Aunty Aini Kongsi Dapur Bersama Adamdidam Dalam Program Masakan Terbaru Rasa Ketuhar Kuali


Majalah masakan Rasa kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali yang pastinya menyajikan pelbagai resipi menarik kepada penonton. Berbeza dengan program masakan Rasa: Instafamous, kali ini Aunty Aini akan memasak serta berkongsi dapur bersama selebriti dan instafamous terkenal, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam dikalangan peminat di Instagramnya. 


Norzaini Abdul Hamid, atau lebih mesra dengan panggilan Aunty Aini; tentunya sudah ramai yang mengenali wanita hebat ini. Kehebatannya dalam bidang masakan pastinya bukan biasa-biasa. Gordon Ramsay, Anthony Bourdain dan Martin Yap adalah antara chef-chef tersohor yang pernah berkunjung ke restoran miliknya; Aunty Aini’s Garden Café yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Dalam program mereka, Aunty Aini begitu bersahaja memasak sambal berkongsi pelbagai petua memasak masakan Melayu. Malah dia langsung tidak ‘canggung’ berkongsi dapur dengan chef-chef hebat yang punya program memasak sendiri yang sememangnya popular serata dunia.

Manakala, Adam yang merupakan finalis rancangan realiti masakan, kini mempunyai 361,000 pengikut di laman Instagramnya, yang dipenuhi dengan gastronomi menyelerakan sehingga membuatkan ramai tertunggu-tunggu menu baharu yang akan dimuat naik ke akaun miliknya itu.  Siapa sangka Adam yang pada mulanya tidak pandai memasak sebelum ini, menemukan cinta dalam bidang kulinari kira-kira lima tahun lalu selepas terpaksa berjauhan dengan keluarga. 

Menurut jejaka kelahiran Kelantan berusia 28 tahun ini, minatnya yang mendalam dalam bidang masakan turut mendorongnya untuk mengikuti kursus intensif pendek selama enam bulan di institusi pendidikan hospitaliti terbesar dunia, Le Cordon Bleu di London, UK. Adam juga merupakan bapa saudara kepada trio yang pernah tular kerana bertutur dalam dialek Kelantan biarpun menetap di Birmingham, UK.

Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan bermula 29 Oktober 2018, setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Disini kami kongsikan resipi-resipi yang disediakan oleh Aunty Aini dan Adam dalam episod pertama program masakan Rasa: Ketuhar Kuali..Selamat mencuba!
1. JEJARI AYAM BERSAMA SOS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam1 biji telur2 sudu besar tepung jagung½ sudu kecil garam¾ cawan tepung sebaguna¼ cawan tepung jagung2 sudu besar pes cili thai3 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos ikan1 ½ sudu besar cuka3 sudu besar gula pasir2 sudu besar air3 ulas bawang putih (dicincang)1 sudu besar chillie flakes3 helai daun limau purut (diracik)Sagatan limau1 ½ sudu besar jus limauDaun ketumbarCARA MEMASAK:
Potong ayam secara memanjang dan letakkan didalam satu bekas.Pukul telur, masukkan kedalam ayam.Gaul bersama tepung jagung dan garam.Rehatkan ayam untuk memerap.Campur bersama pes cili Thai, sos tiram, gula, bawang putih, chilli flakes, cuka dan sos ikan. Gaul bersama kesemua bahan.Tuang sos kedalam kuali leper, masak sehingga sos mendidih, tutup api dan taburkan daun limau purut. Sejukkan sos.Dalam mangkuk kering, campurkan tepung jagung dan tepung serbaguna dan gaul.Salut jejari ayam bersama tepung.Goreng ayam satu per satu dalam minyak panas sehingga kuning keemasan.Masukkan ayam kedalam bekas, dan tuang sos yang telah disejukkan.Siap untuk dihidang.2. MAC & CHEESE

BAHAN-BAHAN:
1 buku keju cheddar1 buku keju mozzarella3 biji bawang besar3-5 ulas bawang putih2 kotak besar susu segarSerbuk lada hitamGaramDaun bawangDaun parsley1 sudu tepung gandum½ sudu kecil serbuk buah pala1 ½ buku mentegaMinyak zaitunPasta makaroniCARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun bersama mentega.Masukkan tepung gandum dan cairkan.Tumis bawang besar, kemudian bawang putih sehingga wangi.Tuangkan susu kedalam bahan tumisan.Apabila mendidih, masukkan serbuk lada hitam, garam dan juga serbuk buah pala.Curahkan pasta yang telah siap direbus selama 8 minit terlebih dahulu bersama sedikit garam.Masukkan keju cheddar dan keju mozzarella.Lapiskan pasta yang telah dimasak bersama keju secara bergilir dalam tray pembakar.Taburkan sedikit daun bawang dan parsley dan keju dipermukaan atas macaroni.Bakar selama 25 minit pada suhu 200-250’C didalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.Siap untuk dihidang.3. SANDWICH TAT TELUR

BAHAN-BAHAN:
RotiMentega masin350ml susu krimer sejat3 biji telur3 biji kuning telur75gm gula pasir2 sudu besar esen vanilaCARA MEMASAK:
Buang kulit pada roti.Gelek roti dengan menggunakan penggelek.Tekap roti yang telah digelek dengan pemotong acuan bulat.Sapu mentega pada kedua-dua belah roti.Masukkan kulit pastry kedalam acuan muffin.Dalam satu periuk, panaskan susu krimer sejat.Pukul 3 biji kuning telur dan 3 biji telur bersama esen vanila dalam satu bekas.Masukkan sedikit demi sedikit susu suam kedalam acuan telur sambil kacau.Tapiskan bancuhan.Cucuk kulit pastry untuk memberi ruang udara, dan tuangkan bancuhan keatas kulit pastry sebanyak 85% penuh.Bakar selama 45 minit pada suhu 160’C didalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Sejukkan sandwich tat telur, tabur gula pasir diatas tat, dan bakar dengan menggunakan torch.Siap untuk dihidang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/10/aunty-aini-kongsi-dapur-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Ini Kongsi 3 Kaedah Diamalkannya Bila Rasa Nak Marah Anak Senang Dan Cepat Tenang

Bapa Ini Kongsi 3 Kaedah Diamalkannya Bila Rasa Nak Marah Anak Senang Dan Cepat Tenang

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 340 hits
Anak kecil ni lagi di marah lagi teruk perangainya Kenapa jadi macam ni Sebabnya anak belajar dari apa yang kita buat pada mereka Cara kita tengking pukul marah marah sebenarnya buat anak fikir mereka pun boleh buat seperti itu juga jika ra...
Kongsi Rasa Pahit Sebelum Tiba Di Puncak

Kongsi Rasa Pahit Sebelum Tiba Di Puncak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 256 hits
Assalammualaikum dan selamat hujung minggu Semakin sampai di puncak semakin rasa pahit Itu yang berlaku semasa EA mendaki Gunung Pulai Kulai Jadi EA telah minta pandangan daripada otai2 group Hiking Camping around Malaysia Kemungkinan betul...
Lelaki Ini Kongsi Tips Mudah Servis Dapur Gas Hasil Macam Baru

Lelaki Ini Kongsi Tips Mudah Servis Dapur Gas Hasil Macam Baru

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 469 hits
Tiada apa pun yang kekal di dunia ini tambah tambah benda yang kita guna untuk meneruskan kelangsungan hidup Cuma benda benda ini boleh digunakan secara optimum dan kalau
Es Krim Terbaru Cornetto Unicornetto Berikan Sensasi Magic Dalam Rasa Dan Kemasannya

Es Krim Terbaru Cornetto Unicornetto Berikan Sensasi Magic Dalam Rasa Dan Kemasannya

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 319 hits
Sekarang PDKT nggak perlu lebay kasih dia UniCornetto aja dijamin bikin dia bilang I like you too
Harga Xiaomi Redmi 6 Pro Terbaru Oktober 2018

Harga Xiaomi Redmi 6 Pro Terbaru Oktober 2018

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 548 hits
Pada penasaran dengan harga Xiaomi Redmi 6 Pro terbaru ini kan Wajarlah Anda tidak sendiri Banyak yang ingin menggunakan Redmi 6 Pro sebagai smartphone harian yang handal dan nyaman digunakan Banyak banget kelebihan Xiaomi Redmi 6 Pro ini Y...
Todak Brand Brand Terbaru Dari Malaysia

Todak Brand Brand Terbaru Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 1312 hits
TODAK Pasti korang x pernah dengar atau tengok brand TODAK sebelum nie kan sebenarnya pengasas TODAK nie orang Malaysia dan dia juga seorang usahawan yang berjaya dia jadikan TODAK CULTURE nie sebagai hobi dan kejar impian dia Power ke TODA...
Flags Terbaru Chrome Os Mengaktifkan Google Assistant Kepada Semua Chromebook

Flags Terbaru Chrome Os Mengaktifkan Google Assistant Kepada Semua Chromebook

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 273 hits
Google Assistant pada Chrome OS mula diperkenalkan pada Chromebook Pixelbook tahun lepas Sehingga kini ia adalah eksklusif buat Pixelbook sahaja Kini pada Chrome OS Canary terbaru flags baru boleh mengaktifkan Google Assistant buat semua Ch...
Irisa Cosmetics Fenomena Terbaru Produk Berasaskan Tumbuhan Dan Bahan Semulajadi

Irisa Cosmetics Fenomena Terbaru Produk Berasaskan Tumbuhan Dan Bahan Semulajadi

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 567 hits
IRISA COSMETICS FENOMENA TERBARU PRODUKBERASASKAN TUMBUHAN DAN BAHAN SEMULAJADIPada hujung minggu yang lalu AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke majlis Pelancaran bagi memperkenalkan jenama Irisa Cosmetics bertempat di Black Box Publika ...
Mencari Qiblat Drama Terbaru Slot Zehra

Mencari Qiblat Drama Terbaru Slot Zehra

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 729 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Drama terbaru arahan Rashid Sibir bertajuk Mencari Qiblat bakal mengisi slot Zehra di TV3 Ditunjangi oleh Aeril Zafrel Drama ini mengetengahkan penceritaan berbeza dalam setiap episod Menggantikan drama A...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game