Azmin Akan Tumbangkan Muhyiddin Dan Ambil Alih Ppbm Untuk Jadi Pm



Dengan melompatnya 3 lagi Ahli Parlimen PKR, Larry Sng (Ahli Parlimen Julau), Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau) dan Xavier Kumar (Ahli Parlimen Kuala Langat) ke PPBM, telah mengukuhkan lagi kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan PPBM sebagai parti tunggak di dalam Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan.
Annuar Musa (Ahli Parlimen Ketereh dari UMNO yang berkiblatkan PPBM) mendakwa akan ada ramai lagi Ahli Parlimen dijangka akan melompat ke PPBM dalam waktu terdekat dan Muhyiddin dijangka akan mempunyai sekurang-kurangnya 120 sokongan dari Ahli Parlimen

Baca di sini :
https://cin-ca.blogspot.com/2021/03/muhyiddin-boleh-dapat-sokongan-120-mp.html

Kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainuddin, Xavier melompat dari PKR ke PPBM adalah untuk memperkukuhkan kerajaan supaya Perikatan Nasional dapat memberikan fokus membangunkan rakyat dan negara

Baca di sini :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/795917/sokong-pn-bukti-xavier-utamakan-kepentingan-kesejahteraan-rakyat

Namun ianya berbeza dengan pengakuan yang diberikan oleh Xavier kepada kepimpinan PKR sebelum beliau menjadi katak politik.

Beliau telah mengakui telah didatangi oleh seorang menteri kanan dari PPBM dan telah diberikan ugutan.
Baca di sini :
1) https://www.astroawani.com/berita-politik/xavier-pernah-dakwa-menteri-kanan-paksa-sokong-pn-atau-berdepan-tindakan-saifuddin-nasution-287770

2) https://my-tv.online/2021/03/16/anwar-dakwa-mp-pkr-dikenakan-pelbagai-tekanan/
Secara tersurat, admin akui katak-katak politik itu akan memperkukuhkan kedudukan Muhyiddin dan PPBM tapi kalau kita selami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, ada satu agenda tersembunyi sedang dilaksanakan.
Bukan lagi menjadi rahsia, perancang utama kepada aktiviti katak politik ini adalah Azmin Ali.
Dengan melompatnya 3 Ahli Parlimen PKR ke PPBM, Azmin sebenarnya sedang memperkukuhkan kedudukan beliau di dalam PPBM.

Secara pasti, beliau kini mempunyai 13 Ahli Parlimen yang berada di dalam kem beliau.
Kesemua 13 Ahli Parlimen PKR yang melompat itu adalah kartel Azmin semasa dalam PKR.
Apa yang telah dilakukan oleh Azmin bersama-sama kartel beliau waktu berada dalam PKR?
Mereka berjaya membentuk kumpulan yang cukup kuat dan tidak berani diganggu oleh pemimpin-pemimpin PKR.
Kemuncaknya apabila Azmin hampir-hampir menyingkirkan Anwar Ibrahim dari PKR, namun setelah dinasihati 'seseorang', Azmin membatalkan hasrat tersebut dan hanya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dengan menumbangkan Rafizi Ramli yang disokong oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Jangan lupa, kekuatan kartel Azmin bukan setakat kekuatan sokongan Ahli Parlimen seperti yang dimiliki oleh Muhyiddin sekarang ini.
Kartel Azmin juga mempunyai kekuatan di akar umbi yang akan diterjemahkan di dalam peti undi sewaktu pilihanraya nanti.
Sudah tentu dalam PRU 15 nanti, Azmin akan memastikan kesemua kartel beliau menjadi calun di Parlimen masing-masing dan dijangkakan kartel Azmin tidak akan menghadapi masalah mengekalkan kerusi mereka.

Sedangkan kekuatan Muhyiddin hanyalah setakat sokongan Ahli Parlimen yang dipaksa dan diugut untuk menyokong beliau sedangkan di akar umbi, pengundi masih lagi setia untuk menyokong parti asal mereka, malah Muhyiddin sendiri akan menghadapi masalah sekiranya bertanding di Parlimen Pagoh dalam PRU 15 nanti.
GPS dan MIC masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat untuk menyatakan pendirian mereka.
PAS pula sedang menghadapi tekanan yang cukup hebat dari pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi supaya meninggalkan Perikatan Nasional dan kembali ke Muafakat Nasional dalam PRU 15 nanti.
Tidak terkecuali 4 lagi ahli Parlimen PPBM yang berasal dari UMNO, Mas Emeriyati (Parlimen Masjid Tanah), Hamzah Zainuddin (Parlimen Larut), Mustapa Mohammad (Parlimen Jeli) dan Rosol Wahid (Parlimen Hulu Terengganu).
Mereka akan menghadapi tentangan yang hebat dari calun UMNO dan akar umbi UMNO hanya menunggu PRU 15 untuk menghukum pengkhianatan yang mereka lakukan ke atas UMNO.
Andai kata Muhyiddin, Hamzah dan Mustapa berjaya melepasi ujian getir dalam PRU 15 nanti, apakah Muhyiddin akan mampu mempertahankan kerusi Presiden PPBM dan Perdana Menteri, sedangkan kartel Azmin mempunyai 14 Ahli Parlimen?
Jangan lupa, Azmin meerupakan anak didik Dr Mahathir dan sehingga sekarang parti serpihan PPBM, Pejuang dan Muda masih lagi belum didaftarkan secara rasmi.
Apakah ada perancangan untuk membawa balik Pejuang dan Muda ke dalam PPBM?
Kita tahu, Dr Mahathir sedar, rakyat Malaysia sudah menolak beliau sebagai Perdana Menteri, tetapi plan B beliau adalah untuk meletakkan anak beliau, Mukhriz, sebagai Perdana Menteri.
Kita tidak nampak ada sebarang masalah dalam hubungan antara Dr Mahathir dan Azmin.
Dr Mahathir agak kerap mengkritik Muhyiddin secara terbuka tetapi beliau tidak pernah mengkritik Azmin, walau pun Azmin adalah menteri kanan paling kanan dalam pentadbiran Muhyiddin, mengapa?
Kini Azmin hanya menunggu masa yang sesuai untuk menggerakan 'king' beliau untuk membunuh 'king' Muhyiddin yang semakin sudah hilang kawalan.
Apa pilihan terbaik yang rakyat miliki?
Kembalikan mandat kepada UMNO/Barisan Nasional untuk sama-sama kita hentikan politik gila kuasa ini demi untuk kebaikan rakyat dan negara Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/03/azmin-akan-tumbangkan-muhyiddin-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Hints More Mps May Desert Pakatan After Dr Xavier Turns Pro Muhyiddin

Azmin Hints More Mps May Desert Pakatan After Dr Xavier Turns Pro Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 381 hits
Kuala Langat MP Datuk Dr Xavier Jayakumar may not be the last lawmaker to switch allegiances Senior Minister Datuk Seri Azmin Ali suggested today Azmin took to Twitter and posted a short and cryptic message just minutes after Dr Xavier anno...
Claims Made In Viral Message Including Azmin As Dpm Are False Says Ppbm

Claims Made In Viral Message Including Azmin As Dpm Are False Says Ppbm

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 222 hits
Hamzah Zainudin said PPBM will use all legal avenues available to safeguard the interests of the party and its members PETALING JAYA PPBM has vehemently denied all claims in a viral message which outlined purported decisions at its Supreme ...
Hebat Nya Muhyiddin Azmin Sahaja Yang Tahu

Hebat Nya Muhyiddin Azmin Sahaja Yang Tahu

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 363 hits
Hakikatnya semua orang tahu Azmin dan Hamzah memainkan peranan utama di belakang Muhyiddin Sudah ada gaya masuk bakul angkat sendiri Elok Jangan buang masa untuk komen
Siapa Paling Layak Terajui Ppbm Selepas Era Muhyiddin

Siapa Paling Layak Terajui Ppbm Selepas Era Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 209 hits
Hebahkan PPBM Selepas Era Tan Sri Muhyiddin Siapa Paling Layak Parti Pribumi Bersatu Malaysia hanya mempunyai 13 kerusi Parlimen pada PRU14 bersama Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM tidak menjad
Najib Chides Muhyiddin And Azmin Over Ge15 Date

Najib Chides Muhyiddin And Azmin Over Ge15 Date

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 254 hits
Najib Abdul Razak has highlighted the clash of statements on the general election between Prime Minister Muhyiddin Yassin and Senior Minister Azmin Ali This came after Azmin who is the minister of international trade and industry that the n...
Muhyiddin Baru Mohon Kuota Haji Tambahan Belum Rasmi Tapi Dah Berlakon Macam Dapat

Muhyiddin Baru Mohon Kuota Haji Tambahan Belum Rasmi Tapi Dah Berlakon Macam Dapat

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 326 hits
March 11 2021 KUOTA HAJI SEJAK ZAMAN NAJIB KATA TAMBAH 10 RIBU Masa zaman PH Mujahid pun memohon kuota tambahan 10 Ribu Dan ia kekal dalam pertimbangan Kerajaan Saudi Masa tu Najib sendiri kata Dia dah dapatkan Kuota Haji Tambahan 10 ribu r...
Malaysia Gets Additional 10 000 In Haj Quota Muhyiddin

Malaysia Gets Additional 10 000 In Haj Quota Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 209 hits
The Saudi Arabian government has agreed to give Malaysia an additional 10 000 places under the latter s haj quota Prime Minister Muhyiddin Yassin said he made the request during his audience with Saudi Arabian Crown Prince Prince Mohammed S...
We Have Cut Ties Full Stop Stop Backing Muhyiddin Says Tajuddin

We Have Cut Ties Full Stop Stop Backing Muhyiddin Says Tajuddin

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 205 hits
There are still some Umno members and MPs backing PPBM despite the party s decision to sever ties with Muhyiddin Yassin s party and Umno warlord Tajuddin Abdul Rahman is not at all pleased He slammed these Umno leaders for weakening the par...
Tawaran Jawatan Sediakah Sprm Siasat Muhyiddin

Tawaran Jawatan Sediakah Sprm Siasat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 199 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAhli Parlimen DAP Lim Guan Eng mempersoalkan sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bersedia membuktikan mereka sebagai badan yang bebas dan berkecuali dengan melakukan penyiasatan terhadap Perdana Menteri Ta...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat