Teks Penuh Perutusan Pm Mengenai Covid 19




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Malam ini, sekali lagi saya berada di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang.  Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.    Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.
Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita. 
Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.
Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.
Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19. 
Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.
Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa. 
Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini.
Saya berdoa agar saudara-saudari sekalian terus cekal dan tabah dalam menjalankan tugas untuk negara demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini sentiasa terpelihara.
Akhir sekali, saya berdoa agar saudara dan saudari sekalian sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T.
Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/teks-penuh-perutusan-pm-mengenai-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teks Penuh Perutusan Khas Covid 19 Oleh Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin Yasin

Teks Penuh Perutusan Khas Covid 19 Oleh Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin Yasin

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 499 hits
TEKS PENUH PERUTUSAN KHAS COVID 19 Tarikh 16 Mac 2020 10 malam Perutusan Khas COVID 19Assalamualaikum wa rahmatulahi wa barakatuh dan salam sejahtera saudara saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi Malam ini sekali lagi saya berada di hada...
Covid 19 Coronavirus Menimbulkan Panik Mengenai Isu Bekalan Makanan Tidak Mencukupi

Covid 19 Coronavirus Menimbulkan Panik Mengenai Isu Bekalan Makanan Tidak Mencukupi

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 415 hits
Covid 19 Coronavirus Menimbulkan Panik Mengenai Isu Bekalan Makanan Tidak Mencukupi PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada keperluan untuk melakukan pembelian panik kerana bekalan m...
Facebook Perkenal Pusat Maklumat Covid 19 Bagi Memudahkan Akses Berita Tepat Mengenai Wabak

Facebook Perkenal Pusat Maklumat Covid 19 Bagi Memudahkan Akses Berita Tepat Mengenai Wabak

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 351 hits
Seperti diketahui kini kita sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan penularan jangkitan Covid 19 Sebagai tindak balas terhadap wabak ini Facebook menyokong kerja komuniti kesihatan awam global untuk memastikan ora...
Teks Penuh Ucapan Perdana Menteri Rayuan Kepada Rakyat Malaysia

Teks Penuh Ucapan Perdana Menteri Rayuan Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 408 hits
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh Wahai saudaraku rakyat Malaysia yang dihormati Hampir seminggu negara kita menghadapi kemelut politik yang membimbangkan Kemelut ini berlaku apabila mantan Perdana Mente...
Covid 19 Apa Yang Patut Anda Tahu Mengenai Coronavirus

Covid 19 Apa Yang Patut Anda Tahu Mengenai Coronavirus

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 233 hits
Mempunyai tempoh pengeraman selama 14 hari bermaksud tanda mula sakit ditunjukkan bukanlah serta merta tetapi selepas 14 hari terkena jangkitan yang kita sendiri tidak sedar Virus boleh berjangki melalui udara sewaktu pembawa virus ini bers...
Twitter Menambahkan Senarai Berita Mengenai Covid 19 Melalui Bahagian Explore

Twitter Menambahkan Senarai Berita Mengenai Covid 19 Melalui Bahagian Explore

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 164 hits
Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa WHO telah melancarkan saluran WhatsApp untuk memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan berita terkini mengenai wabak COVID 19 Kini Twitter juga dilihat telah menambahkan satu senarai berita khusus...
Perutusan Khas Covid 19 Stay At Home

Perutusan Khas Covid 19 Stay At Home

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 322 hits
Tolonglah duduk diam diam di rumah Just Stay at Home Ini tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan Stay at Home and protect yourself and your Family Stay put where you are untuk tempoh dua minggu ni sahaja Kenapa...
Perutusan Khas Yab Perdana Menteri Mengenai Covid 19

Perutusan Khas Yab Perdana Menteri Mengenai Covid 19

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 1054 hits
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 iaitu lusa hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara Perintah kawalan ini dibuat di
Kronologi Penuh 8 Kematian Covid 19 Di Malaysia Sehingga 21 March 6 30pm

Kronologi Penuh 8 Kematian Covid 19 Di Malaysia Sehingga 21 March 6 30pm

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 757 hits
Sehingga pada tarikh 21 March pada pukul 6 30pm kematian COVID 19 telah mencecah 8 orang STAY AT HOME dan putuskan rangkaian virus COVID 19 ini Jika ini berlaku pada orang tersayang anda bagaimana Disebabkan oleh kealpaan kita sendiri Ikuti...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii