Tempat Pertama Virtual Run 5km 2020
Lama tak ada program atau event larian sejak pandemik covid-19 ni. Banyak event larian yang sepatutnya dapat join ramai-ramai macam dulu-dulu asyik tangguh dan batal.
Tapi ianya bukan masalah lagi sebab event larian boleh diadakan secara virtual run iaitu larian yang direkod sendiri menggunakan apps seperti strava, google fit, amazfit bip dan app fitness yang lain. Kita lari dan rekod, kemudian submit kepada penganjur. Rekod guna jam fitness boleh, smartphone pun boleh.
Baca : Cara link smartwatch ke Strava
Tunggu result dan undian, dapat hadiah hehe. Hadiah yang dapat kali ini merupakan sijil dan wang tunai, alhamdulillah.
Hadiah kemenangan virtual run 5 km yang saya join baru-baru ini. 👆
Eh tak baru juga lah, sepatutnya run ni bulan 4 haritu tapi disebabkan kekangan covid 19 akhirnya diadakan secara virtual
Banyak event lain yang cancel cuma dapat baju dan medal. Kalau buat secara virtual macam ni bagus juga. Dengar kata event larian untuk Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2020 pun akan dibuat secara virtual. Permohonan dan rekod boleh dibuat sehingga 13 Disember 2020 ni
Alhamdulillah dapat tempat pertama dari 1033 orang peserta. Tapi dari 1033 peserta tu saya yakin yang buat virtual run tu adalah kurang dari separuh jumlah tu. Kalau running event yang sebenar mungkin kedudukan tempat pertama ni sukar untuk saya dapat hehe. Inilah rezeki namanya
Majlis diadakan di hotel. Lama betul tak berjalan-jalan ke hotel. Rindu lah nak jalan-jalan lagi
Sop dan jarak tetap dijaga rapi, topeng muka kena sentiasa ada dan pakai, ok.
Untuk larian 5 km ini saya berjaya tamatkan dalam masa 27 minit. Pace yang boleh dibanggakan jugalah kalau dapat average 5 pace untuk setiap 1 km
Sasaran yang sebenar adalah nak dapatkan pace larian yang lebih kecil dari tu
Baca : Apa yang dimaksudkan dengan Pace? Istilah-istilah dalam larian.
Waktu umum nama pemenang tempat pertama tu memang tak expect langsung saya adalah pemenang 1st sebab tak diberitahu dulu. Surprise agaknya, cuma dapat undangan untuk hadiah finisher. Huhu
Dah dapat hadiah, kita makan la apa lagi kan. Balunnn
Biasa dapat medal je bila join event larian, kali ni dapat frame siap ada nama. Terbaikk. Terima kasih kepada penganjur dan pengurusan yang awesome, lain kali buat lah lagi macam ni dan gandakan lagi hadiah pemenang. Konfirm lagi meriah lepas ni
Acara larian yang saya sertai ini adalah larian Color Fiesta Run for Teachers Appreciation anjuran Guru Muda Malaysia
Baca : Tips berlari 5 km, 10 km
Hadiah ni bleh la buat simpan dalam tabung dan buat makan kepci hehe
Haaa kalau anda sedang mencari tips dan cara berlari yang betul samada lari 1 km, 5 km, 10 km boleh la semak-semak pos lama dalam blog ini
Berlari ada teknik dan cara yang betul bermula dari pemanasan dan regangan untuk elak sakit badan. Badan nak pakai lama ye
Running is my passion.
Keep running dan keep healthy semua. Tak dapat berlari, berjalan okay. Stay safe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2020/11/tempat-pertama-virtual-run-5km-2020.html