Taufan Fung Wong Badai Filipina Angin Kencang Gegar Jambatan Gantung Camaligan


Taufan Fung-wong Badai Filipina, Angin Kencang Gegar Jambatan Gantung Camaligan
Tiupan angin kuat akibat taufan Fung-wong dipercayai menyebabkan sebuah jambatan gantung terkenal di Camaligan, Camarines Sur, Filipina, bergoyang dengan kuat.
Rakaman video yang tular di platform X menunjukkan detik cemas itu, sekali gus menimbulkan kebimbangan ramai.
https://x.com/WeatherMonitors/status/1987389438742438348
2 maut, lebih sejuta terpaksa berpindah Dalam pada itu, taufan super Fung-wong dilapor melanda pesisir timur Filipina pada Ahad. Kejadian ini menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan lebih sejuta penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan.
Menurut Jabatan Kaji Cuaca Filipina, taufan yang sangat kuat itu melanda wilayah Aurora di pulau utama Luzon pada jam 9.10 malam (1310 GMT). Ribut ini meliputi hampir seluruh negara dan membawa angin kencang serta hujan lebat, lapor AFP.
Untuk info, Filipina baru sahaja berdepan Taufan Kalmaegi minggu lalu yang telah meragut lebih 220 nyawa. Ini menjadikan kehadiran Fung-wong sebagai satu lagi ujian besar buat negara itu.
Pada awal Ahad, wilayah Catbalogan di tengah Filipina yang sudahpun terjejas akibat ribut sebelum ini merekodkan kematian pertama akibat taufan baharu itu.
Menurut penyelamat Juniel Tagarino, mayat seorang wanita berusia 64 tahun yang cuba berpindah ditemui di bawah runtuhan dan pokok tumbang.
“Angin sangat kuat dan hujan amat lebat. Keluarganya memberitahu, dia mungkin tertinggal sesuatu dan kembali ke dalam rumah,” katanya.
Pejabat pertahanan awam kemudian mengesahkan kematian kedua, seorang individu lemas akibat banjir kilat di pulau Catanduanes.
Penduduk bimbang taufan melanda waktu malam Pada Sabtu, penduduk Catanduanes bertungkus-lumus membuat persiapan, mengikat rumah mereka dengan tali dan menambah pemberat di atas bumbung.
Di Aurora, tempat pusat taufan mula melanda, seorang kakitangan kerajaan, Aries Ora, 34, sedang menutup rumahnya di Dipaculao menggunakan papan dan kepingan besi.
“Apa yang paling menakutkan kami ialah taufan ini dijangka melanda pada waktu malam. Tidak seperti taufan sebelum ini, kami tidak dapat melihat pergerakan angin dan keadaan sekeliling dengan jelas,” katanya.
Sementara itu, di wilayah Cagayan di utara, penduduk yang berlindung di pusat pemindahan berkata mereka berpindah kerana bimbang banjir besar akan melanda.
Kerajaan turut mengarahkan sekolah dan pejabat kerajaan ditutup pada Isnin di seluruh pulau Luzon, termasuk ibu kota Manila, sementara hampir 300 penerbangan dibatalkan.
Ombak besar, tanah bergegar Pulau Catanduanes antara kawasan paling teruk terjejas. Sejak pagi Ahad, ombak besar dan hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
“Ombak mula mengganas sekitar jam 7 pagi. Bila ombak hentam benteng laut, tanah pun terasa bergegar,” kata Edson Casarino, 33, penduduk bandar Virac.
Rakaman video yang disahkan AFP menunjukkan sebuah gereja ditenggelami air banjir hingga separuh pintu masuknya.
Banjir juga dilaporkan di wilayah Bicol, dan pihak berkuasa mengesahkan lebih 1.2 juta penduduk dipindahkan lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga.
Di Guinobatan, sebuah bandar dengan kira-kira 80,000 penduduk di wilayah Albay, rakaman menunjukkan jalan bertukar menjadi sungai deras.
@straitstimes More than 900,000 people have been evacuated from vulnerable areas in the Philippines as Super Typhoon Fung-wong began lashing the main island of Luzon. #Philippines #Fungwong #TyphoonUwan #Luzon #Manila #typhoon
♬ original sound – The Straits Times – The Straits Times

Menurut ahli meteorologi kerajaan, Taufan Fung-wong dijangka membawa hujan melebihi 200 milimeter (lapan inci) di banyak kawasan negara itu.
Para saintis memberi amaran bahawa perubahan iklim akibat aktiviti manusia menyebabkan ribut semakin kuat.
Laut yang lebih panas mempercepatkan penguatan taufan, manakala atmosfera yang lebih panas menampung lebih banyak wap air, mengakibatkan hujan yang lebih lebat.
BACA: 26 Tahun Sewa Rumah Tempat Isteri Dibunuh, Suami Terkejut Suspek Akhirnya Serah Diri
Sumber: AFP
The post Taufan Fung-wong Badai Filipina, Angin Kencang Gegar Jambatan Gantung Camaligan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/09/taufan-fung-wong-badai-filipina-angin-kencang-gegar-jambatan-gantung-camaligan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hampir 3 Juta Isi Rumah Terputus Bekalan Elektrik Akibat Taufan Fung Wong

Hampir 3 Juta Isi Rumah Terputus Bekalan Elektrik Akibat Taufan Fung Wong

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 105 hits
Hampir 3 Juta Isi Rumah Terputus Bekalan Elektrik Akibat Taufan Fung Wong MOSCOW 10 Nov Taufan Fung Wong telah menyebabkan hampir tiga juta isi rumah di Filipina terputus bekalan elektrik serta merosakkan lebih 30 jalan raya ketika pihak be...
Taufan Melissa Badai Kepulauan Caribbean Ragut 50 Nyawa

Taufan Melissa Badai Kepulauan Caribbean Ragut 50 Nyawa

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 105 hits
Taufan Melissa Badai Kepulauan Caribbean Ragut 50 Nyawa Taufan Melissa yang berlaku di kepulauan Caribbean termasuk di Jamaica telah meragut 50 nyawa setakat Jumaat Memetik laporan AFP taufan itu sedang bergerak pantas menjauhi kawasan Berm...
Typhoon Fung Wong Triggers Metmalaysia Advisory Severe Weather Expected In Several Regions

Typhoon Fung Wong Triggers Metmalaysia Advisory Severe Weather Expected In Several Regions

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 104 hits
Rain clouds are seen over the city centre in Kuala Lumpur on December 8 2024 Bernama picKUALA LUMPUR Nov 10 The Malaysian Meteorological Department has issued an advisory on Typhoon Fung Wong which was detected about 129 km southwest of Vig...
Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

Pm Anwar Tegaskan Malaysia Bukan Punca Thailand Kemboja Gantung Perjanjian Damai

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 91 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan Thailand menggantung pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja tidak ada kaitan dengan peranan Malaysia sebagai pengantara dalam rundingan tersebut Menurut laporan Beri...
Lelaki Tinggalkan Selipar Kereta Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

Lelaki Tinggalkan Selipar Kereta Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 122 hits
Malinda Abdul MalikGEORGE TOWN Pasukan bomba giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang arah Perai menghala ke pulau hari ini Penolong Pengarah Bahagian Operasi...
Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside

Jambatan Sejarah Rumah Jambatan Kecil Abad Ke 17 Di Ambleside

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 133 hits
Rumah kecil bersejarah dari abad ke 17 yang terletak di Ambleside ini merupakan salah satu bangunan yang paling sering difoto di Lake District Dibina di atas sebuah jambatan kecil sebagai strategi untuk menghindari cukai tanah rumah dua bil...
Pm Thailand Gantung Perjanjian Damai Pembebasan Tahanan Dengan Kemboja

Pm Thailand Gantung Perjanjian Damai Pembebasan Tahanan Dengan Kemboja

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 103 hits
PM Thailand Gantung Perjanjian Damai Pembebasan Tahanan Dengan Kemboja Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul pada Isnin mengumumkan penggantungan pelaksanaan perjanjian damai Thailand Kemboja Menurut Bangkok Post keputusan itu dibuat...
Will Indira Ever See Justice In This Country

Ambulans Kita Selangor Skop Senarai Hospital Cara Memohon

Passport Malaysia Ketiga Terkuat Di Dunia

A Brief Biodata

Tajuk Cabaran Redominasi Rupiah Indonesia Menghapus Tiga Nol Dan Implikasinya

Keetas Cadangan Tanaman Kelapa Panduan

Icymi 9 Highlights From Eicma 2025

Neyo One In A Million Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vpn Terbaik Untuk Pengguna Malaysia Selamat Laju

Join Event

Bel M Tower Panduan Lawatan Pelancong Muslim

7 Ulam Power Untuk Badan Sihat

Perkembangan Terkini Redenominasi Rupiah Apa Yang Perlu Anda Tahu

Pemimpin Sekolah Mendapat Autonomi Dalam Pelaksanaan Pengajaran Bersama