Teks Khutbah Khas Gerhana Bulan Jakim
FENOMENA GERHANA BULAN PENUH, PANDUAN SOLAT SUNAT & TEKS KHUTBAH JAKIM
Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Malaysia pada 8 November 2022 (Selasa) bersamaan 13 Rabiul Akhir 1444H.
Gerhana tersebut bermula pada jam 5.09 minit petang dan berakhir pada 8.49 malam. Walaubagaimanapun, gerhana bulan penuh tersebut hanya dapat dilihat bermula 6.58 petang iaitu apabila bulan mula terbit di ufuk timur.
Gerhana bulan penuh berlaku apabila orbit bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang bumi yang dipanggil umbra. Di dalam keadaan ini bumi akan berada di antara bulan dan matahari di dalam kedudukan tepat sebaris.
Gerhana bulan penuh tersebut hanya dapat dilihat bermula 6.58 petang iaitu apabila bulan mula terbit di ufuk timur. Umat Islam digalakkan mendirikan solat Gerhana Bulan pada waktu itu sehingga 8.49 malam
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.
Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.
Berikut adalah panduan asas dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Cara Solat Sunat Khusuf
1.Niat & Takbiratul Ihram
2.Baca Al-Fatihah & Surah Lain
3.Ruku’ Yang Panjang
4.Iktidal, Baca Al-Fatihah & Surah Lain
5.Ruku’ Yang Panjang & Iktidal
6.Sujud Yang Panjang
7.Duduk Antara 2 Sujud
8.Sujud Yang Panjang
9.Rakaat Kedua Seperti Rakaat Pertama
10.Membaca tasyahud Akhir & Salam
Kredit : Twitter JAWI Official
Teks Khutbah Khas Gerhana Bulan JAKIM (8 November 2022)
Sila rujuk lampiran teks khutbah gerhana bulan yang disediakan oleh JAKIM di bawah:
TAJUK : KEINSAFAN DARI FENOMENA GERHANA BULAN
TARIKH : 8 NOVEMBER 2022 / 13 RABIULAKHIR 1444H
Sumber: Portal Rasmi JAKIM Khutbah Khas Gerhana – Keinsafan Dari Fenomena Gerhana Bulan
Baca juga:
Panduan Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)Solat Jamak Dan Qasar : Panduan, Syarat & Niat (JAKIM)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/khutbah-gerhana-jakim/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=khutbah-gerhana-jakim