Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort Kedah
Teambuilding Penghujung 2022 Di Sedim Riverside Resort, Kedah. Kita lontar belakang kejap untuk update aktiviti di penghujung tahun 2022. Boleh juga korang jadikan pilihan bercuti semasa cuti sekolah tak lama lagi. Dah lama tak buat aktiviti teambuilding. Sementara ada kesempatan, adhoc planning team kami untuk teruskan juga sesi teambuilding ini walau pun keadaan cuaca di utara pada ketika itu tidak berapa baik. Dah hujung-hujung tahun baru ada kesempatan.
Kalau sebut Sedim, biasanya orang akan ingat tentang tempat beriadah tepi sungai sebab Sedim adalah antara lokasi yang terkenal - air sungai berarus deras di utara ni. Tapi resort yang kami pilih ni jauh sedikit daripada kawasan utama tersebut, tetap ada sungai cuma sungainya lebih cetek dan lebih selamat untuk anak-anak bermain.
Aktiviti dua hari satu malam ni agak santai dan tidak terlalu padat seperti biasa program teambuilding. Kali ini lebih kepada sesi engagement geng pejabat di luar ofis. Semenjak dibenarkan masuk ofis, kami jarang dapat berkumpul sekali sebab bekerja secara giliran, jadi kesempatan ini kami gunakan untuk kumpulkan semua team member. Last minute tetap ada juga yang tidak dapat hadir atas sebab kesihatan.
Sedim Riverside ResortJom akak share serba sedikit info tentang resort ni. Resort ni ala-ala kampung. Ada sungai dalam kawasan resort. Sungainya tidaklah terlalu dalam dan arusnya tidak deras. Sesuai nak bawa anak-anak berendam.
Penginapan berbentuk rumah kampung. Ada beberapa pilihan bergantung berapa orang yang akan menginap. Di tepi-tepi sungai juga ada chalet yang sesuai untuk keluarga kecil. Selain itu, ada juga disediakan tapak perkhemahan bagi mereka yang mahu ber 'camping'.
Ada juga disediakan aktiviti-aktiviti lain seperti jungle tracking, flying fox, ATV dan lain-lain. Memang sesuai untuk ber team buiding. Tapi kami lebih kepada aktiviti-aktiviti santai sendiri.
Ada kolam renang dan juga padang yang boleh digunakan untuk beraktiviti. Ada cafe disediakan. Di sini boleh buat bayaran guna e-wallet juga selain tunai.
Kami pilih penginapan rumah besar ni 2 buah. Satu untuk team gegirl, satu untuk team boboi. Antara 2 buah rumah ni ada kolam mandi. Agak besar juga. Rumah ni boleh memuatkan 6-10 orang penghuni. Ada satu bilik, ada ruang tidur juga di bahagian atas. Katil hanya ada dalam bilik, selebih disediakan tilam yang mudah untuk korang angkat. Bila tidur ramai-ramai di ruang bawah, rasa macam balik kampung pula masa perayaan
Waktu pagi laluan daripada rumah untuk ke sungai. Sejuk masa ni
Kalau tak nak makan di cafe, boleh lah keluar ke kawasan kampung untuk beli. Ada beberapa gerai makanan di sepanjang jalan ke sini. Ada berjualan waktu pagi sahaja, ada yang tengahari dan petang. Cuma korang kena survey dululah samada kedai berjualan atau tidak.
Ni je gambar makanan yang sempat diambil. Punyalah sibuk. Over all makanannya akak bagi 5/10 je. Ada yang best, ada yang biasa-biasa saja. Makan semua di cafe. Secara keseluruhannya, kalau korang suka nak cari suasana hijau, jauh daripada hiruk pikuk bandar dan nak rasa nyaman tinggal di kampung, Sedim Riverside Resort boleh jadi antara pilihan korang. Tapi kalau musim hujan kena jugalah berhati-hati.
Jom akak share sedikit gambar-gambar di sana.
Ni la team kami. Bos bagi amanat pada team. Kami dah tak ramai, ada juga beberapa orang yang tak boleh turut serta
Suasana rimba, memang best..hijau je
Ada jambatan kecil merentas sungai daripada tapak perkhemahan ke cafe.
Ambil kesempatan jugalah berendam dalam sungai dengan budak-budak.
Kalau datang ke Kulim, Kedah, bolehlah masukkan lokasi ni dalam plan korang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azirahman.com/2023/01/teambuilding-penghujung-2022-di-sedim-riverside-resort-kedah.html