Teman Teman Cikgu Kecewa Pelajar Tiru Bahasa Indonesia Dalam Karangan Bm


Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Gja meluahkan rasa kecewa dalam satu video ringkas di platform TikTok berkaitan trend terkini dalam penulisan karangan pelajar sekolah yang menggunakan istilah daripada bahasa Indonesia.
Dalam video berdurasi kurang satu minit itu, Cikgu Gja menyuarakan kebimbangan serius terhadap peningkatan penggunaan kosa kata Indonesia seperti “rumah sakit,” “berencana,” “merancanakan,” dan “teman-teman” dalam karangan pelajar di sekolahnya.

Menurut beliau, fenomena ini semakin membimbangkan kerana ia menunjukkan pelajar tidak lagi dapat membezakan antara bahasa Melayu standard dan bahasa asing yang dipengaruhi oleh kandungan luar, terutamanya dari negara jiran, Indonesia.
“Perkataan yang selalu saya jumpa merancanakan, berencana, rumah sakit, teman-teman. Memanglah dalam bahasa Melayu ada perkataan teman tetapi penggunaan yang lebih sesuai adalah kawan.
“Kami pergi berkelah bersama kawan-kawan, bersama rakan-rakan bukan bersama teman-teman. Nampak sangatlah anda memang guna bahasa Indonesia,” jelasnya.
Menurut pemerhatian Cikgu Gja, antara punca utama penyusupan bahasa Indonesia ini ialah pengaruh media sosial dan kandungan hiburan digital. Ramai pelajar kini lebih banyak terdedah kepada video, drama dan lagu dari Indonesia melalui pelbagai platform yang secara tidak langsung mempengaruhi cara mereka berfikir, bercakap, dan menulis.
Malah Cikgu Gja turut menegaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu dengan betul adalah penting, lebih-lebih lagi dalam penulisan rasmi seperti karangan sekolah dan peperiksaan.

“Banyak yang saya jumpa dalam karangan awak. Apa ni? Kurang-kurang sikit tengok konten Indonesia. Jangan terbawa-bawa dalam cerita awak dengan bahasa Indonesia. Salah.
“Video ini bukan untuk hina mana-mana bahasa atau negara. Saya hormat Bahasa Indonesia, bahasa yang indah dan kaya budaya tetapi dalam karangan sekolah, murid perlu guna Bahasa Melayu yang betul, ikut silibus Malaysia.
“Ramai murid terpengaruh dengan konten luar, jadi ini cuma peringatan mesra untuk ibu bapa untuk bantu pantau dan bezakan penggunaan bahasa ikut situasi. Niat saya cuma nak mendidik dengan kasih,” luahnya.
Minta ibu bapa memantau
Cikgu Bahasa Melayu ini juga turut menyeru ibu bapa agar melihat segala content anak-anak agar tidak memberi kesan kepada pembelajaran anak-anak.
“Cikgu bebel bukan suka-suka. Tolong ye ibu bapa, pantau konten yang anak-anak tengok.
“Sebab sekarang karangan murid penuh perkataan macam, berencana, teman-teman, rumah sakit. Apa yang mereka tengok,itulah yang mereka tulis,” luahnya kesal. 

Sumber: TikTok Cikgu Gja
 
The post “Teman-Teman” Cikgu Kecewa Pelajar Tiru Bahasa Indonesia Dalam Karangan BM! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/teman-teman-cikgu-kecewa-pelajar-tiru-bahasa-indonesia-dalam-karangan-bm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Pelajar Universiti Swasta Cedera Parah Dikel R Bekas Teman Lelaki

Hiburan Pelajar Universiti Swasta Cedera Parah Dikel R Bekas Teman Lelaki

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 253 hits
Seorang pelajar wanita warga asing di sebuah universiti swasta di Subang Jaya cedera parah selepas dipercayai dikelar di bahagian leher oleh bekas teman lelakinya dalam kejadian yang berlaku petang semalam memetik Ketua Polis Daerah Subang ...
Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

Kes Bunuh Pelajar Di Cyberjaya Cetus Kemarahan Warganet

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 206 hits
Kes bunuh pelajar di Cyberjaya cetus kemarahan warganet Laporan BH Online pagi tadi KUALA LUMPUR Kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial dengan majoriti warganet mempersoalkan...
Pelajar Tingkatan Dua Di Besut Dakwa Dibuli Pelajar Senior

Pelajar Tingkatan Dua Di Besut Dakwa Dibuli Pelajar Senior

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 198 hits
Pelajar Tingkatan Dua di Besut dakwa dibuli pelajar senior Pelajar Tingkatan Dua di Besut dakwa dibuli pelajar senior BESUT Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah institusi pendidikan di daerah ini mendakwa dibuli pelajar senior sekolah berke...
Pelajar Tingkatan 5 Maut Langgar Lori

Pelajar Tingkatan 5 Maut Langgar Lori

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 204 hits
Pelajar Tingkatan 5 maut langgar lori Nik Ikram meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera pada bahagian badan Foto tular KOTA BHARU Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di ...
Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 325 hits
Kes bunuh pelajar universiti 3 suspek direman 7 hari TIGA suspek kes bunuh pelajar wanita di Cyberjaya direman tujuh hari di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini FOTO Samadi Ahmad Sepang Tiga suspek kes pembunuhan seorang pelajar universiti swas...
Pelajar Kolej Vokasional Banting Maut Digilis Lori

Pelajar Kolej Vokasional Banting Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 179 hits
Pelajar Kolej Vokasional Banting maut digilis lori Kejadian berlaku ketika remaja 17 tahun dalam perjalanan pulang dari Telok Datok ke Banting Foto tular KUALA LANGAT Seorang pelajar Kolej Vokasional Banting maut sejurus motosikal ditunggan...
Polis Tahan Tiga Suspek Kes Kematian Pelajar Universiti Di Cyberjaya

Polis Tahan Tiga Suspek Kes Kematian Pelajar Universiti Di Cyberjaya

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 320 hits
Malaysiakini nbsp Polis menahan tiga suspek dalam siasatan kes kematian seorang pelajar universiti di kondominium di Cyberjaya Ketua Polis Daerah Sepang Norhizam Bahaman berkata seorang lelaki dan dua wanita berumur antara 19 dan 20 tahun m...
Reman 7 Hari Tiga Suspek Bunuh Pelajar Universiti Ditahan

Reman 7 Hari Tiga Suspek Bunuh Pelajar Universiti Ditahan

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 263 hits
SEPANG Tiga individu termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tragis seorang pelajar universiti swasta di Cyberjaya kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 3 Julai Kesemua suspek seorang lelaki dan dua wan...
Guru Selalu Spot Check Tuala Wanita Pelajar Perempuan Datang Bulan Dilaporkan Ke Sispaa Puas Hati Aku

Guru Selalu Spot Check Tuala Wanita Pelajar Perempuan Datang Bulan Dilaporkan Ke Sispaa Puas Hati Aku

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 262 hits
Bagi mereka yang pernah tinggal di asrama ketika zaman persekolahan mesti familiar dengan kisah guru atau warden periksa tuala wanita pelajar perempuan yang haid Seakan budaya yang sudah lama menjadi ikutan spot check ini dilakukan kerana m...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

My Comfort Food

Maybank2u Mae Cara Reset Password Kalau Dah Kena Block

Brain Fuel On The Go Why Natural Nootropic Pouches Are The Future Of Energy

Anwar Kirim Sejambak Bunga Buat Mic

Pengumuman Penting Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib Fam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


An Introduction To The Best Gold Trading Platform In Malaysia

Benda Paling Kecil Tapi Boleh Buat Aku Senyum Hari Ni

Lirik Lagu Mendewasa Amad Dayyan

Sakit Tekak Dan Batuk Bertandang Lagi

Ringgit Semakin Kukuh Pejuang Sgd Keluh Gaji Jadi Sedikit Monolog Jiwa

New Images Of The 333 Horsepower Mild Hybrid Powered Volkswagen T Roc R Have Been Unveiled