Bot Pukat Lohong Ancam Sumber Laut Di Perairan Pulau Pinang


Foto Mikhail Ong
KEHADIRAN kira-kira 15 bot pukat lohong yang menjalankan aktiviti menunda ikan di perairan Tanjung Bungah, Georgetown menyebabkan pendapatan kira-kira 400 nelayan tempatan terjejas.


Lebih membimbangkan, aktiviti dilakukan secara haram itu didakwa menyebabkan benih sumber laut musnah berikutan penggunaan pukat mereka tidak sesuai.

Pengerusi Nelayan Kawasan Teluk Bahang, Johari Mohamad berkata, kehadiran nelayan terbabit disedari beberapa bulan lalu, namun bilangannya semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

Katanya, mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan sekitar 2 hingga 9 pagi setiap hari pada jarak sehingga 500 meter dari pantai membabitkan sehingga enam nelayan dalam setiap sampan.

“Berikutan aktiviti mereka, tiada apa lagi bersisa untuk ditangkap nelayan pantai yang biasanya turun ke laut pada 7 pagi, apatah lagi dengan bot dan pukat kecil digunakan mereka.

“Bot lohong dikenali sebagai mini pukat tunda, malah saiz lubang pukat kecil iaitu berukuran sehingga satu inci sahaja boleh menyebabkan benih sumber laut tersangkut padanya.

“Aktiviti berkenaan memusnahkan mata pencarian kami kerana pukat nelayan turut musnah dirempuh bot berkenaan menyebabkan kerugian sehingga RM2,500 bagi membaiki kerosakan,” katanya dalam sidang media, semalam.

Johari ditemui selepas menyertai perhimpunan aman bersama lebih 30 nelayan pantai Tanjung Bungah bagi membantah pencerobohan bot lohong berkenaan.

Difahamkan, pengusaha bot lohong yang berpangkalan di Kuala Muda, Kedah serta Seberang Perai itu menggunakan bot dengan enjin lebih besar selain mengupah awak-awak warga asing untuk menangkap ikan.

Sementara itu, nelayan, R Ravichandran, 52, berkata hasil tangkapannya ketika ini semakin berkurangan kerana tidak mampu bersaing dengan bot lohong yang mengaut sumber laut dengan rakus.

Katanya, jika dahulu dia mampu meraih hasil sehingga RM300 sehari, kini pendapatannya hanya kira-kira RM50 dan ada kalanya pulang dengan tangan kosong.

“Bulan lalu, saya menegur nelayan bot lohong itu supaya beredar daripada kawasan ini, namun mereka mengugut sambil memegang kayu.

“Memandangkan mereka ramai, saya tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya pulang serta membuat laporan kepada persatuan dan Pasukan Polis Marin (PPM),” katanya yang sudah 18 tahun bekerja sebagai nelayan.

Kredit Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/03/bot-pukat-lohong-ancam-sumber-laut-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Buka 6 Kertas Siasatan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Sprm Buka 6 Kertas Siasatan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 480 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan sudah membuka enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang SPRM memaklumkan kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi dibuka pada Januar...
Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Sprm Buka 6 Kertas Siasatan

Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Sprm Buka 6 Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 454 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan sudah membuka enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang SPRM memaklumkan kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi dibuka p...
Angkatan Laut Pakistan Halau Kapal Selam India Hendak Masuk Wilayah Perairan

Angkatan Laut Pakistan Halau Kapal Selam India Hendak Masuk Wilayah Perairan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 396 hits
Peristiwa ini adalah kali kedua AL Pakistan mendeteksi kapal selam India yang akan memasuki perairan mereka sejak 2016
Festival Yosakoi Pulau Pinang Masuk Tahun Ke 7

Festival Yosakoi Pulau Pinang Masuk Tahun Ke 7

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 375 hits
PERARAKAN Yosakoi merupakan festival Jepun yang penuh berwarna warni diadakan di Padang Kota Lama George Town Acara ini anjuran Kelab Pink Hibiscus sejak Mac 2013 Acara dimulakan dengan ucapan terima kasih oleh kelab berkenaan untuk kutipan...
Kerajaan Dap Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

Kerajaan Dap Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 463 hits
Kerajaan negeri tidak boleh bersikap lepas tangan dalam isu pengusiran 22 penyewa Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis Georgetown semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pengusiran penyewa penyewa t...
Sedih Lihat Warga Emas Ini Sebak Malam Ni Kami Nak Pi Mana Isu Penduduk Diusir Di Pulau Pinang

Sedih Lihat Warga Emas Ini Sebak Malam Ni Kami Nak Pi Mana Isu Penduduk Diusir Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 522 hits
Sedih Lihat Warga Emas Ini Sebak Malam Ni Kami Nak Pi Mana Isu Penduduk Diusir Di Pulau Pinang
Pas Pulau Pinang Kutuk Kezaliman Terhadap Penduduk Ppr Taman Manggis

Pas Pulau Pinang Kutuk Kezaliman Terhadap Penduduk Ppr Taman Manggis

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 744 hits
PAS Pulau Pinang menziarahi penduduk penduduk PPR Taman Manggis yang diusir dari rumah mereka yang bermalam di ruang legar Komtar semalam PAS Pulau Pinang mengutuk sekeras kerasnya perbuatan zalim kerajaan negeri Pulau Pinang yang dilihat t...
How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Buah Pear Korea

Undercover Dream Club Bicara Chord

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

Easy Beef Tomato And Onion Recipe

Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Kenapa Teruk Sangat Perangai Beginikah Dah Lah Tak Menyempat Nyempat Kelaku Macam Gini Oula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kereta Tiba Tiba Menggelongsor Dua Beradik Jadi Mangsa Dalam Sekelip Mata

Drama Hospital Loveline

Surat Dari Semesta By Sofia Roses

Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai

Arctic Fish Skin Gear Ancient Ingenuity For Extreme Survival

Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda