Taufan Kalmaegi Lebih 90 Terkorban Helikopter Tentera Terhempas Semasa Misi Bantuan


Taufan Kalmaegi: Lebih 90 Terkorban, Helikopter Tentera Terhempas Semasa Misi Bantuan
Angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat melebihi 90 orang pada Rabu, selepas kesan kemusnahan teruk di wilayah Cebu semakin jelas susulan banjir besar yang disifatkan sebagai paling buruk dalam sejarah wilayah itu.
Air bah luar biasa kuat telah melanda bandar dan pekan di wilayah berkenaan sehari sebelumnya, menghanyutkan kenderaan, rumah di tepi sungai serta kontena besar.
Jurucakap wilayah Cebu, Rhon Ramos, memaklumkan kepada AFP bahawa 35 mayat telah ditemui di kawasan banjir di Liloan, sebuah pekan dalam kawasan metropolitan Cebu City.
Dengan penemuan itu, jumlah korban di Cebu sahaja meningkat kepada 76 orang. Manakala, 17 lagi kematian dilaporkan di wilayah lain, menurut Timbalan Pentadbir Pertahanan Awam Negara, Rafaelito Alejandro.
“Bandar-bandar utama yang paling teruk terjejas dengan banjir ialah kawasan yang sangat membangun,” katanya dalam satu temu bual radio tempatan, sambil menambah bahawa 26 individu masih dilaporkan hilang.
Menurut pakar cuaca Charmagne Varilla, kawasan sekitar Cebu City menerima 183 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam sebelum taufan itu melanda, jauh melebihi purata bulanan 131 milimeter.
Gabenor wilayah Cebu, Pamela Baricuatro, menyifatkan keadaan itu sebagai sesuatu yang tidak dijangka.
“Kami menjangka tiupan angin akan jadi ancaman utama, tetapi ternyata airlah yang benar-benar membahayakan rakyat kami. Banjir ini amat memusnahkan,” katanya.
Pakar menjelaskan bahawa perubahan iklim akibat aktiviti manusia membuatkan ribut kini menjadi semakin kuat dan membawa hujan yang lebih lebat.
Lautan yang semakin panas menyebabkan taufan mudah terbentuk dan cepat membesar. Manakala, udara yang lebih hangat menahan lebih banyak wap air, sekali gus menyebabkan hujan turun dengan lebih banyak.
Secara keseluruhannya, hampir 400,000 penduduk telah dipindahkan lebih awal dari kawasan yang dijangka dilanda taufan bagi mengelakkan risiko bencana.
Helikopter tentera terhempas Dalam perkembangan lain, tentera Filipina mengesahkan sebuah helikopter milik mereka terhempas di Pulau Mindanao Utara pada Selasa ketika menjalankan misi bantuan mangsa taufan.
Helikopter jenis Super Huey itu sedang dalam perjalanan ke bandar pesisir Butuan untuk menyokong operasi bantuan apabila nahas berlaku, menurut kenyataan daripada Komando Mindanao Timur.
Jurucakap Tentera Udara, Kolonel Maria Christina Basco, memaklumkan bahawa enam mayat telah ditemui, terdiri daripada dua juruterbang dan empat kru.
“Kami sedang menunggu pengesahan forensik bagi mengenal pasti identiti mereka,” katanya kepada wartawan.
Kalmaegi menuju Palawan Setakat jam 11 pagi Rabu, Taufan Kalmaegi dilaporkan bergerak ke arah barat menuju kawasan pelancongan popular Palawan dengan kelajuan angin 130 kilometer sejam dan tiupan kuat sehingga 180 kilometer sejam.
Filipina, yang merupakan negara kepulauan, secara purata dilanda 20 ribut dan taufan setiap tahun. Hal ini kebanyakannya menjejaskan kawasan berisiko tinggi di mana jutaan penduduk hidup dalam kemiskinan.
Menurut Varilla, Kalmaegi merupakan taufan ke-20 tahun ini, dengan sekurang-kurangnya tiga hingga lima lagi ribut dijangka melanda menjelang akhir Disember.
Negara itu sebelum ini turut dilanda dua taufan besar pada September lalu, termasuk Taufan Ragasa yang merosakkan bumbung bangunan dan mengorbankan 14 nyawa di Taiwan.
BACA: Sekurang-Kurangnya 15 Maut, Lapan Hilang Dalam Banjir Di Tanah Tinggi Papua, Indonesia
Sumber: AFP
The post Taufan Kalmaegi: Lebih 90 Terkorban, Helikopter Tentera Terhempas Semasa Misi Bantuan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/05/taufan-kalmaegi-lebih-90-terkorban-helikopter-tentera-terhempas-semasa-misi-bantuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Pesawat Tentera Laut As Terhempas Di Laut China Selatan

Dua Pesawat Tentera Laut As Terhempas Di Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 200 hits
Kapal pengangkut pesawat USS Nimitz menjalankan operasi penerbangan di Laut China pada 26 Oktober 2025 Foto AFPKUALA LUMPUR 27 Okt Dua pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas di Laut China Selatan dalam insiden berasingan pada Ahad ...
Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 183 hits
Raja Charles III memimpin upacara Hari Peringatan di UK di Cenotaph sambil anggota keluarga diraja veteran dan pemimpin menghormati tentera yang terkorban LONDON Raja Charles III dari Britain pada hari Ahad memimpin upacara peringatan bagi ...
Taufan Kalmaegi Mendarat Di Vietnam Ragut Lima Nyawa

Taufan Kalmaegi Mendarat Di Vietnam Ragut Lima Nyawa

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 167 hits
Taufan Kalmaegi Mendarat Di Vietnam Ragut Lima Nyawa Taufan Kalmaegi telah melanda Vietnam pada Jumaat mengorbankan lima lagi nyawa selepas laluan dahsyatnya di Filipina telah menyebabkan 188 orang meninggal dunia Menurut AFP kementerian al...
Konsol Xbox Generasi Baharu Akan Lebih Premium Mungkin Hibrid Pc Dan Konsol

Konsol Xbox Generasi Baharu Akan Lebih Premium Mungkin Hibrid Pc Dan Konsol

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 164 hits
Presiden Xbox Sarah Bond menegaskan bahawa konsol generasi baharu Xbox sedang dibangunkan sekali gus menepis khabar angin bahawa Microsoft akan meninggalkan pasaran konsol Dalam temu bual bersama Mashable Bond menggambarkan konsol seterusny...
Servis Printing Lengkap Untuk Usahawan Baru Branding Lebih Mudah Menarik

Servis Printing Lengkap Untuk Usahawan Baru Branding Lebih Mudah Menarik

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 232 hits
Dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif hari ini branding bukan lagi pilihan tetapi keperluan Bagi usahawan baru memiliki rekaan dan bahan promosi yang menarik boleh menjadi faktor utama untuk menarik perhatian pelanggan dan membina ...
Spacex Lumpuhkan Lebih 2 500 Peranti Starlink Di Pusat Scam Myanmar

Spacex Lumpuhkan Lebih 2 500 Peranti Starlink Di Pusat Scam Myanmar

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 171 hits
SpaceX telah menamatkan perkhidmatan bagi lebih 2 500 peranti Starlink yang digunakan di pusat penipuan di Myanmar menurut Naib Presiden syarikat itu pada Rabu selepas laporan AFP mendedahkan peningkatan mendadak penggunaan terminal interne...
Operasi Besar Besaran Tentera Myanmar Serbu Pusat Penipuan Dalam Talian Terbesar

Operasi Besar Besaran Tentera Myanmar Serbu Pusat Penipuan Dalam Talian Terbesar

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 154 hits
Di Myanmar tentera negara itu baru baru ini melancarkan serbuan ke atas pusat penipuan dalam talian terbesar di KK Park Myawaddy yang dikenal sebagai lokasi sempadan aktif dengan kegiatan siber haram dan perjudian lintas sempadan Operasi in...
Pesawat Turkiye Putus Dua Sebelum Terhempas

Pesawat Turkiye Putus Dua Sebelum Terhempas

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 177 hits
KOSMO GAMBAR fail tidak bertarikh menunjukkan sebuah pesawat C 130 WIKIMEDIAANKARA Sebuah pesawat kargo C 130 milik tentera Turkiye terhempas dekat sempadan Georgia Azerbaijan selepas berlepas dari Azerbaijan kata Kementerian Pertahanan Nas...
Tengku Hassanal Jadi Kerabat Pahang Pertama Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia Tudm

Tengku Hassanal Jadi Kerabat Pahang Pertama Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia Tudm

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 214 hits
ROMPIN Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah melakar sejarah menjadi kerabat diraja Pahang pertama yang menamatkan latihan Kursus Asas Pasukan Khas Tentera Udara Malaysia hari ini Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatud...
Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Dapat Ipad Dari Tm Untuk Ikat Kontrak Internet 3 Tahun

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Pasaran Merosot Sebagai Tindak Balas Kepada Isyarat Yang Membimbangkan

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Sebelum Musibah Menimpa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kukus Pulut Kuning

Buat Goodie Bags Untuk Mijan

Rawatan Hifu Halal Tak

Menyembunyikan Ilmu Adalah Berdosa

How 2025 S Outdoor Gear Innovations Are Changing The Game For Wilderness Survival

Kenapa Ada Orang Susah Nak Move On Walaupun Katanya Dah Maafkan