
Dari Desa Dairy Farm, tak jauh sangat nak ke sini, dalam 15 minit kot, budak-budak dari merengek nak tengok lembu, dok merengek nak tengok ikan pulak, fishhh fishhh fishhh, sabar yer anak
Beli lah sebanyak mana makanan ikan yang korang nak. kami beli banyak kot, sebab Alfi main curah je makanan mcm tu, nak pegang ikan dia takut. HAHA. Sepeket makanan ni 20sen je
Korang jangan angkat-angkat ikan tu tau, sbb haritu ada pakcik tu angkat ikan, dorg akan jerit guna healer, jgn angkat ikan, so nanti semua org pandang ko, buat malu je. lol. lagipun buat apa nak angkat, pegang je dalam air dah lah kan.
Macam tak percaya dah sampai sini, alah3, teruja sangat! Sbb aku rasa ehhh, bijak eh ikan ikan ni, semua tunggu je tepi sungai tu
Buka kasut! jangan bawa kasut pulak masuk dlm air, HAHA. Mana lah tahu kan
Ikan kat sini semua ikan Kelah, ada juga ikan keli, besar bapak! Takut aku, tapi jangan risau, ikan keli tu tak sengat. Ikan kelah ni ikan mahal laki aku kata, buat goreng pun sodap. HAHA.
Laki aku orang pertama masuk dalam air kami perhatikan je dari atas, usha line dulu mcm mana, aku takut jugak sebenarnya. HAHA. Laki aku baru je masuk dalam air, ikan dah ikut, belum lagi tabur makanan
Ni dah start tabur makanan, dia dah berkerumun, laki aku kata ada yang gigit, tu yang muka gitu, bila cakap gigit, mulalah aku tak nak, takut, tapi sebenarnya dia bukan gigit, dia makan kulit kaki kita yg keras keras tu. hehe
see, aku baru masuk, dia dah datang, masa ni ada yang dah gigit kaki aku, ehhh tebal sangat ke kulit kaki aku, grrrrrrrrrrrrr. 
aku memang masuk tak bawak makanan, sebab aku taknak dorang berkerumun kat aku, aku nak bergambar je. tu pun kena gigit. grrrr. Korang kalau berani, masuk dan tabur makanan, mesti berkerumun semua ikan kt korang

Alfi main kat tepi je, tu pun ikan tu sampai terbang naik atas darat, sebab nak ambil makanan. HAHAHA. HEBAT! Laki aku kata ikan ni dia boleh terbang, dia akan mendaki sungai, dia bukan jenis yang ikut arus, dia akan lawan arus, kalau korang pergi bahagian atas, semua ikan akan melawan arus sungai, kalau ada batu, dorang akan terbang ( melompat ). Hebat kan
Alah-alah, cantik sangat kakak pakai yellow dress hadiah dr Aunty Miera
see, ni lah aku cakap td, ikan ni akan melawan arus air
tepi tepi kitorang tu banyak ikan tau, tak nampak sbb color dah sama dengan batu
JINAK
Suasana kat sana! Setiap group boleh masuk 15minit je
Kuih ni sedap, tetiba lapor, kuih apa ni aku lupa dah nama dia, ada jual kt gerai gerai luar
Nak naik, kena bayar ya! BUKAN FREE, hehe. Bagi aku, tempat yang masuk berbayar ni bagus, sebab dengan duit tu lah dorg guna untuk maintain apa yang di bangunkan, bukan bg masuk free, orang masuk rosakkan barang, then biar. Geram je rasa
Macam lukisan ♥
Gayat kan! teringin wei nak naik rumah atas pokok, dapat juga merasa, HAHA
Paling berani, paling happy, aku suka trip ni sebab anak-anak akan senyum happy sentiasa, bila aku tengok balik gambar-gambar, aku akan senyum sorang sorang. Korang, ada duit, bawak lah anak pergi travel, serius, happy lain macam. Duit simpan berkepok buat apa. LOL
Atas jambatan ni jangan naik ramai-ramai, kena sorang sorang, so kakak lepas dulu, pegang adik, then aku baru laki aku pulak, jangan ramai-ramai, putus kang tali tu. HAHA
Gaya je lebih aku tu, gayat tu tahu tak. HAHAHA. Demi sekeping gambar!!
Ada rumah kat atas ni, the real main pondok-pondok! rumah atas pokok! kalau ada kat rumah kan best! HAHA. Masa kami pergi, x ramai naik, lepas kami naik, ramai pulak naik, tapi anak-anak aku dok main je dalam tu, lol
Rindu!!! nak datang lagi
Call sapa tu dik! hahaha. Adik dh salin baju, sebab basah masa dekat fish massage tadi, nasib lah luggage memang ada dalam kereta
Birthday Boy.
Ibuu, adik nak naik tuuu, nak naik tu, aku ingat nak naik apa, nak naik serangga ni rupanya. Boy will be boy
Kakak nak beli kunci tu, nak letak sangkut kt tea pot besar tu, mahal! aku tak bagi lah, tu muka masam tu, korang kalau nak dtg sini, bawak mangga korang sesiap tau. HAHA
Pergi sabah tea, tapi tak minum tea, rugi lah, kami basahkan tekak dengan ice lemon tea, lupa harga, rm6 kot. Banyak menu makanan lain, tapi ramai sangat orang, so kami tak nak makan kat sini, lunch kat kedai makan lain
Masuk kereta, semua lena sebab penat sangat main



Sangat besar ok!!! serius! si kakak sangat berani bagi makan, kakak kata, dia tak gigit ibuu. HAHAHA. Aku jugak yang takut, Alfi pun acah acah je tu, bukan berani sgt
Happy sangat lah tu! Kakak memang sangat animal lover
ADIKKKK! masuk air juga!!! pastu sibuk habis basah baju! Allahu, geram aku budak ni

mcm ni je sisz mampu! HAHAHAHA. Lepas settle kat sini, kami pergi lunch, lunch kat kedai biasa je, lupa nama dia. Makanan lebih kurang makanan kat semenanjung juga
Kan aku cakap, trip ni semua melawat haiwan, which is memang untuk anak je, lol. Anak happy mak pak gembira kekdahnya, anak-anak ni kena beli jiwa dia, kalau tak, sampai kesudah melalak, next kami ke Arnab Village
Ada kawasan baru dorang nak buat, masih under construction
Alololo adik
takut takut berani. haha
This girl mcm biasa lah, TERpaling happy






Masuk rumah cat pulak, tapi nasihat aku, yang ada asma jangan masuk, sebab bau hama dia kuat gila! memang menusuk hidung. maybe sebab karpet dia tu, even ada penapis udara coway tu, still bau hama tu kuat sangat. Sebelum masuk dan sebelum keluar, kena sanitize kan tangan anak bebetul ok


Pegang ekor pun jadilahhhhh
cuaca cantik, panas, dannnnn penat gila korang! bebudak ni tak penat gamaknyaaaa! Aku dah penat, dari rumah arnab, kucing, kena mendaki bukit naik ke rumah hamster, Allahu, penat mak kau
Harga semua dah masuk dalam pakej.


Kat dalam ni biasa je, ada banyak hamster, dia buat tema-tema rumah hamster tu, tema 7 wonder world. Comel sangat! Tapi tak semua boleh masuk, 1 kandang je boleh masuk dan pegang hamster
Ada ladang anggur kat atas, tapi anggurnya, alahhh tecikkkkk je. hehe
my NYAWA
Sebelum balik Kota Kinabalu, kami singgah di Kinabalu park, Kinabalu park ni adalah check point untuk orang daki gunung Kinabalu, sis tak daki yer, tak mampu, sis mampu sampai dekat gate je, lol
Kakak siap tanya, kita nak daki gunung ke ibuu? HAHA. Tak kakak, takkkk! kalau kakak dah besar nanti, kakak mampu naik, kakak naik yer, ibuu ngak bisaaaaa. kang ada yang pengsan kang! Stamina tak kuat
Gate untuk masuk
Ada Squirrel jinak! hehe. Kita sweet sweet dia datang lah, tapi kami tak bawa makanan, so dia lari. Alfi excited tengok squirrel depan depan. Ibuu dah biasa tengok, kt office ada banyak. haha
Indah! Aku happy sangat masa datang sini, tak tahu lah kenapa, suka sangat tengok scenery macam ni, salah satu cita-cita aku, aku nak pergi New Zealand, moga dapat pergi NZ pulak satu hari nanti
Tak mendaki, kita bergambar depan maps pun ok lah. Alfi tak yah nk over sangat eh. hehe
Bukti sejuk!!! kencing pun tak sanggup nak basuh, tapi kena basuh juga lah! HAHAHA
Then we are going back to Kota Kinabalu, jadiklah 1 malam je tidur di Kundasang. Nanti kita datang lagi, tidur di Kundasang lagi, boleh ambil flight pagi dan drive sendiri je naik Kundasang, kereta just sewa dengan Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu iaitu AFS CAR RENTAL AND TOUR.
Bos AFS benti tepi jalan, papa benti sap kok, ibuu layan permandangan gunung yang takkan dapat seindah rupa begini di KL, huhu
Ikan sesegar semuanya uols!!

Mengidam lama dah latok ni! Sedap gila, kalau makan ni, gigit gigit dia pecah dalam mulut, rasa masin masin, cicah sambal belacan! Allah, teringat pulak, sedapnya!!


Then makanan sampai! lauk fresh! ikan isi putih! sedap sangat! sotong goreng tepung, udang 2 jenis kami ambil. mmg puas gila makan!!! total makan Rm80 je! kalau kt KL, mau berapa dh ni, tapi tu lah, orang sana marah kalau kita cakap murahhhh. sebab nanti dorang akan naikkan harga, so kalau korg makan murah, senyap senyap je tau. HAHA




Lupa nak bagitahu, semua bilik ada aircond tau! kami tidur awal, lepas mandi, semua tidur, kepenatan, esoknya nak ke pulau pulak, so semua rehat awal, esok nak all out lagi, yay
Laki aku rajin, siap tolong basuhkan baju, jemur, sempat weh kering. hehe. TQ sayang|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |