Tawar Khidmat Menerusi Laman Sosial


SHAH ALAM – Satu kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia dikesan menawarkan perkhidmatan mereka menerusi laman Facebook dengan bayaran sebanyak RM1,600 hingga RM3,000 bagi seorang individu yang diseludup.
Kegiatan itu dilakukan oleh dua individu dengan menawarkan perkhidmatan menghantar PATI di kawasan Johor, Batam dan Surabaya.
Menerusi akaun Facebook terbabit, individu itu turut memuat naik gambar dan video rakaman kejayaan mereka membawa masuk dan keluar PATI dengan menggunakan laluan darat dan udara.
Berdasarkan video yang dimuat naik di laman tersebut, caj sebanyak RM1,600 dikenakan kepada setiap PATI bagi proses penghantaran pulang melalui udara tidak termasuk harga tiket kapal terbang dan surat pengesahan ujian koronavirus (Covid-19).
Semua urusan hanya akan dilakukan sekiranya PATI membuat bayaran deposit sebanyak RM900 dan selepas selesai menempah tiket kapal terbang dan ujian Covid-19, ejen terbabit akan bertemu PATI di lapangan terbang untuk proses penerbangan.
Individu tersebut telah membuka satu akaun kumpulan di Facebook yang dikhususkan untuk urusan membawa masuk dan keluar pekerja asing dari Indonesia sama ada dengan cara yang sah ataupun haram.
Terdapat lebih 19,000 ahli menyertai kumpulan berkenaan yang menawarkan beberapa perkara, antaranya kemasukan bagi yang disenarai hitam, pintu belakang, urus visa tiga bulan, pulang tanpa disenarai hitam, urus dan cop pasport.
Sinar Harian telah menerima aduan berhubung kegiatan sindiket terbabit menerusi satu e-mel yang turut dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Jabatan Imigresen Malaysia.
Bagaimanapun, hasil carian di Facebook turut mendapati seorang pemilik akaun yang dikenali sebagai Teungku Nasir menafikan penglibatan dirinya dengan sindiket terbabit dan mendakwa gambar miliknya telah digunakan oleh ejen-ejen yang cuba untuk mencari mangsa.
“Saya Teungku Nasir ingin menyampaikan pengumuman untuk semua kalangan anggota grup pimpinan saya di Facebook.
“Nombor WhatsApp dan telefon saya cuma satu. Bila ada akaun menggunakan foto saya bukan nombor tersebut maka itulah ejen-ejen penipu yang mencari mangsa tenaga kerja Indonesia dan tenaga kerja wanita,” katanya menerusi satu hantaran pada 31 Mei lalu.
Lelaki itu turut mendakwa, akaun Facebooknya juga sudah diceroboh dan digunakan untuk tujuan menipu orang ramai terutama warga Indonesia.
Pada Khamis lalu, Polis Johor menahan 18 anggota penguat kuasa termasuk seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam sindiket jenayah terancang penyeludupan PATI di Johor sejak tahun 2017.
Penahanan 18 anggota penguat kuasa itu adalah susulan tangkapan 40 suspek sindiket penyeludupan PATI dalam operasi pada 4 Jun lalu.
Kesemua suspek membabitkan pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri Johor, seorang anggota pangkat rendah Polis Marin Wilayah Dua, Tampoi, dua anggota pangkat rendah bertugas di Bukit Aman dan sembilan anggota pangkat rendah bertugas di IPD Kota Tinggi.
Polis Johor turut menahan dua pegawai ATM dan tiga anggota ATM lain-lain pangkat.
Hasil siasatan awal mendapati 18 penguat kuasa berkenaan bersengkongkol dengan sindiket penyeludupan PATI dalam menyalurkan maklumat termasuk operasi yang dijalankan pihak berkuasa negara ini, sekali gus menjadi dalang kebocoran maklumat dalaman.
Suspek penguat kuasa dipercayai menerima imbuhan sangat lumayan iaitu sehingga RM10,000 bagi setiap transaksi penyeludupan PATI malah turut dikesan terbabit dalam penyeludupan dadah.
SH
The post Tawar khidmat menerusi laman sosial appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/22/tawar-khidmat-menerusi-laman-sosial-artikel-penuh-https-www-sinarharian-com-my-article-88891-berita-nasional-tawar-khidmat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anda Bangga Jadi Tukang Viral Fitnah Di Laman Sosial

Anda Bangga Jadi Tukang Viral Fitnah Di Laman Sosial

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 429 hits
Pada zaman serba moden dan canggih kini gejala fitnah berleluasa dengan semakin pantas ditambah lagi dengan adanya pelbagai platform media sosial dan internet di hujung jari penyakit hati yang telah pun wujud sejak turunnya Nabi Adam a s di...
Membuat Komen Jelik Di Laman Sosial Terhadap Tunku Mahkota Johor

Membuat Komen Jelik Di Laman Sosial Terhadap Tunku Mahkota Johor

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 443 hits
Patrick Teoh mengaku tidak bersalahJOHOR BAHRU Selebriti dan deejay radio Patrick Teoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik di laman sosial terhadap Tunku ...
Hiburan Hilang 900 000 Followers Rugi Rm500 000 Akibat Laman Sosial Di Hack Linda Rafar Buat Laporan Polis

Hiburan Hilang 900 000 Followers Rugi Rm500 000 Akibat Laman Sosial Di Hack Linda Rafar Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 437 hits
Linda Rafar baru baru ini dilaporkan telah jatuh ditimpa tangga apabila laman sosial miliknya telah digodam oleh pihak bertanggungjawab Lebih malang lagi dia juga telah kehilangan hampir 900 000 pengikut di Instagram dan Facebook Menurut Li...
Saling Ejek Di Media Sosial Siswi Smp Di Palembang Dikeroyok 3 Temannya

Saling Ejek Di Media Sosial Siswi Smp Di Palembang Dikeroyok 3 Temannya

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 275 hits
Pelapor tidak mengetahui niat ketiga temannya itu mengajaknya Tiba tiba dia dikeroyok ketiga terlapor Rambutnya dijambak tubuh ditendang dan punggung dipukuli berkali kali
Hati Hati Tag Suami Atau Isteri Di Media Sosial Jangan Sampai Pasangan Terasa Hati

Hati Hati Tag Suami Atau Isteri Di Media Sosial Jangan Sampai Pasangan Terasa Hati

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 429 hits
Di sebalik kerancakan medium media sosial sekarang ada yang membuatkan hubungan suami isteri sedikit terjejas Ramai yang tak melihat perkara ini secara serius tetapi ia memang berlaku dalam masyarakat Fenomena tag suami tag isteri Perkongsi...
Tingkatkan Rezeki Dengan Sambungkan Silaturrahim Dalam Media Sosial

Tingkatkan Rezeki Dengan Sambungkan Silaturrahim Dalam Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 371 hits
Antara pesan dalam agama ialah apabila anda fikir untuk tambah rezeki maka kita hendaklah sambungkan silaturrahim kerana dalam rangkaian network itu mungkin adanya peluang di sana Paling mudah nak gambarkanya ialah apabila anda sedang menca...
Petugas Kebingungan Penerima Bantuan Sosial Di Jayawijaya Tak Ditemukan Di Lapangan

Petugas Kebingungan Penerima Bantuan Sosial Di Jayawijaya Tak Ditemukan Di Lapangan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 206 hits
Pejabat sementara Kadis Sosial Jayawijaya Provinsi Papua Yan Pit Marani mengatakan sebagian warga yang masuk daftar penerima bantuan sosial tunai justru tidak ditemukan di lapangan sehingga belum dapat disalurkan BST untuk April Mei dan Jun...
Cek Fakta Disinformasi Foto Presiden Jokowi Semasa Muda Yang Beredar Di Media Sosial

Cek Fakta Disinformasi Foto Presiden Jokowi Semasa Muda Yang Beredar Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 277 hits
Foto Presiden Jokowi beserta teman temannya semasa Jokowi bekerja di perkebunan adalah disinformasi Foto tersebut memang benar Presiden Jokowi namun saat itu tampaknya Jokowi sedang mengikuti ekspedisi Gunung Kerinci
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities