu tunggu?
Dalam waktu yang sama, turut dibimbangi kiranya dengan memberi ruang waktu lima bulan untuk keluar dan berpisah daripada kerajaan itu, ia seperti memberi masa kepada Muhyiddin dan Bersatu mencari jalan dan berfikir lagi menyelamatkan kedudukannya?
Jika dalam tempoh lima bulan akan datang Muhyiddin belum yakin mampu mengekalkan kuasanya, apakah mungkin beliau akan setuju membubarkan Parlimen?
Dalam tempoh lima bulan ini juga apakah Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin serta konco-konconya akan duduk diam saja?
Tidak mungkinkah selepas ini angka kes Covid19 tiba-tiba akan mencanak naik dan darurat yang lebih ketat akan dicadangkan pula bagi menggantikan darurat yang ada sekarang?
Dengan kuasa yang ada dalam tangannya, masa pun ada lima bulan lamanya, macam-macam perkara mampu Muhyiddin lakukan untuk mengekal dan mempertahankan kuasanya.
Sebab itu, keputusan terbaik bagi UMNO untuk mencerahkan peluangnya kembali berkuasa ialah dengan keluar kerajaan secara serta-merta sehingga Muhyiddin dan kerajaan PN terkejut dibuatnya sehingga tidak punyai masa untuk berfikir dan merancang apa-apa seterusnya. 


(Shahbudindotcom 29/03/2021)










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/tempoh-lima-bulan-nikah-mutaah-yang-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Boleh Dapat Sokongan 120 Ahli Parlimen

Muhyiddin Boleh Dapat Sokongan 120 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 350 hits
KERAJAAN Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin akan bertambah kuat dan diyakini mampu mendapay sokongan 120 Ahli Parlimen Ini ekoran beberapa Ahli Parlimen PKR keluar dari parti mereka untuk memberikan sokongan kepada PN Ini terbukt...
Azmin Akan Tumbangkan Muhyiddin Dan Ambil Alih Ppbm Untuk Jadi Pm

Azmin Akan Tumbangkan Muhyiddin Dan Ambil Alih Ppbm Untuk Jadi Pm

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 767 hits
Dengan melompatnya 3 lagi Ahli Parlimen PKR Larry Sng Steven Choong dan Xavier Kumar ke PPBM telah mengukuhkan lagi kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan PPBM sebagai parti tunggak di dalam Perikatan Nasional yang membentuk keraja...
Anwar Akan Pastikan Mahkamah Itu Adil Apakah Muhyiddin Boleh Dipercayai

Anwar Akan Pastikan Mahkamah Itu Adil Apakah Muhyiddin Boleh Dipercayai

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 286 hits
Najib dan Zahid dua pemimpin besar dalam Umno ada kes di mahkamah Bersalah atau tidak biar mahkamah tentukan Kalau mereka rasa mereka tidak bersalah dan mahukan perbicaraan yang adil tanpa campurtangan politik mereka akan memperolehinya di ...
Semangat Setiakawan Pas Utuh Kekal Dengan Bersatu Kata Muhyiddin

Semangat Setiakawan Pas Utuh Kekal Dengan Bersatu Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 295 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pendirian PAS untuk kekal bersama Bersatu adalah sebagai semangat setiakawan yang utuh Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu berkata semangat tersebut sekali gus membantu Perikatan Nasional merangka...
Pru15 Muhyiddin Azmin Siapa Lebih Berkuasa

Pru15 Muhyiddin Azmin Siapa Lebih Berkuasa

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 345 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berulang kali memberi jaminan Pilihan Raya Umum Ke 15 akan diadakan selepas darurat tamat apabila Malaysia pulih dari pandemik Covid 19 untuk kembalikan mandat Rakyat Beliau berkata tidak berniat unt...
Najib Chides Muhyiddin And Azmin Over Ge15 Date

Najib Chides Muhyiddin And Azmin Over Ge15 Date

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 263 hits
Najib Abdul Razak has highlighted the clash of statements on the general election between Prime Minister Muhyiddin Yassin and Senior Minister Azmin Ali This came after Azmin who is the minister of international trade and industry that the n...
Pru15 Ph Boleh Rampas Kuasa Jika Pn Mn Berpecah

Pru15 Ph Boleh Rampas Kuasa Jika Pn Mn Berpecah

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 195 hits
BANGI 2 Syaaban 1442H Selasa Tidak mustahil gabungan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional memenangi kerusi majoriti sekiranya kerjasama antara UMNO PAS dan Bersatu diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 Ini kerana gabungan tiga par...
Hiburan Saya Tak Boleh Terima Gara Gara Tak Pakai Pelitup Muka Aeril Zafril Digelar Anak B Bi

Hiburan Saya Tak Boleh Terima Gara Gara Tak Pakai Pelitup Muka Aeril Zafril Digelar Anak B Bi

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 479 hits
Susulan kes sebuah butik pakaian terkemuka yang menganjurkan pertunjukan fesyen namun tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan kerajaan nampaknya pelakon dan juga usahawan Aeril Zafril turut menerima tempias View this post o...
Perhimpunan Agung Umno Dua Hari Yang Boleh Mengubah Masa Depan Parti Dan Negara

Perhimpunan Agung Umno Dua Hari Yang Boleh Mengubah Masa Depan Parti Dan Negara

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 306 hits
MUAMMAR QADDAFIHari ini perwakilan UMNO seluruh negara akan bersidang sempena Perhimpunan agung UMNO 2020 Setiap tahun PAU akan menjadi tumpuan hatta ketika tumbangnya UMNO pada 2018 liputan PAU tetap dibuat media arus perdana melebihi part...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik