Tempoh Kuarantin Syu Ada Lagi Baki 6 Hari Rindu


Antara banyak-banyak rindu, rindu yang paling ditakuti adalah rindu yang tak ada ubatnya. Sama seperti wabak yang masih lagi belum reda membadai kita. Seluruh dunia, betapa ramai anak-anak yang terpisah dari ibunya akibat dari pandemik ini. Ada yang hanya terpisah dengan jarak, dan ada juga yang telah terpisah dari dunia, akibat wabak ini. Dan di sinilah bermula rindu.
....rindu yang tak terubat Rindu bertamu lagi,
lemah tubuhku lidah pun kelu,
resah menantikan yang tak pasti,
bertanyakan hati mengapa ada rindu.

Jika ditanya tentang rindu,
jelas seluruh ragaku terpalit,
akan tetapi tiada daya upayaku,
hanya dalam doa namamu ku selit.

Sungguh rindu ini membuat ku sedar,
akan keberadaan makhluk itu tak selamanya,
takkan selalu ada bahu untukku tumpang bersandar,
perlindungan manusia hadnya tetap ada.

Namun ku takkan gentar,
ku pasti Allah sentiasa bersama,
biarpun tiada bahu tuk bersandar
ku pasti bumi ini luas tuk ku bersujud.

Ya Allah, ku sedar.

Bencana Covid-19 bukan badai biasa,
ia badai tak bermata, tak bersuara,
ia menjadikan anjung rumah kita sepi tanpa cahaya,
tanpa canda riang tawa keluarga tercinta.

Ya Allah! atas qudrah iradah Mu,
langkahku terhenti terbelenggu sepi,
ukhuwah tertunda tidak diizin bertemu,
harus berkurung harus lagi menyendiri.


Telah Engkau perintahkan menjaga ukhuwah
namun kami enggan kami mungkiri,
sungguh benar seperti kata Mu ya Allah,
telah terlalu banyak nikmat Mu kami dustai.


Ya rabb....

Badai ini amat terasa oleh kami,
betapa ia tak mampu terucap dengan kalam,
betapa tersiksa hidup menyendiri,
betapa mahal nya harga silaturrahim.

Beri kami peluang untuk bertaubat ya Robbi
Menyedari akan kezaliman kami atas semua nikmat yang telah Engkau beri,
Engkaulah Yang Maha Pemberi Rahmat, Maha Pengasih lagi Penyayang ku yakin Engkau mendengari,
atas izin serta kehendak Mu sajalah kehidupan kami akan lebih baik duniawi dan ukhrawi.


Annur Syuhadah, 09:35pm | Gerik Perak, 11 Februari 2021


Sajak ini tercipta tatkala aku bersendirian mengisi ruang waktu kuarantin aku yang masih bersisa 6 hari. 
Sebenarnya, tinggi harapan Syu agar kali ini merupakan kali terakhir PKP diadakan. Jangan pula ada PKP 3.0 pula selepas ini. Pun PKPD di sini, dijangka berakhir pada 19 Februari 2021, tapi semua itu tak menjamin. Tak siapa dapat jangka bahawa PKPD ini akan tamat, ataupun akan dilanjutkan

Dalam keadaan tiada penurunan mendadak kes positif Cobid sekarang ini, Syu rasa begitu yakin bahawa kita bakal menempuh hari-hari yang sunyi dan terpisah seperti ini untuk suatu jangka masa yang lebih lama. Begitulah. Semua orang tahu yang pandemik ini memang merupakan sebuah situasi yang penuh dengan ketidakpastian. Seriously my anxiety sering menyerang setiap kali bercakap tentang ini

Mungkin bagi sesetengah orang, ada yang mengharapkan agar PKP ini terus dilanjutkan. Ya. Sebab mungkin mereka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Segala-galanya cukup. Segala-galanya sempurna. Ibu ayah ada anak-anak, semua ada disampingnya. Anak-anak pula ada ibu ayah di sisi yang sentiasa akan menyokong mereka

Jadi jangan sebab "kesusahan' itu tidak berlaku kepada kita, kita jadi beranggapan bahawa orang lain pun tiada yang "susah". 
Bila mental tengah koyak, dengar lagu Didi & Friends Oh Rindu Serindunya di Youtube pun menitik air mata huhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.annursyuhadah.com/2020/04/rindu-yang-tak-terubat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kejadahnya Korang Boleh Kuarantin 3 Hari Virus Tu Kenal Korang Ke

Kejadahnya Korang Boleh Kuarantin 3 Hari Virus Tu Kenal Korang Ke

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 282 hits
Akademi Perubatan Malaysia berkata pihaknya merasa terganggu dengan pengenalan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba melalui Warta Persekutuan Perintah itu menyatakan me...
Perintah Kuarantin Tiga Hari Akademi Perubatan Mma Gesa Batalkan Segera

Perintah Kuarantin Tiga Hari Akademi Perubatan Mma Gesa Batalkan Segera

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 218 hits
Akademi Perubatan Malaysia berkata pihaknya merasa terganggu dengan pengenalan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba melalui Warta Persekutuan Perintah itu menyatakan me...
Menteri Balik Luar Negeri Tak Perlu Kuarantin 10 Hari Kata Warta Kerajaan

Menteri Balik Luar Negeri Tak Perlu Kuarantin 10 Hari Kata Warta Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 266 hits
Menteri balik luar negeri tak perlu kuarantin 10 hari kata warta kerajaan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Fe
Kuarantin 3 Hari Untuk Menteri Adalah Salah Meluaskannya Kepada Awam Lagi Lah Salah

Kuarantin 3 Hari Untuk Menteri Adalah Salah Meluaskannya Kepada Awam Lagi Lah Salah

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 221 hits
Hampir tidak ada pihak yang setuju dengan keputusan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba melonggarkan tempoh kuarantin bagi menteri menteri yang pulang dari luar negara daripada 10 hari kepada hanya 3 hari Rata rata mengkritik keputusan itu dan ...
Kuarantin 3 Hari Hentikan Amalan Double Standard

Kuarantin 3 Hari Hentikan Amalan Double Standard

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 275 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia mendesak kerajaan Perikatan Nasional menghentikan amalan memberi kelebihan kepada menteri dan golongan atasan dalam penguatkuasaan peraturan Menurut Ketua AMK Akmal Nasir kontroversi terbaharu apabila menteri...
Menteri Hanya Kuarantin Tiga Hari Covid 19 Takut Serang Menteri

Menteri Hanya Kuarantin Tiga Hari Covid 19 Takut Serang Menteri

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 242 hits
FAZLI RADZIJika tempoh kuarantin wajib 10 hari berdasarkan laporan saintifik semasa entah atas hujah apa untuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba melonggarkan prosedur itu untuk menteri Berkuatkuasa esok 9 Februari jemaah menteri ya...
Menteri Kuarantin 3 Hari Saja Kerajaan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama Najib Razak

Menteri Kuarantin 3 Hari Saja Kerajaan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama Najib Razak

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 244 hits
Melonggarkan tempoh kuarantin hanya selama tiga hari ke atas menteri yang pulang daripada lawatan di luar negara hanya membuka risiko yang lebih bahaya kata Najib Razak Bekas perdana menteri itu berpendapat keputusan terbaru kerajaan Perika...
Najib Dakwa Kuarantin Selama Tiga Hari Lagi Bahaya

Najib Dakwa Kuarantin Selama Tiga Hari Lagi Bahaya

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 224 hits
232 total views 232 views today Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelonggaran tempoh kuarantin hanya tiga hari kepada menteri pulang dari lawatan luar negara bakal mengundang risiko lebih bahaya Menerusi hantaran ...
Kuarantin 3 Hari Tiada Asas Rakyat Keliru

Kuarantin 3 Hari Tiada Asas Rakyat Keliru

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 262 hits
WACANA SHORTS 11 FEBRUARI 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar yang bertajuk SOP Covid 19 Pasar Malam Boleh Masjid Tak Boleh bersama Presiden Persatuan Pakar Perubatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pada 11 Februari 2021
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Sinyal Bahaya Avoidant Attachment Kenapa Dia Selalu Menjauh Saat Hubungan Menuju Serius

Contoh Kata Kata Ucapan Selamat Sidang Skripsi Dari Yang Lucu Sampai Formal

How Long Will The End Of The World Stay Wild

Bekal Sa Hari Ini

Kim Saeron Dituduh Dirasuki Roh Ini Respon Keluarga Mendiang

Program G Dragon Good Day Tamat Dengan Rating Rendah Media Korea Salahkan Kim Soohyun