Tempat Viral Pulau Pinang Hari Pertama



percutian aku kali ini, dirancang oleh fadhilah beberapa bulan yang lepas. lama woi rancang. HAHAH. akhirnya jadi juga, alhamdulillah~ mungkin ini merupakan pengalaman pertama travel bersama kawan - kawan secara peribadi bukan disponsor. eh --
kali ini aku ke pulau pinang. ini merupakan entri peribadi. jadi sukahati aku nak tulis apa. kalau aku tak tulis secara terperinci untuk ke sesuatu tempat, kau google jela. tak payah komen cakap blog aku tak ada informasi. grr

okay mari mulakan 'perjalanan' ke pulau pinang

Perjalanan ke Pulau Pinang dari TBS
susun atur perjalanan aku diuruskan oleh fadhilah dan kawan - kawan. hahah aku tak buat apa pun. sekadar bagi cadangan/ pendapat jika dia memerlukan perkhidmatan aku. kami semua berkumpul di TBS (terminal bersepadu selatan). 
ternyata google map cuma membantu 50%. sepatutnya dia kena tulis semua perjalanan dari semua public transport. ini tidak, aku kena buat carian satu satu. dari point a ke b guna kenderaan 1, dari point a ke b guna kenderaan 2, dari point b ke c guna kenderaan 1. pedih rasa. 
ada banyak cara untuk ke terminal bersepadu selatan. samaada kau naik ktm, lrt atau klia transit. naik bas punboleh rasanya. tapi aku tak tahu. untuk aku yang datang dari shah alam, aku memilih pengangkutan menggunakan ktm. lebih cepat dan pendek. cuma nanti di kl sentral kena tukar laluan. 
dari kiri : aku, fadhilah, ainul, isna
aku tak kenal kawan fadhilah. dekat tbs tu baru berkenalan. aku rasa sehingga aku menulis entri ini, aku masih lupa nama diorang. hahahha. ainul. ha yela ainul. sebab nama dia ada dalam whatsapp. sorang lagi entah. nanti aku tanya fadhilah. 
tengok, beg aku paling besar. apebenda lah aku bawa tu. 
--
okay nama dorang ainul dan isna. 
harga tiket dari tbs (terminal bersepadu selatan) ke penang sentral (butterworth) dianggarkan dalam rm30 - rm40 mengikut jenis bas dan waktu. kami bertolak pada jam 11.30malam. sampai disana dalam jam 3.40pagi macam tu. pishang ah nak tunggu pagi. surau pun kunci. kitorang duduk la merempat kejap sementara nak tunggu subuh. 
lepas je subuh, aku dengan ainul sarapan di penang sentral. makan roti canai dan teh tarik (menu cliche di kedai mamak). fadhilah dengan isna taknak makan, sombong. hahahha. nak juga tunggu dekat transfer road tu ha. 

dari penang sentral ke tempat tujuan kami tu naik feri. feri ni harganya rm1.20 (sehala). jakun tak naik feri? tak kot. sebab aku dah besar. huhu. kalau dulu ye aku jakun sikit. sekarang dah okay. 


perjalanan di dalam feri nyaman. sebab cuaca masih pagi. angin tampar muka aku tanpa segan silu. waktu pagi ramai juga yang naik feri. kira penuh la feri tu untuk satu perjalanan. 
Roti Canai Transfer Roadkami bersarapan di roti canai transfer road. oh lupa nak bagitahu. semua lokasi untuk travel kali ini, adalah dari senarai lokasi yang menjadi buah mulut orang dalam internet. feri berhenti di pangkalan raja tun uda. dari raja tun uda ketransfer road ni kami naik bas CAT (shutter bas). percuma ya. kalau tak tahu, boleh install apps moovit. senang dan pantas. 

kedai ni duduk kat tepi jalan. tapi ada lagi bahagian dia dekat jalan sebelah sana. kami duduk yang belah sana. macam lot kedai. isna, dhi dan ainul order roti canai ayam. aku pula order telur goyang. 

sumpah ni first time makan telur goyang. aku tak tahu telur goyang tu sebenarnya rasa dia macam mana. secara jujurnya aku tak reti. bagi aku so so jela rasa dia. orang lain tak tahu lah. tak habis pun aku makan. memang aku kenyang, tapi telur goyang ni memang tak sedap. sori. ayam kari tu not bad. ayam lembut. kalau datang sini, order roti canai je okay kot. 
lepas je makan, dengan heret batu dekat belakang. kami bergerak menunggu bas CAT semula untuk kembali ke pangkalan raja tun uda

Chew Jettylokasi seterusnya ialah chew jetty. kami ke sini dengan hanya berjalan kaki sahaja. perjalanan dalam 300m - 400m sahaja. kau nak travel kan? jangan malas jalan kaki. kena rajin. panas takpe. bukan selalu kan? yang tak boleh kena panas boleh beli payung atau pakai topi. senang je solusi dia. 

masuk percuma guys. ada tabung tepi tu. kalau nak bagi sumbangan boleh dengan seikhlas hati. dekat sini ada jual barang juga. kiranya kawasan perumahan orang cina. boleh bergambar. dekat hujung ada tokong. kat situ pun boleh bergambar. jetty ni kecik je sebenarnya. 
air surutwalaupun beg besar, ia bukan satu halangan untuk aku bergambar ya. tak mungkin aku akan lepaskan peluang ni. bila tahun lagi entah aku akan datang sini. mungkin ini terakhir ? ah entah. 

walaupun gayat, aku masih tetap nak berdiri dekat situ. pada setiap kali aku nak berpaling ke belakang dan terpandang air yang bergerak. aku rasa aku macam nak jatuh. hahaha. dan setiap kali itulah aku akan berlari nak ke pangkal awalnya. 
Penang Street Artperjalanan kami diteruskan ke penang street art. untuk ke sana, kami memilih untuk berjalan kaki lagi. dekat je. tak jauh mana pun. aku tak de gambar untuk dipublish disini untuk tatapan umum. aku akan kongsikan gambar aku selebihnya di instagram. jangan lupa follow ya. lepas dah penat berjalan dan bergambar sekitar sini, perjalanan diteruskan dengan memburu fruitmade. 
Fruitmadefruitmade terletak di lebuh cannon, george town. ia adalah sebuah 'bar' kecil yang penuh dengan buah. fruitmade mempunyai pencuci mulut yang sangat sedap. ya sedap sebab menggunakan buah asli. ada fake ke? eh bukan. maksud aku, asli tak bercampur dengan benda lain 100% buah kot. sebab rasanya sangat sedap. 

aku order smoothies perisa apa tah. lupa. hahha. tapi sedap. guava? eh entah. serious duh lupa. peach kot? ha peach la berdasarkan gambar. hahahhaha. aiskrim pula kami order perisa mango. serious tak tipu. memang sedap


peringatan semua, kalau tak pandai makan buah naga jangan order. nanti tak habis. hahaha. aku tak tahu apa rasa buah naga. sebab aku memang tak pernah makan buah naga langsung! diorang membazir guys minum tak habis. hahahha ayukk

70's Ice Ballsebenarnya bila makan ais krim buah dan minum smoothie buah, kenyangnya berganda. tapi kenyang air jela. masa ni dah pukul 11 lebih rasanya. kami masih belum boleh check - in. katanya check - in jam 2.30. masa masih panjang. dan kami semua masih perlu  mengheret beban. hahha.

walaupun jam baru menunjukkan jam 11 nak masuk ke 12. teriknya seperti jam 2petang. serious guys. peluh - peluh belakang aku. yang penting, makeup masih on point. phewww ~ 
panas - panas macam ni makan benda sejuk memang seronok. jadi kami cari pula ice ball. ice ball ni berdekatan dengan street art dan fruitmade. jadi tak risau jauh. masih boleh pergi point a ke point b dengan hanya berjalan kaki sahaja. ni macam ais kepal yang dicurah perisa. ada macam - macam perisa yang boleh dipilih. 
geng travel aku kali ini memilih perisa 'abc' kot. im not sure. hahah. aku rasa sikit je benda alah ni. manis. aku tak reti nak gigit ais dia. hahhaha. tunggu cair lambat sangat duhh

Restoran Kapitanmasa ni memang perut penuh dengan air weyh. tapi fikir nanti tak makan tengahari boleh mati. aku ni dah cepat lapar. jadi nak taknak kami berjalan kaki pula ke restoran kapitan. restoran tu terkenal dengan ayam tandori. ha memang aku pergi pulau pinang ni makan mamak je weyh. HAHAH. aku balik selangor aku taknak tengok mamak! 

menu yang jadi pilihan di sana ialah seperti dalam gambar. aku lupa nama specifik dia. tapi ada ayam tandori lah. sebab ayam tandori dia femes. sedap la. boleh la. tak menyesal beli. nasi ni order dua. sorang setengah. haha sebab banyak. aku lupa yang hari tu hari jumaat. lama betul kami lepak kedai. lupa semua lelaki nak solat jumaat. kah! 
kami pelanggan terakhir. sebab nak kejarkan sampai pukul 2. duduk punya duduk, sampai pinggan kena kutip. itu cara 'halau' paling halus. hahhahaha. 
Check - in Hotel Chennaiakhirnya, setelah sejam lebih di restoran kapitan. kami berangkat ke hotel chennai untuk check - in. aku betul - betul dah barai. beg berat. panas. mata tak larat. badan penat. lepas check - in nak kena keluar balik ni. memang jadual yang fadhilah buat full gila. cuma bijaknya dia aktiviti semua berakhir sebelum malam. hahhaa. jadi, malam ada banyak masa untuk lepas lelah. terima kasih dhi, hugs sikit ! 


Wonder Food Museumaktiviti seterusnya ialah ke wonder food museum. ini memang tempat wajib setiap kali datang ke pulau pinang. kalau tak datang sini, rugi. hahhaa. aku tak tahu berapa minit dan saat kami berada dalam ni. tapi gambar memang banyak gila. aku terpaksa padam yang  mana tak berkenaan. lepastu aku gabungkan banyak gambar jadi satu sebab nak ruang letak dalam entri. 
jadi nikmatilah gambar - gambar di dalam muzium makanan ni. 

tiket untuk masuk ke muzium ini cuma rm10. kalau korang nak beli gambar yang diorang print, boleh beli dengan harga rm10 sahaja. murah kan? manalah tahu nak buat kenangan kan?

makanan gergasi
meja makan dengan tema masing - masing


travel buddies yang masuk air
patung
yeayyy. akhirnya dah habis dalam muzium. semua makanan palsu dalam ni kelihatan betul - betul nampak real. aku asik tekan je semua makanan. sebab nak pastikan tu tipu. hahha. ya ternyata palsu. penat - penat pun, bergambar sakan. perempuan kan ~ 

Hameed 'Pata' Special Mee (Mee Sotong)
lepas je habis bergambar, kami beransur ke hameed pata special mee. mee yang famous dekat kedai ni ialah mee sotong. not bad. untuk orang yang tak suka pedas, takpayah lah makan. hahaha, nak kata pedas macam samyam tu tidak. tapi, yelah pedas. merahnya mengancam oii. aku order mee sotong goreng. 

untuk aku cakap sedap tu tak la. biasa - biasa je rasa dia. untuk sepinggan dengan harga yang ditawarkan agak berbaloi. oh aku lupa, kau kena beratur panjang untuk menikmati mee sotong ni. lamaa tau. apa yang aku nampak, dia lebih mengutamakan kepada yang bungkus berbanding orang yang datang lebih awal dan beratur. bertabah lah ye. hahhaa


View this post on Instagram


A post shared by MIEZA SUHAINI (@7kecik) on Mar 12, 2019 at 1:17am PDT
selepas kenyang makan, kami berjalan - jalan ke padang kota. tempat untuk beriadah. tak ada apa yang menarik. sekadar tempat bersantai - santai. padang kota ni sebelah dia pantai kot. tapi tak boleh turun, sebab ada tembok. sekadar nak tengok - tengok duduk kat tembok tu boleh la. 
ramai mat motor. sempat jugak aku pandang jeling - jeling. ternyata tak ada yang pandang aku semula. hahahhaa nampak gaya kena duduk satu level dengan retis ni, baru ada orang pandang. KAHKAH! 

Keistimewaan Hotel Chennaiapa yang menarik nya bila korang menginap dekat sini ialah ada jakuzi di rooftop. boleh lepak - lepak menikmati pemandangan malam. ada buaian dan kerusi meja disediakan. dibuka sehingga jam 1 pagi. menarik kan? tapi kami lepak sekejap je dekat situ. kebetulan maghrib sedang menghampiri. 

View this post on Instagram


A post shared by MIEZA SUHAINI (@7kecik) on Mar 8, 2019 at 3:56am PST
malam tu, kami tidur dengan nyenyak. ainul? tidur satu katil dia sorang. kesian isna ruang yang minimum. fadhilah beruntung sebab dapat tidur dengan aku. aku tidur sopan. HAHHAHA. weyh korang, entri ini adalah hari pertama. aku akan sambung menulis untuk hari kedua dan ketiga pada entri seterusnya. harap tak bosan menunggu dan baca. terima kasih ya

bajet kewangan 3hari2 malam di pulau pinangtiket bas pergi dan balik + hotel 3hari2malam + tiket feri + grab + wonder food museum + tiket bukit bendera ( + tiket gallery bees)  = rm230
bajet hari pertama (makan sahaja)transfer road ; roti goyang + teh o ais + roti banjir = rm14fruitmade ; aiskrim + smoothies = rm9restoran kapitan ; nasi + ayam tandori = rm10hameed pata special mee ; mee sotong + teh o ais limau  = rm7total : rm40
untuk bajet hari kedua dan ketiga beserta total, tunggu di entri seterusnya ya? okay aku chau dulu. bbye 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2019/03/tempat-viral-pulau-pinang-hari-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Fitnah Kerajaan Pulau Pinang Zalim Ini Faktanya

Viral Fitnah Kerajaan Pulau Pinang Zalim Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 365 hits
Mereka telah melanggar syarat2 1 Telah punyai rumah 2 Berkahwin dengan warga asing 3 Pendapatan yang lebih dari syarat permohonan Tak ambil kira tunggakan sewa syarat 1 Tidak boleh pasang astro2 Tidak boleh kahwin warga asing3 Tidak boleh m...
Skandal Trowong Pulau Pinang Kertas Siasatan Dan Rakaman Percakapan Saksi Terbongkar

Skandal Trowong Pulau Pinang Kertas Siasatan Dan Rakaman Percakapan Saksi Terbongkar

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 430 hits
https i0 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190228 skandal terowong pulau pinang terbongkar 600px jpg fit 600 2C400 ssl 11 Kertas siasatan dalaman SPRM terbongkar termasuk rakaman percakapan saksi utama terhadap skandal terowong ...
Cawangan Kfc Tertua Pulau Pinang Yang Bakal Ditutup Meninggalkan 1001 Nostalgia

Cawangan Kfc Tertua Pulau Pinang Yang Bakal Ditutup Meninggalkan 1001 Nostalgia

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 484 hits
Gambar Isma Penang KiniKFC tertua Pulau Pinang yang dikenali dan disebut ramai dengan panggilan Castle KFC kerana penampilannya yang seperti Istana itu bakal ditutup tidak lama lagi Selama lebih 3 dekad KFC yang berada di Georgetown Pulau P...
Isu Tanah Wakaf Pulau Pinang

Isu Tanah Wakaf Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 733 hits
AssalamualaikumMemang panas betul sekarang ni Isu yang dimainkan oleh hantu hantu peliharaan wakil politik Seperti biasa tanpa fakta aku takkan berkongsi Mohon ambil sedikit masa dan baca teks kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh MAINPP i...
Bot Pukat Lohong Ancam Sumber Laut Di Perairan Pulau Pinang

Bot Pukat Lohong Ancam Sumber Laut Di Perairan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 442 hits
Foto Mikhail OngKEHADIRAN kira kira 15 bot pukat lohong yang menjalankan aktiviti menunda ikan di perairan Tanjung Bungah Georgetown menyebabkan pendapatan kira kira 400 nelayan tempatan terjejas Lebih membimbangkan aktiviti dilakukan secar...
Pulau Pinang Selangor United

Pulau Pinang Selangor United

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 356 hits
Terima kasih kepada 2 014 orang penyokong yang turun ke Stadium Bandaraya semalam Pulau Pinang bangkit semula benam Selangor United Kemenangan yang digapai memberi sinar kebangkitan skuad Pulau Pinang apabila berjaya membenam Selangor Unite...
Places To Stay Noordin Mews Pulau Pinang

Places To Stay Noordin Mews Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 343 hits
What you always look out when you are in Penang Food am I right Well let s get a bit far and talk about heritage A heritage hotel to be exact Got the opportunity to sit at one of the room Mews Room I lost count how many times I visit it cou...
Keputusan Spm 2018 Pulau Pinang Mencatatkan Peningkatan

Keputusan Spm 2018 Pulau Pinang Mencatatkan Peningkatan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 632 hits
BALIK PULAU 14 Mac Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Dr Mahanom Mat Sam memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2018 di negeri Pulau Pinang meningkat dari tahun sebelumnya pada Sidang Media Analisis Kep...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids