Teknik Pomodoro Bantu Anda Bina Tabiat Untuk Berjaya Secara Berkesan




Anda boleh bertemu dengan seribu satu petua berkenaan cara untuk berjaya.
'Tawaran untuk berjaya', adalah produk yang sangat laris.
Jika kena cara pemasarannya. Dibuat dengan menarik sehingga mudah dipercayai. Menjanjikan bulan dan langit. Orang akan serbu.
Ilmu untuk berjaya, terutamanya, berjaya dengan cara yang pantas, sangat menggoda.
Ekspresi berjaya berubah ikut zaman
Zaman mana sekalipun, dulu atau sekarang, manusia kejar untuk jadi berjaya. Yang berbeza antara dulu dan sekarang hanyalah ekspresi atau terjemahan terhadap orang yang berjaya.
Di zaman saya kanak-kanak dulu, filem klasik melayu yang sering disiarkan antaranya adalah cerita lawan-lawan antara orang jahat dan orang baik di zaman purbawara.
Dalam cerita tu, babak pertarungan pencak silat melayu sentiasa di persembahkan. Adegan bertarung lawan silat sebegitu akan jadi ikutan ketika bermain sesama kawan-kawan.
Selain dari pandai silat, hero ketika itu ditonjolkan dengan sifat yang baik, berbudi bahasa, hormati orang tua, sederhana pembawakannya. Lebih kepada kaya jiwa. Bukan kepada kebendaaan.
Orang jahat selalunya akan ditonjolkan kepada kemewahan, kekayaan, tamak dan sebagainya.
Kekerapan didedahkan dengan watak hero pandai bersilat, baik berbudi bahasa membuatkan saya dan kawan-kawan suka melakonkannya semula cerita filem tersebut. Kami berebut nak jadi pendekar yang baik, pandai bersilat.
Betapa besar pengaruh cerita filem pada kanak-kanak. Atau lebih tepat lagi pada saya ketika masih kanak-kanak.
Itu dulu, di zaman saya.
Tapi, sekarang banyak drama dan filem, paparkan kisah dunia perniagaan korporat penuh glamor.
Suasana kejayaan dan kehebatan hero yang berkereta mewah. Atau kisah hero yang sebenarnya kaya tapi berlakon miskin. Kejayaan dikaitkan dengan material.
Kanak-kanak sekarang yang membesar nonton cerita macam tu, tentu akan terpengaruh nak jadi kaya berkereta besar dan punya pasangan yang romantik, cantik lawa segak tampan bergaya dan kaya.
Saya nak sambung skit lagi imbauan kisah zaman kanak-kanak di kampung dulu ..
Oleh kerana minat nak pandai lawan dan jadi pendekar, maka saya selalu intip peluang untuk belajar bersilat. 
Kalau ada gelanggang silat dibuka kat kampung, memang tak akan lepaskan peluang untuk pergi tengok pertunjukkan seni silat pada hari pembukaan.
Meleleh air liur tengok pemain silat lengkap berpakaian hitam ikat kepala sparring lawan kosong atau bersenjata. Mata tak berkedip bayangkan saya yang sedang bertarung macam tu.
Bila dah remaja sikit saya berpeluang masuk gelanggang belajar silat. Masa mula daftar, punyalah ramai. Bila setiap malam kena pergi berlatih. Buat benda yang sama saban hari, saban minggu, bulan tahun, ramai yang tak tahan daulat.
Memang rasa nak gibab. Belajar kena betul-betul. Bila sparring kena tumbuk macam marah nak belasah orang. Bukan nak acah-acah. Jadi semua kena buat macam tu.
Ada sekali, masa berlatih pukulan dan buah, saya baru nak bersedia, tapi kawan dah lepaskan penumbuk sulungnya. Dia jauh lebih besar dari saya. Penumbuknya berlabuh tepat ke muka saya antara dua mata atas hidung.
Saya hanya nampak macam kilat bersilau kemudian terus rebah atas tanah. Macam tu rupanya rasa bila kena penumbuk kuat kat muka. Sejak dari itu saya janji untuk tidak alpa lagi.
Walaupun berlatih setiap malam dalam jangkamasa lama, tapi masih tak pandai-pandai juga.
Dah tentu rasa tak pandai sebab asyik dok banding dengan pendekar dalam filem lawan kat TV. Sebab itulah agaknya tak ramai yang bertahan sampai habis.
Saya teruskan juga perlahan-lahan sampai akhirnya berjaya sampai dapat ijazah tamat belajar. Masa ujian terakhir kena tunggu sambut lontaran buah kelapa dalam gelap. Perlu peka pada bunyi dan cuba agak bila buah kelapa tu datang. Siapa dapat tangkap boleh jadi tok guru. Itulah yang dia orang kata. Saya berjaya tangkap juga.
Ada masanya rasa latihan setiap malam yang teruk dan meletihkan, tapi masih tak pandai-pandai membuatkan timbul idea cari jalan mudah. Mula cuba cari jalan lain yang lebih pendek untuk terus pandai.
Masa tulah jumpa macam-macam ilmu yang kononnya jika diamalkan akan jadi pandai silat dalam masa yang singkat. Bukan saja pandai silat, malah boleh jadi kebal dan dapat loncat spring macam cerita Kung Fu lama terbang dari pokok ke pokok.
Bagi anda yang sama zaman dengan saya tentu pernah dengar dengan Silat Abjad. Itu antara yang menjanjikan kehebatan segera hanya dengan mengamalkan ritual tertentu.
Ada satu lagi yang di panggil silat Nasrulhaq.
Macam tu juga janjinya. Boleh buat jurusan jarak jauh saja untuk tewaskan musuh.
Siapa tak berkenan dengan janji sebegitu?
Baca zikir atau buat amalan tertentu, terus jadi pendekar!.
Tiada jalan pintas untuk berjayaApa yang nak saya sampaikan dari cerita di atas adalah resam manusia yang sentiasa idamkan jalan pendek untuk menuju kejayaan.
Kenapa kena berlatih buat perkara sama saban hari minggu dan bulan sampai makan tahun dalam pergerakan silat?
Sebab nak latih diri sampai jadi tabiat. Bila dah lama berlatih, baru saya perasan beza tabiat dengan buat-buat.
Bila saya kena serangan mengejut gurauan dari kawan-kawan, saya akan mudah melatah mengelak dan belasah. Bukan sengaja. tapi sebab dah terbiasa berlatih masa tu.
Itu kisah masa kerap berlatih dulu la. Bukan sekarang.
Untuk dapatkan tabiat tu, mahu tak mahu kena lalui juga jalan yang panjang. Sedari tak sedar, dah berjaya.
Tak kisah apa yang anda takrifkan sebagai kejayaan itu, yang pastinya sikap suka nak pantas kita, buatkan rasa tak serik untuk terpengaruh dengan janji cepat berjaya.
Kejayaan yang saya maksudkan kat sini adalah keupayaan mencapai apa yang disasarkan. Itu makna popular yang sangat mudah untuk diambil pakai.
Kalau saya sasarkan untuk jadi pendekar dan pandai bersilat. Kemudian saya berusaha mencari dan akhirnya dapat jadi macam tu. Makanya saya berjayalah tu. Itu yang saya maksudkan dengan perkataan berjaya tu.
Kalau zaman saya orang terpengaruh dengan Silat Abjad dan Nasrulhaq umpamanya, untuk cepat pandai silat. Maka zaman sekarang, orang akan mudah terpengaruh dengan sistem pelaburan buat duit yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.
Itu antara sebab yang membuatkan saya buang seorang pekerja di syarikat saya yang ambil duit syarikat pi bubuh kat kawan untuk main Forex tanpa bincang terlebih dulu dengan saya. Kononnya untuk dapatkan pulangan tetap yang sangat lumayan.
Kononnya dengan duit tu boleh bantu syarikat ada banyak duit. Itulah niatnya.
Tapi niat baik saja tak cukup kalau otak bengap tak guna akal. Begitu juga kerja keras saja tak cukup kalau guna pendekatan kerja yang salah.
Tapi macam itulah manusia akan berterusan untuk cari jalan pintas supaya cepat dan mudah berjaya.
Mungkin ada orang yang dapat kejayaan pantas macam itu. Tapi biasanya ia tak kekal lama. Sebab kejayaan sedemikian tidak sempat untuk persediaan asas yang kukuh untuk bertahan lama.
Asas bangunan sebelum menara naik menjulang ke langit ambil masa dan sangat teliti pembuatan dan kiraannya. Tapi asas tu orang tak ambil peduli. Itu semua kerja berat dan kotor. Lagipun masa buat asas tapak binaan, semua kawasan kena pagar sebab memang serabut keadaannya.
Bila dah siap tersergam indah, barulah ramai akan terlopong puji keindahan dan kecantikan bangunan itu. Puji segala perhiasan dalaman dan susun aturnya. Semua dah lupa pasal masa yang diambil buat tapak binaan supaya kukuh dan kuat menampung semua yang ada kat atas tu.
Tak pernah lagi saya dengar orang akan puji asas kat bawahnya yang sangat kukuh. Nak puji macam mana memang tak nampak bila bangunan dah naik.
Samalah macam melihat usahawan yang kaya raya. Masa dia melaram pakai kereta dengan segala aset perniagaan dan peribadi yang banyak saja orang akan mula buka mata.
Masa dia pulun bina segala asas perniagaan dari bawah sedikit demi sedikit tak ada sesiapa yang sudi ambil tahu. Lari jauh lagi ada. Samada pihak bank mahupun kawan-kawan srta keluarga.
Bina tabiat untuk berjayaKalau bangunan, asasnya adalah konkrit dan slab yang kukuh kat bawah bangunan tu. Maka untuk manusia, asasnya adalah tabiat yang berjaya dibentuk di dalam diri seseorang.
Satu-satunya cara yang memang terbukti berkesan untuk menempah apa saja kejayaan adalah dengan berusaha membina tabiat.
Itulah yang semua orang berjaya dalam apa saja bidang mereka telah lalui. Usain Bolt ke, Tiger Wood ke, Ronaldo ke, Beyonce ke … semuanya dah lalui pahit getir perjalanan membina tabiat masing-masing yang diperlukan untuk menempah kejayaan.
Saya berikan contoh mudah.
Katakan anda nak jadi seorang yang fit dan baik bentuk badannya.
Untuk jadi macam tu, anda hanya perlu bina tabiat yang boleh menjadikan anda macam itu. Bina sedikit demi sedikit tabiat seperti berikut.
Jaga makan – Makan banyak protein, sayur dan buahBuat aktiviti cergas – Rajin bersenam, jogging, angkat besi dan sebagainyaJaga rehat – Cukupkan tidur dan rehat pulihkan tenagaSemua aktiviti tersebut di atas telah berjaya dibina oleh mereka yang sekarang fit sehingga semuanya menjadi satu tabiat bagi mereka.
Itu saja cara kejayaan yang 99.9%, terbukti berjaya.
Fokus pada pembinaan tabiatRingkasnya. Apa saja yang nak anda capai, mulakan terlebih dahulu dengan buat senarai tabiat apa yang perlu anda bina untuk mencapai sasaran tersebut.
Anda akan mula lihat ada seribu satu macam tabiat yang diperlukan bila mula buat senarai.
Sudah pasti ada tabiat yang memang dah terbentuk baik dalam diri anda. Baguslah. Kekalkan tabiat itu dan mantapkannya lagi.
Akan ada pula beberapa tabiat di mana memang anda masih tak ada tapi wajib diadakan.
Buatlah satu persatu sedikit demi sedikit secara berdisiplin dan serius sehingga akhirnya terbentuk jadi tabiat dalam diri.
Jika anda fokus pada pembinaan tabiat sebegitu, hasilnya akan berlaku secara natural tanpa anda sedari.
Bentuk tabiat teknik PomodoroTeknik Pomodoro ini diperkenalkan oleh Francesco Cirillo pada tahun 1992. Dia reka teknik ni untuk melatih diri menjadi lebih baik dari hari ke hari tanpa rasa tertekan dan bosan kemudian mula rasa nak gibab.
Apa maksud Pomodoro?
Pomodoro ialah Buah Tomato dalam Bahasa Itali. Francesco Cirillo mula amalkan teknik ni sejak tahun 1980 an ketika dia masih lagi pelajar di kolej, dengan menggunakan timer yang berbentuk buat tomato. Sebab itu dia namakan teknik ni sebagai Pomodoro. Itu saja!
Teknik Pomodoro jika diamalkan akan membuatkan anda jadi makin lama makin kuat menuju ke sasaran.
Caranya mudah saja. Saya berikan langkah mudah tersebut di bawah:
Tentukan tugasan – Mulakan dengan pilih apa kerja atau tugasan yang anda nak fokus buat atau nak selesaikan.Set timer 25 minit – Ambil jam atau timer digital kalau ada. Set selama 25 minit.Fokus buat kerja – Sebaik saja anda tekan timer tu, pastikan anda fokus untuk lakukan tugasan tersebut tanpa ada gangguan. Kekal fokus buat kerja sampai timer berbunyi.Dah siap teknik Pomodoro!
Mudah saja kan?
Kalau dah tamat 25 minit kerja masih belum habis macam mana?
Tak perlu risau. Masa 25 minit itu hanyalah bermaksud siapnya satu sesi fokus yang berjaya. Anda boleh bangun rehat sekejap. kalau ada anak atau isteri, pergi peluk atau cium dan borak untuk 5 minit.
Selesai 5 minit break tu, datang balik dan set satu lagi sesi Pomodoro. Ulang 3 langkah kat atas tadi.
Kenapa 25 minit?
Saya dapati, masa 25 minit ni sangat ideal. Tak lama sangat dan tak sekejap sangat. Masa yang mencukupi untuk anda bertahan dengan tahap kebosanan yang macam manapun.
Contohnya katakan anda nak tanam tabiat baca buku sehari 25 minit. Itu satu sesi Pomodoro. Bila anda set timer dan mula baca buku. Cuba fokus dan baca walaupun anda tak faham satu habuk apa yang ditulis.
Tak pa. Kekal baca dan cuba fokus dan cuba faham. Masa akan berdetik berjalan tik tik tik tik tik tik … dan anda akan pujuk dah tak lama lagi dah nak habis ni. Memang tak lamapun dan dah ringggggggggggggg!!!!.
Tamat!
Itu membuatkan anda mampu kekal ulang buat setiap hari sehingganya akan jadi tabiat baca buku setiap hari 25 minit sampai ke tua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/01/bentuk-tabiat-baru-dengan-guna-teknik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hasil Bermain Bolasepak Sadio Mane Bantu Orang Miskin Dan Bina Sekolah

Hasil Bermain Bolasepak Sadio Mane Bantu Orang Miskin Dan Bina Sekolah

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 125 hits
February 3 2022 Siapa yang tidak kenal pemain bola hebat berdarah Afrika ini Dengan pendapatan sekitar RM1 9 juta sebulan dan selalu tertangkap kamera membawa handphone yg sudah retak skrinnya Jawapannya selalu sama saat ditanya oleh wartaw...
Isteri Rasa Lambat Dapat Anak Dr Say Balas Sekurangnya Dah Berjaya Beli Rumah Kewangan Stabil Dah Cukup

Isteri Rasa Lambat Dapat Anak Dr Say Balas Sekurangnya Dah Berjaya Beli Rumah Kewangan Stabil Dah Cukup

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 274 hits
Doktor selebriti Dr Say tidak perlu diperkenalkan lagi kerana cukup terkenal dengan sikapnya yang suka berkongsi isu rumah tangga dan kesihatan di platform media sosial Topik terbaru yang dikupas di Instagram adalah mengenai anak ded4h Dr S...
Ramai Yang Tak Sedar Ini Tabiat Makan Yang Boleh Menyebabkan Diabetes

Ramai Yang Tak Sedar Ini Tabiat Makan Yang Boleh Menyebabkan Diabetes

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 162 hits
Ramai yang tak sedar ini tabiat makan yang boleh menyebabkan diabetesPenyakit diabetes tidak mengenal usia dan kebiasaan penyakit ini dihidapi seseorang kerana faktor genetik atau keturunan Tetapi perlu diingatkan bahawa pencetus terbesar d...
Hiburan Pemuda Dikecam Bagi Dadah Pada Monyet Sampai Lalok Seronok Kajian Berjaya

Hiburan Pemuda Dikecam Bagi Dadah Pada Monyet Sampai Lalok Seronok Kajian Berjaya

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 213 hits
Semua pihak dah tahu menganiaya haiwan merupakan salah satu perbuatan yang salah tetapi masih ada lagi sesetengah masyarakat yang membuat perkara tersebut Sekiranya hal ini tidak dibendung pihak berkuasa kejadian yang jadi pada seekor monye...
Child Lagu Ciptaan Mark Nct Berjaya Dominasi Carta Itunes Seluruh Dunia

Child Lagu Ciptaan Mark Nct Berjaya Dominasi Carta Itunes Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 161 hits
Mark NCT telah mendominasi carta muzik domestik dan antarabangsa dengan lagu ciptaan sendirinya yang baharu Pada 4 Februari Mark telah mengeluarkan single solo Child lagu pertama projek NCT LAB baharu SM STATION Sejurus selepas dikeluarkan ...
Ump Berjaya Kekalkan Pencapaian Lima Bintang Penilaian Qs Stars University Ratings 2022

Ump Berjaya Kekalkan Pencapaian Lima Bintang Penilaian Qs Stars University Ratings 2022

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 174 hits
KUANTAN Universiti Malaysia Pahang berjaya mengekalkan pencapaian lima bintang bagi penilaian QS Stars University Ratings 2022 Pencapaian yang dinilai Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds Stars Rating itu memperlihatkan pencapaian UMP seca...
Seungkwan Seventeen Kongsi Tabiat Matlamat Untuk Tahun 2022

Seungkwan Seventeen Kongsi Tabiat Matlamat Untuk Tahun 2022

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 197 hits
Seung kwan SEVENTEEN telah menjadi bintang muka hadapan bagi majalah 1st Look Seung kwan dengan sempurna mempamerkan penampilan yang berbeza untuk penggambaran itu dan dia memancarkan aura yang unik dengan ekspresi bergaya dan mata yang lem...
Istihar Isu Azam Baki Kes Nombor Satu Negara Dap Lim Kit Siang Cuba Bina Momentum Ala Ala 1mdb

Istihar Isu Azam Baki Kes Nombor Satu Negara Dap Lim Kit Siang Cuba Bina Momentum Ala Ala 1mdb

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 246 hits
Oleh Sirajuddin AhmadDemi Nak Tutup Kes Zeti Dan Terowong Tiba tiba Lim kit Siang Istihar Kes Azam Baki Kes No Satu Negara pada sidang Prlimen lapor sebuah akhbar Kes Najib dan 1MDB sudah bukan National Embbarrasment lagi Namun DAP malu hen...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco