Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun


Jika anda sedang mencari kaedah pengiklanan yang low pressure tapi berimpak tinggi, advertorial mungkin jawapannya.
 
Saya sendiri pernah rasa skeptikal dengan kaedah pengiklanan ini.
“Tulis artikel biasa pun boleh dapat jualan?”
Biar betul?
 
Sehinggalah saya mencubanya.
Hasilnya?
Game-changer untuk perniagaan!
 
Jualan mula berlaku secara automatik.
Email pemberitahuan, dari pelbagai program affiliate yang saya sertai mula masuk nak bagi tahu yang saya berjaya dapatkan jualan.

Sejak hari itu, saya mula faham, kaedah pengiklanan ini memang berkesan. Walaupun kesannya bukannya serta-merta, tapi apabila ia mula memberikan hasil, ia akan terus bekerja keras dibelakang tabir tanpa perlu adanya penglibatan kita.
 
Mari kita bongkar cara menjana pulangan maksimum dengan kaedah ini, sama ada anda ingin menulis sendiri atau menggunakan khidmat penulis profesional.
 
Mengapa Advertorial Berkesan? Advertorial berperanan untuk membantu pemilik perniagaan memperolehi

1. Lebih banyak publisiti terhadap perniagaannya
Dalam situasi ini, anda sebenarnya sedang “meminjam” ataupun mengeksploitasi masa, tenaga dan skil penulis advertorial untuk mendapatkan publisiti terhadap perniagaan yang anda sedang jalankan. Kita pun tahu, lebih banyak publisiti, lebih tinggi peluang untuk dapatkan lebih banyak pulangan.
 
2. Memberi penerangan dan penjelasan tentang produk atau perkhidmatan yang  anda tawarkan dalam konteks yang baru dan berbeza
Jika selama ini, pelanggan hanya mendengar tentang sesuatu produk dari sumber pemilik produk tersebut, kali ini pelanggan dapat mendengar ulasan dalam konteks yang berbeza menerusi penulis advertorial. Walaupun produk yang sama, dek kerana kaedah penyampaian yang berbeza, ia berpotensi untuk berikan hasil yang berbeza.
 
3. Mendapatkan pelanggan dan prospek yang baru dari sumber yang berbeza
Dari mana anda akan dapat prospek dan pelanggan? Sekurangnya terdapat empat sumber baru iaitu daripada
i. Pembaca, follower dan juga subscriber blog atau laman web advertorial tersebut  disiarkan
ii. Dari laman web carian seperti google, yahoo, Bing dan sebagainya kesan daripada teknik pemasaran SEO (search engine optimization)
iii. Mailing list penulis tersebut
iv. Rakan-rakan FB penulis
 
4. Advertorial ini adalah satu bentuk pengiklanan yang tak nampak macam iklan
Kita membina trust (kepercayaan) dengan bakal pelanggan melalui perkongsian cerita yang autentik, ikhlas, dan bukan sekadar nak buat promosi.
 
Iklan Biasa

“Jom dapatkan sekarang. Ada diskaun sehingga 70%…”
 
Respon pembaca?
Penjual ini mesti tipu. Boleh jadi dia sengaja naikkan harga produk dia tinggi-tinggi, lepas tu baru bagi diskaun. Akhirnya kita pembeli sebenarnya bukannya beli dengan harga diskaun, tapi beli dengan harga asal produk tu.
 
Iklan jenis advertorial
“Saya hampir kehilangan segala-galanya, rumah, kereta dan kebahagian saya, sebelum saya temui solusi ini…”
 
Advertorial dipersembahkan dalam bentuk cerita atau perkongsian pengalaman.
 
Respon pembaca?
Eh situasi dia lebih kurang sama macam yang saya sedang alami sekarang (walaupun mungkin tak seteruk dalam cerita yang dibawakan). Dia nak kongsikan pengalaman, bukannya nak menjual sesuatu, baik saya baca… mungkin ada beberapa perkara yang saya boleh manfaatkan.
 
Kebiasaannya, kalau penulis advertorial berpeluang untuk study produk yang bakal diiklankan, hasilnya adalah lebih baik berbanding advertorial untuk produk yang penulis tu langsung tak pernah ada pengetahuan.
 
Salah satu job yang saya terima adalah dari pengasas Pusat Rawatan Islam Al Qayyum.

 
Apa yang saya tahu tentang servis dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Rawatan Islam?
Tak banyak yang saya tahu.
 
Kalau dari pembacaan di blog-blog, laman web dan video di Youtube, lazimnya pusat rawatan islam merawat penyakit-penyakit yang berpunca daripada gangguan jin dan makhluk halus.
 
Tetapi sebenarnya fungsi Pusat Rawatan Islam bukan itu sahaja. Selain berperanan sebagai “klinik” mereka juga turut mainkan peranan yang tak kurang pentingnya dalam bidang dakwah dan pendidikan.
 
Pesakit yang memerlukan rawatan akibat gangguan, mereka bukan sekadar datang untuk dapatkan ubat. Sebaliknya, mereka juga akan diajar beberapa amalan berbentuk zikir, ayat hafalan surah tertentu untuk dibaca, dan amalan sunah Nabi SAW yang dapat dijadikan pendinding untuk sebarang bentuk gangguan.
 
Memandangkan tak ada cara lain untuk saya dapatkan info lanjut dan lebih mendalam tentang perjalanan dan operasi pusat rawatan, maka saya sendiri datang ke pusat rawatan tersebut dan lalui sendiri pengalaman mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum.
 
Akhirnya, saya hasilkan advertorial melalui pendekatan perkongsian pengalaman.
 
Dalam projek advertorial yang diberikan oleh pemilik Homestay Solehah Dungun pula, saya tak berpeluang untuk lalui sendiri pengalaman untuk menginap disana.

Jadi, cabaran untuk saya menulis tentang homestay mereka adalah lebih besar. Namun, oleh kerana sikap profesional dan kerjasama yang sangat baik dari pemilik homestay ini, memberikan saya maklumat yang LENGKAP, akhirnya dapat juga saya menghasilkan suatu advertorial untuk perniagaan mereka.
 
Pengalaman berurusan dengan pemilik homestay Solehah Dungun inilah yang saya jadikan penanda aras apabila menerima job advertorial dari bakal-bakal pelanggan yang lain. Dari pengalaman ini jugalah, maka tercetus idea untuk saya gunakan borang soal jawab yang perlu dilengkapkan oleh pemilik perniagaan.
 
Sesetengah pemilik perniagaan, ada yang merasakan proses untuk mendapatkan perkhidmatan advertorial ini dari saya agak leceh, sebab perlu isikan borang soal jawab yang ada banyak soalan yang perlu dijawab.
 
Sebenarnya, kalau dalam situasi dimana saya boleh pergi ke tempat klien, mereka tak perlu bersusah payah untuk isikan sebarang borang soal jawab, sebab semuanya saya akan sediakan sendiri.
 
Sekiranya anda ingin dapatkan bantuan saya untuk hasilkan advertorial bagi mempromosikan perniagaan anda, saya juga akan berikan borang soal jawab untuk anda lengkapkan. Melainkan, anda ada masa untuk bertemu saya dan beri penerangan yang lengkap tentang perniagaan anda, maka anda tak perlu susah payah nak isikan borang soal jawab tersebut.
 
Pilih penulis yang “selesa” dengan produk ataupun perkhidmatan yang anda tawarkan.
 
Kebiasaanya penulis yang betul-betul selesa dengan perkhidmatan anda, mereka akan luangkan masa untuk memahami produk, perkhidmatan dan selok-belok perniagaan anda.
 
Mereka ini juga akan hasilkan konten yang lebih baik, kreatif dan kena dengan selera pembaca.
 
Satu lagi yang bagus ialah, penulis seperti ini akan menulis dengan penuh penghayatan bagi menghasilkan konten yang lebih meyakinkan.
 
Advertorial ditulis bukan sekadar untuk mengajak pembaca mencuba sesuatu produk, ataupun sekadar untuk dapatkan maklumat lanjut, tetapi kita mahukan pembaca BELI produk tu SEKARANG juga dan terus jadi pengguna setia.
 
Inilah sebenarnya yang menjadi prinsip ataupun pegangan bagi pengamal kaedah advertorial. Setiap perkataan yang digunakan disusun dengan rapi agar mampu untuk menghasilkan jualan, dan pada masa sama, berupaya untuk menghasilkan jualan ulangan dari pelanggan setia.
 
Formula penulisan Advertorial Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan advertorial.
 
Antaranya yang popular adalah kaedah AIDA dan juga PAS.
 
AIDA merujuk kepada istilah
Attention – Perhatian
Interest – Minat
Desire – Keinginan
Action – Tindakan
 
Manakala PAS pula adalah
Problem – Masalah
Agitate – Membuat audiens teruja
Solve / Solution – Penyelesaian
 
Hasilnya?
Sebuah artikel advertorial yang padat dengan pengisian, yang mempunyai potensi untuk menghasilkan jualan bakal dapat dihasilkan.
 
Artikel advertorial bukanlah artikel review.
Walaupun advertorial itu boleh disediakan menggunakan pendekatan seolah-olah melakukan review, namun matlamatnya bukannya untuk menceritakan situasi sebenar sesuatu produk atau servis.
 
Sebaliknya, advertorial ini akan memilih-milih dan mengetengahkan poin yang betul-betul menarik dan dapat membuatkan bakal pembeli minat untuk jadi pengguna.
 
Lazimnya, advertorial akan mengambil pendekatan berdiam diri, apabila terdapat beberapa poin yang tak begitu baik, dan mungkin akan membuatkan pembaca merasa berbelah bahagi untuk membeli produk tersebut.
 
Kalau dalam konteks artikel review, penulis akan menulis segalanya yang pembeli wajar tahu, sama ada ianya baik ataupun buruk.
 
Sebagai usahawan, anda perlu tahu, apakah yang anda lebih perlukan untuk perniagaan anda.
Adakah anda perlukan review?
Atau sebenarnya anda lebih memerlukan advertorial.
 
ROI yang boleh diukur ROI merujuk kepada istilah Return on Investment.
 
Return on investment adalah ukuran yang digunakan dalam dunia perniagaan bagi mengetahui berapa banyak pulangan yang diperolehi berbanding jumlah pelaburan yang telah dibuat.
 
Bagi golongan usahawan, mengetahui ROI adalah penting kerana ia adalah penanda aras bagi menentukan keberkesanan sesuatu pelaburan atau perbelanjaan yang dilakukan bagi tujuan menjalankan strategi perniagaan tertentu.
 
Kalau dalam konteks perbincangan kita disini, kita ingin mengetahui sama ada perbelanjaan untuk mendapatkan khidmat advertorial adalah satu perbelanjaan yang berbaloi ataupun tidak.
 
Kita andaikan
Kos untuk dapatkan satu artikel advertorial ialah RM100 per artikel.
Keuntungan per unit produk RM25
Pulangan Modal (breakeven)? 
Hanya perlu dapatkan 4 jualan sahaja untuk pulang modal. Kita andaikan jualan tersebut disumbangkan atau berpunca daripada advertorial yang dihasilkan.
Selepas itu, anda akan terus menjana keuntungan selagi mana konten tersebut masih lagi dibaca dan ada yang membeli menerusi konten tersebut.
 
Bagaimana kalau keuntungan produk anda, adalah RM500 per jualan?
Sudah tentu anda mendapat ROI yang berkali ganda.
 
Split testing Setiap advertorial menghasilkan RESULT yang berlainan walaupun untuk produk yang sama
 
Dari pemerhatian saya, hasil akhir dari advertorial, sama ada dapat sales atau pun tidak, ia sangat berkait rapat dengan dua faktor iaitu
1. Konten advertorial
2. Konteks advertorial
 
Konten advertorial itu sendiri perlulah diselaraskan dengan konteks ayat yang sesuai untuk situasi golongan sasaran yang kita mahukan.
 
Sekali lagi suka untuk saya ulang, lagi spesifik golongan sasaran pembaca yang kita mahukan, lagi berkesan suatu artikel advertorial tersebut.
 
Dalam Advertorial juga kita ada konsep split test. Buat pengamal kaedah advertorial, kita tak akan bergantung hanya pada satu Advertorial semata-mata. Adakalanya, kita akan gunakan 2 atau 3 advertorial dan setiap advertorial itu pula kita siarkan pada dua atau tiga laman web yang berbeza.
 
Setiap laman web mempunyai kekuatan dan kelompok pembaca yang tersendiri. Apabila kita siarkan pada laman web yang berbeza, sebenarnya kita sedang mengeksploitasi kekuatan yang terdapat pada setiap laman web berbeza.
 
Cuba gunakan pendekatan yang berbeza untuk artikel advertorial.
 
Sesetengah orang, dia membayangkan satu artikel advertorial sudah cukup. Tapi realitinya, ia tak begitu. Anda perlukan beberapa advertorial, yang ditulis menggunakan pendekatan yang berbeza.
 
Sebagai contoh, advertorial anda dibahagikan kepada tiga pendekatan yang berbeza, iaitu advertorial yang fokus kepada
1. Penyelesaian bagi masalah tertentu
2. Kelebihan menggunakan perkhidmatan atau produk anda, dan juga
3. Testimoni atau feedback dari pelanggan terdahulu
 
Dalam setiap artikel itu juga boleh dimuatkan tawaran bonus terhad dan juga promosi tertentu.
 
Hasilkan artikel Evergreen Artikel evergreen (malar segar) adalah artikel yang kandungannya sentiasa dicari dan diperlukan sepanjang tahun.
 
Artikel yang saya hasilkan berkenaan tentang topik dropshipping pada tahun 2018, masih menyumbangkan jualan kepada saya. Jualan yang disumbangkan itu mungkin tidak terlalu banyak, tapi yang penting… ADA.
 
Rahsianya?
Terdapat sekurang-kurangnya 3 perkara yang saya lakukan.
 
i. Kajian kata kunci Kajian kata kunci ini adalah untuk kerja-kerja Search Engine Optimization atau SEO. Oleh kerana kebanyakkan pelawat saya datangnya dari enjin carian Google, maka saya perlu tahu, apakah senarai kata kunci yang biasa digunakan oleh audiens saya.
 
ii. Pantau statistik Statistik trafik dan juga kata kunci juga kita perlu pantau. Mungkin ada kata kunci tertentu yang menyumbangkan trafik pada posting yang kita hasilkan, nama kata kunci tersebut tidak muncul dalam artikel advertorial.
 
Justeru, apa yang kita perlu lakukan adalah mengemaskini artikel dengan menambahkan perenggan baru yang mengandungi kata kunci tersebut.
 
iii. Kemaskini artikel dengan memasukkan maklumat baru Dari masa ke masa, maklumat baru akan muncul. Jadi setiap kali ada pertambahan maklumat baru, kita akan kemaskini artikel tersebut, supaya kandungannya tetap relevan.
 
Setiap kali kita kemaskini artikel yang lama, ia akan jadi semakin panjang dan padat dengan makluamt baru.
 
Maklumat lama yang sudah tidak relevan, kita boleh keluarkan sebab ia sudah tidak bermanfaat buat pembaca terbaru.
 
Iklan advertorial yang BAGUS akan menghasilkan jualan sepanjang tahun walaupun tak ada sebarang pembaharuan dan penambahbaikkan dibuat.
 
Kita hanya perlu tarik trafik ataupun hanya perlu dapatkan pembaca baru untuk baca artikel advertorial sedia ada.
 
Itu pun dah mencukupi.
 
Gunakan Call To Action yang TIDAK MEMAKSA Call to Action (CTA) ialah ayat atau elemen yang mendorong audiens untuk mengambil tindakan tertentu, seperti membeli produk, mendaftar, klik pautan, atau menghubungi anda.
 
Ia merupakan suatu elemen yang penting dalam pemasaran, jualan, dan kandungan digital untuk menggalakkan audiens mengambil tindakan tertentu.
 
Kalau kita tak masukkan elemen CTA dalam konten kita, besar kemungkinan audiens akan berlalu pergi tanpa melakukan sebarang tindakan. selepas mereka berinteraksi dengan konten kita.
 
Antara CTA yang biasa digunakan adalah seperti
(1) “Dapatkan sekarang sebelum stok habis!”
(2) “Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut!”
(3) “Langgan hari ini dan nikmati diskaun 10%!”
 
Walaubagaimanapun, CTA seperti diatas mungkin membuatkan audiens kita rasa keberatan untuk mengambil tindakan tersebut.
 
Rasionalnya ialah, CTA tersebut cuba mendorong audiens untuk membuat transaksi, dan mereka mungkin masih belum betul-betul bersedia untuk melakukannya.
 
Pada pandangan saya, jika audiens kita sudah sedia untuk membeli, mereka tak perlu didorong dengan CTA, dan mereka akan tetap buat pembelian.
 
Justeru, kita cuba gunakan CTA yang mana pendekatannya tidak begitu memaksa.
 
CTA yang tidak memaksa dan tidak menakutkan audiens selalunya berbentuk ajakan lembut atau cadangan yang memberi kebebasan kepada mereka untuk bertindak.
 
Antara contohnya ialah,
(1) “Jika anda rasa ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan!”
Walaupun audiens kita tidak membuat pembelian, setidak-tidaknya mereka dapat bantu viralkan posting kita.
 
(2)  “Cuba lihat koleksi kami dan pilih yang paling sesuai dengan anda.”
Audiens tidak diajak untuk terus membeli, tetapi dipelawa untuk melihat lain-lain produk. Mana tahu, audiens tadi berkenan untuk beli produk kita yang lebih mahal, atau mungkin mereka beli lebih dari satu produk.
 
(3) “Jika anda masih ragu-ragu, klik sini untuk baca kisah Azlan yang turun 18kg tanpa diet ekstrem.”
Ini sebenarnya adalah ajakan untuk audiens mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk yang kita promosikan.

Apabila CTA yang kita gunakan tidak kelihatan terlalu mendesak untuk membuat jualan, lazimnya audiens kita akan lebih selesa untuk bertindak mengikut CTA yang kita gunakan.
 
Bila masanya perlu guna khidmat profesional? Ada ketikanya, kita memang agak sukar untuk hasilkan sendiri konten advertorial.
 
Pada pandangan saya, ada terdapat sekurang-kurangnya tiga keadaan dimana kita digalakkan untuk mendapatkan khidmat dari penulis berpengalaman.
 
(1) Jika produk terlalu rumit Sekiranya produk yang anda jual, memerlukan penerangan yang agak kompleks, anda mungkin perlukan khidmat dari penulis luar yang ada kepakaran dalam topik atau bidang yang berkaitan.
 
Maklumlah, bukan semua pemilik perniagaan itu benar-benar pakar mengenai bidang yang diceburi.
 
Sebagai usahawan, saya pasti anda memang pakar dalam mengenalpasti permintaan dan bidang apa yang boleh buat duit.
 
Tapi kalau untuk membuat penerangan mengenai produk, dan menghasilkan sebuah advertorial yang lengkap, ia mungkin satu perkara yang agak sukar.
 
(2) Jika anda tiada masa untuk kerja-kerja SEO SEO merujuk kepada istilah Search Engine Optimization.
 
Tujuan kita menggunakan kaedah SEO ini adalah supaya konten yang dihasilkan lebih mudah ditemui oleh para pengguna internet. Lagi banyak orang nampak konten tersebut, maka lebih tinggi peluang untuk berjaya hasilkan jualan.
 
(3) Anda ingin meletakkan iklan anda dilaman web authoriti Istilah laman web authoriti ini sebenarnya merujuk kepada laman web yang dikenali ramai dan mempunyai reputasi yang baik.
 
Produk anda, akan mempunyai potensi yang baik untuk mendapat jualan sekiranya dipromosikan menerusi laman web sedemikian.
 
Laman web authoriti tinggi ini ibarat seperti seorang influencer yang mempunyai banyak peminat dan pengikut. Lazimnya, peminat dan pengikut laman web tersebut akan cenderung mengikut apa yang disarankan oleh influencer tersebut.
 
Jangan salah faham.
Saya bukanlah nak kata yang anda tak boleh buat sendiri.
 
Cuma disana ada alternatif untuk anda.
“Kenapa perlu buat sendiri, sedangkan anda boleh pinjam kepakaran luar untuk hasilkan kempen advertorial untuk anda?”
 
Penutup Kita bayangkan kaedah pengiklanan Advertorial ibarat menanam pokok.
Hari ini kita tanam, belum tentu akan terus mengeluarkan hasil pada hari yang sama.
 
Sebaliknya, ia perlu melalui beberapa fasa seperti pemilihan benih yang baik, tanah yang sesuai, menyiram dan menjaga pokok tersebut secara konsisten
 
Apa yang anda boleh lakukan sekarang?
Mudah sahaja.
 
Mulakan dengan langkah kecil.
Buat tiga perkara ini sahaja.
 
Pertama, mulakan dengan mengenalpasti beberapa blog dan penulis blog yang menulis topik yang ada kaitan dengan niche atau bidang perniagaan anda.
 
Kedua, hubungi mereka untuk mengetahui sama ada mereka ada membuka perkhidmatan menulis artikel advertorial ataupun tidak. Jika ada, dapatkan kadar harga mereka.
 
Ketiga, mula memberikan beberapa maklumat dan juga matlamat yang anda ingin capai melalui advertorial tersebut.
 
Siapa tahu, pelanggan anda yang seterusnya masih belum berurusniaga dengan anda, sebab mereka masih belum pernah jumpa dan kenal anda.
 
Tapi selepas advertorial anda telah diterbitkan, ia akan terus menghasilkan jualan secara konsisten tahun demi tahun.
 
 
The post Advertorial: Rahsia Pengiklanan yang Menjana Jualan Tahun demi Tahun appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/rahsia-pengiklanan-advertorial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Merentas Desa Tuan Rumah Tumpang Seronok Tiga Tahun Berturut Bagi Air Percuma

Murid Merentas Desa Tuan Rumah Tumpang Seronok Tiga Tahun Berturut Bagi Air Percuma

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 135 hits
Sebelum bermula Ramadan pada hujung minggu ini kebanyakkan sekolah di negara kita mengadakan aktiviti merentas desa yang bermula pada minggu ini Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf menarik perhatian ramai apabila menyediakan air minum...
Hiburan 15 Tahun Masam Muka Kerana Berebut Seorang Artis Wanita Aeril Zafrel Dan El Azman Akhirnya Berdamai

Hiburan 15 Tahun Masam Muka Kerana Berebut Seorang Artis Wanita Aeril Zafrel Dan El Azman Akhirnya Berdamai

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 205 hits
Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel dan difahamkan telah menamatkan perselisihan faham yang berlarutan hampir 15 tahun Menerusi satu hantaran di TikTok kedua duanya dilihat kembali rapat setelah sekian lama bermasam muka Advertisement Maklum ...
Lelaki Warga Israel Dipenjara Tujuh Tahun Miliki Peluru Senjata Api

Lelaki Warga Israel Dipenjara Tujuh Tahun Miliki Peluru Senjata Api

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 188 hits
KAJANG 26 Feb Lelaki warga Israel dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki 200 peluru dan enam senjata api Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh 39 mengaku ber...
Terjawab Akhirnya Kenapa Awal Tahun Pun Beras Tempatan Tak Ada Di Pasar Raya

Terjawab Akhirnya Kenapa Awal Tahun Pun Beras Tempatan Tak Ada Di Pasar Raya

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 151 hits
malaysiadateline comOleh KIM SYAZIE27 02 2025Isu ketiadaan beras putih tempatan di pasar raya sejak tahun lalu akhirnya terjawab Ia selepas Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia mengesahkan wujud kegiatan mencampur beras tem...
Terpalit Kontroversi Tahun Lalu Penonton Kecewa Musim Terbaru The Sixth Sense Buang Jejak Jessi

Terpalit Kontroversi Tahun Lalu Penonton Kecewa Musim Terbaru The Sixth Sense Buang Jejak Jessi

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 129 hits
Tak sah lah kalau industri hiburan Korea kalau sesiapa yang terpalit kontroversi akan dilayan dengan buruk Artikel Berkaitan Terdahulu seorang peminat Jessi telah dipukul oleh kenalan penyanyi itu semasa dia cuba meminta tanda tangan dariny...
Beri Anak Saudara 5 Tahun Minum Air Ketum Rakam Video Kongsi Di Media Sosial

Beri Anak Saudara 5 Tahun Minum Air Ketum Rakam Video Kongsi Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 152 hits
Alias Abd Ranibhnews bh com myTertuduh yang memberi anak saudara perempuan berusia lima minum air ketum sebelum dirakam video dan dikongsi di media sosial didenda RM10 000 oleh Mahkamah Sesyen Batu Pahat hari ini NSTP Alias Abd RaniBATU PAH...
Pahang Rekod Kehadiran 13 74 Juta Pelancong Anggaran Belanja Rm12 35 Bilion Sepanjang Tahun Lepas

Pahang Rekod Kehadiran 13 74 Juta Pelancong Anggaran Belanja Rm12 35 Bilion Sepanjang Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 130 hits
KUANTAN Pahang merekodkan kedatangan sebanyak 13 74 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM12 35 bilion sepanjang tahun lepas sekali gus melebihi sasaran ditetapkan kerajaan negeri iaitu 13 5 juta pelancong Pengerusi Jawatankuasa Per...
9 Anak Syarikat Kwsp Rugi 3 Tahun Berturut Don Wori Tuan Tuan Epf Ada Banyak Duit Lagi

9 Anak Syarikat Kwsp Rugi 3 Tahun Berturut Don Wori Tuan Tuan Epf Ada Banyak Duit Lagi

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 210 hits
9 anak syarikat KWSP rugi 3 tahun berturut24 Feb 2025KWSP menjadi pemegang saham tunggal lapan syarikat subsidiari dengan satu daripadanya baharu ditubuh pada 2021 dan masih belum jana pendapatan mencukupi PETALING JAYA Sembilan syarikat su...
Program Pertama Library Untuk Tahun 2025

Program Pertama Library Untuk Tahun 2025

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum wbt Nak tanya pada yang bekerja sektor awam awak pernah dengar ke mengenai Perkhidmatan Meja Ke Meja atau lebih dikenali Program Desk To Desk Kalau ada yang pernah dengar oklah Tapi Pada yang belum pernah dengar inilah cerit...
Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Tmj It S Not About The Speed This Is Not A Sprint It S A Journey

Is Upholding The Law A Low Point Now

Kelas Berenang

Apa Punya Bengap Angkara Salam Tak Cium Tangan Vokalis Skinhead Kena Belasah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paati Aminah

Anda Siapa Chatgpt

Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

Durian Tupai King Ciri Ciri Cara Kenalpasti Tekstur Rasa

Lexus Paints The Curtain For A Technological Shift With Its 2026 Es Model

Sarapan Buffet Nlsb Cafe