Makan Tongmo Grill Kaki Sotong Kurita Di Fiesta Jom Makan Tengok Konsert Ali Xpdc


 Assalamualaikum WBT

DUA malam berturut-turut eh, pergi Festival Keusahawanan Fiesta Jom Makan & Gegar Usahawan Kecil Bangsa Johor yang diadakan di Uptown Bandar Baru Kangkar Pulai. Ni semua gara-gara tak dapat makan Tongmo Grill, hahahaha. Masuk-masuk jer ke tapak fiesta kami tinjau dahulu bahagian hadapan tapak fiesta. Sk dapati kebanyakan peniaga yang mendapat tapak di hadapan pentas merupakan peniaga asal Uptown BBKP. Sk selalu jugaklah datang makan-makan kat sini kalau nak makan santai-santai aje. Antara Makan Asam Pedas Tetel, boleh baca DI SINI.

Lepas Pak Inche dah aim nak makan apa dan di mana, kami terus ke Gerai Tongmo Grill. Harganya  RM15 satu set, samalah macam yang biasa Sk beli sebelum ni.. DI SINI dan DI SINI, tapi... tungguuuuuuu


Ada Gerai Dodol.. macam tak ada hati nak makan dodol, raya kali ni pun Sk tak beli



Kemudian, kami ke Gerai Oysteran Port, sederet dengan Gerai Tongmo. 

Pak Inche nak makan Kaki Sotong Kurita

Harga mengikut saiz

Kecik RM10Besar Sikit RM15Besar lagi pun ado, RM20


Pak Inche pilih yang paling besar.. besarnya sebesar lengan budak tadika. Dia kelar-kelar dulu kaki sotong tu sebelum dibakar. 

Sambil bakar tu pun dikelar-kelarnya lagi. Tebal betol kaki sotong kurita ni. Ni kalau terserempak kat dasar laut, mahu dicengkamnya kepala kita, hahahaha


Dah siap bakar, kaki sotong ni dipotong kecik-kecik pulak. Sk tak pernah beli ni, Sk bayangkan nanti nak kena gigit kongsi-kongsi sebatang tu ke macam mana, hahaha. Yang paling kelakar, penjual ni tanya, duduk mana? Sk jawab Pulai Indah. Rupa-rupanya dia tanya duduk kat meja mana, kalau makan situ dia nak potong masukkan dalam pinggan.. hahahaha. Lain kali tanyalah, nak makan sini ke bungkus? Hahaha. Sk mintak bungkus sebab nak makan kat depan pentas, hehehehe


Kebetulan depan pentas ada dua buah meja segiempat yang boleh memuatkan empat orang, kami pilih meja sebelah meja ni. Baru tahu malam tu ada Konsert Ali XPDC. Yang Sk tahu, malam ni (rabu) ada Siti Nordiana dan malam Sabtu ada Zamani tau


Sk keluarkan kaki sotong kurita dulu. Ada hirisan lemon untuk diperah pada sotong dan yang dalam bekas kecik tu bawang goreng. Hurmmm.. sedap jugak dan berpatutanlah bagi Sk harganya RM20 tu, benda susah dapat, kan. Cuma, tentu lebih sedap kalau dia bagi sos Thai hijau tu


Nak nangis bila buka bungkusan tongmo. Alat-alat tongmo dua ketul aje, tak ada salad langsung macam yang kami pernah beli sebelum ni


Pak Inche makan Yee Mee Sizling, RM8, add on telur jadik RM9. 
Sk ajak Pak Inche tunggu konsert Ali XPDC. Dalam itinerary kat pentas tu, konsert mula jam 9


Bukan lapar tapi bosan tunggu.. SK pesan lempeng, RM5. Kakak tu tanya, nak sambal merah atau hijau, nak dua-dua boleh? Kalau nak dua kena tambah seringgit, ok, boleh jer, jawab Sk. Tengok sambal tu membumbung banyak, rupanya kat bawah sambal ada ikan bilis halus goreng. Lempeng tu ada empat keping, ok lah, banyak jugak lempengnya. Cuma sambal hijau tu ada rasa 'karen' sikit. Tahu tak cemana rasa current? Rasa macam dimasak dalam periuk atau kuali yang bagi effect rasa lain pada makanan


Eh, tunggu punya tunggu ... dah dekat 9.30. DJ promosikan gerai-gerai, dia sebut Cempedak Goreng, terus Pak Inche bangun cari Cempedak Goreng. RM10/ 8 bijik, pehhhhh


Akhirnya Ali XPDC sampai.. dan lalu depan meja kami. Pukul 10 la konsertnya. Sk pun lupa konsert pukul 10, hahahaha. Sementara tunggu tu, kami dah macam kat kedai mamak, dok order air dari gerai belakang meja, teh o panas la, teh tarik la, laicikang la, hahahaha


Layan dari meja aje.. mc sibuk panggil penonton berdiri depan pentas. Ali XPDC lahir tahun 1968, dua tahun tua dari Pak Inche. Dah remaja purba, nampaknya macam-macam penyakit menjelma. Penganjur sediakan kerusi jugak kalau dia tak tahan berdiri la, duduk jugak beliau sekejap. Baru la Sk kenal Ali XPDC sebab XPDC tak masuk dalam senarai band yang Sk minati. Pak Inche lagi la,layan lagu omputeh jer dulu-dulu. Masa lagu ketiga, kami pun balik


Orang masih ramai ya


Nanti nak datang Konsert Zamani pulak, hahahaha



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/07/makan-tongmo-grill-kaki-sotong-kurita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Bihun Sup Kedah Tak Bedengung Di Fiesta Uptown Kangkar Pulai

Makan Bihun Sup Kedah Tak Bedengung Di Fiesta Uptown Kangkar Pulai

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 278 hits
Assalamualaikum WBTDEKAT Bandar Baru Kangkar Pulai sekarang sejak 7 Julai lepas sedang berlangsung Festival Keusahawanan Fiesta Jom Makan Gegar Usahawan Kecil Bangsa Johor Lokasinya di Uptown Bandar Baru Kangkar Pulai bermula jam 11 pagi hi...
Pertama Kali Makan Amplang Sotong Berperisa Kari Dari Sabah

Pertama Kali Makan Amplang Sotong Berperisa Kari Dari Sabah

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 229 hits
Sedang makan kek birthday anak buah adik ipar pun bersuara Tu ada amplang Macam pernah dengar amplang Apa ek Rupanya sejenis cemilan Atau yang biasa kita sebut kudapan Sejenis keropok lah senang faham Amplang ini sejenis sejenis makanan rin...
Jom Sertai Program 6600 Langkah Perpaduan Sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan

Jom Sertai Program 6600 Langkah Perpaduan Sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 433 hits
Sempena pelancaran Bulan Kemerdekaan 2023 Program 6600 Langkah Perpaduan akan berlansung pada hari Ahad 16 Julai 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya Ipoh bermula jam 9 00 pagi Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim dijangka...
Jom Dapatkan Koleksi Cenderahati Dan Barangan Eksklusif Di Splash Out Langkawi

Jom Dapatkan Koleksi Cenderahati Dan Barangan Eksklusif Di Splash Out Langkawi

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum Nak dapatkan cenderahati dan barangan eksklusif seperti mainan aksesori barangan fesyen dan banyak lagi macam Fiza ada nie Jom keSplash Out Langkawi Jom dapatkan koleksi cenderahati dan barangan eksklusif di Splash Out Langk...
Jom Layan Mengenali Kenwood Car Android Player

Jom Layan Mengenali Kenwood Car Android Player

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 1297 hits
Player Android Kereta Kenwood ni memang popular dalam kalangan peminat kereta yang suka upgrade sistem multimedia dalam kereta Dalam ulasan lengkap ni kita nak kongsi apa je yang best tentang player ni Paparan dan Reka Bentuk Player Android...
Jom Lihat Harga Barang Naik Atau Turun Pandai Ka Ko Baca Data Ni

Jom Lihat Harga Barang Naik Atau Turun Pandai Ka Ko Baca Data Ni

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 860 hits
PN kata harga barang naik PM Anwar Kerajaan PERPADUAN Malaysia MADANI zalim Salah Inflasi makin reda Sejak Mac 2022 hingga Mac 2023 inflasi bagi makanan terpilih ada naik 8 6 ada turun 0 9 Pasca Nov 2022 inflasi kebanyakan makanan terpilih ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

Mapa Lyrics Sb19 Aruma


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Ketika Berat Melanda Menghadapi Hari Yang Sulit

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Kelantan Lelaki Malaysia Ditahan Di Bangkok Perdaya Warga Emas 3 3 Juta Baht