Teknik Terbaru Scammer
Teknik Terbaru Penipuan Bayaran Menggunakan Maybank Online BankingAnda pernah kena tipu dalam urusan transasksi pembayaran terutama pembayaran online
Banyak kes kes penipuan pembayaran ni, antara pernah kena dengan tidak je
Tak kira penjual menipu pembeli atau pembeli menipu penjual
Dalam post ni admin nak share kes penipuan pembeli terhadap penjual menggunakan pembayaran online maybank
Jika sebelum ni yang kita dengar, pembeli akan menipu penjual dengan edit resit bayaran
Pembayaran yang di buat di mesin ATM mungkin agak susah untuk di edit. Itu pun ada kes penipuan resit bayaran dari ATM
Yang senang untuk di edit tu soft copy resit pembayaran online
Kan bila kita buat pembayaran secara online, last step akan tertera resit bayaran. Snapshot sebagai bukti bayaran kepada penerima wang
penipuan cara ni, resit bayaran yang lama, diedit tarikh dan jumlah bayaran. Tak susah pun nak edit tambahan sekarang banyak app app untuk edit gambar ni. Nak edit tulisan dan angka senang sangat
Jika peniaga atau penerima bayaran tu agak teliti, mungkin dapat mark la resit yang di edit
Kalau tak dapat mark, tak pula semak bayaran tersebut, terus post barang, menangis la sendiri
Itu penipuan dengan edit resit bayaran online. Ramai yang dah alert terutama peniaga online
Penipuan cara baru ni pula tak perlu edit edit, resit pula 100% original mengatakan bayaran telah berjaya di buat dan di pindahkan ke akaun penerima..
Padahal wang tersebut belum pun masuk ke akaun bank penerima
Info yang admin dapat, penipuan cara ni melibatkan Maybank Online Banking dan pembayaran yang di buat adalah sesama Maybank
Macam mana boleh jadi macam tu
Dalam Maybank Online Banking, JIka pembayaran atau Transfer yang nak di buat tu juga merupakan akaun Maybank, ada mode bayaran "Schedule" atau "Recurring"
Untuk pembayaran "Schedule" atau "Recurring" ni, proses transfer hanya akan di proses pada waktu tarikh yang di set.. Contoh 2 hari ke depan. Bermakna 2 hari akan datang baru la duit akan di transfer ke akaun penerima
Part yang best, Transaksi tersebut akan berjaya walaupun dalam akaun bank pengirim tu cuma ada RM10. Nak transfer RM500, tiada masalah... Dan, resit yang terhasil 100% seperti resit yang kita buat transasksi biasa yang menunjukkan duit tersebut telah di transfer ke akaun bank penerima
Lihat contoh transfer dan resit di bawah
Admin set transfer pada 15 November. (Post ni bertarikh 5 November)
Resit yang terhasil seperti di bawah. Sebijik sejibun macam resit transfer biasa. Tarikh transaksi pun tarikh hari ni dengan status Accepted
Ini kalau penjual tu tak semak baki akaun dia, terus post barang. Wassalam la jawab nya
Transaksi Schedule ni pula boleh di cancel pada bila bila masa
Kepada peniaga peniaga online atau sesiapa yang menerima bayaran dari online maybank ni (akaun penerima dan pembayar semasa maybank), sila semak bayaran dengan teliti
Senang cerita setiap kali terima bayaran, semak je lah akaun bank anda
Kalau tak ada online banking, sila lah buat. Sangat memudahkan
Tak kan lah buat bisnes tak ada online banking.. adoiii.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kongsikanaje.blogspot.com/2018/11/teknik-terbaru-scammer.html