Tawaran Hijrah Asnaf Tanaman Lznk Untuk Usahawan Agrotani Belia
Tawaran Hijrah Asnaf Tanaman LZNK Untuk Usahawan Agrotani Belia
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini menawarkan bantuan bagi usahawan agrotani daripada golongan belia.
Inisiatif ini diwujudkan oleh LZNK dengan kerjasama Agrobank dan syarikat CocoJack bagi meringankan beban para usahawan agrotani agar penghasilan tanaman serta pendapatan mereka dapat ditingkatkan.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan.
Baca Juga : Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK Ambilan Oktober 2022/2023
Tarikh Tutup Permohonan
Usahawan belia yang berminat boleh kemukakan permohonan untuk menjadi peserta program sebelum tarikh tutup iaitu pada 25 Disember 2022.
Untuk makluman, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berasal daripada kawasan Merbau Pulas dan sekitarnya.
Manfaat & Kemudahan Program Hijrah Asnaf Tanaman
Peserta bakal ditawarkan manfaat menerusi program ini seperti yang disenaraikan berikut :
Tapak Projek Daerah Kulim
Modal Permulaan
Modul dan Teknik
Bimbingan oleh Pakar Agrotani
Produk dan Pembeli
Elaun Sementara Menunggu Hasil
Syarat Penyertaan
Pemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat kelayakan berikut :
Berasal daripada keluarga dari kumpulan asnaf.
Belia daripada Negeri Kedah.
Berumur 18 tahun ke atas.
Sihat tubuh badan.
Berminat dalam bidang yang dipohon.
Cara Mendaftar
Untuk menyertai program ini, anda boleh ikuti panduan pendaftaran seperti berikut :
Layari pautan berikut iaitu https://bit.ly/usahawanagrotani.
Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan.
Muat naik dokumen yang diperlukan.
Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon juga dikehendaki untuk kemukakan dokumen seperti berikut :
Salinan Kad Pengenalan pemohon.
Salinan Kad Pengenalan ibu/bapa/penjaga.
Penyertaan Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Hijrah Asnaf Tanaman, sila hubungi Bahagian Pembangunan Asnaf LZNK di talian 04- 7331740/0194654255 (Whatsapp).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/hijrah-asnaf-tanaman-lznk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hijrah-asnaf-tanaman-lznk