Hb Normal Ibu Hamil Kesan Hb Terlalu Rendah Tinggi Ketika Mengandung


Hemoglobin (hb) adalah protein dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan.
Bagi wanita yang hamil, mereka perlu lebih banyak oksigen berbanding normal supaya kandungan dapat berkembang dengan sihat. Adakah bahaya sekiranya ibu hamil tidak mempunyai tahap Hb yang normal?
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Bacaan Hb Normal Ibu Hamil Berikut merupakan julat normal Hb (dalam ukuran gram per desiliter g/dl) bagi wanita dewasa :
Tidak hamil: 12 hingga 15.8 g/dl atau 120 hingga 158 g/L Trimester pertama: 11.6 hingga 13.9 g/dl atau 116 hingga 139 g/L Trimester kedua: 9.7 hingga 14.8 g/dl atau 97 hingga 148 g/L Trimester ketiga: 9.5 hingga 15 g/dl atau 95 hingga 150 g/L Mengapa Bacaan Hb Selalu Menurun Ketika Hamil? Kadar hemoglobin yang menurun semasa hamil boleh dianggap normal kerana jumlah darah akan meningkat sehingga 50% bagi membekalkan nutrisi penting untuk bayi dalam kandungan.
Apabila memasuki minggu ke-8 kehamilan, paras plasma akan menjadi lebih tinggi berbanding sel darah merah. Disebabkan ini, sel darah merah menjadi kurang pekat dan paras Hb boleh menurun sehingga 10.5 g/dl.
Namun, anda perlulah mendapatkan pemeriksaan segera jika paras Hb adalah lebih rendah daripada ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan ibu dan mengakibatkan keletihan, tangan dan kaki sejuk, kuku rapuh dan mudah patah, degupan jantung laju, pening kepala, kulit pucat dan sesak nafas walaupun sedang berehat.
Keadaan boleh menjadi bertambah teruk sekiranya paras Hb menurun sehingga 6g/dl kerana ia boleh menjurus kepada angina.
Angina adalah sakit dada jangka pendek yang berlaku apabila otot jantung tidak menerima darah atau oksigen yang mencukupi.
Tips Kembalikan Hb Normal Ibu Hamil Ibu mengandung boleh atasi masalah Hb rendah dengan mengubahsuai pemakanan dan mengambil makanan tinggi zat antaranya :
Sayur-sayuran berdaun gelap, buah-buahan kering, bijirin barli Buahan-buahan tinggi zat besi (jambu batu, kiwi, buah tin, epal) Sayur dan buah tinggi vitamin C (oren, brokoli, tomato, raspberi) Makanan tinggi asid folik dan vitamin B kompleks (avokado, bendi, salad, lobak, taugeh) Hadkan juga pengambilan kalsium, gluten dan kafein berlebihan kerana ia boleh menghalang penyerapan zat besi oleh tubuh.
Hb Tinggi Ketika Hamil Selain penurunan, sesetengah ibu hamil juga boleh alami peningkatkan paras Hb. Ia berkemungkinan besar berkaitan dengan masalah kesihatan pada buah pinggang, paru-paru dan jantung.
Pada masa yang sama, paras Hb wanita juga boleh meningkat kerana :
Kurang pengambilan cecair / air Terlebih pengambilan suplemen zat besi Erythrocytsosis Lebih teruk lagi, paras Hb yang tinggi boleh menjadi punca kepada beberapa komplikasi seperti :
Berat yang rendah ketika bayi dilahirkan Sekiranya ia berlaku ketika trimester satu dan dua, ia boleh menyebabkan janin kecil untuk usia kehamilan (small for gestational age). Jika paras Hb melebihi 14g/dl semasa trimester ke-2, ibu berisiko untuk alami preeklampsia Menjejaskan pengaliran darah dalam badan ibu dan seterusnya menghalang perkembangan sihat bayi. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat doktor sekiranya paras Hb anda tidak berada pada tahap normal ketika hamil.
Meskipun penjagaan makanan yang seimbang boleh mengawal tahap hemoglobin, namun anda masih disarankan untuk berunding dengan doktor untuk mendapatkan kepastian tentang tahap kesihatan anda serta bayi.
Sumber : Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hb-normal-ibu-hamil/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hb-normal-ibu-hamil

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacaan Hb Rendah Perlu Makan Apa Semasa Ibu Mengandung Hamil

Bacaan Hb Rendah Perlu Makan Apa Semasa Ibu Mengandung Hamil

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 238 hits
Bacaan HB Rendah Perlu Makan Apa Semasa Ibu Mengandung HamilBacaan HB Rendah Perlu Makan Apa Semasa Ibu Mengandung Hamil Anemia sebab kekurangan zat besi sangat sinonim dengan ibu mengandung sedangkan anemia ni boleh terjadi kepada sesiapa ...
Langkah Jadi Usahawan Berisiko Tinggi Yang Saya Ambil Ketika Awal Nak Berniaga Dahulu

Langkah Jadi Usahawan Berisiko Tinggi Yang Saya Ambil Ketika Awal Nak Berniaga Dahulu

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 144 hits
Maklumat terkini untuk tahun 2023 yang saya dapat tahu tentang jumlah usahawan di seluruh dunia adalah seramai 582 juta orang Maklumat dari Global Entrepreneurship Monitor mengatakan jumlah usahawan naik selepas pandemik di seluruh dunia 90...
Tak Putus Doa Nak Pastikan Anak Bijak Dan Dengar Kata Ibu Amalkan Ni Masa Hamil

Tak Putus Doa Nak Pastikan Anak Bijak Dan Dengar Kata Ibu Amalkan Ni Masa Hamil

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 172 hits
Matlamat untuk menjadikan anak bijak dan dengar kata serta tidak bermasalah sebenarnya harus bermula daripada awal iaitu ketika mengandung lagi Kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara ...
Nampak Rendah Dari Rakan Sebaya Ini Makanan Mak Ayah Kena Ambil Nak Bagi Anak Tinggi

Nampak Rendah Dari Rakan Sebaya Ini Makanan Mak Ayah Kena Ambil Nak Bagi Anak Tinggi

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 136 hits
Kita mulalah runsing bila saiz badan anak kecil dan rendah berbanding rakan sebayanya Tak tinggi tinggi buat kita bertambah risau Apa sebabnya Sebenarnya pemakananlah paling penting untuk menambah ketinggian anak dan seimbang pada usianya M...
Bayi Terlebih Besar Dalam Perut Boleh Beri Kesan Pada Ibu Ini Yang Mama Perlu Tahu Mengenai Macrosomia

Bayi Terlebih Besar Dalam Perut Boleh Beri Kesan Pada Ibu Ini Yang Mama Perlu Tahu Mengenai Macrosomia

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 140 hits
Ada ibu yang terpaksa menjalani pembedahan ketika melahirkan bayi kerana bayi dalam kandungan besar saiznya Hal ini dipanggil sebagai macrosomia di mana fetus bersaiz besar melebihi dari 4kg Menurut perkongsian saiz fetus yang besar boleh d...
Doktor Veterinar Galak Ibu Bapa Beri Anak Bela Kucing Terapi Beri Kesan Perkembangan Otak

Doktor Veterinar Galak Ibu Bapa Beri Anak Bela Kucing Terapi Beri Kesan Perkembangan Otak

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 168 hits
Bila anak minta hendak bela ramai agak keberatan Pelbagai alasan yang diberi kepada anak termasuk faktor kebersihan alahan dan sebagainya Namun hakikatnya memelihara haiwan mampu mendidik menjadi seorang positif dalam pelbagai aspek Kenapa ...
Jurus Bacapres Prabowo Hilang Stunting Beri Makan Siang Gratis Anak Hingga Tunjangan Ibu Hamil

Jurus Bacapres Prabowo Hilang Stunting Beri Makan Siang Gratis Anak Hingga Tunjangan Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 137 hits
Prabowo Subianto memiliki strategi jangka panjang untuk menghilangkan stunting bagi anak Indonesia
Budak 2 Tahun Dipercayai Hilang Ketika Teman Ibu Menjaja

Budak 2 Tahun Dipercayai Hilang Ketika Teman Ibu Menjaja

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 153 hits
FMT ReportersKetua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata usaha mencari dan menyelamat digerakkan selepas menerima aduan daripada bapa mangsa PETALING JAYA Kanak kanak lelaki dua tahun dipercayai hilang selepas terjatuh dalam longkan...
Ibu Ralit Layan Handphone Ketika Menyusu Boleh Bahayakan Bayi

Ibu Ralit Layan Handphone Ketika Menyusu Boleh Bahayakan Bayi

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 136 hits
Kebanyakan ibu ibu moden akan mengambil kesempatan memeriksa atau melayan handphone semasa menyusukan sebagai cara mengisi masa lapang Tahukah anda menurut pakar ibu yang menggunakan mereka ketika menyusukan bayi boleh membahayakan si kecil...
Tiada Kemaskini Maklumat Pen Gabenor

Adakah Duit Syiling Peringatan Sempena Jubli Emas Hubungan Diplomatik Malaysia China Bakal Dikeluarkan

Sedap Ayam Goreng Dsara Fried Chicken Temerloh

Lg Unveils Brave Optimists Brand Book Showcasing Its Unique Optimistic Dna

Dua Survey Dapati Najib Terlalu Popular Lalu Ada Pihak Halang Pembebasan Nya

Govt Committed To Building Sungai Bakap Tamil School

Kadar Perceraian Setiap Negara

Former Court Of Appeal Judge Named New Suhakam Chair



Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria


M Sia Tong Sampah Pelacur Orang Cina X Problem

Majukan Diri Tanpa Hutang

Children S Playgrounds Need Close Monitoring Quick Action To Repair Defective Equipment

The Indian Problem Revisited

Bunga Pink Carnation Bouquet Daripada Happybunch

Konsert Rock Never Dies Gabungkan 20 Gergasi Rock