Teks Penuh Ucapan Perdana Menteri Rayuan Kepada Rakyat Malaysia



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Wahai saudaraku rakyat Malaysia yang dihormati,

Hampir seminggu negara kita menghadapi kemelut politik yang membimbangkan. Kemelut ini berlaku apabila mantan Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Ini menyebabkan jawatan Perdana Menteri kosong dan perlu diisi.

Menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri baharu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Selaras dengan peruntukan ini, Duli Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik saya sebagai Perdana Menteri. Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah melalui pilihanraya. Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini adalah satu amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia.

Setelah melalui kemelut politik yang melanda negara kita sejak seminggu yang lalu, saya tahu saudara-saudari tentunya mahu negara kita kembali berada di landasan yang betul. Saudara-saudari pastinya tidak mahu negara kita diheret ke dalam kemelut politik yang lebih besar.

Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati,

Saya tidak berniat untuk menimbulkan konfrontasi dengan sesiapa. Saya cuma ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perkara yang sebenarnya berlaku supaya keikhlasan saya tidak dipersoalkan.

Saya tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri. Saya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Di peringkat awal, saya dan semua ahli Dewan Rakyat daripada parti Bersatu telah memberikan sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Tetapi malangnya beliau gagal mendapatkan sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain. Perkara ini telah dijelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara pada 28 Februari 2020.

Oleh yang demikian, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah mengambil keputusan yang bijaksana dengan menjemput ketua-ketua parti mengemukakan seorang calon lain yang berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ketika itulah nama saya sebagai calon Perdana Menteri telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada parti Bersatu dan ketua-ketua parti yang lain. Menurut mereka saya mempunyai sokongan majoriti.

Saya mengambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.

Apa pilihan yang saya ada? Terus menyokong Tun Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri?

Jika saya terus menyokong Tun Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan. Berkemungkinan Parlimen terpaksa dibubarkan dan Pilihanraya umum perlu diadakan.

Saya sedar saudara dan saudari sudah letih dan la’ih dengan kemelut politik yang berlaku.

Dalam keadaan ini, saya sebagai pemimpin mesti mencari jalan penyelesaian. Saya tidak boleh membiarkan kemelut berpanjangan.

Kerana itu saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir dan meminta beliau menyokong saya. Dalam pertemuan yang disaksikan oleh dua orang tokoh parti, beliau telah menyatakan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada saya sekiranya saya mendapat sokongan majoriti. Perkara ini dinyatakan oleh beliau sendiri dalam satu sidang akhbar pada 27 Februari 2020.

Dengan sokongan itu, saya telah menerima pencalonan saya sebagai Perdana Menteri. Saya tahu ada yang marah kepada saya. Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhianat. Dengarlah baik-baik. Saya bukanlah pengkhianat.

Naluri saya jelas bahawa keberadaan saya di sini adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut.

Saya juga sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah. Buat permulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Kerajaan pimpinan saya juga akan memberi keutamaan kepada usahausaha untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik. Ini termasuk usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dengan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan undang-undang, peraturan dan amalan yang berkaitan.

Saya juga faham bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

Saudara memerlukan wang untuk membeli barang keperluan harian, membeli buku dan keperluan sekolah untuk anak-anak, membayar bil air, letrik dan sewa rumah, membayar pinjaman kereta dan kediaman, serta lain-lain keperluan untuk menyara kehidupan sekeluarga.

Saya juga tahu bahawa antara perkhidmatan yang paling diperlukan oleh saudara dan saudari ialah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang berpatutan. Ini juga akan menjadi keutamaan saya.

Dalam menghadapi wabak corona virus pada masa ini, sama-samalah kita jaga kesihatan. Saya juga sedar saudara dan saudari juga mahukan pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak. Bidang pendidikan amat dekat dengan jiwa saya. Dengan pengalaman selama 6 tahun menjadi Menteri Pendidikan, saya berjanji akan berusaha untuk melonjakkan lagi kualiti pendidikan negara. Saya akan pastikan anak-anak kita mendapat taraf pendidikan yang setanding dengan negara-negara maju. Usaha ini telah pun saya mulakan dahulu. InsyaAllah ianya akan diperkukuhkan lagi pada masa hadapan.

Saya tahu bahawa saudara dan saudari mahukan sebuah negara yang stabil, aman dan makmur. Sebuah negara yang menawarkan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua.

Kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat.

Marilah bersama-sama saya untuk bina semula negara kita dan kembalikan kegemilangannya.

Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah Perdana Menteri saudara.

Sama ada saudara adalah petani, saudara nelayan, saudara peniaga, saudara penjawat awam, saudara pekerja swasta, saya adalah Perdana Menteri saudara.

Saya merayu agar saudara dan saudari memberikan sokongan padu kepada saya untuk memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.

Berilah saya peluang untuk memanfaatkan 40 tahun pengalaman saya dalam politik dan kerajaan untuk mengemudi Malaysia ke arah kegemilangan.

Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk negara.

Berikan saya sedikit masa untuk menetapkan garis-garis utama hala tuju kerajaan dan negara di bawah pentadbiran baharu ini yang insyaAllah akan saya jelaskan kepada rakyat dalam masa terdekat.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara dan saudari yang telah menghadapi kemelut yang melanda negara dengan sabar dan tenang.

Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Dr Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara kita.

Bersatu teguh, bercerai roboh.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Ayuh, bersatulah kita demi tanah air tercinta.

Bismillahi tawakkaltu alaLLah
Faiza azamta fa tawakkal alaLLah

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/teks-penuh-ucapan-perdana-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Dan Teks Penuh Perutusan Khas Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim Malaysia

Video Dan Teks Penuh Perutusan Khas Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 879 hits
Sedia maklum bahawa Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7 Malaysia telah dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Interim Malaysia Perlantikan ter...
Saya Perdana Menteri Untuk Semua Rakyat Malaysia Muhyiddin

Saya Perdana Menteri Untuk Semua Rakyat Malaysia Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau adalah Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah katanya dalam ucapan yang disiarkan secara lang...
Gambar Senarai Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2020 Berserta Teks Ucapan

Gambar Senarai Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2020 Berserta Teks Ucapan

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1765 hits
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 8 Tan Sri Muhyiddin YassinTIMBALAN PERDANA MENTERI BARISAN MENTERI KANAN DAN TIMBALAN MENTERI1 Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDatuk Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri Datuk Lim Ban...
Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia Kelapan 9819

Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia Kelapan 9819

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 437 hits
Muhyiddin Yassin dilantik perdana menteri kelapan Presiden Bersatu adalah perdana menteri Malaysia kelapan Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentara tadi at...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 433 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan Jam 5 00 petang tadi Tan Sri M...
Jemaah Menteri Yang Bersih Dan Berintegriti Antara Intipati Di Dalam Ucapan Perdana Menteri Ke 8

Jemaah Menteri Yang Bersih Dan Berintegriti Antara Intipati Di Dalam Ucapan Perdana Menteri Ke 8

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 455 hits
Tempat jam 9 malam sebentar tadi YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi ucapan khas sbg Perdana Menteri Ke 8 Ucapan khas bertajuk
Parlemen Malaysia Akan Gelar Pemilihan Kandidat Perdana Menteri Baru Pekan Depan

Parlemen Malaysia Akan Gelar Pemilihan Kandidat Perdana Menteri Baru Pekan Depan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 291 hits
Parlemen Malaysia akan menyelenggarakan pemungutan suara memilih kandidat perdana menteri pada Senin mendatang Sebelumnya Mahathir Mohamad secara tiba tiba mengumumkan pengunduran dirinya pada Senin
Perdana Menteri Baharu Malaysia 2020

Perdana Menteri Baharu Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1456 hits
Ketika ini seluruh rakyat Malaysia sedang kebingungan dan tertanya tanya dengan senario politik yang sedang bergolak dan tertanya tanya siapakah bakal Perdana Menteri baharu yang akan menggantikan Tun Mahathir yang telah meletakkan jawatan ...
Pelantikan Perdana Menteri Interim Kes Pertama Di Malaysia

Pelantikan Perdana Menteri Interim Kes Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 691 hits
Semua jawatan menteri Kabinet digugurkanKetua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan mengesahkan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan menteri m...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord