Telukbahang Operasi Kuari Haram Menunjukkan Kecuaian Pihak Kerajaan


Sahabat Alam Malaysia (SAM) terkejut membaca laporan akhbar bahawa terdapat suatu kuari granite yang beroperasi secara haram yang sedang menjalankan aktiviti harian walaupun pihak berkuasa tahu akan kewujudan operasinya sejak 2016. Menurut laporan akhbar The Star hari ini, kerajaan negeri telah mengetahui akan kuari haram ini semenjak pendedahan mengenainya pada Mei 2016.

Selanjutnya, dilaporkan bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan notis berhenti kerja pada bulan Februari dan Mei tahun ini tetapi operator terus menjalankan kerja-kerja kuari seperti biasa.


Ia adalah amat menghairankan dan mengejutkan kerana pihak kerajaan tidak bertindak dengan lebih tegas walaupun operator kuari tidak mematuhi perintah berhenti kerja dan melanggar semua peraturan-peraturan yang sedia ada.

Untuk menyulitkan lagi perkara ini, sebahagian operasi haram dijalankan pada kawasan bukit yang melebihi 76m (250 kaki), yang bertentangan dengan Rancangan Stuktur Pulau Pinang, terutamanya untuk kegiatan yang melibatkan pengkuarian dan peletupan.

Kuari ini juga berada di kawasan alam sekitar yang sensitif dan agak dekat dengan kawasan hutan tadahan air dan Empangan Teluk Bahang.

Bagaimana operator kuari terlepas dengan aktiviti-aktiviti haram yang menjejaskan alam sekitar di kawasan alam sekitar yang sensitif selama bertahun-tahun menimbulkan persoalan yang serius.

Mengapa pihak kerajaan termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab ke atas aktiviti kuari di bawah Kanun Tanah Negara, juga MBPP, tidak mengambil tindakan tegas yang segera terhadap operator kuari yang melanggar undang-undang?

Pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan tegas dan cepat dengan jelas menggambarkan kecuaian terutamanya pihak yang membenarkan kegiatan haram ini untuk berterusan. Operator kuari seharusnya didakwa kerana melakukan kegiatan haram dengan hukuman yang berat dan tegas, dan bukannya dibenarkan untuk meneruskan kerja-kerja kuari.

Ini adalah satu lagi kes yang menunjukkan kelalaian dan kekurangan penguatkuasaan undang-undang di Pualau Pinang di semua peringkat kerajaan. Peningkatan kapasiti penguatkuasaan kerajaan negeri dan daerah  sudah lama tertangguh.

Kami menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang dan pihak MBPP untuk mengambil tindakan segera untuk memberhentikan operasi kuari haram ini, mengheret operator tersebut ke mahkamah dan mendesak untuk hukuman penjara.

Operator kuari tersebut juga harus memulihkan kawasan yang telah dibinasakan akibat kerja-kerja kuari di sini. Tindakan yang tegas dan segera harus diambil oleh pihak bertanggungjawab sekarang dan bukannya menunggu untuk  pendedahan lain dari pihak media sebelum bertindak!

Meenakshi Raman

Presiden

Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/10/telukbahang-operasi-kuari-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Operasi Bas Van Sekolah Haram Terus Berleluasa

Operasi Bas Van Sekolah Haram Terus Berleluasa

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 465 hits
Kuala Lumpur Perkhidmatan van sekolah haram bukan perkara baharu dan walaupun isu itu sudah berulang kali didedahkan bilangan pengusahanya dilaporkan semakin bertambah Pelbagai operasi serta gerakan pemutihan yang dilaksanakan pihak berkuas...
Kerajaan Diminta Fokus Keadilan Ekonomi Dasar Afirmatif

Kerajaan Diminta Fokus Keadilan Ekonomi Dasar Afirmatif

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 226 hits
Atasi masalah ali baba jangan ulangi lagi kesilapan DEB Amir IsmaBANGI Gerakan Islam utama Ikatan Muslimin Malaysia meminta kerajaan menggunakan platform Bajet 2020 untuk memberi penekanan kepada agihan ekonomi yang adil dan mengekalkan das...
Kerajaan Pahang Bantah Uniten Pindah Kampus Muadzam Shah Ke Putrajaya

Kerajaan Pahang Bantah Uniten Pindah Kampus Muadzam Shah Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 266 hits
Uniten berkata ia akan berganding bahu dengan TNB untuk mentransformasi KSHAS kepada premis TNB yang baru bagi meneruskan peranannya di Muadzam Shah KUANTAN Kerajaan negeri Pahang turut membantah tindakan pengurusan Universiti Tenaga Nasion...
Kerajaan Sedia Laksanakan Semula Sistem Gst Jika Itu Yang Rakyat Mahukan Pm

Kerajaan Sedia Laksanakan Semula Sistem Gst Jika Itu Yang Rakyat Mahukan Pm

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 348 hits
Kerajaan bersedia untuk melaksanakan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan sekiranya rakyat mahu sistem itu dikembalikan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Bagaimanapun ia perlulah dikaji terlebih dahulu sama ada sistem GST ...
Gst Jika Itu Kehendak Rakyat Kerajaan Akan Kaji Gst Mungkin Dikembalikan

Gst Jika Itu Kehendak Rakyat Kerajaan Akan Kaji Gst Mungkin Dikembalikan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 326 hits
Putrajaya Kerajaan pada hari ini tidak mempunyai masalah untuk mengkaji semula mengimplementasi GST GST merupakan sistem percukaian yang telah ditamatkan pada tahun lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan apabila mereka berjaya mendapat kerusi ...
5359 Kerajaan Sudah Belanja Rm1 Trilion Untuk Bumiputera Kenyataan Akhbar Ppim 04 10 2019

5359 Kerajaan Sudah Belanja Rm1 Trilion Untuk Bumiputera Kenyataan Akhbar Ppim 04 10 2019

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 340 hits
Cyberjaya 4 Oktober Lebih RM 1 trilion dibelanjakan untuk pembangunan bumiputera Jumlah itu bagaimanapun tidak mampu meningkatkan ekonomi golongan itu apabila 72 bumiputera tidak mempunyai aset di negara ini Menurut Ketua Pengarah Koperasi ...
Peluang Pekerjaan Untuk Bekas Penagih 1 109 Majikan Manfaatkan Tawaran Kerajaan

Peluang Pekerjaan Untuk Bekas Penagih 1 109 Majikan Manfaatkan Tawaran Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 176 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Gagal Bentuk Kerajaan Campuran Tiada Makna Kerjasama Umno Pas

Gagal Bentuk Kerajaan Campuran Tiada Makna Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 227 hits
Rakyat yang tertunggu tunggu usaha ke arah pembentukan kerajaan campuran Umno Pas mula kecewa selepas dua minggu termeterainya perjanjian Piagam Muafakat Nasional Pada minggu pertama selepas perjanjian 14 September lalu terdapat komen komen...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya