Tawar Rm1 Juta Pun Tak Jual


Suraya Roslan AHMAD Baihaki menunjukkan koleksi jeans berusia lebih 100 tahun yang dimilikinya. FOTO Saifullizan Tamadi Bangi: Siapa sangka seluar jean pertama dan tertua di dunia kini berada di Malaysia yang dibeli seorang lelaki daripada pelelong di Amerika Syarikat (AS).
Seluar jean Levis keluaran pertama 1890 itu dibeli seorang pemilik bundle Tokor Amerika, Ahmad Baihaki Hussin, 40, selepas melihat satu dokumentari di YouTube.
Sejak itu dia mula menjadi 'pemburu' jean berusia 130 tahun itu dan mencarinya di sekitar AS.
Bukan saja itu, dia pernah ditawarkan RM1 juta oleh pengumpul koleksi dari Jepun dan Thailand untuk membeli jean koleksinya namun ditolak mentah-mentah.
"Jean poket satu ataupun yang dikenali sebagai First Blue Jeans ini dibeli daripada seorang pelelong di AS pada 2018.
"Saya mengetahui mengenai kewujudan seluar ini selepas melihat satu dokumentari di YouTube menyebabkan tergerak hati ke AS.
"Pertama sekali saya ke Maine, Portland sebelum diberitahu pemilik sebenar jeans berkenaan berada di Tucson," katanya kepada Harian Metro.

PELANGGAN bertanya sesuatu kepada Ahmad Baihaki. FOTO Saifullizan TamadiMenurutnya, dia kemudian menemui tapak rumah asal pemilik jean itu dan diberitahu rumah berkenaan sudah dijual.
"Saya dapat nombor telefon individu yang memegang seluar itu dan cuba menghubungi dan e-mel setiap hari sepanjang berada di sana namun tiada sebarang jawapan.
"Kemudian, saya pulang semula ke Ibu Pejabat Levis terletak di San Francisco sebelum dihubungi individu yang juga pelelong jeans berkenaan.
"Saya menawarkan untuk membeli jean itu dengan harga yang berpatutan bagi sehelai jeans yang berusia lebih daripada 100 tahun dan akhirnya dia bersetuju untuk menjualnya.
"Maksud harga yang bepatutan adalah harga yang diketahui umum bagi pengumpul barangan vintage seluruh dunia," katanya.
Ahmad Baihaki berkata, dia diberitahu jean pertama Levis itu dengan kondisi terbaik milik seorang lelaki berasal dari Jerman dengan saiz 44.
"Seluar ini dipercayai ditemui cucunya dalam satu bekas kayu dan disebabkan itu kondisinya masih elok.
"Saya kira jean yang saya miliki ini adalah yang tertua di dunia dengan kondisi terbaik," katanya.

AHMAD Baihaki melihat koleksi pakaian di kedainya. FOTO Saifullizan TamadiMenurutnya, dia dan rakannya turut memiliki jean model tahun 1922 yang dibeli di Jepun pada 2018.
"Jean Nevada ini adalah model pertama Levis berusia 1873 juga dibeli di Amerika," katanya.
Menceritakan lebih lanjut, Ahmad Baihaki berkata, mereka ditawarkan RM1 juta untuk menjual dua jean miliknya namun menolaknya berikutan pakaian itu susah untuk diperoleh.
"Bukan tidak pentingkan duit, tetapi koleksi yang kami ada sangat unik, kemungkinan kalau jumpa koleksi sama saya akan lepaskan yang ini, siapa tahu," katanya.
Akuinya, perniagaan bundle juga satu pelaburan, tetapi membabitkan pakaian yang unik saja.
"Bagaimanapun, ia bergantung kepada lokaliti juga contohnya sehelai baju T band rock seperti Nirvana kadang-kadang boleh mencecah harga RM3,000 hingga belasan ribu.
"Bergantung kepada permintaan di lokaliti dan juga trend semasa," katanya.

AHMAD Baihaki di depan kedai Tokor Amerika miliknya. FOTO Saifullizan TamadiPerniagaan bundle beri pulangan 100 peratus
Margin keuntungan sehingga 100 peratus menjadikan perniagaan pakaian terpakai atau bundle terus menjadi pilihan peniaga.
Pelbagai pakaian import dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Jepun dan Korea menjadi pilihan peminat bundle sejak puluhan tahun lalu.
Imej berpakaian bundle sudah diterima masyarakat sebagai satu cabang fesyen yang dianggap klasik kerana rekaan dan material pakaian yang seasoned.
Perkara itu diakui pemilik Save & Save Bundle, Muhd Firdaus Mohamad yang memaklumkan perniagaan bundle ini mempunyai potensi yang besar untuk berkembang kerana permintaan yang terus stabil.
Beliau berkata, walaupun dijual pada harga serendah RM5 sehelai namun peniaga masih mampu meraih keuntungan.
"Pakaian bundle dijual secara pukal dengan anggaran harga bermula RM500 hingga RM1,800 mengikut gred pakaian.
"Satu pukal dianggarkan berat 45 kilogram dengan 200 hingga 300 baju-T untuk setiap pukal manakala seluar jean sebanyak 100 helai," katanya ketika ditemui.

MUHD Firdaus. FOTO Hazreen Mohamad Katanya, harga pula akan ditentukan peniaga berdasarkan kondisi, corak dan material pakaian berkenaan.
Tambahnya, baju-T bercorak selain seluar jean dengan kain yang tebal dan warna yang baik akan dijual pada harga yang tinggi.
"Pakaian bundle boleh dijual dengan pelbagai variasi harga membolehkan peniaga meraih keuntungan bagi setiap pukal.
"Permintaan pula terus kekal baik dan peniaga tidak perlu memiliki kedai kerana boleh mempromosikan barangan jualan mereka menerusi laman sosial," katanya.
Beliau yang juga pengedar pakaian bundle untuk pasaran tempatan mempunyai beberapa pembekal di luar negara untuk membekalkan stok setiap bulan.
Katanya, kebersihan terus menjadi keutamaan dan pakaian yang dijual akan dibasuh dan digosok supaya nampak lebih kemas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/tawar-rm1-juta-pun-tak-jual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Saya Sudah Tiada Anak Maut Ditimpa Kerusi Dibaling Dari Tingkat 17 Ibu Saman Dbkl Rm1 Juta

Anak Saya Sudah Tiada Anak Maut Ditimpa Kerusi Dibaling Dari Tingkat 17 Ibu Saman Dbkl Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 387 hits
Tiga tahun lalu seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut akibat dihempap kerusi yang dibaling dari tingkat 17 sebuah rumah pangsa di PPR Pantai dalam Ketika itu mangsa yang juga merupakan pelajar di SMK La Salle Petaling Jaya dalam perja...
Sambut Hari Jadi Ke 28 Iu Sumbang Rm1 8 Juta Buat Golongan Memerlukan

Sambut Hari Jadi Ke 28 Iu Sumbang Rm1 8 Juta Buat Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 275 hits
IU sememangnya merupakan selebriti yang disukai ramai Bukan sahaja kerana bakatnya namun dia juga sering dipuji kerana kebaikannya Terbaru bagi menyambut hari kelahirannya yang ke 28 baru baru ini IU ataupun Lee Ji eun telah menderma sebany...
Semalam Rm500 Ribu Kini Dana Yang Berjaya Dikumpul Anwar Untuk Palestin Meningkat Rm1 Juta

Semalam Rm500 Ribu Kini Dana Yang Berjaya Dikumpul Anwar Untuk Palestin Meningkat Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 201 hits
SAIFUDDIN NASUTION SEMALAM RM500 RIBU KINI DANA YANG BERJAYA DIKUMPUL ANWAR UNTUK PALESTIN MENINGKAT RM1 JUTA 16 May 2021 Kebiadaban Israel mesti disanggah dan kekejaman mereka mesti dicabar Tidak dinafikan negara negara Arab lemah dan bisu...
Sebulan Jual Beli Vaksin Covid 19 Ilegal Asn Dinkes Sumut Raup Omzet Rp270 Juta

Sebulan Jual Beli Vaksin Covid 19 Ilegal Asn Dinkes Sumut Raup Omzet Rp270 Juta

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 263 hits
Kapolda Sumatera Utara Irjen Panca Putra mengungkapkan empat tersangka kasus dugaan jual beli vaksin Covid 19 secara ilegal di Kota Medan memasang tarif Rp250 000 bagi masyarakat yang ingin melakukan vaksinasi
Kelantan Sediakan Rm3 Juta Bantu Asnaf Terkesan Covid 19

Kelantan Sediakan Rm3 Juta Bantu Asnaf Terkesan Covid 19

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 178 hits
Kerajaan Kelantan akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi membantu golongan asnaf yang terkesan akibat perintah kawalan pergerakan susulan penularan wabak Covid 19 ketika Ramadan ini Exco Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita...
Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan Rm56 Juta Salur Bantuan Untuk Ringankan Beban Rakyat

Kerajaan Negeri Pahang Belanjakan Rm56 Juta Salur Bantuan Untuk Ringankan Beban Rakyat

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 233 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan sebanyak RM56 juta bagi menyalurkan Bantuan Prihatin Pahang yang mula dilaksanakan awal tahun ini dalam usaha membantu meringankan beban rakyat di seluruh negeri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosd...
Sempat Disorot Habiskan Miliaran Untuk Suntik Dna Ikan Salmon Krisdayanti Terjangkau 7 15 Juta

Sempat Disorot Habiskan Miliaran Untuk Suntik Dna Ikan Salmon Krisdayanti Terjangkau 7 15 Juta

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 260 hits
Akhir akhir ini terlihat jauh lebih muda bahkan tak sedikit yang bilang KD seperti ABG sang diva pun menjelaskan perawatan yang ia jalani
Gusar Lihat Pasar Tanah Abang Membludak Inul Daratista Cerita Habis Ratusan Juta Karena Covid 19

Gusar Lihat Pasar Tanah Abang Membludak Inul Daratista Cerita Habis Ratusan Juta Karena Covid 19

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 263 hits
Tak ingin berakhir seperti kasus Covid 19 di India Inul sebut risiko terpapar jauh lebih besar dibanding kebutuhan membeli baju lebaran
1 45 Juta Dos Vaksin Covid 19 Sudah Diberikan

1 45 Juta Dos Vaksin Covid 19 Sudah Diberikan

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 313 hits
1 45 juta dos vaksin COVID 19 sudah diberikan Oleh DR ADHAM BABA SEBANYAK 555 288 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID 19 menerusi Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan setakat semalam Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Ad...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur