Teknik Penjagaan Tayar Kereta Yang Betul



Tayar merupakan komponen yang amat penting dan ia juga bukannya murah seperti menukar pewangi kereta. Apatah lagi sebuah kereta bukannya mempunyai satu tetapi empat biji tayar. Untuk penukaran biasanya kita perlu menukar sepasang tayar sama di hadapan ataupun di belakang dan bukannya sebiji tayar sekali tukar. Oleh itu tayar kenderaan sewajarnya diberi perhatian yang serius oleh pemilik.
Tayar yang mempunyai tekanan angin yang secukupnya akan bertahan lebih lama berbanding tayar kurang angin ataupun terlebih tekanan angin. Mengikut perkiraan mudah, tayar yang sentiasa mempunyai tekanan 20 peratus lebih rendah berbanding sepatutnya akan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek 20 peratus berbanding dengan sepatutnya. Contohnya tayar yang sepatutnya bertahan sehingga 60,000 kilometer cuma akan bertahan sehingga 48,000 kilometer sahaja. Banyak tu tuan-tuan. Tayar yang kurang tekanan juga akan menyebabkan kenderaan menggunakan petrol yang lebih dari sepatutnya berikutan rintangan yang lebih. Ketika mengisi angin, pastikan dengan merujuk carta tekanan angin tayar yang biasanya ada di bahagian sisi pintu sebelah pemandu. Jangan main tekan atau pusing tombol tekanan angin sesuka hati (Kami pernah lihat ada pemandu yang mengisi angin kereta Proton Wira dengan tekanan yang sama untuk lori kontena 18-roda)
TEKANAN ANGIN TAYAR : APA PERLU ANDA TAHU?

Periksa tekanan angin tayar setiap bulan, termasuk tayar gantian. Walaupun anda tidak mengesan sebarang kecacatan pada tayar, tekanannya akan menurun sebanyak lebih kurang 1 psi (tekanan satu inci persegi dalam unit paun) setiap bulan. Bahkan ia akan turun dengan lebih cepat jika terdapat kebocoran pada badan tayar ataupun kebocoran pada bahagian injap udara.Periksa juga tekanan tayar sebelum membuat perjalanan jauh.Untuk hasil terbaik, tekanan tayar mesti diperiksa sewaktu tayar dalam keadaan sejuk.Jika tayar dalam keadaan panas, tambahkan 4-5 psi kepada ukuran yang diberikan oleh pengeluar ataupun tunggu sehingga tayar anda benar-benar sejuk (Kalau sanggup, sebab biasanya tayar akan menyejuk dalam masa 3 jam selepas anda berhenti).
CARA BETUL MEMERIKSA TEKANAN ANGIN TAYARCucukkan alat pemeriksa tekanan angin pada injap tayar.Bergantung pada jenis alat yang anda gunakan, ia akan segera memberikan bacaan tekanan tayar anda (biasanya dalam bacaan psi)Bunyi berdesir merupakan angin yang terkeluar sewaktu menggunakan alat tersebut. Ia tidak akan mengubah tekanan angin tayar kecuali jika anda menggunakan alat tersebut terlalu lama.Bandingkan tekanan semasa dengan tekanan sepatutnya untuk kereta anda.Jika terlebih tekanan, keluarkan lebihan angin sehingga takat yang sesuai. Jika kurang, tambah secukupnya.Jangan bergantung 100 peratus kepada meter tekanan angin di stesen minyak, ia biasanya tidak begitu tepat. Jarang sangat meter di stesen minyak ini dikalibrasi. Jalan selamat ialah dapatkan alat pengukur tekanan sendiri dan pastikan ianya jenis berkualiti.
ROTATING (TUKAR POSISI)
Proses rotating ini biasanya dilakukan 10,000 kilometer sekali ataupun bergantung kepada keadaan tayar. Posisi tayar (rotating) juga sebaiknya ditukar bergantung kepada kesesuaian untuk memastikan ianya haus pada kadar yang sama. Jika tidak, ada tayar yang akan haus lebih cepat daripada yang lain. Ini kerana keadaan gandar kereta anda yang menerima tekanan yang berbeza sewaktu pemanduan akan mengakibatkan kehausan pada tayar secara tidak sekata. Penukaran posisi tayar adalah salah satu cara untuk memanjangkan hayat tayar-tayar tersebut. 
JAJARAN TAYAR (ALLIGNMENT)Penjajaran tayar merupakan satu proses mudah di mana sedikit pembetulan akan dilakukan pada komponen suspensi hadapan dan belakang. Jika tayar anda tidak dijajar dengan betul, kenderaan anda mungkin tidak selamat untuk dipandu. Anda perlu membuat penjajaran bila:Terlanggar sesuatu objek atau lubang di atas jalan raya. (dan merasa terus perbezaan kualiti pemanduan)Melihat keadaan bunga tayar yang tidak sekata di bahagian luar tayar.Merasakan satu perbezaan dalam kawalan kenderaan sewaktu anda memandu.Selepas anda menukar komponen stereng ataupun suspensi.Kereta anda sentiasa bergerak ke tepi walaupun sewaktu pemanduan lurus.Stereng kereta anda tidak kembali ke posisi asal selepas membelok.Kedudukan roda stereng senget ketika memandu di jalan lurus.
Penjajaran tayar juga cukup penting kerana:Untuk mengurangkan kehausan tayar dan komponen susupensi selain untuk keselesaan pemandu dan penumpang.Meningkatkan prestasi kenderaan dan tahap ekonomi bahan api.Meningkatkan kawalan dan keselamatan pemanduan.
IMBANGAN TAYAR (WHEEL BALANCING)Kadang-kadang sewaktu pemasangan, imbangan di seluruh bahagian rim dan tayar adalah tidak sekata. Sebahagian tayar dan rim akan menjadi lebih berat berbanding sebahagian yang lain. Kesannya ialah pemanduan yang tidak stabil, melantun ataupun membuatkan kenderaan anda bergegar. Imbangan yang baik akan menjadikan kenderaan lebih stabil dan selamat untuk dipandu. Anda sepatutnya membuat imbangan tayar bila:Tayar diganti baruSewaktu pemberat imbangan dibuang ataupun terjatuh dengan sendiri.Kenderaan anda melantun ataupun bergegar bila dipandu dengan kelajuan tertentu.Untuk membuat imbangan yang baik, mekanik anda akan menggunakan mesin imbangan khusus yang akan menentukan di mana pemberat perlu diletakkan bagi menghasilkan tayar yang seimbang. Kadangkala pemberat akan diletakkan lebih daripada satu tempat bergantung kepada keperluan. Jika anda terasa kenderaan anda melantun ataupun bergegar tanpa sebab, segeralah merujuk kenderaan ke kedai tayar professional (Imbangan roda perlukan peralatan yang khusus bukannya seperti memeriksa tekanan angin tayar).
PERIKSA KETEBALAN BUNGA TAYAR
Setiap tayar yang dipasarkan mempunyai penunjuk kegunaan bunga tayar untuk keselamatan. Tayar yang sudah kekurangan bunga cukup merbahaya untuk digunakan kerana ia tidak akan memberikan cengkaman yang cukup sewaktu pemanduan apatah lagi untuk memberhentikan kenderaan. Jika kurang pasti, dapatkan nasihat profesional. Bagi yang biasa menggunakan tayar terpakai, teliti betul-betul penunjuk kegunaan bunga tayar kerana ada penjual yang tidak bertanggungjawab akan mengikis penunjuk ini untuk menunjukkan yang tayar tersebut masih mempunyai baki bunga yang selamat. Itulah antara langkah-langkah mudah yang diharapkan dapat membantu anda menyelenggara tayar kenderaan anda dengan lebih baik. Ingat senang ke nak pakai kereta ni? Kalau nak poket selamat, kena la rajin-rajin tambah ilmu tentang penyelenggaraan kereta. harap info ini cukup berguna untuk anda semua (Satu lagi kalau pakai Bezza tak payah taruk rim kankang 18-inci, lepas tu mula komplen kereta EEV tapi kuat makan minyak). 
Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtipsauto.blogspot.com/2023/11/teknik-penjagaan-tayar-kereta-yang-betul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
T23j30 Punca Kerosakan Tayar Kereta

T23j30 Punca Kerosakan Tayar Kereta

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 231 hits
Pada 26 Oktober yang lalu Master menukar 2 biji tayar belakang kereta Subaru XV kami menggunakan tayar Continental UC7 sepertimana yang digunakan pada tayar hadapan Ini adalah set tayar ke 3 dalam masa 8 tahun penggunaan kereta Subaru XV Ka...
Tersalah Curi Kereta Ada Budak Sekolah Individu Teruk Dibelasah Orang Awam

Tersalah Curi Kereta Ada Budak Sekolah Individu Teruk Dibelasah Orang Awam

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 157 hits
Gara gara cubaan mencuri sebuah kereta yang mempunyai pelajar sekolah di dalamnya seorang individu yang tak dikenali telah ditangkap dan dipukul oleh orang ramai Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kundasang Sabah itu dikatakan terjadi kira...
2 Maut 1 Parah Kereta Rempuh Pembahagi Jalan

2 Maut 1 Parah Kereta Rempuh Pembahagi Jalan

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 218 hits
FMT ReportersAnggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok pembahagi jalan PETALING JAYA Dua lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka ter...
Polis Gagalkan Cubaan Larikan Kereta Bersama Enam Murid

Polis Gagalkan Cubaan Larikan Kereta Bersama Enam Murid

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 197 hits
Juwan Riduanam hmetro com myTANGKAP layar video tular suspek diberkas anggota polis dengan bantuan orang awam Ranau Cubaan seorang lelaki melarikan sebuah kereta dinaiki enam murid gagal apabila diberkas polis dalam kejadian di hadapan sebu...
Bos Emraz Hilang Kereta Rugi Rm5 000 Disamun Jemaah Terkandas

Bos Emraz Hilang Kereta Rugi Rm5 000 Disamun Jemaah Terkandas

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 178 hits
AMREE AHMADZulkarnain ketika menyantuni kumpulan jemaah khas pemulihan operasi umrah Emraz di Terminal 1 KLIA Sepang baru baru ini PUTRAJAYA Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga begitulah nasib malang dialami pemilik agensi pengurusan umrah Em...
Hiburan Loan Kereta Rumah Siapa Nak Bayar Plkn Dilaksana Bagi Umur 16 Hingga 35 Tahun Undang Pelbagai Respon

Hiburan Loan Kereta Rumah Siapa Nak Bayar Plkn Dilaksana Bagi Umur 16 Hingga 35 Tahun Undang Pelbagai Respon

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 294 hits
Memetik The Star Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan hanya belia yang telah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dipilih untuk menjalani latihan asas ketenteraan di bawah Program Latihan Khidmat Negara yang te...
Ada H Ada Gaya Pengguna Kereta Import Ini Mengeluh Terpaksa Bayar Rm420 Servis Kereta Apa Yang Boleh Tolak

Ada H Ada Gaya Pengguna Kereta Import Ini Mengeluh Terpaksa Bayar Rm420 Servis Kereta Apa Yang Boleh Tolak

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 210 hits
Tular di media sosial baru baru ini mengenai keluhan seorang pengguna kereta import berjenama Honda yang berasa terbeban ketika membawa kenderaan miliknya untuk diservis Individu itu mendakwa caj yang dikenakan untuk urusan servis kereta je...
T15e09 Menghalau Nyamuk Dalam Kereta

T15e09 Menghalau Nyamuk Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 142 hits
Kandungan Bagaimanakah caranya untuk menghalau nyamuk nyamuk yang menyelinap masuk ke dalam kereta manusia Penggunaan jaring anti nyamuk nampak radikal tetapi mungkin satu langkah yang berkesan Erm Sang Nyamuk ni pun seekor yang duk ganggu ...
Pahang 2 Cedera Kereta Api Lori Berlanggar

Pahang 2 Cedera Kereta Api Lori Berlanggar

papar berkaitan - pada 4/11/2023 - jumlah : 107 hits
BernamaKeadaan kereta api dan lori selepas berlanggar di KM167 80 Jerantut Kuala Krau dekat Kampung Pisang semalam KUANTAN Seorang pemandu lokomotif dan pembantunya cedera selepas kereta api dikendalikan mereka melanggar sebuah lori muatan ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco