Telur Sotong Strawberry Milkshake Pasar Tani Taman Melawati


Setiap kali hujung minggu, hari Sabtu adalah hari paling dinanti sebab nak pergi Pasar Tani Taman Melawati.


Tempat kami beli bahan mentah termasuklah seafood, ulam-ulaman, buah dan sayuran kampung. Juga jadi tempat kami beli Ikan Patin Sangkar Sungai Temerloh.
Makan Ikan Patin dekat Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak



Macam-macam ada sampai rambang matalah nak beli apa. Nampak orang jual Belangkas yang tak mungkin kami beli, sebab tak pandai masak. 
Ikutkan harga barang jika dibandingkan dengan Pasar Pudu memang jauh bezanya. Tetapi sebab selesa dan jarak lebih dekat dengan rumah, jadi kita pejam mata sajalah.





Telur Sotong & Strawberry Milkshake - Pasar Tani Taman Melawati

Jika ke Pasar Tani, sebolehnya Diah akan bawa anak-anak. Semestinya tujuan utama nak beri pendedahan awal.

Pasar tani ni ibarat kamus sebenar untuk anak-anak. Seronok tengok keletah bila masing-masing teruja nampak hasil laut yang selama ni nampak dalam televisyen sahaja.

Biasakan juga untuk anak-anak kenal sayur dan ikan supaya mudah nanti boleh mama berehat je dekat rumah. Anak-anak la tolong belikan. Ini berangan ya. 






Strawberry Milkshake Araska Cameron Highlands

Kalau korang peminat minuman Milkshake atau susu kocak, korang patut cuba Strawberry Milkshake dari Araska Cameron Highlands.

Memang padu. Puas hati sangat. Setiap kali Diah ke Pasar Tani Taman Melawati memang tak sah kalau tak beli.

Rasa milkshake dia seimbang. Tak terlalu manis dan rasa susu dia pun cukup. Oleh sebab milkshake Strawberry dia gred A jadi memang ketagih.





Dijual pada harga RM5 satu cup. Dalam tu dia letak ketulan buah Strawberry fresh dan ada juga isi  yang dilenyek macam jem. 
Susah pula nak explain tapi gabungan masam Strawberry dengan lemak manis susu tu yang jadikan Milkshake tu sedap. 
Milkshake atau susu kocak ni sejenis minuman manis dan sejuk yang diperbuat daripada susu, aiskrim dan perasa atau pemanis seperti sirap buah atau sirap coklat.
Biasa di jual dekat restoran fast food. Pernah cuba dekat kedai lain tapi gagal nak habiskan sebab terlalu manis.





Selain milkshake, dekat gerai dia jual produk popular dari Cameraon seperti buah Strawberry, jagung susu, Sambal Strawberry Ikan Masin, serta manisan berasaskan Strawberry.

Tertarik nak cuba Susu Jagung tu. Next time kita cuba. Entah bila lah nak repeat petik Strawberry dekat Genting. 





Oh kalau info dekat Facebook mereka aktif buka booth sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Follow je Facebook Araska Cameron Highlands 



Cari Telur Sotong Katak

Pernah makan Telur Sotong Masak Kari dekat Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati dan sampai sekarang teringat-ingat kesedapan dia.

Tekstur Telur Sotong tu berbiji-biji macam Telur Ikan tu. Berbeza dengan tekstur Pekasam telur yang pernah Diah makan.

Sejak dari tu memang mencari lah Telur Sotong tu. Tapi tak jumpa weh. Rezeki bila pergi hari ni, telur sotong tu ada.
 




Sebelum ni kerap juga Diah beli Telur Sotong yang tekstur dia lembut, warna putih tu. Kami suka goreng kunyit dengan kaun Kari.

Weh mula-mula tak cam itu telur sotong sebab warna dia merah. Dalam otak fikir mesti telur ikan. Bila tanya penjual rupanya itu telur sotong katak.  
Tengoklah gambar dia berbiji. 

Pertama kali cuba jadi Diah buat goreng kunyit campurkan dengan rempah apa yang ada dekat dapur kemudian salut dengan tepung bestari. 
Salut nipis tanpa campur air. Biar goreng tak meletup dalam kuali. Menjadi teknik tak meletup tu dan yang penting sedap.


Hasil tangkapan Pasar tani; kami beli ketam permintaan anak bongsu, beli juga petai. Rasanya musim petai berbuah agaknya. ramai jual petai.

Suami teringin nak makan pucuk paku goreng belacan jadi beli juga dua ikat. Nampak Bayam Brazil beli juga.





Niat nanti nak tanam dekat rumah. Ikut apa emak ajar, Bayam Brazil ni mudah nak hidup. Cucuk je batang dia InshaAllah kalau selalu siram hidup la dia.

Memang seronok ke Pasar Tani cuma kena selalu beringat. Memang boleh habis beratus ye datang sini. Nak pula harga barang sekarang semua mahal.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/07/telur-sotong-strawberry-milkshake-pasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Lemak Abang Strawberry Taman Sedia Tanah Rata Cameron Highlands

Nasi Lemak Abang Strawberry Taman Sedia Tanah Rata Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 349 hits
Restoran Nasi Lemak Abang StrawberryRestoran Nasi Lemak Abang StrawberrySebenarnya dah banyak kali aku ke restoran Nasi Lemak Abang Strawberry ni Asal ke Cameron Highlands jer mesti akan singgah sini Dalam blog aku ni pun dah 2 kali aku pos...
Resepi Gulai Sotong Yang Lazat

Resepi Gulai Sotong Yang Lazat

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 319 hits
Gulai Sotong Yang Lazat Nak masak sotong pun tak boleh selalu kerana harganya yang melampau tinggi Pernah saya beli 4 ketul sotong sederhana besar berharga RM36 00 Lepas tu lama dah tak beli sebab tak berapa banyak menu yang boleh digayakan...
Makan Tongmo Grill Kaki Sotong Kurita Di Fiesta Jom Makan Tengok Konsert Ali Xpdc

Makan Tongmo Grill Kaki Sotong Kurita Di Fiesta Jom Makan Tengok Konsert Ali Xpdc

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 535 hits
Assalamualaikum WBTDUA malam berturut turut eh pergi yang diadakan di Uptown Bandar Baru Kangkar Pulai Ni semua gara gara tak dapat makan Tongmo Grill hahahaha Masuk masuk jer ke tapak fiesta kami tinjau dahulu bahagian hadapan tapak fiesta...
Sarapan Lempeng Cicah Sambal Bilis Strawberry

Sarapan Lempeng Cicah Sambal Bilis Strawberry

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 450 hits
Assalamualaikum WBTREAL betul mimpi pagi tadi haa tu la sambung tidur lagi kan Setiap hari berangan kalau hari cuti lepas subuh nak qadho tidur tapi tak pernahnya nak menjadi ada jer halnya Hari ni konon la nak tidur balik tapi tiba time ha...
Mengunjungi Pasar Kowen Sidokarto Surganya Barang Antik Di Pinggiran Jogja

Mengunjungi Pasar Kowen Sidokarto Surganya Barang Antik Di Pinggiran Jogja

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 238 hits
Pasar Kowen Sidokarto merupakan surganya pecinta barang murah Letaknya di Kalurahan Sidokarto Kapanewon Godean Kabupaten Sleman atau berada di pinggiran kawasan wisata Yogyakarta
Court Orders Taman Sri Muda Flood Negligence Trial To Proceed

Court Orders Taman Sri Muda Flood Negligence Trial To Proceed

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 267 hits
The flood hit Taman Sri Muda residents are seeking RM3 8 million in damages PETALING JAYA The High Court today dismissed the applications of the Shah Alam City Council and KDEB Waste Management Sdn Bhd to strike out a negligence and breach ...
Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Jejaskan Ekosistem Taman Laut

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Jejaskan Ekosistem Taman Laut

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 211 hits
Pulau Tioman yang diwartakan sebagai taman laut mempunyai hutan hujan masih asli sekali gus habitat pelbagai spesies hidupan liar dengan sekurang kurangnya 61 peratus daripada pulau itu ditetapkan sebagai rizab hidupan liar Bagaimanapun cad...
Berawal Dari Pinggir Jalan Ini Sejarah Terbentuknya Pasar Barang Antik Di Jogja

Berawal Dari Pinggir Jalan Ini Sejarah Terbentuknya Pasar Barang Antik Di Jogja

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 344 hits
Dulunya para pedagang Pasar Kowen Sidokarto harus berjualan di pinggir jalan di bawah teriknya sinar matahari dan ancaman guyuran hujan Kini dengan adanya bangunan baru para pedagang dapat berdagang dengan nyaman menjajakan barang antik dan...
Pertama Kali Makan Amplang Sotong Berperisa Kari Dari Sabah

Pertama Kali Makan Amplang Sotong Berperisa Kari Dari Sabah

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 245 hits
Sedang makan kek birthday anak buah adik ipar pun bersuara Tu ada amplang Macam pernah dengar amplang Apa ek Rupanya sejenis cemilan Atau yang biasa kita sebut kudapan Sejenis keropok lah senang faham Amplang ini sejenis sejenis makanan rin...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked