Telinga Kucing Dipotong Tanda Kucing Liar Telah Dimandulkan
Telinga Kucing Dipotong Tanda Kucing Liar Telah Dimandulkan | Haaaa... jangan fikir kucing tak bertelinga pula ye. Maksud dipotong disini adalah dipotong sedikit di hujung untuk memberi tanda kucing tersebut telah dimandulkan. Tidak semua kucing dimandulkan akan dibuat begitu tetapi kepada kucing tertentu sahaja. Harap dengan entri ini dapat bantu korang mengenali kucing ini dan memberi sedikit ilmu vet.
Telinga Kucing Dipotong Tanda Kucing Liar Telah Dimandulkan
Telinga dipotong sedikit dipanggil eartip atau notching. Selain daripada kucing, industri penternakan khinzir atau babi di Malaysia mengamalkan teknik ini untuk kenalpasti babi tersebut berasal dari ladang yang mana satu. Pada babi, lebih banyak notching dibuat berbanding kucing. Tolak sat pasal babi, kita masuk semula tajuk kita.
Kucing liar di Malaysia boleh dikatakan banyak dan kebanyakkannya bebas beranak pinak. Jika panjang umur anak anak kucing ini, mereka akan membesar dan jika betina akan melahirkan anak lagi dan populasinya semakin lama semakin banyak.
Di luar negara, aktiviti permandulan pada kucing dan anjing memang banyak dilakukan memandangkan mereka mempunyai NGO stray cat dan stray dog yang banyak dan kuat. Disamping itu, ada juga klinik veterinar yang buat corporate social responsibility atau CSR dan ada juga universiti veterinar yang menggunakan stray cat sebagai bahan pembelajaran mereka. Jadi untuk memudahkan mereka mengenal pasti kucing mana yang telah dimandulkan terutama sekali betina, mereka akan buat tanda notching ini.
Di Malaysia, ada juga Vet atau universiti seperti UPM dan UMK buat permandulan sebegini. Jadi dengan tanda di telinga dapat membantu vet mengenalpastii status kucing tersebut. Nama pun kucing liar, jadi tanda perlu dilakukan dan bukannya boleh tanda dengan gelang berloceng. Itu tidak selamat diamalkan okey.
So, kalau korang jumpa telinga kucing liar dipotong selepas ini, korang boleh tahu kucing tersebut kemungkinan telah dimandulkan. Tapi ada juga kes digigt sehingga menampakan tanda notching ini. Anyway kucing yang dipelihara tidak termasukkan dalam ear notching ni ye. Hanya kucing stray cat sahaja.
p/s : Sebelum hantar mandul kucing kena dipuasakan ke? - nurfuzie.com/2017/02/Syarat-Sebelum-Hantar-Kucing-Untuk-Mandul.html
info notching- https://catsexclusive.org/index.php/ear-notch/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurfuzie.com/2021/09/telinga-kucing-dipotong-tanda-kucing.html