Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook


Bagaimana kalau saya kata, terdapat teknik yang tidak begitu rumit, dan hampir semua orang boleh praktikkannya, jika mereka benar-benar serius nak hasilkan posting yang efektif dan pada masa yang sama, boleh tingkatkan jualan di platform Facebook.
 
Kalau anda memiliki akaun Facebook, saya pasti anda biasa hasilkan posting di platform tersebut.
 
Persoalannya,

Adakah posting yang anda hasilkan mampu untuk membuatkan pengguna lain tertarik untuk like, komen atau pun share?
Adakah posting anda berupaya membuatkan pengguna lain berminat untuk membeli barangan yang anda kongsikan?
Atau sekurang-kurangnya, pengguna lain berminat untuk baca post anda dari mula sampai habis.
 
Keyakinan saya, ini semua bukannya sesuatu yang mustahil.
 
Semua orang boleh lakukannya.
Dengan syarat, kalau dia memang tak pandai sebelum ini, dia ada keinginan nak belajar dan cuba praktikkan.
 
Ada ramai orang yang cuba menulis posting yang boleh hasilkan jualan di Facebook.
Tetapi ramai yang tersilap teknik yang akhirnya menyebabkan post mereka tenggelam tanpa sebarang interaksi.

 
Saya juga tak terkecuali.
Of course, saya pun banyak buat silap.
 
Tapi dari banyak kesilapan yang saya lakukan, ada beberapa perkara yang dapat saya pelajari.
Kali ini saya nak kongsikan beberapa kaedah yang kita semua boleh praktikkan untuk menulis posting berbentuk jualan yang lebih baik di Facebook.

1. Fahami Algoritma Facebook Sebelum mula menulis, kita kena faham dulu bagaimana Facebook ‘memilih’ post yang akan ditunjukkan kepada lebih ramai orang.
Atau dalam erti kata lainnya, bagaimana Facebook menentukan post yang akan viral?
 
Kita sentuh mengenai topik algoritma Facebook terlebih dahulu.
 
Algoritma Facebook berfungsi untuk memastikan pengguna melihat kandungan yang paling relevan dan menarik bagi mereka.
 
Ia tidak memaparkan semua post yang wujud kepada semua orang, sebabnya ada terlalu banyak kandungan dihasilkan setiap hari di platform ini.
 
Lagipun, dalam banyak-banyak post yang pernah dihasilkan, bukan semuanya menarik.
 
Ada yang terlalu pendek, kurang relevan, spam, berbentuk iklan, posting yang berulang (copy paste), menggunakan ayat dan bahasa yang kita tak faham dan sebagainya.
 
Kalau Facebook tunjukkan semua post yang ada, termasuk yang tak relevan dengan profil seseorang, pasti ini akan buatkan penggunanya merasakan platform ini tidak begitu berguna untuk diri mereka.
 
Algorithma Facebook ini akan memastikan, hanya posting yang betul-betul relevan dan dari jenis yang kita minat sahaja yang akan muncul dalam newsfeed kita.
 
Selain itu, Algoritma Facebook lebih menyukai post yang:
i. Mempunyai banyak interaksi (like, komen, share).
ii. Menggunakan gaya penulisan yang menarik dan tidak terlalu ‘hard sell’.
iii. Mendapat respon awal dalam beberapa minit pertama selepas dipost.
 
Jadi, kalau post anda tidak mendapat perhatian dalam tempoh awal, besar kemungkinan ia akan terkubur begitu sahaja.
 
Kalau anda juga seperti saya, anda mungkin akan tertanya-tanya, kenapa algorithma Facebook berfungsi seperti itu?
Kenapa ia seperti mengamalkan sikap pilih kasih dalam kalangan penggunanya.
 
Kalau posting dibuat oleh individu yang berpengaruh dan terkenal, cepat je posting tersebut jadi viral.
Tapi kalau posting dihasilkan oleh individu yang tak berapa dikenali, ianya senyap sunyi.

Bagaimana kalau saya katakan, ia sebenarnya tak ada kaitan sama ada individu tersebut seorang yang terkenal ataupun tidak.
Tapi lebih kepada faktor kualiti posting yang kita hasilkan.
 
Memandangkan populariti di media sosial ini bukannya sesuatu yang kita boleh perolehi dalam masa yang singkat, jadi kita tak akan fokus kepada untuk mendapatkan populariti.
 
Sebaliknya, kita akan lebih fokus kepada usaha untuk menghasilkan kandungan yang lebih berkualiti.
 
Kita akan cuba buatkan platform Facebook menyukai akaun kita, dengan cara kita hasilkan kandungan yang berkualiti.
 
Berikut adalah beberapa sebab mengapa algoritma Facebook berfungsi seperti yang dinyatakan:
a. Kualiti Kandungan Diutamakan
Facebook lebih suka kandungan yang berbentuk perbualan dan interaktif berbanding post yang terlalu menjual atau ‘hard sell’.
 
Lazimnya, posting yang berbentuk perbualan, lebih cenderung untuk menarik pengguna lain berinteraksi dengan post tersebut.
 
Bila kita baca posting seperti itu, kita juga akan terasa ianya lebih natural dan bukannya seperti iklan semata-mata.
 
Dalam keadaan ini, kita akan cuba hasilkan posting iklan, yang tak nampak macam iklan.
 
b. Engagement Menunjukkan Relevansi
Facebook mengutamakan post yang menerima banyak interaksi (like, komen, share) kerana ini menandakan post tersebut menarik dan berguna kepada orang lain.
 
Jika post anda mendapat banyak reaksi dalam tempoh awal selepas dipost, Facebook akan menunjukkan post yang sama kepada lebih ramai orang.
 
c. Respon Awal Mempengaruhi Jangkauan
Kalau dalam beberapa minit pertama post anda mendapat banyak komen dan like, algoritma Facebook akan melihatnya sebagai kandungan yang menarik dan berbaloi untuk ditunjukkan kepada lebih ramai pengguna.
 
d. Konsistensi dan Aktiviti Akaun
Pada masa yang sama, anda juga perlu rajin berinteraksi dengan posting orang lain.
 
Interaksi yang dimaksudkan disini adalah seperti membalas komen, hasilkan posting secara konsisten, like dan share posting orang lain.
 
Aktiviti yang anda tunjukkan itu tadi memberi gambaran bahawa anda seorang yang ingin bersosial, dan bukan semata-mata nak beriklan sahaja.
 
Facebook akan lebih cenderung untuk memberi keutamaan kepada post anda dalam News Feed pengguna lain.
 
e. Elakkan Kandungan yang ‘Spammy’
Post yang terlalu banyak menggunakan ayat menjual tanpa engagement atau yang kelihatan seperti spam (terlalu banyak link, ayat ‘Beli sekarang!’ berulang kali) sering dikurangkan jangkauannya oleh algoritma.
 
Kewujudan link dalam posting akan dikurangkan reach mungkin sebab Facebook tak berapa suka kalau penggunanya keluar dari platform FB.
 
Itu serba sedikit yang anda perlu tahu mengenai algoritma Facebook.
Dengan memahami cara algoritma ini bekerja, anda boleh mengoptimumkan post jualan anda supaya mendapat lebih banyak perhatian.
 
2. Strategi Menulis Headline Yang Menarik & Berkesan Kita terus kepada topik yang kita nak bincangkan.
 
Selepas kita faham bagaimana algoritma Facebook berfungsi, kita akan terus kepada topik bagaimana hasilkan teks iklan yang berkualiti.
 
Tahukah anda, apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh pengguna FB?
Jawapannya ialah, ayat headline.
 
Headline adalah perkara pertama yang dibaca oleh audiens anda.
Kata lain bagi headline, adalah tajuk posting anda.
 
Ini bermakna, headline yang anda gunakan akan menentukan sama ada orang akan membaca post anda atau hanya akan scroll dan berlalu pergi.
 
Sudah tentu, kita mahukan audiens kita baca posting kita, dari mula sampai habis.
 
Berikut adalah 7 teknik menulis headline yang boleh menarik perhatian pembaca:
a) Gunakan Nombor & Data
Berikut adalah contoh headline yang menggunakan nombor.
 
“7 Cara Mudah Tambah Jualan di Facebook Tanpa Kos Iklan!”
“Rahsia 3 Usahawan Kecil Gandakan Pendapatan Dalam Sebulan!”
“Saya hasilkan RM3,125 dalam masa 7 hari sahaja!”
 
Nombor memberikan struktur dan menarik perhatian kerana ia menjanjikan maklumat yang mudah dicerna.
 
b) Bangkitkan Rasa Ingin Tahu
Ini antara contoh ayat yang boleh buatkan orang rasa nak tahu lebih lanjut.
 
“Kenapa Ramai Orang Gagal Menjual di Facebook?”
Jawapan Ini Mungkin Mengejutkan Anda!”
 
“Strategi Ini Buat Jualan Saya Naik 300%!”
Tapi Ramai Yang Tak Gunakannya!
 
Apabila kita berjaya membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan pembaca, kebiasaannya mereka akan lebih cenderung untuk klik dan baca posting kita.
 
Kalau mereka baca posting kita dari mula sampai habis, itu satu bonus buat kita!
 
c) Tawaran Penyelesaian Masalah
Headline jenis ini, kita akan kenalpasti apakah masalah spesifik yang kita ingin berikan penyelesaiannya.
 
“Penat Buat Post Tapi Tak Ada Orang Beli? Ini Solusinya!”
“Cara Paling Mudah Untuk Tarik Pelanggan Tanpa Perlu PM Satu-Satu!”
 
Siapa yang akan tertarik dengan headline jenis ini?
Jawapannya mudah sahaja.
 
Sudah tentu orang yang ada masalah yang SAMA seperti yang kita sebutkan dalam headline kita.
 
Orang yang ada masalah yang sama, pasti akan suka baca sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah mereka.
 
Katakanlah anda menjual ubat resdung.
 
Ubat resdung ini menyelesaikan masalah seperti
1. Kerap bersin ketika sejuk dan diwaktu pagi
2. Hidung dan muka selalu rasa gatal
3. Allergi kepada makanan tertentu
4. Kulit tumbuh jerawat
5. Nafas berbau busuk
 
Pelanggan bukan sekadar membeli produk, sebaliknya mereka membeli penyelesaian bagi masalah yang mereka sedang hadapi!
 
d) Gunakan Kata-Kata Beremosi
“Rugi Besar Kalau Anda Tak Cuba Teknik Ini Untuk Dapatkan Jualan!”
“Berhenti Buat Kesilapan Ini Kalau Tak Nak Bisnes Anda Gagal!”
 
Apakah emosi manusia yang anda familiar?
Saya pasti ada beberapa yang anda boleh gunakan, antaranya adalah rasa takut, teruja, atau bimbang.
 
Kesemua jenis emosi yang berbeza ini, boleh mendorong pembaca untuk bertindak.
 
Pelanggan bukan sekadar membeli produk, sebaliknya mereka membeli PERASAAN yang ingin dirasai selepas mendapatkan produk tersebut.
 
e) Buat Janji atau Jaminan
“Cara Tambah Jualan Dalam Masa 7 Hari Tanpa Keluar Modal!”
“Jaminan Wang Dikembalikan Jika Tidak Berkesan!”
 
Kadang-kadang audiens kita memang sudah berminat untuk beli produk yang kita promosikan.
 
Walaubagaimanapun, mereka ini mungkin masih belum betul-betul yakin untuk bertindak.
Sebab jauh disudut hati, mereka ini mempunyai rasa ragu.
Janji yang jelas buat orang rasa lebih yakin untuk bertindak.
 
Sudah tentu, jika anda ingin menggunakan teknik ini, jangan pula anda berikan janji-janji manismu.
Pastikan anda janjikan sesuatu yang memang anda mampu tunaikan.
 
f) Gunakan Testimoni atau Kejayaan Orang Lain
“Saya Hanya Gunakan Teknik Ini & Jualan Saya Melonjak 5 Kali Ganda!”
“Dari 0 Ke RM10,000 Sebulan – Bagaimana Saya Lakukannya?”
 
Seterusnya, disusuli dengan ayat seperti “…lihat buktinya dibawah.”
 
Manusia lebih percaya sesuatu yang sudah terbukti berjaya.
 
g) Gunakan Urgency dan FOMO (Fear of Missing Out)
“Hanya 24 Jam Sahaja! Harga RM50 Akan Naik Esok!”
“Peluang Terakhir Untuk Dapatkan Produk Ini Sebelum Stok Habis!”
 
Orang lebih terdorong untuk bertindak segera bila rasa mereka akan terlepas sesuatu.
Headline dari jenis ini, lebih menjurus kepada teknik hardselling.
 
Pastikan anda gunakan teknik sama ada softselling ataupun hardselling dalam situasi yang sesuai.
 
Headline yang kita bakal gunakan, ianya wajib POWER.
Walaupun isi kandungan seterusnya mungkin biasa-biasa sahaja.
 
Teruskan pembacaan, sebab kita akan bincang mengenai cara menulis isi kandungan yang bagus.
Menulis isi kandungan yang bagus adalah termasuk dalam bab copywriting.
 
3. Teknik Copywriting Yang Berkesan Headline adalah ayat pertama yang pengguna akan baca.
Seterusnya, kita akan sambung dengan menulis isi kandungan penuh bagi posting kita.
 
Untuk menulis post jualan yang menarik di Facebook, kita memang tak boleh lari daripada perbincangan mengenai teknik copywriting.
 
Jangan takut.
Copywriting untuk buat posting di Facebook bukannya susah sangat.

Ada beberapa teknik yang anda boleh cuba.
 
a) Teknik Storytelling
Pengguna Facebook lebih suka mengikuti posting dalam bentuk bercerita, bukan iklan!
 
Ya, anda tak salah baca.
Dekat media sosial, orang lebih suka membaca cerita berbanding iklan.
 
Bandingkan dua jenis posting dibawah.
 
Posting 1
“Dapatkan produk X sekarang! Harga promosi hanya RM50!”
 
Posting 2
“Dulu saya selalu rasa tak yakin bila keluar rumah sebab kulit kusam. Lepas cuba produk X, kulit makin berseri, dan keyakinan pun meningkat!”
 
Kita andaikan yang anda juga mungkin mempunyai masalah yang lebih kurang sama.
Kalau buat perbandingan, posting yang mana satu yang anda rasa lebih menarik pada anda.
 
Posting yang menggunakan pendekatan nak bercerita ini, selalunya kita akan mulakan dengan ayat-ayat seperti
“Pada satu hari …”
“Semalam berlaku sesuatu yang diluar jangkaan …”
“Saya baru teringat …”
“Ada benda pelik berlaku kat saya semalam…”
 
Teruskan bercerita.
Cerita macam anda sedang berbual dengan kawan baik anda.
 
Jangan gunakan ayat baku.
Jangan guna perkataan buku teks.
Sebaliknya gunakan ayat-ayat yang biasa anda tuturkan dalam perbualan harian.
 
b) Teknik Urgency
Wujudkan Rasa Mendesak.
 
Kita perlu tahu satu perkara.
Pengguna mengakses platform media sosial bukannya sebab mereka nak membeli sesuatu.
 
Kalau betul mereka berniat untuk shopping barang, mereka bukannya melayari platform media sosial, sebaliknya mereka akan mengakses portal shopping online atau e-commerce, sama ada Shopee, Lazada, PG Mall ataupun mungkin Tiktok Shop.
 
Kalau orang rasa seperti tak ada keperluan untuk beli sekarang, mereka akan berlengah.
Contoh:
“Produk ini sesuai untuk semua orang. Nak beli, belilah.”
Ayat seperti diatas, walaupun maksud dan penggunaannya betul, namun ia tidak mempunyai elemen yang dapat membuatkan orang rasa didesak untuk bertindak sekarang juga.
 
“Stok semakin berkurang! Tawaran ini hanya sah sehingga tengah malam ini sahaja!”
Ayat diatas ini pula, ada dua perkara yang memberi desakan kepada bakal pembeli.
 
Pertama, stok yang makin susut.
Kedua, harga atau promosi yang ditawarkan hanya sah untuk hari itu sahaja.
 
Bila ada elemen urgency, orang akan lebih terdorong untuk bertindak segera.
Tapi teknik ini perlu digunakan dengan berhati-hati.
 
Pastikan, bila anda kata
i. Tawaran ini adalah terhad
ii. Produk anda jual semakin kehabisan stok
iii. Tawaran ini tak akan diulang lagi sampai bila-bila
 
… anda memang betul-betul maksudkannya.
 
Jangan jadi macam sesetengah penjual di Facebook, atau di lain-lain platform media sosial, yang cakap tak serupa bikin.
 
Dalam posting yang dia buat, dia kata hari ini adalah hari terakhir untuk dapatkan produk yang dia jual dengan harga diskaun 50% dan hari ini adalah hari terakhir.
 
Tapi masalahnya ialah, setiap hari dia cakap benda yang sama.
Ini menjadikan, apa yang dia kata dalam posting, langsung tak boleh dipercayai.
 
Jadi selepas ini, kalau nampak posting dia yang kata, hari ni hari terakhir untuk dapatkan produk dia, pengguna boleh abaikan sahaja.
Tak perlu risau.
Esok-esok pun masih boleh dapatkan lagi.
(silap-silap kalau beli esok boleh dapat harga lagi murah)
 
Ini bermakna dia sendiri yang menggagalkan teknik urgency yang dia gunakan.
 
c) Social Proof – Buktikan Keberkesanan Produk
Masukkan testimoni pelanggan atau bukti kejayaan produk, bagi menambahkan keyakinan prospek.
 
Contoh:
Gambar sebelum dan selepas.
Screenshot pelanggan yang berpuas hati.
Jumlah unit yang telah terjual.
 
Manusia cenderung untuk mempercayai sesuatu jika orang lain sudah mencubanya!
 
Walaubagaimanapun, pendekatan ini tak sesuai digunakan terutama sekali untuk produk yang baru yang belum kita tahu keberkesanannya.
 
Tapi kalau kita juga adalah pengguna, kita boleh tulis berdasarkan kepada pengalaman peribadi.
 
d) Pain & Pleasure – Ketengahkan Masalah & Penyelesaian
Orang membeli sesuatu kerana mereka mahu menyelesaikan masalah atau mencapai sesuatu yang mereka idamkan.
 
Contoh:
“Anda dah penat cuba pelbagai cara untuk turunkan berat badan tapi masih gagal? Dengan program kami, anda boleh kurus tanpa perlu berlapar!”
 
Setelah anda berjaya tarik perhatian audiens anda dengan mengetengahkan rasa penat yang dia pernah lalui kerana mencuba pelbagai cara yang kurang berkesan, kini anda perlu ceritakan bagaimana kaedah yang anda ingin cadangkan ini lebih baik untuk golongan yang anda sasarkan.
 
e) Call-To-Action (CTA) Yang Jelas
Jangan biarkan pembaca tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan selepas membaca post anda.
 
Kalau posting anda tiada sebarang CTA, biasanya pembaca hanya akan baca dan kemudian akan berlalu pergi.
 
Tapi kalau kita ada letakkan CTA yang tidak begitu sukar atau berat untuk dilakukan, misalnya
“Komen ‘Saya Nak’ untuk info lanjut!”
“Klik link di bio untuk tempahan!”
 
Besar kemungkinan mereka tak akan berbelah bahagi untuk komen.
 
3. Kesilapan Yang Wajib Dielakkan Seterusnya kita nak sentuh sedikit mengenai topik kesilapan yang biasa dilakukan oleh mereka yang ingin menulis posting yang berpotensi untuk menghasilkan jualan.
 
Kalau tadi kita cerita mengenai perkara dalam kategori “apa yang kita patut buat“.
Kali ini kita nak cakap mengenai perkara dalam kategori “apa yang kita patut elakkan.”
 
Rugilah, kalau kita dah ikuti semua tips dan teknik, tapi pada masa yang sama, kita masih ulang dan ulang kesilapan lama.
 
Jangan salahkan tips atau teknik yang dikongsikan kononnya tak berguna.
Tapi perbetulkan juga kesilapan yang sering dilakukan.
 
Ramai orang buat kesilapan ini tanpa sedar.
Ini antaranya yang anda perlu elakkan untuk buat dimasa akan datang.
 
a) Buat post Terlalu panjang tanpa struktur
Orang malas nak baca.
Mereka akan scroll laju-laju jika post anda nampak ‘berat’ untuk dibaca.
Gunakan perenggan pendek dan bullet points.
 
b) Hard sell tanpa emosi
Ayat seperti “Beli sekarang!” tanpa sebarang elemen emosi atau cerita akan buat orang tidak peduli.
 
c) Tak ada CTA (Call-To-Action)
Pastikan ada arahan jelas, seperti “Komen ‘Saya Nak’ untuk info lanjut” atau “Klik link di bio untuk tempahan.”
 
Kalau anda mahukan respon yang lebih baik, cuba praktikkan penggunaan CTA yang tidak terlalu menakutkan atau seolah-olah meletakkan suatu komitmen kepada audiens untuk membeli produk.
 
CTA yang tidak begitu menakutkan adalah seperti mengajak audiens untuk tinggalkan komen, melayari laman web, follow akaun FB dan sebagainya.
 
Tanyakan pada diri anda, anda nak prospek anda buat apa selepas dah baca iklan anda?
Tolong jangan jawab, “saya nak prospek terus beli” sebab ini memang jarang-jarang terjadi.
 
Produk yang berbeza mungkin memerlukan anda meletakkan ayat call to action yang berbeza juga. Kat bawah ini pula adalah antara ayat call to action yang mungkin anda boleh sesuaikan dengan perniagaan anda.
1. Tekan klik pada link berikut untuk muat turun panduan.
2. SMS “saya mahu” ke 012 345 6789
3. Hubungi talian bebas tol di 1-800-88-xxxx
4. Hantarkan emel anda ke alamat sabreehussin@gmail.com
5. Masukkan nama dan alamat emel pada borang pendaftaran dibawah
6. Sila like FB kami
7. Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut
8. Sila isikan borang survey dibawah untuk menebus baucer tunai anda
 
d) Gambar kurang menarik
Gunakan gambar berkualiti tinggi yang relevan dengan produk supaya lebih menarik perhatian.
 
Anda boleh gunakan gambar yang anda ambil sendiri ataupun sebagai alternatif boleh gunakan gambar-gambar dari laman web stock photo.
 
Antaranya yang boleh digunakan adalah dari
i. Pexels
(https://www.pexels.com/)
 
ii. Pixabay
(https://pixabay.com/)
 
e) Terlalu banyak emoji atau huruf besar
Penggunaan emoji yang berlebihan boleh membuatkan post nampak tidak profesional dan sukar dibaca.
 
Nampak macam budak-budak yang buat posting itu.
Sesetengah orang rasa kurang selesa membaca posting yang ada terlalu banyak emoji.
 
Posting yang terlalu banyak huruf besar juga agak menyakitkan mata.
Kalau posting YaNg DiSeLaNg-SeLiKaN dengan huruf besar juga mengganggu pembacaan.
 
f) Post tidak relevan dengan audiens
Kenali siapa yang anda target dan gunakan bahasa serta gaya penyampaian yang sesuai dengan mereka.
 
4. Apa Masalah Jika Anda Tidak Menulis Ayat Iklan Dengan Betul? Saya berpandangan, setiap penulisan yang kita hasilkan, tujuannya adalah untuk menjual.
 
Cuma yang menjadi perbezaan adalah, adakah anda sedang melakukan soft selling ataupun hard selling?
Baca juga: Hard Sell atau Soft Sell – Nak guna yang mana?

Pada masa yang sama, menulis posting di Facebook juga dapat mempengaruhi jenama dan kepercayaan pelanggan terhadap anda.
 
Jika anda masih menggunakan teknik yang salah, atau menghasilkan posting tanpa ada perancangan yang jelas, ini masalah besar yang bakal anda hadapi.
 
a) Jualan Tidak Meningkat
Walaupun anda mempunyai produk yang hebat, jika ayat iklan anda tidak menarik, pelanggan tidak akan ambil peduli.
 
Kebanyakkan produk yang dijual diluar sana, pasti ada alternatif bagi jenama atau produk itu sendiri.
 
Sebagai contoh, Mi segera Maggi ada jenama alternatif seperti Mamee, Gardenia dan sebagainya.
Kamera Nikon ada Sony, Canon, dan banyak lagi.
 
Sampai bila anda akan biarkan diri anda terlepas untuk buat jualan?
 
b) Iklan Tenggelam Dalam Algoritma
Post yang tidak mendapat interaksi awal akan kurang ditunjukkan kepada orang lain, menyebabkan usaha dan penat lelah anda sia-sia.
 
Sebaik-baiknya, kita serlahkan sisi kemanusiaan dalam setiap posting yang kita hasilkan, supaya audiens boleh kenal kita dengan lebih baik.
 
c) Pelanggan Hilang Kepercayaan
Ayat iklan yang terlalu mendesak atau berlebihan boleh membuatkan orang skeptikal dan kurang percaya dengan jenama anda.
 
Anda akan nampak seperti seseorang yang terdesak untuk buat jualan.
Matlamat anda kelihatan hanya tentang untuk buat untung semata-mata.
 
Sedangkan anda patut dilihat sebagai seseorang yang benar-benar serius nak selesaikan masalah pelanggan anda, atau sebagai seseorang yang benar-benar ingin memastikan pelanggan berasa gembira melalui produk yang anda jual.
 
d) Pembaziran Masa & Usaha
Jika anda asyik menulis post yang tidak efektif, anda hanya membuang masa dan tenaga tanpa sebarang pulangan.
 
Bayangkan, kalau satu posting pun anda perlukan satu jam untuk siapkan.
Kalau selama ini anda telahpun hasilkan 50 posting?
Bermakna 50 jam telah digunakan.
 
50 jam tanpa ada satu hasil.
Ini satu pembaziran.
 
e) Kos pengiklanan meningkat
Jika anda menggunakan kaedah iklan berbayar, iaitu FB Ads, anda akan dapati perkara-perkara berikut berlaku kepada anda.
i. Kos iklan di Facebook terlalu MAHAL
Makin lama iklan makin mahal. Anda akan terus dikenakan caj pengiklanan tanpa ada sebarang pulangan.
 
ii. Iklan tak convert kepada SALES
Kos iklan yang mahal tidak menjadi isu besar, asalkan iklan tersebut boleh convert kepada sales. Tapi kalau bayar iklan mahal-mahal tapi langsung tak ada jualan, ia akan jadi masalah yang besar.
 
iii. Likes bertambah tetapi sales tak bertambah
Memang seronok bila kita lihat ada posting kita yang terus meningkat dari segi like. Sekali lagi, likes yang banyak tidak berguna, kalau tiada jualan terhasil.
 
iv. Bila stop iklan, sales pun terus stop
Maksudnya kat sini, kita dah terlalu bergantung kepada iklan berbayar.
 
v. Untung jualan tak dapat nak cover kos iklan
Ini bermakna, kita rugi.
 
5. Uji, Baiki, & Konsisten Hakikatnya, bukan semua posting yang kita hasilkan akan menjadi viral.
Posting yang kita buat dengan bersungguh-sungguh juga tiada jaminan ianya akan disukai oleh semua.
 
Kadang-kadang mood audiens kita juga berubah-ubah. Banyak faktor yang akan mempengaruhi.
 
Bukan semua post akan menjadi viral serta-merta.
Uji gaya penulisan berbeza dan lihat yang mana paling berkesan.
Kita sendiri perlu pantau, adakah posting dengan gaya berbual yang dimuatkan dengan dialog lebih disukai?
Atau posting dalam bentuk penceritaan (story telling) yang lebih diterima orang ramai.
 
Atau boleh jadi juga bukannya semata-mata tentang gaya penulisan, tapi boleh jadi juga yang menjadi isu sebenarnya adalah disebabkan oleh topik yang dipilih itu tidak relevan dengan audiens yang kita cuba sasarkan.
 
Gunakan analitik Facebook untuk kenal pasti post yang mendapat engagement tinggi.
Belajar untuk baca graf dan data-data yang disediakan oleh Facebook.
 
Konsisten dalam menghasilkan content berkualiti.
Satu lagi tips yang tak kurang pentingnya ialah, teruskan konsisten menghasilkan konten yang berkualiti tingi.
 
Ya, walaupun posting anda kelihatannya tidak mendapat perhatian pada peringkat permulaan.
 
Kita ubah sedikit mindset.
Mungkin hari ini orang tak baca posting kita.
 
Tapi percayalah, satu masa nanti orang akan baca posting kita apabila kita sudah semakin mahir hasilkan posting yang bagus.
 
Kesimpulan Menulis post jualan yang berkesan di Facebook bukanlah tentang menjual semata-mata, tetapi ia juga berkaitan dengan cara kita menyampaikan mesej dengan cara yang menarik dan meyakinkan.
 
Gunakan teknik storytelling.
Masukkan unsur urgency dalam posting.
Tunjukkan wujudnya social proof bagi meningkatkan kepercayaan audiens.
Pada masa sama, kita elakkan kesilapan biasa yang menyekat prestasi posting kita dari terus berkembang.
… dan yang tak kurang pentingnya ialah, fahami bagaimana algoritma Facebook berfungsi.
 
Sekarang, giliran anda!
 
Cuba praktikkan teknik ini dalam post anda yang seterusnya dan lihat hasilnya.
 
Oh ya, jika anda ada teknik lain yang lebih berkesan, apa kata anda kongsikan di ruangan komen!
 
Manalah tahu, daripada perkongsian yang anda hasilkan itu nanti, ada seseorang yang berjaya mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik di masa akan datang.
 
Setidak-tidaknya, saya juga boleh belajar sesuatu dari anda.
 
Kalau anda minat nak luaskan bacaan dalam topik storytelling, boleh baca buku dibawah ini.

Buku ini boleh diperolehi menerusi pautan ini.
 
 
The post Teknik SIMPLE Tulis Iklan & Tingkatkan Jualan di Facebook? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/teknik-tulis-iklan-tingkatkan-jualan-di-facebook/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gatti Sports Jualan Raya South City Plaza Menang Duit Raya

Gatti Sports Jualan Raya South City Plaza Menang Duit Raya

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 110 hits
Gatti Sports JUALAN RAYA SOUTH CITY PLAZA MENANG DUIT RAYA Harga serendah RM9 Diskaun hingga 70 Mencari baju dan kasut Raya Jom singgah ke Jualan Gudang di Gatti Sports Sebagai pengedar sah di Malaysia kami menjanjikan produk 100 Original d...
Russia Beli Kilang Renault Dengan Harga 1 Sen Harga Jualan Ditetapkan Terbaru Sekitar Usd1 3b

Russia Beli Kilang Renault Dengan Harga 1 Sen Harga Jualan Ditetapkan Terbaru Sekitar Usd1 3b

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 97 hits
MekanikaMuhammad Husaini MukhtarSituasi perang antara Russia dan Ukraine belum menampakkan tanda perdamaian Tapi jika ia berlaku rasanya tidak mustahil banyak syarikat syarikat ternama dari Barat akan kembali ke Russia Namun kosnya bukan mu...
Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 106 hits
Jika anda sedang mencari kaedah pengiklanan yang low pressure tapi berimpak tinggi advertorial mungkin jawapannya Saya sendiri pernah rasa skeptikal dengan kaedah pengiklanan ini Tulis artikel biasa pun boleh dapat jualan Biar betul Sehingg...
Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 147 hits
Menjelang musim perayaan Lazada kembali dengan menawarkan potongan harga luar biasa sehingga 90 untuk pelbagai kategori produk Dari fesyen kecantikkan elektronik hingga peralatan rumah inilah peluang terbaik untuk anda berbelanja dengan leb...
Jualan Rahmah Ramadan Ternyata Bantu Ringankan Beban Rakyat

Jualan Rahmah Ramadan Ternyata Bantu Ringankan Beban Rakyat

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 88 hits
Orang ramai berpusu pusu mengunjungi Jualan Rahmah yang ternyata membantu meringankan beban umat Islam membuat persediaan menyambut Ramadan KUALA LUMPUR 2 Mar Program Jualan Rahmah yang berlangsung menjelang Ramadan pada Sabtu ternyata memb...
New Tutorial Lengkap 6 Cara Buat Duit Usd Melalui Facebook

New Tutorial Lengkap 6 Cara Buat Duit Usd Melalui Facebook

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 94 hits
Tutorial Lengkap Cara Buat Duit USD Melalui Facebook Ramai sebenarnya yang belum tahu ada USD melalui facebook dan langsung tidak melibatkan anda perlu menjual Ya tanpa menjual tetapi anda mendapat gaji setiap bulan menarik bukan Sebelum pe...
Tue Makan Dia Page Alvin Tan Akhirnya Dibuang Facebook

Tue Makan Dia Page Alvin Tan Akhirnya Dibuang Facebook

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 71 hits
Facebook akhirnya telah membuang page Alvin Tan sehari selepas dia memuat naik beberapa gambar yang menghina Islam Alvin Tan yang kini berada di Amerika Syarikat mengesahkan perkara itu di profil facebooknya Page Facebook saya telah disekat...
Hanya 1 Salinan Terjual Sehari Ramai Terkejut Lihat Jualan Album Solo Lisa Di Korea

Hanya 1 Salinan Terjual Sehari Ramai Terkejut Lihat Jualan Album Solo Lisa Di Korea

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 75 hits
Kemunculan Lisa sebagai penyanyi solo pastinya mengujakan ramai peminat kan Artikel Berkaitan Pada 28 Februari yang lalu Lisa telah mengeluarkan album penuh pertamanya Alter Ego dengan 15 lagu baru secara keseluruhan Namun menurut data Cart...
Meski Jualan Rendah Song Jihyo Muat Naik Foto Sibuk Ukur Bra Bagi Bukti Kesungguhan

Meski Jualan Rendah Song Jihyo Muat Naik Foto Sibuk Ukur Bra Bagi Bukti Kesungguhan

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 110 hits
Bukan senang apabila seorang pelakon tiba tiba membuat keputusan untuk melompat memasuki dunia perniagaan Artikel Berkaitan Semenjak hujung tahun lalu Song Ji hyo mendedahkan bahawa dia kini merupakan CEO untuk jenama pakaian dalam wanita i...
Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Lewat Hari Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dapat Pinjaman Ptptn Tapi Tak Pernah Bayar Balik Travel Ban

Sedap Ke Makan Di Richiamo Coffee

Adakah Teknologi Ai Akan Membunuh Kerjaya Penulis

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Bekas Pegawai Teresa Letak Semua Jawatan Dalam Dap