Kuarantin 3 Hari Untuk Menteri Adalah Salah Meluaskannya Kepada Awam Lagi Lah Salah


 
Hampir tidak ada pihak yang setuju dengan keputusan Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba melonggarkan tempoh kuarantin bagi menteri-menteri yang pulang dari luar negara daripada 10 hari kepada hanya 3 hari.
Rata-rata mengkritik keputusan itu dan menyifatkan ianya sebagai bukti wujudnya dua set peraturan yang berbeza antara menteri atau golongan orang kayangan dengan rakyat biasa.
Selain itu, keputusan tersebut juga dilihat sebagai petunjuk tidak seriusnya kerajaan untuk menangani Covid19, walaupun dalam masa yang sama PKP dan juga darurat telah dikuatkuasakan.
Ini kerana melonggarkan kuarantin hanya kepada tiga hari bagi menteri-menteri adalah tindakan salah dari segi fakta sains memandangkan tempoh mengeram virus Covid19 adalah 7 hari.
Beberapa kes sewaktu PRN Sabah sebelum ini menunjukkan ada pemimpin politik yang diuji negatif dalam tempoh 3 hari selepas tiba di KLIA, namun kemudiannya didapati positif setelah ujian kali kedua tiga empat selepas itu.
Sehubungan itu, ramai pihak, termasuk beberapa pakar kesihatan sendiri tampil mengkritik Dr. Adham dan menyatakan, daripada memberi kelonggaran itu, lebih baik tiada kurantin terus.
Begitu pun, Dr. Adham yang sebelum ini dikritik kerana memberi petua palsu mengenai air suam boleh membunuh virus Covid19, tetap mempertahankan tindakan melongggarkan tempoh kuarantin atau memberi keistimewaan untuk menteri-menteri itu.


Beliau memberi alasan ia dilaksanakan untuk kepentingan ekonomi.
“Sebelum ini saya dapat mengunci negara, sekarang saya dapat membuka negara.
“Saya harus melakukan sesuatu yang baik untuk negara kita,” katanya.
Bersekali dengan itu, barangkali untuk meredakan kemarahan ramao, Dr. Adham berkata, kelonggaran tiga hari tersebut mungkin akan diperluaskan kepada ahli-ahli perniagaan dan orang awam pada masa akan datang.
“Kita buat pada menteri dulu sebab menteri senang buat perintah sebelum kita buka kepada orang lain seperti ahli perniagaan misalnya,” tambah beliau lagi.
Bagi Dr. Adham, tempoh kuarantin 10 hari telah menjadi penghalang kepada para pelabur juga orang kenamaan asing yang ingin datang ke Malaysia.
“Sebab kerajaan melakukan ini adalah untuk memastikan kita dapat membuka ekonomi kita” tegasnya.
Dengan kenyataan ini, sekali lagi Dr. Adham sekali telah melakukan kesalahan dan tindakan yang bertentangan dengan usaha kerajaan menangani Covid19.
Pergerakan di dalam negeri dengan kunjungan ke luar negara atau melibatkan orang luar masuk ke negara ini haruslah dilihat daripada sudut yang berbeza.
Jika menteri yang diberi kelonggaran kuarantin selama 3 hari pun dianggap berisiko menyebarkan virus Covid19, apatah lagi kalau diperluaskan kepada ahli perniagaan, orang awam dan pelabur dari luar negara.
Kenapa Dr. Adhm tidak mampu melihat dengan lebih jauh soal ini?
Tetapi, jika Dr. Adham terus berdegil dan seolah-olah tidak nampak bahaya penularan Covid19 dengan keputusan yang diambilnya, beliau sebenatnya memang tidak layak memegang jawatan Menteri Kesihatan.
Sudahlah dalam banyak keadaan, kelibatnya lebih banyak hilang daripada dirasakan wujud, sesekali membuat keputusan pula langsung tidak menunjukkan ada kewibawaan.
Bahkan, beliau boleh dianggap sebagai Menteri Kesihatan paling teruk berbanding semua penyandang jawatan tersebut sebelum ini.
Ini bermakna, kempen #AdhamBabaLetakJawatan belum boleh dihentikan, sebaliknya mesti terus diperhebatkan lagi sehingga bukan saja beliau harus ditekan agar berundur, malah kerajaan yang ada ini pun wajib dicampakkan ke dalam longkang melalui kuasa undi yang dimiliki rakyat. 
(Shahbudindotcom 11/02/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/kuarantin-3-hari-untuk-menteri-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Balik Luar Negeri Tak Perlu Kuarantin 10 Hari Kata Warta Kerajaan

Menteri Balik Luar Negeri Tak Perlu Kuarantin 10 Hari Kata Warta Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 244 hits
Menteri balik luar negeri tak perlu kuarantin 10 hari kata warta kerajaan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Fe
Ahli Parlimen Desak Menteri Kesihatan Tarik Balik Ketetapan Kuarantin Tiga Hari Terhadap Menteri

Ahli Parlimen Desak Menteri Kesihatan Tarik Balik Ketetapan Kuarantin Tiga Hari Terhadap Menteri

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 235 hits
February 11 2021Sekumpulan 34 ahli parlimen pembangkang bergabung mendesak kerajaan dan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba untuk menarik balik tetapan kuarantin tiga hari terhadap menteri yang pulang dari luar negara Dalam satu kenyataan bersa...
Menteri Hanya Kuarantin Tiga Hari Covid 19 Takut Serang Menteri

Menteri Hanya Kuarantin Tiga Hari Covid 19 Takut Serang Menteri

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 220 hits
FAZLI RADZIJika tempoh kuarantin wajib 10 hari berdasarkan laporan saintifik semasa entah atas hujah apa untuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba melonggarkan prosedur itu untuk menteri Berkuatkuasa esok 9 Februari jemaah menteri ya...
Menteri Kuarantin 3 Hari Saja Kerajaan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama Najib Razak

Menteri Kuarantin 3 Hari Saja Kerajaan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama Najib Razak

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 216 hits
Melonggarkan tempoh kuarantin hanya selama tiga hari ke atas menteri yang pulang daripada lawatan di luar negara hanya membuka risiko yang lebih bahaya kata Najib Razak Bekas perdana menteri itu berpendapat keputusan terbaru kerajaan Perika...
Menteri Pulang Dari Luar Negara Ke Sarawak Tetap Dikuarantin 14 Hari Dr Sim

Menteri Pulang Dari Luar Negara Ke Sarawak Tetap Dikuarantin 14 Hari Dr Sim

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 212 hits
Sarawak kekal dengan keputusan memerintahkan sesiapa sahaja yang memasuki negeri itu menjalani kuarantin wajib 14 hari di hotel atau pusat kuarantin yang disediakan Ini bermakna arahan Kementerian Kesihatan Malaysia mengurangkan tempoh peme...
Peraturan Kuarantin Jemaah Menteri Pulang Dari Lawatan Rasmi Dilonggarkan

Peraturan Kuarantin Jemaah Menteri Pulang Dari Lawatan Rasmi Dilonggarkan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 216 hits
365 total views 222 views today KUALA LUMPUR Jemaah Menteri yang pulang dari mana mana lawatan rasmi luar negara dikecualikan daripada menjalani pemerhatian atau pengawasan selama 10 hari Perkara itu dinyatakan dalam warta Kerajaan Persekut...
Menteri Kongsi Bahagia Hari Jadi Anak Rakyat Luah Derita Tekanan Ekonomi

Menteri Kongsi Bahagia Hari Jadi Anak Rakyat Luah Derita Tekanan Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 352 hits
FAZLI RADZIPengusaha premis di kawasan rehat dan rawat di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan PLUS mengadu pendapatan harian tidak sampai pun RM50 sehari Itu antara pelbagai rintihan dan derita rakyat di laman Facebook Menteri Kewangan Tengku...
Lihat Lah Apa Menteri Ph Lakukan Berbanding Menteri Pn

Lihat Lah Apa Menteri Ph Lakukan Berbanding Menteri Pn

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 217 hits
YB Yeo Bee Yin menggalas tugas 3 menteri lelaki iaitu Kem Sains Teknologi Kem Tenaga Asli Kem Alam Sekitar Dia masih bertugas walaupun sarat mengandung Berbanding dengan seorang Menteri PN selepas slim mengandung tidak bertugas pun tidak Ga...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi