Telur Ayam Akan Jadi Makanan Kayangan Pula


 

February 15, 2022“DAHULU telur ayam boleh beli dengan harga RM7 atau RM8 sepapan, sekarang naik sehingga RM12 sepapan, malah ada peniaga mengenakan harga lebih mahal.”
Itulah antara rintihan kebanyakan rakyat di Malaysia selepas berdepan kenaikan harga telur dan kesukaran mendapatkan bekalan di pasaran.
Bagi rakyat pendapatan rendah dan sederhana di negara ini, telur adalah sumber protein paling murah.
Telur goreng dinikmati bersama nasi dan kicap pun sudah cukup sedap serta menyelerakan.
Bagi orang bujang pula, menu ‘nasi bujang’ berlaukkan telur bersama sup kosong sudah cukup mengenyangkan, malah lauk itulah yang paling murah dijual di kedai makan ataupun restoran.
Jika harga terus meningkat, nampaknya telur bukan lagi menu rakyat marhaen, apatah lagi buat golongan fakir miskin.
Apa lagi makanan yang boleh dinikmati golongan berkenaan sekiranya semua lauk-pauk bertukar menjadi harga kayangan.
Jika diperhatikan, lauk lain seperti ikan, daging dan ‘seafood’ sudah lama naik harga. Ia menjadi hidangan golongan kayangan.
Ikan termenung atau ikan kembung yang dahulunya sinonim dengan rakyat marhaen juga mahal, dijual antara RM13 hingga RM17 sekilogram.
Harga udang dan ketam pun sama juga. Untuk saiz gred A, harga udang boleh mencecah lebih RM50 sekilogram.
Begitu juga harga daging tempatan, rata-rata peniaga menjualnya dengan harga melebihi RM30 sekilogram.
Itu belum lagi harga daging harimau menangis (bahagian dalam paha belakang lembu) yang mencecah RM58 sekilogram, manakala daging batang pinang pula RM40 sekilogram.
Terkini, harga ayam dan telur turut mengalami peningkatan. Harga telur ayam kini dalam lingkungan RM10.50 hingga RM12.70 sepapan bagi telur gred B dan C, sementara telur ayam gred AA meningkat RM13.50 sehingga RM13.90 sepapan.
Ayam standard pula dijual dengan harga RM8.90 sekilogram dan mampu mencecah sehingga RM20 seekor.
Bukan sahaja lauk-pauk, sayur pun ikut sama – mahal. Siapa yang ke pasar, pasti terkedu melihat harga sayur seperti cili yang mencanak naik hingga RM17 sekilogram.
Masih terngiang-ngiang kenyataan pak menteri dahulu, ‘kalau ayam naik harga, jangan makan ayam.’ Sekarang bukan sahaja ayam, semua barang pun mahal. Pendek kata, rakyat kini perlu mencatu duit untuk membeli makanan.
Langkah kerajaan memberikan subsidi 60 sen setiap kilogram ayam hidup dan subsidi lima sen sebiji telur kepada pengeluar di peringkat ladang, mungkin sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada penternak.
Bagaimanapun, pemberian subsidi itu bukanlah langkah konkrit bagi mengatasi kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam serta telur kerana ia hanya diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) bermula 5 Februari hingga 4 Jun ini.
Sampai bilakah rakyat akan ditenangkan dengan pengumuman yang bersifat sementara seperti ini tanpa adanya penyelesaian?
Isu kenaikan harga barangan dan makanan di Maaysia bukanlah perkara baharu, sebaliknya semakin membelenggu rakyat terutama dalam suasana sektor ekonomi baru sahaja dibuka semula selepas dua tahun terjejas akibat pandemik Covid-19.
Sepatutnya kerajaan dan pihak kementerian mempunyai langkah lebih proaktif bagi menangani isu berkenaan.
Pihak berwajib perlu bertindak pada peringkat pengeluaran dan bukannya hanya pada peringkat kawalan harga.
Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah, Datuk Mohd Zayad Md Ismail pernah mencadangkan model perniagaan baharu diperlukan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang yang berpunca daripada manipulasi orang tengah dalam rantaian bekalan.
Beliau berkata, harga barang terus meningkat saban hari walaupun kerajaan menegaskan bahawa langkah menangani isu berkenaan diambil melalui agensi-agensi tertentu.
Maka, amatlah penting kerajaan menerusi kementerian dan agensi terlibat melihatnya dari aspek yang menyeluruh serta mencari jalan keluar daripada isu yang makin membebankan rakyat.
Janganlah mengambil langkah mudah dengan menyuruh rakyat memahami dengan kenaikan harga barang. Sebagai kerajaan, setiap menteri yang dilantik wajar mencari jalan memulihkan kesengsaraan rakyat.
Tidaklah wajar rakyat terus dibebani kos sara hidup yang tinggi hingga terpaksa catu wang untuk mengisi perut, sedangkan pemimpin berada di zon selesa!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/telur-ayam-akan-jadi-makanan-kayangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi 60 Sen Sekilogram Ayam 5 Sen Sebiji Telur

Subsidi 60 Sen Sekilogram Ayam 5 Sen Sebiji Telur

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 170 hits
hmetro comGAMBAR Hiasan FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIRKuala Lumpur Jemaah Menteri hari ini bersetuju memberi subsidi 60 sen sekilogram kepada penternak ayam Keputusan itu dengan mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5 90 s...
Penternak Diberi Subsidi Ayam Telur Selama 4 Bulan

Penternak Diberi Subsidi Ayam Telur Selama 4 Bulan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 171 hits
Penternak diberi subsidi ayam telur selama 4 bulan Kerajaan bersetuju memberi subsidi 5 sen kepada penternak bagi sebiji telur ayam semua kategori dan 60 sen sekilogram untuk ayam hidup Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee ...
Telur Ayam Kurang Akibat Pembelian Panik

Telur Ayam Kurang Akibat Pembelian Panik

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Pembelian panik selain sambutan Tahun Baharu Cina dipercayai antara punca bekalan telur ayam berkurangan di pasaran sekitar Lembah Klang Pekerja kedai pembekal telur ayam Mohammad Salam 29 berkata kebanyakan pembeli mendapatkan...
Kisah Ayam Pun Dah Jadi Kayangan

Kisah Ayam Pun Dah Jadi Kayangan

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 207 hits
Feb 1 Manipulasi Harga Ayam Kaum Elit Pegang AP Jadi Kaya taukeh AP letak harga ayam RM8366 tan pengimpot lain boleh impot pada harga RM5435 tan Taukeh AP buat untung RM2931 setiap tan 32 syarikat dapat AP impot ayam Mydin Hypermart kecewa ...
Siapa Yang Pangkah Bn Pnpas Kerajaan Kini Jangan Sibuk Persoal Rega Telur Dan Rega Ayam

Siapa Yang Pangkah Bn Pnpas Kerajaan Kini Jangan Sibuk Persoal Rega Telur Dan Rega Ayam

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 151 hits
Kalau anda yang pangkah BN atau sayangkan UMNO pada pilihanraya jangan sibuk bising bising tentang harga telur naik menggila seperti harga minyak masak sebelum ini Patut anda buat kenduri kesyukuran kerana kebodohan dan ketaksuban anda semu...
Ini Jenis Makanan Tingkatkan Sistem Imun Anak Jangan Tunggu Sakit Baru Bagi

Ini Jenis Makanan Tingkatkan Sistem Imun Anak Jangan Tunggu Sakit Baru Bagi

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 197 hits
Konsep asas bila tak sihat PERLU NAIKKAN SISTEM IMUN BADAN Bila sistem imun badan baik cepatlah proses penyembuhan Sebenarnya juga semua makanan sihat ini patut diambil KETIKA SIHAT bukan ketika sakit Ini yang lebih penting Jadikan ia amala...
Hebat Mcdonald S Sekarang Ni Ada Ciri Baharu Order Collect Untuk Kita Memesan Makanan Tau

Hebat Mcdonald S Sekarang Ni Ada Ciri Baharu Order Collect Untuk Kita Memesan Makanan Tau

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 195 hits
Hi Korang Memang McDonald s favourite kak lily dulu kini dan selamanya Mana tak nya ini je menu hidangan yang mudah dan pantas Kak lily paling suka sekali Big Mac burger dengan friesnya yang panas panas tuh Bila ramai yang sama dengan Ahkak...
Warga Emas Gigih Cari Rezeki Halal Jadi Rider Hantar Makanan

Warga Emas Gigih Cari Rezeki Halal Jadi Rider Hantar Makanan

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 189 hits
February 12 2022 Kekangan ekonomi keluarga menjadi punca ramai warga emas masih lagi membanting tulang diluar sana untuk mendapatkan penghasilan Ketika ini sememangnya semua orang bertungkus lumus mencari pendapatan Rider umur 68 tahunHal i...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy