Tekad Dap Tawan Hati Melayu


DAP tidak boleh selamanya cuma bergantung kepada rakan mereka dalam Pakatan Harapan (PH) untuk memikat pengundi Melayu, kata Tey Kok Kiew

Atas sebab itulah, kata Pengerusi DAP Melaka berkenaan, dia menawarkan diri untuk bertanding ke kerusi DUN Bemban yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu

"DAP tidak boleh terus berada di kawasan bandar saja, kita perlu meluaskan pengaruh

"Sebagai pengerusi DAP negeri, saya perlu memimpin melalui teladan dengan pergi ke kawasan yang lebih jauh dari bandar, mengenali kehidupan kaum lain dan memberi mereka peluang untuk kenali kami

"Dengan itu barulah DAP boleh pergi jauh. DAP tidak boleh bergantung kepada parti rakan PH untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," katanya
Tambah bekas exco Melaka semasa PH menjadi kerajaan itu juga yakin usaha menarik sokongan orang Melayu kepada DAP melalui bantuan parti lain hanya berkesan untuk jangka pendek

Namun katanya untuk jangka panjang DAP perlu melakukannya sendiri agar lebih ramai Melayu memahami perjuangan dan idealisme yang dibawa parti berkenaan

"Saya percaya dengan cara itu barulah lebih ramai orang Melayu akan menyokong DAP," katanya

Memang besar di Bandar Hilir
DAP sejak sekian lama bergelut dengan masalah imej khususnya dalam kalangan prang Melayu selepas parti itu terus-terusan dilabel sebagai memusuhi Islam dan Melayu oleh musuh politiknya

Usaha mengatasi persepsi itu kemudian digerakkan dengan giat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antaranya DAP meletakkan lebih ramai pemimpin Melayu dalam kepimpinan parti khususnya di peringkat pertengahan

Pada masa sama parti itu masih banyak bergantung kepada rakan sekutunya dalam PH untuk memenangi undi Melayu

Tey berkata sebagai pengerusi DAP Melaka, dia lebih dikenali, justeru menjadi tanggungjawabnya untuk bertanding di kerusi yang lebih berisiko

Untuk rekod pada pilihan raya lalu - yang diadakan serentak dengan PRU ke-14 - Tey bertanding di Bandar Hilir dan memenangi kerusi berkenaan dengan memperoleh 14,038 undi

Ia merupakan 67 peratus daripada undi yang ada berbanding calon lain, Shaun Lee Chong Leng (BN) yang mendapat 2,725 undi dan Chin Choong Seong (bebas) yang hanya memperoleh 141 undi

Tek dibezakan dengan 11,313 undi daripada Lee yang menjadi pencabar terdekatnya

"Kami berasakan ada keperluan strategik. Saya sendiri merasakan keperluan itu

"Seperti yang saya katakan, untuk menjadi kerajaan kami perlukan 15 kerusi termasuk DUN Bemban," katanya

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.
Strategi meletakkan pemimpin kanan di kawasan berisiko tinggi digunakan oleh pemimpin pusat DAP sejak sekian lama terutamanya melibatkan veterannya Lim Kit Siang

Lim - yang bermula sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka (dahulunya Bandar Melaka) - berpindah ke Pulau Pinang pada 1980-an dan 1990-an untuk meluaskan pengaruh parti itu di sana

Mungkin tak ramai keluar
Hanya selepas beberapa kali mencuba barulah DAP dapat menguasai negeri berkenaan dan kini ia dianggap sebagai kubu kuat parti tersebut

Lim yang pernah menjadi ahli parlimen Ipoh Timur antara 2004 dan 2013 dalam usaha untuk memenangi Perak, kini mewakili kerusi parlimen Iskandar Puteri di di Johor

Beberapa pemimpin tertinggi DAP juga turut mengikuti jejak langkahnya, namun tidak semua yang benar-benar berjaya

Misalnya, tindakan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong yang mencabar Presiden MCA Wee Ka Siong di Ayer Hitam dan tewas walaupun dengan majoriti tipis, 303 undi, pada 2018

Bagaimanapun, Tey berkata dia bersedia menghadapi risiko itu

"Saya perlu berterus terang - jika DAP takut kalah, maka itu bukan wakil rakyat DAP

"Daripada meletakkan orang baru ke tempat berbahaya, kenapa tidak kita beri peluang dan platform kepada orang baru (untuk bertanding kerusi selamat)?" katanya

Setiausaha politik Tey, Leng Chau Yen, 37, akan bertanding di kerusi yang dilepaskan Tey iaitu Bandar Hilir

Kali ini di DUN Bemban, Tey akan menentang, Koh Chin Han dari BN, Mohd Yadzil Yaakub (PN) dan dua calon bebas iaitu Azmi Kamis dan Ng Choon Koon

Pada 2018, DAP memenangi kerusi DUN Bemban tetapi hanya dengan 45.4 peratus undi dalam pertembungan tiga penjuru

Bagaimanapun, dengan kekecewaan pengundi dan kemungkinan peratusan keluar mengundi yang rendah akibat pandemik Covid-19, Tey menghadapi cabaran yang sukar

Dalam temu bual itu, Tey juga mengulangi sokongan DAP agar Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, sekali lagi menjadi calon ketua menteri jika gabungan itu mendapat kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri

SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/11/tekad-dap-tawan-hati-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 1001 Panas Kini Wujud Usaha Parti Melayu Islam Halang Dap

Rentasan 1001 Panas Kini Wujud Usaha Parti Melayu Islam Halang Dap

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 220 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10011 HIPOKRASI PEMIMPIN MELAYU ISLAM MENCIPTA MUSUH SENDIRI 2 PAS HILANG LOGO DI MELAKA 3 PH DIJATUHKAN DI MELAKA BUKAN KERANA GAGAL
Calon Muda Prn Mampukah Mereka Menang Tawan Hati Pengundi

Calon Muda Prn Mampukah Mereka Menang Tawan Hati Pengundi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 184 hits
Berbeza dengan pilihan raya terdahulu parti parti politik berlumba lumba meletak muka baharu dan tidak kurang juga mempertaruhkan calon muda bagi pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 20 November Lebih menarik lagi PRN ...
Kalau Ikutkan Hati Tak Puas Hati Juga Mereka Hanya Dipenjara 18 Tahun Sahaja Bapa Arwah Zulfarhan

Kalau Ikutkan Hati Tak Puas Hati Juga Mereka Hanya Dipenjara 18 Tahun Sahaja Bapa Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 284 hits
Kalau ikutkan hati tak puas hati juga mereka hanya dipenjara 18 tahun sahaja Bapa arwah ZulfarhanHukuman penjara 18 tahun dijatuhkan terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia setelah didapati bersalah atas pertuduhan me...
Kemudi Hati Kesan Emosi Gangguan Seksual

Kemudi Hati Kesan Emosi Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 258 hits
KEMUDI HATI Kesan Emosi Gangguan Seksual Like Follow Follow Subscribe
Tanda Tanda Phone Sudah Masuk Dalam Hati

Tanda Tanda Phone Sudah Masuk Dalam Hati

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 194 hits
Tanda tanda phone sudah masuk dalam hati adalah 1 Lepas solat terus cari phone 2 Baca Quran pun dah tak ada keghairahan 3 Bangun tidur terus capai phone 4 Waktu Tahajjud dilengahkan kerana melayan phone lagi 5 Nabi rehat dengan solat kita r...
Resepi Biskut Hati

Resepi Biskut Hati

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 271 hits
RESEPI BISKUT HATIBAHAN BAHAN250 gm marjerin250 gm gula icing2 cawan tepung jagung2 cawan tepung gandum2 cawan tepung ubi1 sudu teh baking powder1 biji telurSerbuk kokoCARA CARA MEMBUATNYA1 Putar marjerin dan gula hingga kembang2 Masukkan t...
Video Cuci Longkang Tersumbat Di Lebuh Raya Hingga Tenggelam Badan Aksi Pekerja Pembersihan Sentuh Hati Warganet

Video Cuci Longkang Tersumbat Di Lebuh Raya Hingga Tenggelam Badan Aksi Pekerja Pembersihan Sentuh Hati Warganet

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 612 hits
TUGAS pekerja pembersihan adalah mulia The Unsung Hero atau wira tak didendang itulah gelaran yang sesuai buat mereka
Ekslusif Luahan Hati Ibu Menceritakan Betapa Luluh Hati Nya Kisah Sebenar Nur Sajat Bermula Ketika Berusia 14 Tahun

Ekslusif Luahan Hati Ibu Menceritakan Betapa Luluh Hati Nya Kisah Sebenar Nur Sajat Bermula Ketika Berusia 14 Tahun

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 413 hits
EKSLUSIF LUAHAN HATI IBU MENCERITAKAN BETAPA LULUH HATI NYA Kisah Sebenar Nur Sajat Bermula Ketika Berusia 14 TahunLuluh hati seorang ibu apabila terpaksa menerima hakikat bahawa anaknya mengambil keputusan paling tidak masuk akal dalam hid...
Betty Puas Hati Tak Bagi Gula Garam Hingga 2 Tahun Kini Wira Tak Memilih Makan

Betty Puas Hati Tak Bagi Gula Garam Hingga 2 Tahun Kini Wira Tak Memilih Makan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 275 hits
Sejak bergelar ibu Betty Rahmad yang juga adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida sentiasa menjadi perhatian ramai kerana caranya membesarkan anak lelaki sulung yang diberi nama Ardy Wira cukup berdisiplin terutama dalam bab pemakanan ...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans