Tekanan Darah Tinggi Hipertensi


myhealth.gov.my29/11/2023
Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit ini

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)

Bacaan Tekanan Darah

Kategori Tekanan Darah TinggiTekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHgTekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Optima < 120 And < 80
Normal < 130 < 85
High Normal 130 – 139 85 – 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 – 159 or 90 – 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 160 – 179 or 100 – 109
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3 ? 180 ? 110

Hipertensi Sistolik sahajaTekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHgTekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Peringkat 1
> 140 – 159
< 90
Peringkat 2
> 160
< 90

Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Di antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.Sebab yang tidak diketahui (90%)Sebab sekunder (10%)Penyakit buah pinggang
Penyakit sistem endokrin
Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:Cara hidup tidak aktif
Umur melebihi 35 tahun
Merokok
Kegemukan
Paras kolesterol tinggi
Sejarah keluarga
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan GejalaPengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:OtakSerangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
Penyakit jantung seperti :Coronary Heart Disease
Congestive Heart Failure
Left Ventricular HypertrophyKomplikasi pada mataPerdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive RetinopathyKomplikasi pada buah pinggangKegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).Peripheral vascular disease sepertiAneurysm
Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawattanpa menggunakan ubatanPerlu mengubah amalan cara hidup anda
Amalkan permakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
Melakukan senaman berkala
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optimaGalakkan amalan Gaya Hidup Sihat.
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Pra HypertensiAmalkan gaya hidup sihat
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
Amalkan pemakanan sihatKurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2Amalkan gaya hidup sihat
Berhenti merokok
Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
Pengesanan komplikasi terutamanya :Jantung
Ginjal
Mata
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3Rawatan dengan pemberian ubatan
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
Dapatkan keterangan lanjut dari doktor

Hypertensi sistolik sahajaRawatan dengan pemberian ubatan jika BP ? 160/100

Kumpulan SokonganPertubuhan Hypertensi Malaysia (Malaysian Society of Hypertensi)
NASAM
Yayasan Jantung Negara

Penulis : Dr. Fatanah Ismail
Penyemak : Dr. Stanley CY Lim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/11/tekanan-darah-tinggi-hipertensi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berubah Jadi Lebih Muda Setelah Kena Penyakit Darah Tinggi Dan Kencing Manis

Berubah Jadi Lebih Muda Setelah Kena Penyakit Darah Tinggi Dan Kencing Manis

papar berkaitan - pada 27/11/2023 - jumlah : 309 hits
Baru ini jumpa seorang kawan di Perak Dah lama tak jumpa dan dia kelihatan berubah dari segi keadaan fizikal walaupun umur makin meningkat Pelik juga bila umur makin meningkat tapi tubuh badan kelihatan lebih sihat daripada beberapa tahun y...
Tekanan Darah Normal Untuk Dewasa Yang Anda Perlu Tahu

Tekanan Darah Normal Untuk Dewasa Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 326 hits
Tekanan darah normal adalah berbeza mengikut individu Ia boleh dipengaruhi oleh usia jantina serta tahap kesihatan seseorang Memantau tekanan agar sentiasa berada pada paras normal adalah penting bagi mencegah masalah kesihatan yang lebih s...
5 Negara Punyai Jumlah Kemasukan Pelancong Yang Tinggi Tapi Tiada Airport Langsung

5 Negara Punyai Jumlah Kemasukan Pelancong Yang Tinggi Tapi Tiada Airport Langsung

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 123 hits
Biasanya jika anda ingin melancong ke mana mana anda pasti akan menempah tiket penerbangan betul Tetapi bagaimana jika tempat yang anda ingin kunjungi tidak mempunyai lapangan terbang Anda mungkin rasa perkara itu mustahil kan Walaupun kede...
Elak Makanan Tinggi Gula Jajan Pakar Otak Kongsi Elak Tip Anak Tantrum

Elak Makanan Tinggi Gula Jajan Pakar Otak Kongsi Elak Tip Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 245 hits
Menangis kerana mahukan sesuatu sampai berguling di lantai Itu perkara biasa bila mana melihat anak yang tantrum Ada juga anak yang menangis tanpa henti hanya kerana permintaannya tidak dipenuhi oleh mak ayah Ada sebabnya mengapa anak mahu ...
Harga Emas Tinggi Masa Untuk Jual Emas

Harga Emas Tinggi Masa Untuk Jual Emas

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 227 hits
Harga emas tinggi dan mahal Adakah dah sampai masa untuk kita jual emas yang ada atau perlukan kita teruskan menyimpan emas Kalau anda nak cari tempat jual emas dengan harga paling tinggi sila ke Ramai daripada kita telah menyimpan emas seb...
Sharifah Zarina Puas Hati Suara Nyanyian Masih Sedap Amp Boleh Tarik Nada Tinggi

Sharifah Zarina Puas Hati Suara Nyanyian Masih Sedap Amp Boleh Tarik Nada Tinggi

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 158 hits
Penyanyi Sharifah Zarina mengakui dirinya puas selain mengatakan suara nyanyiannya masih sedap untuk didengari meskipun sudah lama tidak membuat persembahan di khalayak ramai Ia berikutan suaranya dikritik teruk kerana dikatakan gagal untuk...
Hb Normal Ibu Hamil Kesan Hb Terlalu Rendah Tinggi Ketika Mengandung

Hb Normal Ibu Hamil Kesan Hb Terlalu Rendah Tinggi Ketika Mengandung

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 236 hits
Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan Bagi wanita yang hamil mereka perlu lebih banyak oksigen berbanding normal supaya kandungan dapat berkembang dengan sihat Adakah bahaya s...
Keradangan Tubuh Tinggi

Keradangan Tubuh Tinggi

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 130 hits
Bagi yang ada masalah kesihatan terutamanya diabetes tahap keradangan tubuh adalah sangat tinggi Keradangan ini boleh menyebabkan kerosakan retina dan menyebabkan kebutaan atau menyebabkan kerosakan saraf Keradangan juga menyebabkan pesakit...
Langkah Jadi Usahawan Berisiko Tinggi Yang Saya Ambil Ketika Awal Nak Berniaga Dahulu

Langkah Jadi Usahawan Berisiko Tinggi Yang Saya Ambil Ketika Awal Nak Berniaga Dahulu

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 236 hits
Maklumat terkini untuk tahun 2023 yang saya dapat tahu tentang jumlah usahawan di seluruh dunia adalah seramai 582 juta orang Maklumat dari Global Entrepreneurship Monitor mengatakan jumlah usahawan naik selepas pandemik di seluruh dunia 90...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash