Tbs Jadi Contoh Naik Taraf Stesen Bas Seluruh Negara Menteri


Alyaa Alhadjri       Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini berkata kemudahan penumpang dan pemandu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) akan digunakan sebagai penanda aras untuk menaik taraf terminal bas lain di seluruh negara

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di terminal bas di Kuala Lumpur itu, Loke berkata ciri utama yang boleh dicontohi ialah sistem tiket berpusat yang mengatasi amalan 'ulat tiket' - masalah biasa semasa tempoh perayaan.

"TBS boleh jadi model dari segi kemudahan dan pengurusan. Saya telah melawat beberapa terminal di seluruh negara, di Melaka, Alor Setar dan lain-lain.

"Terdapat kemudahan yang baik tetapi kami mahu mencapai tahap yang lebih tinggi, seperti apa yang kami ada di sini," kata Loke yang ditemani Pengarah Urusan TBS Roslan Shariff.

Pada masa depan, Loke berkata kerajaan menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat menyasarkan untuk memperkenalkan rangka kerja peraturan kawal selia kepada pengendali terminal bas, yang memperuntukkan kemudahan minimum yang mesti disediakan.

Cara beli tiket dulu-dulu
Mengenai sistem tiket berpusat yang telah dilaksanakan sejak TBS memulakan operasi lapan tahun yang lalu, Loke berkata 'ulat tiket' tidak lagi mempunyai peluang untuk membeli dan menjual semula tiket bas semasa tempoh puncak pada harga yang terlalu tinggi.

"Tidak seperti cara membeli tiket dulu-dulu dari individu di kaunter bas, penumpang sekarang boleh membeli tiketnya daripada mana-mana 70 kaunter di sini dan akan terdapat 19 lagi kaunter tambahan sempena perayaan Tahun baru Cina.

"Hanya penumpang dengan tiket yang sah saja dibenarkan masuk ke kawasan pelepasan dan ini akan menghalang masalah 'ulat tiket'," katanya.
Bagi cuti perayaan Tahun Baru Cina akan datang ini, Loke berkata beliau diberitahu pengurusan TBS telah bersedia dengan jangkaan pertambahan perjalanan bas dan penumpang dari 1 ke 10 Februari ini.

"Sekarang ini purata sekitar 16,000 penumpang sehari dijangka meningkat sehingga antara 18,000 dan 19,000 penumpang," kata Loke sambil menjelaskan terdapat kira-kira 1,000 pelepasan dan ketibaan bas setiap hari di TBS

Bagi memenuhi permintaan penumpang yang meningkat di musim perayaan, Loke berkata kira-kira 300 bas tambahan akan bergerak dari TBS dan semua pengendali bas akan dikenakan caj tambahan sebanyak 10 peratus pada harga tiket.

"Jika kami tidak membenarkan syarikat-syarikat ini untuk memasukkan bayaran caj tambahan maka jumlah perkhidmatan terpaksa dikurangkan.

"Kami tidak mahu situasi kekurangan bekalan berbanding permintaan," katanya.

Beliau menjelaskan syarikat bas sentiasa dibenarkan untuk mengenakan bayaran tambahan semasa musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya

Loke berkata daripada segi piawaian keselamatan, para pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) akan selalu memeriksa bas di TBS sebelum berlepas.

Setiap pemandu juga akan diuji bagi memastikan mereka dalam keadaan yang cergas untuk memandu, jelasnya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/tbs-jadi-contoh-naik-taraf-stesen-bas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jkr Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh Triang

Jkr Akan Mohon Peruntukan Naik Taraf Laluan Temerloh Triang

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 190 hits
TEMERLOH Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan naik taraf laluan FR10 membabitkan laluan Temerloh Triang untuk jangka masa panjang Permohonan berkenaan akan dimasukkan ke dalam Rolling Plan tahun depan Timbalan Menterinya Mohd Anua...
Stesen Minyak Pamer Senarai Harga Minyak Negara Negara Jiran Tapi Brunei Tak Ada

Stesen Minyak Pamer Senarai Harga Minyak Negara Negara Jiran Tapi Brunei Tak Ada

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 1382 hits
PENGUSAHA stesen minyak di negara ini difahamkan sudah mula mempamerkan senarai perbandingan harga minyak terkini bagi negara negara jiran ASEAN dengan Malaysia untuk makluman orang ramai Senarai perbandingan harga minyak yang diletakkan di...
Program 1masjid 1polis Diperluas Ke Seluruh Negara Mac Ini

Program 1masjid 1polis Diperluas Ke Seluruh Negara Mac Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Program 1Masjid 1Polis akan diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah dan memastikan kawasan rumah ibadat itu selamat Pada masa ini sejumlah 6 047 masjid yang telah didaftar di bawah Majlis Agam...
Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia Peguam Negara Letak Jawatan

Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia Peguam Negara Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 757 hits
Rakyat perlu fahami berita ini kerana isunya telah memalukan Jabatan Peguam Negara dan seluruh sistem perundangan Malaysia Ianya digelar Black Monday for the rule of law yang mendakwa Peguam Negara telah memberi maklumat yang salah sehingga...
Kerajaan Lulus Naik Tambang Bas 10 Tahun Baharu Cina 2019

Kerajaan Lulus Naik Tambang Bas 10 Tahun Baharu Cina 2019

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 515 hits
Kerajaan telah memberi lampu hijau kepada pengusaha bas ekspres untuk menaikkan tambang sebanyak 10 peratus pada hari hari menjelang dan semasa Tahun Baharu Cina Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia Datuk Mohamad Ashfar Ali ber...
Informasi Tambang Bas Naik 10 Sempena T Baru Cina

Informasi Tambang Bas Naik 10 Sempena T Baru Cina

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR 23 Jan Sempena perayaan Tahun Baharu Cina syarikat bas ekspres didakwa dibenarkan menaikkan tambang mereka sebanyak 10 peratus Perkara tersebut didedahkan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia Datuk Mohamad Ashfar A...
Tahniah Malaysia Naik Satu Anak Tangga Negara Paling Kurang Rasuah Dunia

Tahniah Malaysia Naik Satu Anak Tangga Negara Paling Kurang Rasuah Dunia

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 405 hits
Hari ini laporan dari Transparency International s Corruption Perception Index 2018 menunjukkan negara tercinta kita Malaysia meningkat naik tahap kurang rasuahnya satu anak tangga ke kedudukan 61 dari 170 negara di dunia Tahun 2017 kita du...
Skmm Kami Maklum Masih Ada Pelanggan Yang Masih Belum Menerima Naik Taraf Kelajuan Internet

Skmm Kami Maklum Masih Ada Pelanggan Yang Masih Belum Menerima Naik Taraf Kelajuan Internet

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 224 hits
Pada tahun lepas kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian sekaligus membawa kepada penurunan harga jalur lebar Selari dengannya juga beberapa syarikat jalur lebar telah mengumumkan naik taraf kelajua...
Naik Taraf Kualiti Gambar Tanpa Perlu Sebarang Aplikasi Tambahan

Naik Taraf Kualiti Gambar Tanpa Perlu Sebarang Aplikasi Tambahan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 259 hits
Kepada anda yang ingin memperbaiki kualiti gambar dengan pantas tanpa sebarang perisian tambahan boleh sahaja cuba kaedah berikut Pertama sekali masuk ke laman sesawang improvephoto net Untuk memuat naik gambar yang ingin di naik taraf klik...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi