Tbs Tiket Online
TBS TIKET ONLINE(Semakan Jadual Perjalanan Pembelian Tiket Pas Perlepasan Kod QR)
Kepada anda yang seringkali menggunakan perkhidmatan penggangkutan awam seperti Bas terutamanyya di TBS, sudah tentunya anda ingin mengetahui cara membeli tiket bas secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membeli tiket secara online yang senang dan pantas, semoga membantu.
APA ITU TBS
Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan stesen bas bersepadu yang memberi perkhidmatan bas ke Semenanjung Malaysia. Terminal ini telah siap pada November 2010. Terminal pengangkutan ini menggunakan kecanggihan teknologi pengangkutan terkini untuk mempertingkatkan kemudahan dan keselesaan pengunjung dan para penumpang yang menaiki bas ekspres ke selatan, timur, dan utara.
WAKTU OPERASI KAUNTER TIKET TBS
Kaunter Tiket di TBS ini dibuka 24 jam, 7 hari seminggu.
Terdapat 19 kaunter tiket yang disediakan, penumpang yang tidak mahu menunggu lama atau beratur panjang untuk membeli tiket
Terdapat juga enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau ‘touch n go. Mesin Tiket Layan Diri 1-11 juga boleh didapati di Aras 3 atau Aras 4.
CARA BELI TIKET BAS TBS ONLINE
Pengguna boleh membuat pembelian dan penempahan tiket secara online ‘e-ticketing’. Beerikut adalah merupakan caranya:
Layari laman web eTicketing TBS
Klik “Sign Up” di bawah borang log masuk. Pengguna pertama dikehendaki mendaftarkan akaun bagi memudahkan anda melihat dan menyimpan segala transaksi pembelian tiket
Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk
Pilih tarikh perjalanan
Pilih lokasi perlepasan
Pilih destinasi
Pilih bilangan penumpang
Pilih jenis trip (sehala atau pergi balik)
Pilih tempat duduk
Lakukan bayaran secara dalam talian sehingga selesai
CARA BELI TIKET BAS TBS GUNA APLIKASI TBS-BTS
Bagi memudahkan urusan pembelian anda, anda boleh membuat pembelian menerusi aplikasi. Berikut adalah merupakan caranya:
Muat turun aplikasi TBS-BTS secara percuma melalui pautan di bawah:
Google Playbagi pengguna Android
App Storebagi pengguna iOS
Daftarkan akaun anda (bagi pengguna pertama). Kemudian log masuk akaun anda dan isikan maklumat berikut:
Pilih tarikh perjalanan
Pilih lokasi perlepasan
Pilih destinasi
Pilih bilangan penumpang
Pilih jenis trip (sehala atau pergi balik)
Pilih tempat duduk
Lakukan bayaran secara dalam talian sehingga selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai TBS Online, sila layari website rasmi Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
ARTIKEL LAIN:
DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS PELANCONG/PERSIARAN
BAS SEKOLAH PERCUMA DBKL (MySchoolBus) 2023/2024
The post TBS TIKET ONLINE(Semakan Jadual Perjalanan Pembelian Tiket Pas Perlepasan Kod QR) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/tbs-tiket-online.html