Tempat Menarik Di Selangor





Assalamualaikum. Alang alang dah sampai selangor, rugi tak pergi bersiar siar.

Ada yang lebih sesuai di lawati pada waktu malam kerana suasananya lebih menarik.

Bagi memudahkan tuan & puan, saya sudah asingkan siap siap lokasi menarik malam & siang.Setiap lokasi mempunyai tarikan tersendiri. 

Kita mulakan dengan tempat menarik di waktu malam.

Sama seperti di Melaka, Selangor juga ada tempat yang dilimpahi cahaya pada malam hari.

Dan menjadi tumpuan warga kota untuk berehat & beriadah bersama keluarga. Atau pelancong dari dalam & luar negara.
Siang dan malam boleh jalan, lepas penat balik rehat di homestay / hotel.

Tempat pertama dalam senarai memang wajib dikunjungi.

Terutama bagi peminat fotografi.

Di manakah ia? 



                         Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Waktu lawatan terbaik: Malam

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah masjid Negeri Selangor & merupakan masjid terbesar di negara ini.

Dan ke 2 terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. 

Masjid ini mempunyai empat menara, yang didirikan di setiap sudut & mempunyai kubah gergasi berwarna biru dan perak. 

Banyak homestay di Shah Alam yang terletak berhampiran Masjid ini. Jadi senang nak solat.



                                                 Uptown Shah Alam.Waktu lawatan: Malam.

Destinasi membeli belah & makan makan bagi pelawat di malam hari. 

Pelbagai cenderahati dari pakaian, aksesori telefon & gajet untuk di jadikan oleh oleh untuk ahli keluarga & saudara mara.


                         Kuala Selangor Fireflies (kampung Kuantan)Taman yang menawarkan perjalanan bot petang untuk mengagumi koloni besar kunang-kunang yang tinggal di bakau.

Waktu lawatan terbaik: Malam (Siang tutup)

                                                   Setia City MallPusat membeli-belah di Setia Alam Shah Alam yang menawarkan banyak aktiviti menarik.

Jika ke uptown Shah Alam tidak menepati citarasa kita, pusat membeli belah ini penuh dengan butik pelbagai jenama dalam & luar negara.

Tambahan pula, di waktu malam, persembahan air pancut laser berwarna warni di datarannya sangat menarik.

Banyak aktiviti boleh di lakukan di dataran pusat membeli belah ini pada malam hari seperti sewaan skuter, gerai makanan & macam macam lagi.

Waktu lawatan terbaik: Malam


                        i-City, Bandar Pintar Yang Penuh Kelainan.Waktu terbaik lawatan: Malam

Bandar pintar yang di bina diatas tanah seluar 72 ekar telah dibuka pada tahun 2009. Menjadi tarikan pelancong terutama di waktu malam kerana lanskapnya yang unik.

I city dipenuhi dengan replika pokok & bunga daripada lampu berwarna warni di malam hari.

Manakala di waktu siang beroperasi sebagai pejabat.


                                        Bukit AmpangWaktu lawatan terbaik: Malam.

Siapa suka tangkap gambar? Ini tempat terbaik untuk menjamu mata kita dengan permandangan bandar kuala lumpur di waktu malam.

Di sarankan datang sebelum jam 12 malam. Mungkin atas faktor keselamatan sebab tempat ini agak sunyi.

Nak datang siang hari pun boleh, tapi permandangannya tak secantik di malam hari.

           Tempat Menarik Di Selangor Waktu Siang!


                                  Tadom Hill Resort BantingTadom Hill Resorts menawarkan banyak aktiviti menarik di kawasan seluas 40 ekar.

Kawasan meliputi bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok. Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar dan berehat di kehijauan alam semulajadi.


Pantai Tanjung RhuPantai Tanjung Rhu terletak di Pulau Carey Selangor. Pantai ini memiliki kawasan pesisir sepanjang 2.5 km yang berpasir putih bersih. 

Kawasan pantai ini menjadi tempat pelabuhan nelayan-nelayan yang terdapat di Pulau Carey.




Sunway Lagoon keriangan di taman tema air di hutan batu!Sunway Lagoon adalah taman tema di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, Malaysia yang dimiliki oleh Sunway Group. 

Tarikan utama taman tema air bertaraf dunia & sentiasa ada promosi terbaru untuk pengunjung.


Skytrex Adventure Shah AlamRasai pengalaman berbeza di hutan rimba dengan mencabar kemampuan diri merasai sendiri laluan berhalangan di udara sambil di kelilingi oleh hutan hijau.

Terletak betul betul bersebelahan Taman Botani Negara di Shah Alam.

Tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti lasak seperti spider web, cable walk, flying fox dan banyak lagi.



Pantai MoribDestinasi perlancongan popular di Selangor ini terletak di Kuala Langat.

Kami suka datang ke mari kerana semasa pulang boleh singgah beli kerepek murah di Banting.

Sambil menyelam minum air.


Taman Botani Negara Shah Alam.1 Lagi tarikan pelancong di Shah Alam untuk bajet mesra keluarga. Taman Botani Negara yang menempatkan pelbagai spesis haiwan & tumbuhan.

Lengkap dengan sawah padi, kolam takungan air & trek basikal berbukit bukau yang mencabar. Sungguh, semput mengayuh basikal mendaki bukit.

Dalam taman ini ada mini zoo yang menempatkan rusa, burung, kuda & haiwan kecil lain.

Tak perlu bawa basikal, kerana boleh disewa pada harga yang berpatutan di sini.


Hutan Lipur Sungai CongkakDestinasi air terjun yang popular untuk mandi manda & beriadah bersama keluarga di hujung minggu.

Airnya sejuk & jernih. Memang menyegarkan dapat berendam dan mandi manda.

Terutama sekali semasa cuaca panas.

Waktu lawatan terbaik: Siang


Bukit MelawatiWaktu lawatan terbaik: Siang

Satu tarikan di Kuala Selangor di kawasan hijau berbukit bukau. Dapat lihat permandangan persekitaran dari puncak bukit.

Dan beri makan kera yang berada di kawasan ini.

Kawasan ini ada sejarahnya yang tersendiri,  mempunyai makam, meriam, lama masih terdapat disini.


Kompleks Seni Islam Antarabangsa SelangorWaktu lawatan terbaik: Siang

Sebuah galeri seni di Shah Alam yang memaparkan hasil tangan & budaya ketamadunan islam.

Pameran kerap di adakan di sini, paling baru tentang artifak peninggalan Rasulullah. Memang menarik.

Terdapat Galeri & pusat budaya memaparkan seni Islam kontemporari, objek reka bentuk & manuskrip Quran.


The KabinWaktu lawatan terbaik: Siang

Bosan dengan suasana kota yang sentiasa sibuk & bergerak pantas? Mungkin ini tempat yang sesuai dengan anda.

The Kabin yang terletak di Jeram Selangor di dirikan di tengah tengah sawah padi yang hijau terbentang.

Boleh lihat permandangan yang mendamaikan, dan sunyi.

Tanpa gangguan, bunyi kenderaan pun tak kedengaran.



Inki River ResortWaktu lawatan terbaik: Siang

Resort yang terletak betul betul di tepi sungai yang jernih & bersih. Tempat ini kurang mendapat review setakat ini.

Tak hairanlah kebersihannya masih terjaga.

Air sejuk untuk berendam & menenangkan diri, rasa macam tak percaya tempat ini tak ramai yang tahu lagi.


Kampung Sungai Lopo / Sungai Lopo Village.Waktu lawatan terbaik: Siang

Satu lagi tarikan pelancong untuk mandi manda di Hulu Langat, Selangor. Terletak berhampiran dengan kampung orang asli.

Air terjun di sini bersih dengan air yang sejuk ke tulang sum sum.

Boleh berkelah dan mandi manda bersama anak anak dan keluarga.


Pusat Pemuliharaan Panda GergasiWaktu lawatan terbaik: Siang
Bukan mudah nak jumpa panda, jika dahulu kita perlu terbang ke zoo terpilih di luar negara. Kini tidak lagi.
Kita boleh tonton sendiri telatah panda yang gebu berbulu & nakal ini di pusat pemuliharaan Panda di dalam Zoo Negara


Amverton Cove Golf & Island ResortWaktu lawatan terbaik: Siang

Tempat ini bagaikan syurga untuk kaki golf. Ramai peminat golf tegar puji tentang padang golf dan fasilit yang di jaga baik.

Ayah pergi main golf.

Isteri dan anak anak boleh mandi di swimming pool. Bilik pun selesa & besar. Memang padanlah sebab hotel bertaraf 5 bintang.


Kesimpulan Tentang Tempat Menarik Di Selangor.Rancanglah cuti kita sebaiknya bersama isteri dan anak anak. Manfaatkan setiap peluang yang ada untuk melihat kebesaran alam ciptaan Allah.

Selangor pun ada tempat yang cantik dan berbaloi.

Nak pergi tempat percuma ada, yang berbayar pun ada. Bajet bukan masalah.

Insyaallah senarai ini akan di kemas kini dari masa ke semasa. Sebarang pendapat dan perkongsian pengalaman, sila tinggalkan di ruangan komen.

Terima kasih semua. Assalamualaikum Wrmbth.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://faizrockers.blogspot.com/2019/01/tempat-menarik-di-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Menarik Untuk Di Kunjungi Di Bandar Hilir

Tempat Menarik Untuk Di Kunjungi Di Bandar Hilir

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 1268 hits
Bandar Hilir terkenal dengan warisan sejarah peninggalan penjajah dan juga tempat membeli belah Untuk ke bandar Hilir sejauh lebih kurang 10 8 km mengambil masa kira kira 17 min perjalanan dari homestay dPuncak menuju Bandar Hilir Melaka Dr...
Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 484 hits
Tahukah anda Singapura atau Singapore ialah salah satu negara yang terbersih dan paling selamat di dunia ini Setahu admin nak makan chewing gum pun tak boleh Memang respect dengan negara Singapore ni Untuk pengetahuan anda Singapore ni dulu...
Nak Ke Skudai Johor Ini 10 Tempat Menarik Di Skudai Memang Best Singgah

Nak Ke Skudai Johor Ini 10 Tempat Menarik Di Skudai Memang Best Singgah

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1635 hits
Skudai adalah pinggir bandar Iskandar Puteri Daerah Johor Bahru yang penduduknya berkisar antara 160 000 sehingga 210 000 orang Ia merupakan sebahagian daripada koridor pertumbuhan baru di kawasan barat daya Johor Skudai juga merupakan ibu ...
10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands

10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 837 hits
10 Tempat Percutian Menarik Di Cameron Highlands l Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota larilah sebentar ke Cameron Highlands Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjub...
Tempat Menarik Di Kuching Sarawak Malaysia

Tempat Menarik Di Kuching Sarawak Malaysia

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 529 hits
credited to http banita lv Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia Sebelum merdeka ianya merupakan wilayah gabungan antara Singapura Sabah Tanah Melayu Negeri Sarawak sangat popular dari segi keunikan geografi nya dan juga namany...
12 Tempat Menarik Dilawati Pada Muslim Luruh Di Seoul

12 Tempat Menarik Dilawati Pada Muslim Luruh Di Seoul

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 884 hits
Jika anda akan ke Seoul pada pertengahan hingga akhir Oktober anda beruntung kerana itulah tempoh ketika daun gugur dan musim luruh bermula Mulakan perancangan perjalanan musim luruh anda dan bersiaplah untuk melihat pemandangan dedaunan mu...
Antara Tempat Tempat Makan Menarik Di Penang

Antara Tempat Tempat Makan Menarik Di Penang

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 582 hits
Senarai ni aku dapat dari masej yang orang forward dalam group WhatsApp Jadi aku copy paste kan dalam blog aku ni sebab macam berguna gak la untuk korang nak cari tempat makan menarik di Penang ni Kebanyakkan tempat dalam list tu aku dah pe...
10 Tempat Menarik Di Klcc Untuk Destinasi Percutian 2019 Anda

10 Tempat Menarik Di Klcc Untuk Destinasi Percutian 2019 Anda

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 458 hits
KLCC atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre adalah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang terkenal di seluruh dunia Ia adalah sebuah kawasan bandar yang besar serta menjadi pilihan utama pelancong tatkala bercuti di wilayah Kuala L...
Tempat Menarik Di Belitung Indonesia

Tempat Menarik Di Belitung Indonesia

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 607 hits
Tempat Menarik Di Belitung Indonesia Salam Alhamdulillah rezeki uzu lagi dapat sponsered trip ke luar negara walaupun kat Indonesia je kan p Uzu dah bersyukur sangat sangat walaupon dekat je kan asalkan tempat tu cantik tempat tu tak pernah...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya