Teksi Akan Ditelan Grab Atau Teksi Perlu Digrabkan




Polemik berkaitan perkhidmatan teksi dan e-hailing khususnya Grab tiba-tiba menjadi perbualan hangat di mana-mana dalam dua tiga hari kebelakangan ini.


Ia bermula apabila sekumpulan kecil pemandu teksi bertindak kurang sopan, menjerit-jerit dan meninggalkan majlis dalam suatu program dialog bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Langkawi Sabtu lalu.


Berikutan itu Tun Mahathir yang seperti kesal dan merajuk lantas menawarkan diri untuk meletakkan jawatan jika cakapnya untuk mencari penyelesaian dan mewujudkan persaingan yang adil antara teksi dan Grab tidak mahu didengari.


Susulan daripada sikap kurang sopan yang ditunjukkan oleh pemandu-pemandu teksi terhadap seorang Perdana Menteri itu, kemudiannya bertimbun-timbun kecaman dilontarkan terhadap golongan itu, termasuk oleh beberapa bekas menteri.


Rata-ratanya melihat pemandu teksi sebagai golongan yang tidak mahu berubah dan hanya tahu mendesak agar kerajaan memenuhi tuntutan mereka menghapuskan perkhidmatan Grab yang merupakan saingan kepada perkhidmatan teksi.


Realitinya, Grab adalah perkhidmatan yang sudah diterima di seluruh dunia, malah sangat dialu-alukan oleh orangramai kerana ia lebih mudah, murah, mesra dan tiada karenah menolak pelanggan atas alasan jalan sesak,  destinasi yang jauh, nak bertukar shif dan seumpamanya.


Kajian atau undian awam melalui pelbagai medium media sosial jelas memperlihatkan kira-kira 95 peratus pengguna lebih memilih perkhidmatan Grab berbanding teksi.


Janji Tun Mahathir bahawa kerajaan sedang merangka dasar untuk mewujudkan persaingan yang adil antara teksi dan Grab seharusnya dialu-alukan oleh pemandu teksi, malahan tempoh masa setahun yang dijanjikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk peraturan baru berkaitan perkhidmatan e-haling dikuatkuasakan sepenuhnya, hendaklah juga ditunggu dengan penuh kesabaran.


Peraturan baru yang ditetapkan itu ialah menghendaki pemandu e-hailing memiliki lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam atau PSV, pemeriksaan kenderaan berkala di Puspakom serta perlindungan insurans.


Dalam hal ini, sementara diakui bahawa perkhidmatan Grab tidak mampu dihalang kewujudannya, pemandu atau syarikat-syarikat teksi juga seharusnya bertindak proaktif dalam usaha memastikan kelangsungan perkhidmatan mereka tidak pupus ditelan zaman yang sentiasa bergerak pantas, sekaligus menjadikan rezeki untuk menanggung keluarga tidak putus di pertengahan jalan.


Sikap pemandu teksi yang tidak putus-putus mendesak kerajaan memenuhi kehendak mereka agar menghapuskan Grab, tetapi mereka sendiri tidak mahu berubah dan masih ditakuk lama,  adalah sesuatu yang sangat dikesali.


Mereka seharusnya mengambil iktibar daripada tenggelamnya jenama Nokia, Motorola dan Blackberry kepada Iphone dan Samsung disebabkan lambat atau tidak mahu cepat berubah seiring dengan keinginan atau peredaran semasa.


Pemandu teksi seharusnya duduk berbincang dengan kerajaan atau sesama sendiri untuk sentiasa tampil lebih baik dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.


Daripada menjerit-jerit nak jatuhkan kerajaan atau minta menteri letak jawatan, pemandu teksi sepatutnya menjadikan kehadiran Grab untuk mereka lebih ligat berfikir bagaimana untuk  berubah dan tidak terus dikongkong oleh gaya pemikiran analog.


Oleh kerana pengguna mahukan perubahan dan lebih memilih Grab iaitu suatu perkhidmatan yang mudah digunakan melalui aplikasi dalam telefon pintar di tangan, pemandu teksi sebaik-baiknya turut sama berubah ke arah itu.


Mereka mesti pantas “mengGrabkan” perkhidmatan teksi yang sedia ada dengan membangunan aplikasi sendiri supaya dapat sama-sama bersaing dengan perkhidmatan e-hailing yang lain.


Sehingga ini terdapat satu aplikasi e-hailing yang dikenali “CALLME” yang dibangunkan oleh Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia atau Petekma bersama Angkasa yang dilancarkan tidak lama sebelum ini.


Namun demikian, majoriti pemandu atau pengusaha teksi masih lagi bebas dan tidak terikat atau belum sedia mewujudkan apa-apa aplikasi, sebaliknya kekal berkeliaran atau menunggu di tepi-tepi menanti penumpang seperti gaya lama.


Dengan dunia yang sudah berubah, pemandu dan pengusaha teksi juga  tiada pilihan lain selain berubah sama dengan sedia bersaing membangunkan aplikasi sendiri agar perkhidmatan mereka mampu bergerak maju serta berkembang seiring dengan peredaran zaman.


Kementerian Pengangkutan difahamkan sangat mengalu-alukan dan sedia membantu pengusaha atau pemandu teksi yang mahu berubah untuk membangunkan aplikasi sendiri bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.


Cuma, sebaik ada aplikasi itu nanti, sikap dan perangai pemandu teksi hendaklah juga berubah sama.


Mereka mesti bersikap mesra pelanggan, tidak memilih penumpang, bersopan dan tidak kurang pentingnya, kereta yang digunakan juga hendaklah sentiasa bersih, kemas serta berbau wangi. (ShahbudinHusin 23/10/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/10/teksi-akan-ditelan-grab-atau-teksi-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teksi Atau Grab Anda Pilih

Teksi Atau Grab Anda Pilih

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 367 hits
Satu lagi syarikat teksi menyuarakan bantahan terhadap cadangan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua untuk menjadikan Grab sebagai pengganti perkhidmatan bas pengantara di stesen MRT dan LRT Presiden Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha...
Pemandu Teksi Beri Tempoh 24 Jam Kepada Guan Eng Perjelas Cadangan Guna Grab Di Stesen Mrt

Pemandu Teksi Beri Tempoh 24 Jam Kepada Guan Eng Perjelas Cadangan Guna Grab Di Stesen Mrt

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 313 hits
JUNHAIRI ALYASA 17 Oktober 2018 11 20 AM PUTRAJAYA Kira kira 300 pemandu teksi berhimpun dan memberi tempoh 24 jam kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung p
Sikap Atau Punca Pada Pemandu Teksi Itu Sendiri

Sikap Atau Punca Pada Pemandu Teksi Itu Sendiri

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 467 hits
Dah banyak kali aku berdepan dengan situasi pemandu teksi bodoh sombong di KL terutamanya Kali ini panas lagi di Johor pagi tadi Aku ke pusat teksi minta hantar jauh destinasi 20km Katanya RM25 Aku minta kurang dia kata tak jadi pun tak ape...
Kerajaan Akan Kekalkan Grab Nafi Tak Dengar Suara Pemandu Teksi

Kerajaan Akan Kekalkan Grab Nafi Tak Dengar Suara Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 348 hits
Suara Tanpa SempadanKUALA LUMPUR Sekalipun pemandu teksi menyuarakan ketidakpuasan terhadap perkhidmatan e haling khususnya Grab kerajaan Pakatan Harapan nampaknya berkeras untuk mengekalkannya Menteri Pengangkitan Anthony Loke Siew Foke be...
Antara Teksi Dan Grab Saya Memilih Grab

Antara Teksi Dan Grab Saya Memilih Grab

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 544 hits
1 Bila pemandu teksi mengadakan protes membantah perkhidmatan Grab ada yang menyalahkan kerajaan PH yang mengabaikan kepentingan orang Melayu Kata mereka ini kerana 90 pemandu teksi adalah orang Melayu dan 90 towkay Grab adalah bukan Melayu...
Kalau Nak Jimat Naiklah Grab Adibah Noor Kongsi Pengalaman Disindir Pemandu Teksi

Kalau Nak Jimat Naiklah Grab Adibah Noor Kongsi Pengalaman Disindir Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 433 hits
Penghibur negara Adibah Noor berkongsikan pengalamannya menaiki teksi susulan dari laporan yang mana pemandu teksi mengatakan kencing hancing kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Penyanyi itu berkata beliau telah disindir sinis ol...
Grab Adalah Pemusnah Pemandu Teksi Yang Sombong

Grab Adalah Pemusnah Pemandu Teksi Yang Sombong

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 511 hits
Kecoh baru baru ini di Langkawi apabila Tun Mahathir telah dimaki oleh segelintir pemandu teksi semasa mesyuarat masalah pemandu teksi yang tersepit pendapatan mereka setelah munculnya perkhidmatan e hailing GRAB Mereka merasakan Tun Mahath...
Jika Teksi Takut Berubah Bersedialah Untuk Lesap Ditelan Teknologi

Jika Teksi Takut Berubah Bersedialah Untuk Lesap Ditelan Teknologi

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 309 hits
Polemik berkaitan perkhidmatan teksi dan e hailing khususnya Grab tiba tiba menjadi perbualan hangat di mana mana kebelakangan ini yang bermula apabila sekumpulan kecil pemandu teksi bertindak kurang sopan menjerit jerit dan meninggalkan ma...
Berjuang Tanpa Harap Balasan Wang Atau Kuasa Azmin Nasihat Ahli Pkr

Berjuang Tanpa Harap Balasan Wang Atau Kuasa Azmin Nasihat Ahli Pkr

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 462 hits
October 17 2018 KUALA LUMPUR Datuk Seri Azmin Ali menasihatkan ahli PKR khasnya golongan muda supaya mencontohi pemimpin lama yang berjuang untuk parti sejak 20 tahun lalu tanpa mengharapkan sebarang balasan dari segi wang atau kuasa Calon ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game