Tempat Menarik Di Langkawi Patut Dikunjungi Ketika Bercuti Di Sana


Tempat menarik di Langkawi
Tempat Menarik di Langkawi Patut Dikunjungi Ketika Bercuti di Sana | Negara Malaysia kecil-kecil cili padi sahaja saiznya. Tapi tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai tempat menarik yang mampu membuka mata pelancong sama ada dari dalam ataupun luar negara untuk mengunjunginya. Benar bukan? Boleh dikatakan setiap negeri di dalamnya memiliki tarikannya tersendiri. Salah satu lokasi percutian keluarga yang terkenal dalam negara dan sering menjadi pilihan pelancong adalah Langkawi yang terletak di negeri Kedah Darul Aman.

Apabila sebut sahaja tentang Langkawi, terus teringat tentang Tugu Lang yang gah berdiri di Dataran Lang. Mercu tanda Langkawi yang mudah diingati, menjadi tumpuan pelancong dari dalam atau luar negara. Jika datang ke Langkawi, tidak sah rasanya tanpa bergambar menyimpan kenangan berada di sini. Mengapa Langkawi menjadi pilihan ramai? Sudah pasti kerana terdapat banyak tempat menarik untuk dikunjungi di sana.

Langkawi bukan sahaja terkenal dengan banyaknya tempat menarik untuk dilawati dan keindahannya tetapi ia juga kaya dengan kisah sejarah dahulu kala. Misalnya Kota Mahsuri yang terletak di Kampung Mawar dan Beras Terbakar di Kampung Raja. Nama Mahsuri sudah mula didengari sejak dari bangku sekolah lagi tentang kisahnya yang difitnah dan dibunuh. Jika mahu mengetahui lebih mendalam tentang sejarahnya, Kota Mahsuri adalah destinasi terbaik untuk dilawati kerana di sini terletaknya Makam Mahsuri, replika rumah tradisional, pameran visual seperti muzium, melihat diorama silam & juga Telaga Mahsuri.


Lagi satu tempat bersejarah yang terkenal, Beras Terbakar. Kisahnya berlaku ketika peperangan antara Langkawi dengan kerajaan Siam pada zaman dahulu kala. Kesan beras terbakar serta tapaknya dan sampel padi hitam akibat terbakar dapat dilihat di sini.

Setelah selesai lawatan ke tempat bersejarah, tenangkan minda dengan melihat pemandangan indah di Sky Bridge Langkawi. Masih ingat beberapa babak dalam filem Hindustan, Don yang dilakonkan di situ? Di jambatan pejalan kaki sepanjang 125 meter yang terletak di atas puncak Bukit Machinchang ini, keindahan Pulau Langkawi dan penorama disekelilingnya dapat dilihat dari sudut 360darjah. Pelancong perlu menaiki SkyCab atau kereta kabel untuk ke top station kemudian berjalan kaki atau boleh saja menaiki SkyGlide untuk sampai ke SkyBridge. Pasti ia satu pengalaman yang menyeronokkan!
Sky Bridge Langkawi
Bercuti bersama keluarga sememangnya perkara yang seronok. Banyak destinasi yang sesuai dilawati untuk percutian keluarga di Langkawi. Di Underwater World Langkawi, kita dapat melihat pelbagai hidupan marin dengan lebih dekat. Langkawi Wildlife Park pula meyediakan pelbagai haiwan reptilia, mamalia dan ikan. Pengunjung juga berpeluang untuk memberi makan memegang beberapa spesis haiwan jinak. Taman Buaya Langkawi juga tidak ketinggalan untuk dilawati kerana ia pasti memberikan pengalaman hebat melihat buaya dengan lebih dekat.

Apabila sudah berada di Langkawi, melakukan aktiviti di tepi pantai seperti berkelah dan mandi-manda tidak patut dilepaskan. Antara destinasi tepi pantai yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Pasir Tengorak, Pantai Tengah dan Pantai Pasir Hitam. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di situ. Semuanya memiliki keunikannya tersendiri. Jika mahu merasai ketenangan di dalam hutan pula, tidak salah jika menikmati Air Terjun Temurun dan Air Terjun Telaga Tujuh.

Anda gemar merakam gambar? Apa kata ke 3D Art in Paradise Langkawi atau Upsido Langkawi Upside Down. Kalau nak tahu, 3D Art in Paradise Langkawi adalah muzium 3D terbesar di Malaysia. Pelbagai ilustrasi mural 3D menarik disediakan dan pengunjunag pasti teruja dengan hasil gambar yang dirakamkan. Menariknya Upsido Langkawi Upside Down pula, rumah terbalik ini menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan hiasan yang kelihatan terbalik.

Bagi anda yang meminati seni, anda boleh ke Atma Alam Batik Art Village dan Kompleks Kraf Langkawi. Kain batik cantik pelbagai corak dan warna di Atma Alam Batik Art Village pasti membuatkan anda terpukau dan terus membelinya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman mencanting dan mewarna batik. Begitu juga dengan Kompleks Kraf Langkawi, sebuah destinasi beli belah yang menyediakan pelbagai hasil kraftangan penduduk setempat. Pengunjung juga berpeluang untuk mewarna batik dan belajar menyumpit di situ.

Seterusnya, minyak gamat di Nusantara Gamat. Minyak gamat sememangnya sinonim dengan Langkawi. Tidak sah rasanya jika ke Langkawi tapi tidak membawa pulang minyak gamat untuk kegunaan sendiri atau ole-ole untuk jiran tetangga. Di Nusantara Gamat, pengunjung boleh membeli minyak gamat dan pelbagai produk lain lagi. Kalau berani, anda juga boleh merasai pengalaman mencelup tangan ke dalam minyak gamat yang menggelegak.
Nusantara Gamat
Sudah puas melawat pelbagai tempat menarik di Langkawi, apa kata sambung lagi dengan aktiviti membeli-belah pula. Kalau sebut Langkawi, tempat membeli-belah dengan harga mampu milik yang terkenal yang menjadi kegilaan ramai pengunjung adalah Idaman Suri dan HIG Haji Ismail Group Langkawi. Kedua-dua tempat ini lebih kurang sama sahaja produk yang mereka jual iaitu barangan kelengkapan rumah dan dapur. Tetapi kelebihan pada HIG Haji Ismail Group adalah mereka menyediakan pelbagai jenis coklat dengan harga yang sangat berpatutan. Bolehlah dijadikan buah tangan untuk jiran nanti kan. 

Begitulah antara beberapa tempat menarik di Langkawi. Kalau diikutkan, banyak lagi yang ada di sana. Tapi nak lawat pelbagai tempat menarik ini mungkin memerlukan masa 2-3 hari di Langkawi kan? Jadi kena fikirkan juga tentang penginapan supaya tidak kelam kabut mencari apabila berada di sana nanti.

Sebelum nak ke sana, persiapan rapi mestilah dibuat terlebih dari segi pengangkutan dan penginapan supaya percutian lebih lancar tanpa sebarang gangguan. Untuk penginapan, kita boleh membuat tempahan awal dengan memilih sama ada homestay atau hotel.

Di Langkawi, memang banyak penginapan yang disediakan. Kalau mahukan pemandangan indah laut yang terbentang luas dengan tumbuhan menghijau, apa kata menginap di Berjaya Langkawi Resort. Tengok pada hotel promo pun menarik harga yang ditawarkan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, pasti ia tidak menghampakan anda.

Berjaya Langkawi Resort
Bagaimana, menarik kan Langkawi? Kalau belum pernah ke Langkawi, jangan lupa untuk masukkannya di dalam senarai destinasi percutian anda. Katakan YA untuk bercuti dalam Malaysia. Semoga percutian yang indah bakal anda kecapi! 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.maisarahsidi.com/2022/01/tempat-menarik-di-langkawi-patut-dikunjungi-ketika-bercuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikan Tempat Menarik Di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022

Tarikan Tempat Menarik Di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 326 hits
Tarikan Tempat Menarik di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022 Pulau Langkawi adalah antara pulau paling terkenal sebagai destinasi melancong di Malaysia Selain dari keunikan cerita lagenda Mahsuri dan beberapa lagenda yang lain terdapat banyak ...
Genting Highland Tempat Percutian Menarik Ketika Cuti Musim Perayaan

Genting Highland Tempat Percutian Menarik Ketika Cuti Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 283 hits
Genting Highland Tempat Menarik Untuk Percutian Singkat Bersama Keluarga Ketika Cuti Perayaan Tak lama lagi kaum cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Di Malaysia ni antara cuti perayaan yang akan dapat cuti umum termasuk Tahun Baru Cina ...
Mawar Persoalkan Anak Kese0rangan Ketika Bercuti Sekali Kakak Fizo Balas Balik

Mawar Persoalkan Anak Kese0rangan Ketika Bercuti Sekali Kakak Fizo Balas Balik

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 443 hits
Pelakon lelaki Fizo Omar membawa seisi keluarganya bercuti ke Legoland Johor untuk beriadah dan beristirahat
Aku Ingat Fizo Ni Bagus Orangnya Netizen Tegur Fizo Omar Pakai Seluar Pendek Ketika Bercuti

Aku Ingat Fizo Ni Bagus Orangnya Netizen Tegur Fizo Omar Pakai Seluar Pendek Ketika Bercuti

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 342 hits
Pelakon Fizo Omar telah menjadi bualan netizen apabila dia dikatakan tidak menutup aurat sewaktu bercuti bersama keluarganya di LEGOLAND Johor baru baru ini
Anak Kese0rangan Ketika Bercuti Sekali Mawar Tye Maryam Sendiri Kenapa Maryam Alone Maryam Sad Ke

Anak Kese0rangan Ketika Bercuti Sekali Mawar Tye Maryam Sendiri Kenapa Maryam Alone Maryam Sad Ke

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 337 hits
Terdahulu bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim mendakwa anak perempuanya Wan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama ayah dan ibu tirinya baru baru ini Indah khabar dari rupa Menerusi Instagram Story M...
Jika Ke Takayama Jepun Ini 17 Tempat Menarik Best Yang Anda Boleh Lawati

Jika Ke Takayama Jepun Ini 17 Tempat Menarik Best Yang Anda Boleh Lawati

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 268 hits
Setelah 2 tahun dunia dibelenggu dengan penularan wabak Covid 19 masyarakat antarabangsa terperangkap di negara masing masing bagi mengurangkan kesan jangkitan Namun kini selepas kita semua telah divaksin satu persatu negara mula melonggark...
Logik Ke Saya Buat Begitu Fizo Omar Tampil Jawab Tuduhan Bekas Isteri Abaikan Anak Ketika Bercuti

Logik Ke Saya Buat Begitu Fizo Omar Tampil Jawab Tuduhan Bekas Isteri Abaikan Anak Ketika Bercuti

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 315 hits
TAK masuk akal Itu jawapan Fizo Omar atas dakwaan bekas isterinya Mawar Karim bahawa dia tidak memberi perhatian terhadap anak mereka Wan Maryam ketika bercuti di Johor Ahad lalu
Kongsi Foto Anak Kese0rangan Ketika Bercuti Hashtag Indah Khabar Dari Rupa Mawar Cetus Tanda Tanya

Kongsi Foto Anak Kese0rangan Ketika Bercuti Hashtag Indah Khabar Dari Rupa Mawar Cetus Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 240 hits
Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim mendakwa anak perempuanya Wan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama ayah dan ibu tirinya baru baru ini
Mawar Karim Terkejvt Maryam Cakap Sad Ketika Bercuti Di Taman Tema Nafi Sengaja Cari Pasal

Mawar Karim Terkejvt Maryam Cakap Sad Ketika Bercuti Di Taman Tema Nafi Sengaja Cari Pasal

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 242 hits
Usahawan Mawar Karim ditvduh tak move on selepas mend4kwa anak perempuanya Wan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama aktor Fizo Omar dan ibu tirinya Fazeera Nazri baru baru ini Bab anak memang tak move on Menerusi Inst...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah