Tempat Hiking Di Bukit Jelutong Terengganu


Sejak suami tertengok viral post di Facebook berkenaan hiking di Bukit Jelutong Terengganu, beliau terus pasang hajat untuk bawa kami mendaki di sana. Katanya kalau bernasib baik, boleh lihat awan karpet. Lagi pula lokasinya berada tak berapa jauh daripada rumah emak. 


Jadi, teruslah kami buat plan. Perancangan awalnya adalah untuk hiking di Bukit Jelutong dan setelah turun daripada hiking, kami boleh terus singgah ke Jambatan Tasik Kenyir yang baru dibuka. Maksudnya kami boleh buat dua perkara dalam satu masa. Mendaki Bukit Jelutong Terengganu untuk menjejak awan karpet dan juga melihat Jambatan Tasik Kenyir kerana kedua-dua lokasi letaknya berdekatan.




Jadi pada hari Jumaat yang lalu, kami mulakan misi mengejar awan seawal jam 6.45 pagi. Serasanya kami telah bertolak seawal mungkin dan menjangkakan pasti tak ramai yang mendaki pada ketika itu namun ternyata silap. Pelbagai jenis kenderaan telah diparkir di tepi jalan utama dan berbondong-bondong juga manusia telah mula mendaki. Kami kelewatan rupanya.


Hiking di Bukit Jelutong Terengganu

Setelah beberapa langkah berjalan kaki melalui lorong kecil menuju ke lokasi, baru kami tahu yang kereta boleh terus diparkir di bahagian dalam lorong tersebut rupanya. Aduh..haha. Tapi tak mengapalah, kami perlu jalan sedikit sahaja. Terdapat sebuah kenderaan di laluan masuk bukit yang menjual makanan dan minuman buat bekalan para pendaki mengalas perut.




Masih ingat tentang cerita saya hiking di Bukit Maras Terengganu? Kami boleh katakan Bukit Jelutong ini adalah adik kepada Bukit Maras. Jalan tanah merah dengan butiran pasir halus menyukarkan perjalanan hampir sama seperti yang terdapat di Bukit Maras. Kami perlu berhati-hati melalui trek berpasir kerana kehadiran pasir halus membuatkan kasut tidak dapat mencengkam tanah dan kami mudah menggelongsor turun. 


Namun disebabkan ketinggiannya hanya separuh daripada Bukit Maras, jadi lokasi ini lebih strategik untuk didaki bersama anak-anak. Tidak terlalu melelahkan dengan perjalanan yang lebih singkat, kami disajikan dengan pemandangan pepohon hutan yang menghijau.




Namun disebalik pemandangan cantik di puncak bukit yang menanti kehadiran pendaki, kami juga turut disajikan dengan pemandangan hutan yang semakin gondol. Tidak pasti samada untuk pembangunan atau bagi proses tanaman semula tumbuhan namun diharapkan semoga kehijauan di lokasi ini akan terus terpelihara supaya kami masih dapat menikmati keindahan pemandangannya pada masa depan.


Seolah Berada di Awan

Kagum setibanya kami di puncak! Cantik dan seolah kami berada di atas awan! Namun awan karpet yang dijejak tidak dapat kami temui. Tentulah tiada kerana matahari sudah naik segalah dan kami telah kelewatan tiba. Namun nasib baiklah kami dihiburkan dengan pemandangan seluas saujana mata memandang dengan langit lazuardi yang menenangkan jiwa.




Kami tak lepaskan peluang untuk bergambar dan terus bergambar, dengan pelbagai sudut menarik yang terdapat di Puncak Bukit Jelutong, tentulah berbaloi disimpan dalam galeri phone atau dikongsikan di laman Instagram. Perjalanan naik yang mengambil masa selama 45 minit tak terasa memenatkan sebaik tiba di puncak.




Pondok kecil menjual makanan juga turut tersedia di puncak Bukit Jelutong, begitu juga dengan tong sampah. Cuma tandas tiada di sepanjang perjalanan naik dan di puncak. Jadi pastikan sebelum mula mendaki, buang dahulu apa-apa yang patut di bawah ya :P


Perjalanan Turun yang Singkat

Perjalanan turun dari puncak hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Eh, biar betul! Naik 45 minit dan turun hanya 15 minit? Macam tak logik. Sebenarnya, semasa dalam perjalanan turun, kami bertemu dengan En CW Yusof yang merupakan penjaga di sini. Beliau tawarkan kami perjalanan turun menaiki kenderaan pacuan empat rodanya kerana kebetulan beliau juga dalam perjalanan turun.




Tentulah kami tak menolak dan alhamdulillah, Encik Yusof bermurah hati berkongsi maklumat berkenaan Bukit Jelutong dan menceritakan serba sedikit mengenai lokasi tersebut. Malahan Encik Yusof turut cadangkan kami untuk memarkir kereta di lokasi berdekatan melalui jalan berpagar sekiraya ingin kembali mendaki lagi. Terima kasih Encik Yusof, jasamu akan kami kenang selalu :)


Walau bagaimana pun, akibat leka bersembang setelah turun daripada hiking dan bertemu pula dengan Encik Yusof, kami terlupa untuk ke jambatan baru Tasik Kenyir. Sesampainya di rumah baru teringat yang kami ada dua lokasi ingin dituju pada hari itu. Aduh, terlupa pula. Tapi tak mengapalah, lepas ini kami boleh hiking lagi di Bukit Jelutong dan boleh terus ke Tasik Kenyir pula!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/10/tempat-hiking-terengganu-bukit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiking Bukit Tanpa Lengkap Vaksin 10 Remaja Dikompaun Rm2 000 Setiap Seorang

Hiking Bukit Tanpa Lengkap Vaksin 10 Remaja Dikompaun Rm2 000 Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 315 hits
Semua remaja berusia 14 hingga 18 tahun itu dikompaun selepas pemeriksaan menerusi aplikasi MySejahtera mendapati mereka tidak lengkap vaksin 10 remaja tidak lengkap vaksin dikompaun sebelum daki bukit PETALING JAYA 10 remaja yang mendaki B...
Hiking Bukit H

Hiking Bukit H

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 803 hits
Bukit HRoute Map Bukit Hroute map ni boleh dimuatturun daripada website MPSPK TQ MPSPK Bukit H adalah port hiking bagi penggemar aktiviti hiking Terletak di negeri Kedah dalam daerah Kota Kuala Muda di mana secara khususnya terletak di Sung...
Hiking Bukit Sri Bintang Kepong Kuala Lumpur

Hiking Bukit Sri Bintang Kepong Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 452 hits
Salam to all readers Hiking Bukit Sri Bintang Kepong Kuala Lumpur Buat sekian kalinya last week aku mendaki bukit Sri Bintang Lately boleh dikatakan tiap tiap minggu aku hiking memandangkan dah jumpa geng sekepala yang minat naik bukit Aku ...
Interstate Travel Ahead Of Maulidur Rasul Bukit Aman Says Police To Enhance Monitoring Enforcement

Interstate Travel Ahead Of Maulidur Rasul Bukit Aman Says Police To Enhance Monitoring Enforcement

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 537 hits
Bukit Aman JSPT deputy director Datuk Mohd Nadzri Hussain said monitoring and enforcement will begin in earnest this Friday as traffic build up is expected due to the long weekend in conjunction with celebration of Maulidur Rasul Picture by...
Lirik Kurmak Sampe Rakit Nella Br Bukit

Lirik Kurmak Sampe Rakit Nella Br Bukit

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 211 hits
senang ras mesera ras kita duanabagi pesta bunga ras ngenanamisaula pagi mosar janji si pudunikam si kuarapken teman metuabayak harta doni labo kuayakibayak kekelengen em sikudaramitapina gundari kena ngobah janjiaku ibahandu rate mesuiiper...
Ada Apa Di Bukit Bendera

Ada Apa Di Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 467 hits
Ahad 10 10 2021 sambungan dari catatan sebelum ini Keluar dari Stesen Atas Bukit Bendera kita akan nampak dataran di sebelah kiri Juga bangunan Astaka Disebabkan dah bawa bekalan makanan kami terus je cari tempat duduk di sekitar dataran un...
Israel Rancang Bina Dua Penempatan Haram Di Bukit Golan

Israel Rancang Bina Dua Penempatan Haram Di Bukit Golan

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 247 hits
Atas nama kepentingan nasional negara pengganas Israel merancang untuk membina dua penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki Syria dan menggandakan penduduknya Ketika berucap pada persidangan mengenai masa depan Golan Perdana Menteri Is...
Bukit Aman Siasat Klip Video Penceramah Bebas

Bukit Aman Siasat Klip Video Penceramah Bebas

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 234 hits
Oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan Foto NSTP Fariz Iswadi Ismail KUALA LUMPUR Bukit Aman mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung klip video tular mengandungi kenyataan berbaur penghinaan ...
Kereta Dinaiki Haneesya Hanee R3muk Dirempvh L0ri 3 Tan Di Bukit Fraser Lori Tu Laju Makan Jalan Kami

Kereta Dinaiki Haneesya Hanee R3muk Dirempvh L0ri 3 Tan Di Bukit Fraser Lori Tu Laju Makan Jalan Kami

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 394 hits
Pelakon Haneesya Hanee berdepan detik cemas apabila terb4bit dalam kem4langan jalan raya ketika menuju ke Bukit Fraser Pahang pada Sabtu
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities